Telefon bimbit Mizi berbunyi. Mizi lari-lari anak mendapatkan telefon bimbitnya yang bergegar di atas meja ruang tamu. Setelah mencapainya Mizi melihat screen telefon bimbitnya, nombor yang terpampang di screen kelihatan asing b, “Dari luar negara barangkali.”bisik hati kecilnya.
“Assalamu’alaikum ya akhi..”satu suara lembut sampai ke gegendang telinga Mizi apabila dia menjawab panggilan telefon tersebut.“Wa’alaikumussalam…siapa ni yer?” Mizi menjawab salam kembali sambil otaknya
“Subhanallah ya akhi Mizi, ni ana la…Eishaq…kaifa haluka ya akhi?” satu pengenalan ringkas yang cukup untuk menyapa memori Mizi. “Ya Allah…anta rupanya…alhamdulillah bi khair! Wa anta?” Mizi menjawab dalam keadaan terkejut. Siapa sangka sahabatnya membuat panggilan dari luar negara.
“Alhamdulillah…alhamdulillah…”jawab Eishaq ringkas.“Anta buat panggilan dari mana ni?
“Tu jer?Anta call ana sebab nak beritahu benda ni je ke?haha.”Mizi pelik, sebelum ini beliau hanya memperolehi sms dari Eishaq.“Saje jer call, ana baru call keluarga, alang-alang…..Tut….Tut…Tut..” Suara Eishaq tidak lagi kedengaran. Mizi melihat screen telefon bimbitnya. Talian terputus.
Mizi hanya mampu tersenyum lebar teringatkan sahabatnya itu. Beliau menjangkakan Eishaq akan membuat panggilan semula selepas ini. Mizi kembali ke dapur, menyambung kerjanya sebentar tadi yang terbantut. “Saper yang buat panggilan tadi Mizi, tersenyum lebar jer” soal Ummi serius. “Eishaq ummi, dia buat panggilan dari
Telefon bimbit Mizi kembali berdering. Mizi berjalan sekali lagi menuju ruang tamu tempatnya meninggalkan telefon bimbit. “Assalamu’alaikum Ya Eishaq…” dengan pasti beliau menjawab panggilan itu. “Wa’alaikumussalam….Tirmizi…ni ana, Sakinah.” Sangkaan Mizi meleset. Satu lagi kejutan buat Mizi, tidak pernah-pernah Sakinah menelefonnya.
“Oh…maaf, ana sangka kawan ana tadi, ada apa yer?” soal Mizi ringkas. Sakinah terus menjawab “Ana call tentang daurah aqidah yang ana sms pada akhi tu, dapatkan?”.
“Oh dapat..dapat.”Mizi mengangguk-ngangguk.“Lokasi daurah dah tukar, kami bercadang buat di Masjid Al-Mukminin di Taman Sri Cahaya. Cadangan asal daurah 2 hari.Tapi kami terpaksa tukar kepada seminar 1 hari jer.” Pelik Mizi dengan pernyataan itu. Apakah Sakinah menelefon semata-mata kerana ingin memberitahu perubahan tersebut? Barangkali Sakinah beria-ia ingin Mizi menyertainya sehingga memberitahu dengan terperinci tentangnya.
“Baik…baik, insyaAllah”Mizi respon tanda faham. “Ana call sebab nak mintak tolong, boleh tak akhi promote pada kawan-kawan UIA?” hasrat sebenar Sakinah membuat panggilan diluahkan. “Oh…eerrr..”Mizi berkerut.
Belum sempat Sakinah meneruskan penerangannya beliau terus mencelah. “Kenapa tak suruh Aisyah jer carikan?”Sakinah disoal Mizi. “Sudah..tapi Aisyah kata anta lebih ramai kenalan dan selalu buat daurah. Sebab itu ana call anta dan mintak tolong kalau boleh mintak tolong anta promote pada kawan-kawan anta. Lagipun peserta perempuan menggalakkan berbanding peserta lelaki.” Sakinah menerangkan hajatnya. Mizi mengagak Sakinah diberi tugasan menguruskan penyertaan peserta.
“Baiklah..insyaAllah ana usahakan”Mizi tidak dapat menolak apatah lagi jika pertolongannya diperlukan meng’imarahkan majlis ilmu. “Jazakallahu khairan kasiro ya akhi..” suara Sakinah kelihatan lega. “Tetapi sebelum tu boleh ana tahu ustaz atau ustazah yang akan bagi ceramah? Dan mungkin tajuk-tajuk yang akan disentuh sepanjang seminar? Dengan cara ni ana boleh emailkan pada rakan-rakan lain insyaAllah.”Mizi memberi cadangan. “Err.. insyaAllah nanti ana emailkan pd akhi yer, mungkin akhi boleh sms
“InsyaAllah…insyaAllah.”Mizi gembira dapat membantu. “Baiklah, sekali lagi Jazakallahu khairan kasiro ya akhi kerana sudi menolong. Assalamu’alaikum.”Sakinah meminta diri. “Ok,wa’alaikumussalam warahmatullah.” Jawab Mizi.
“Amboi! Mizi kalau dah bergayut dengan awek, luper member lama eh?”suara sinis kedengaran dari belakang Mizi. “Haha ada-ada jela kau ni Lem..”Mizi tahu ianya Halim. Halim jika tidak menyakat Mizi tidak sah.
“Awek mana call Mizi?”Halim berminat ingin tahu siapakah gerangan yang membuat panggilan tadi, kelihatan jelas tutur kata Mizi dan suaranya berbeza sekali sepanjang beliau berbual. “Sakinah…” jawab Mizi spontan, tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada kawan baiknya itu, ini sudah cukup menunjukkan keakraban mereka berdua.
“Ha!Sakinah? Awek tudung labuh yang jumpa kat Carefour tu
“Termenung apa lagi Lem? Cepatlah siap, cakap nak pergi Jalan TAR.”Mizi menegur Halim yang duduk di hadapan meja study. Mizi membuka almari kayu di biliknya itu dan Mizi membawa keluar baju putih yang tersangkut rapi.
*****************************************************
Mizi meletakkan buku yang dibelinya di atas katil. Mizi memutar kelajuan kipas ke tahap paling maksima. Cuaca luar amat panas, beliau membuka butang bajunya. Beliau segera membuka laptopnya. Yahoo Messengernya mengeluarkan pernyataan satu email memasuki inbox, tanda masih belum dibaca. Mizi membuka emailnya. Kelihatan sebuah email yang ditunggu-tunggu. Dari sakinah_01@yahoo.com. Beliau tahu Sakinah menghantar jadual dan atucara Seminar Aqidah.
“Hmm…”beliau mendengus. Perasaan kesal menyelimuti Mizi, beliau tidak menyangka apa yang dilihatnya, dibaca dan diteliti satu per satu email Sakinah. Beliau print jadual daurah tersebut, tertera logo Pustaka Habsyah sebagai penaja utama.. Keningnya bertemu, diurut-urut dagunya. Setelah print jadula itu beliau segera turun ke tingkat bawah, tangan Mizi memegang kertas jadual Seminar Aqidah yang diemailkan Sakinah.,
Di bawah beliau melihat Halim dan ayahnya sedang asyik berbual di meja tamu. “Kenapa Mizi?” ayahnya menegur melihat muka Mizi seperti kebingungan. “Takde apa-apa yah.”Mizi segera ke bilik adiknya di tepi dapur. Diketuk pintuk bilik adiknya itu. “Aisyah…Aisyah!” Mizi memanggil Aisyah. Aisyah senyap. Tidak lama selepas itu pintu bilik Aisyah dikuak. Kelihatan Aisyah disebalik pintu itu. “
“Da tahu tak jadual seminar yang Sakinah canang-canangkan tu?” Mizi menyoal serius. “Belum la, tapi adik da daftarkan diri dah. Kenapa bang?”Aisyah menjawab jujur.
“
“Takdelah, Sakinah cakap seminar aqidah, tapi tajuk dia agak berat dan agak tak sesuai untuk orang awam.”Mizi meluahkan apa yang dirasakannya. “Tak sesuai? Katne yang tak sesuai?” Aisyah keliru. “Hmm…takpelah. Abang harap abang tak bersangka buruk la.” Mizi tersenyum walupun hatinya berat. Aisyah masih tidak tahu apa yang tersirat dalam hati abangnya itu. Mizi menuju ke arah ayahnya, beliau meninggalkan Aisyah dalam hamparan kekeliruannya. “Apa yang tak kene?” bisik hati kecil Aisyah.
“Ayah..”Mizi menyampuk perbualan ayahnya dan Halim, dia kemudiannya menyerahkan kertas A4 berisi jadual Seminar Aqidah. Ustaz Abdullah mengambil kertas itu dan diteliti pemberian anaknya itu. Beliau kemudiannya tersenyum sinis. Halim mencuri-curi melihat sama. “Seminar Pemurnian Aqidah? Kamu pergi?”soal ayah Mizi sambil melihat muka anaknya yang tidak keruan itu.
“Aisyah da daftar. InsyaAllah pergi la kot,”Mizi tidak dapat menjangka respon ayahnya. “Baguslah, pergila, kan ada sesi soal jawab.”Ustaz Abdullah menjawab tenang. Mizi tunduk, beliau tidak menyangka ayahnya masih mampu berfikiran positif dalam keadaan itu.
“Golongan Wahabiyyah dan Mujassimah, Mujassimah tu apa maksudnya eh?” tiba-tiba Halim menyoal. Beliau bertanya sambil tangannya membelek-belek jadual Seminar Pemurnian Aqidah itu. Ustaz Abdullah tersenyum dengan gelagat anak muda itu, Halim suka bertanya jika dia tidak mengetahui, lebih-lebih lagi dalam bab agama. Satu sikap yang makin jarang dilihat dalam diri anak muda kini.
Mujassimah….perkataan ini membuatkan Mizi teringat kembali titik tolak beliau mengenali apa itu Manhaj Ahlu sunnah Wal Jamaah.
**************************************************
“Apa gerak-gerak jari macam helikopter.”bergema suara Ustaz Farid dalam kuliahnya yang diadakan di dalam masjid. Kuliahnya dihadiri kebanyakan anak-anak muda belasan tahun dari sekolah menengah agama bersebelahan masjid.
Mizi, salah seorang daripada pendengar kuliah tersebut duduk jauh di sudut masjid sambil mengamati bait-bait yang disampaikan Ustaz Farid. Beliau salah seorang pelajar junior yang tidak berganjak dan khusyu mendengar kuliah maghrib itu. Pelajar-pelajar lain yang sebaya denganya kebanyaknnya telah pulang ke asrama masing-masing.
“Sekarang tengah berleluasa puak-puak yang menyebarkan ajaran sesat ni.”laung Ustaz Farid. Imam yang duduk berhampiran mengangguk-ngangguk seperti membenarkan kata-katanya. Malam itu Mizi balik dengan sedikit kekeliruan dalam benaknya. Beliau tidak menyangka kuliah agama pada malam itu agak ‘heavy’ sehingga beliau sukar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
“Ko faham tak kuliah tadi? Kenapa ustaz tadi kata camtu? Bukan ke memang wujud pandangan mazhab lain selain mazhab Syafie tentang kedudukan jari masa tasyahud tu?”Mizi menyoal Borhan, pelajar senior yang hadir sama dalam kuliah agama itu.
“Eh, taklah,memang mazhab kita betul.Aku tengok ada budak tu gerak-gerak jari masa solat, lepas kuliah maghrib tadi dia jumpa ustaz dan kemudian dia solat tak gerak-gerak jari dah.” kata Borhan membenarkan kata-kata ustaz tersebut.
Mizi bertambah pening apabila kebenaran dinilai melalui pemerhatian. Beliau tidak mahu melanjutkan persoalan kerana beliau bukan ahli dalam bab tersebut.
*********************************************
“Dengar citer ada ustaz kat tempat Mizi bagi kuliah cakap gerak-gerak jari dalam solat macam helikopter, betul ker? ”Ustaz Abdullah menyoal anaknya waktu berada di rumah sempena cuti sekolah. “A’ah, mana ayah tahu. Cepatnya berita tersebar?” Mizi terkejut kerana persoalan dalam benaknya itu tersebar luas. Persoalan Mizi tidak berjawab. Pelik, itu sahaja yang dapat Mizi rasakan.
Ustaz Abdullah terus membisu selepas anaknya menjawab soalan tersebut. Dia tidak ingin mengelirukan anaknya itu. Telah beberapa tahun anaknya belajar di sekolah agama, beliau memahami sogokan hujah di sekolah agama. Ustaz Abdullah merasakan sudah tiba masanya untuk dia menurunkan ilmu dan mengajar anaknya tentang cara fikir yang betul dalam menimba ilmu.
Perkara yang dianggap remeh bagi Mizi kini menyuntik mindanya agar mendalami persoalan tersebut. Sewaktu solat berjemaah dengan ayahnya, Mizi tergaman apabila ayahnya melakukan sesuatu pergerakan yang janggal dalam solatnya. Beliau mengerak-gerakkan jarinya ketika membaca tasyahud. Ini bukan kali pertama mereka berjemaah tetapi selalunya ayahnya hanya meluruskan jarinya, tanpa menggerak-gerakkannya.
Usai solat, belum sempat Mizi mengajukan soalan kepada ayahnya beliau terlebih dahulu membuka hujah. “Mizi, kita seharusnya sedia maklum bahawa solat kita ini tidak sempurna selagi mana kita tidak mencontohi sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam. Maka ianya selari dengan manhaj Imam Syafie yang menyeru kita berpegang pada hadith sahih dan menganggap jika kita beramal dengan hadith sahih maka itu juga adalah mazhab Syafie, walaupun Imam Syafie tak pernah menyebut hadith sahih itu.” Tazkirah Ustaz Abdullah untuk anaknya.
“Manhaj?Hadith Sahih?”Mizi berasa terkesan dengan perkataan tersebut.
Tanpa memberi peluang anaknya memikirkan panjang Ustaz Abdullah membaca sabda Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam, “Telahpun diriwayatkan dalam hadith sahih bahawa Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam menegakkan jari telunjuknya, menggerak-gerakkannya sambil membaca doa dengannya.[1]” Mizi tidak begitu didedahkan dengan hadith dan tingkatannya. Beliau hanya tahu serba sedikit tentangnya sebagaimana yang dipelajari di sekolah. Tetapi beliau akur dengan ilmu ayahnya yang sememang takhassus[2] dalam bidang ini.
“Dalam hadis Waiil bin Hujr[3] telah menunjukkan dengan jelas cara (sifat) solat Rasulullah yang semasa menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana kalimah ‘Yuharrikuha’ adalah fi’lu al-mudhari’ yang menggunakan saddah pada huruf ra, maka ini membuktikan perbuatan memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari dengan cara yang diulang-ulang dan terus menerus dilakukan.” kata Ustaz Abdullah serius apabila melihat Mizi tekun mendengar.
“Tapi bukan ke mazhab Syafie…” Mizi perlahankan suaranya menyoal. “Dalam mazhab Syafie pun ada juga dibincangkan perkara ni. Sebagai contoh, apabila Imam an-Nawawi rahimahullah ulama besar yang bermazhab as-Syafie dalam kitab dia, Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab menyatakan Mubah (harus) menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid dan Qadi Abu Tayyib dan selain mereka, iaitu berhujjah dengan hadis Waiil bin Hujir yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sahih[4]. Tapi, mesti ingat ini tidak bermaksud orang yang melakukan sebaliknya batal solat mereka ataupun mereka salah. Masing-masing bebas beramal sesuai dengan ilmu mereka tetapi apabila datang hujah yang lebih kuat dari kalamullah dan hadith Nabi yang sahih maka menjadi kewajiban untuk kita, sami’na wa ato’na,[5]” Jelas Ustaz Abdullah kepada anak kesayangannya.
“Kenapa ayah tak ajar Mizi dari dulu lagi?” Dalam bab solat beliau hanya tahu solatnya itu seperti mana ustaz di sekolah mengajarkannya dahulu, atau lebih tepat seperti mana orang ramai melakukanya. Timbul soalan dalam otaknya kenapa ianya tidak didedahkan dengan ilmu hadith ini seawal usianya?
“Mizi…ayah pernah melalui kehidupan dalam baya kamu. Datuk ajar ayah sejak kecil lagi tentang ilmu agama. Darah muda masih menggelegak waktu tu. Pada usia yang muda sewaktu mengaji di pondok dulu ramai ustaz-ustaz pondok yang ayah sanggah. Akhirnya sikap suka berdebat ini menebal dalam diri ayah dan apa yang ayah tahu ialah mencabar pihak lawan yang terkuat untuk kepuasan diri. Sikap inilah yang dilarang dalam Islam. Ayah teringat bagaimana kisah hidup Imam Muslim yang dikatakan mula mengenal hadith seawal usia 12 tahun, maka dalam tempoh matang ini ayah bersedia mengajar kamu apa yang ayah tahu dan ayah juga harap kamu tidak ulang apa yang ayah pernah lakukan. Dengan ilmu seseorang itu mampu disanjung tetapi dengan ilmu juga seseorang itu mampu dikeji atas kebiadapannya.”cerita ayahnya mengimbau kisah lama.
Dari satu sudut Mizi merasakan ayahnya bersalah kerana tidak mengajarnya, tetapi dari sudut yang lain Mizi menghormati cara ayah mendidik anak-anaknya. Mizi mula berfikir, adakah kisah silam ini menjadi punca ayahnya banyak menitik-beratkan bab akhlak dalam keluarga ini? Ayah Mizi selalu mengajar Mizi tentang kepentingan akhlak sejak beliau masih kecil, dan sikap ini juga yang menjadikannya kini seorang yang dihormati di kalangan guru-guru dan kawan-kawan sebaya. Mizi seperti tidak percaya ayahnya itu dulu seorang yang suka berdebat?
“Kenapa sampai harus sanggah dengan cara debat?”Mizi masih tidak dapat menangkap kelakuan silam ayahnya itu. “Kerana sombong.” Ayahnya menjawab ringkas. Dia tidak malu menyatakan kesilapannya dahulu demi memberi pengajaran kepada anak kesayangannya itu.
“Sombong?” Mizi tidak faham.
“Mungkin hujah yang kita bawa benar, tetapi jika ia disampaikan dengan cara yang salah, maka kebenaran yang terpalit dengan sikap dan cara yang salah telah menghalang saudara seiman kita melihat kebenaran itu dengan jelas.” Ustaz Abdullah melihat muka anaknya.
Nasihat demi nasihat diberikan kepada anaknya itu.
“Maksud ayah?”.Mizi ingin memahami dengan jelas.
“Menganggap diri dan hujah kita lebih benar bukanlah lesen untuk kita meremehkan orang lain dengan pegangannya tu. Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam bersabda sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain[6].” Hujah yang diberikan ayahnya itu meyakinkan Mizi. Cuma sahaja beliau tidak dapat menghindari suara Ustaz Farid yang terngiang-ngiang menyatakan “Memang sekarang tengah berleluasa puak-puak yang menyebarkan ajaran sesat ni.”
Sebagai seorang pelajar menengah rendah beliau merasakan percanggahan ayahnya dan Ustaz Farid tersebut sukar difahami. Adakah semua ini disebabkan perselisihan pendapat atau sebenarnya ia lebih kepada masalah sikap? Setelah mendengar penjelasan ayahnya Mizi yang sebelum ini risau andai kata ayahnya terpengaruh dengan ajaran sesat yang memesongkannya dari fahaman mazhab Syafie menghela nafas syukur.
Bersambung…………………………………….
[1] Hadis Rwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya 485
[2] Pengkhususan
[3] Hadis sahih dikeluarkan oleh: Imam Ahmad bin Hambal dalam “Musnad” 4/ 318. Abu Daud No. 713 dan 272. An- Nasai’i 889 dan 2/126-127 dan 3/371. Ad-Darimi dalam “Sunan” 1/314-315. Ibn Jarud dalam “al-Muntaqa” 208. Ibn Khuzaimah No. 480 dan 714. Ibn Hiban No 1851. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/27, 28 dan 132. At-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/35.
[4] Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab , Jilid 3 hal. 454.
[5] Kami dengar dan kami taat.
[6] Hadith Riwayat Muslim dalam Kitabul Iman, Bab: Tahrimul Kibri wa Bayanuhu no.147.
4 comments:
novel@cerita ini berat jugak.tapi seharusnya penceritaan ini yang memang dicari-cari . Sememangnya , manusia tak lari dari kisah adam dan hawa.
salam...nice novel dan pembawaannya agak berat actually.sy juga jadi pening. Namun, spt novel-novel yg lain, kisah adam and hawa mesti diselitkan. tp nampaknya itu bukan point utama novel ini. Nampaknya novel saudara boleh jadi panduan buat saya..
Salam.. berhati-hati membaca novel sebegini tanpa ada ilmu mengenai usul feqh, ulumul hadith, tentang khilaf dalam ijtihad.
Takut nanti anda akan terpesong.
Bismillah,
Jazakallahu khairan kasiro atas komen dan kritikan antum.
IbnuNafis, jika anta rasakan tinggi ilmu, mungkin anta boleh memberi komen yang lebih bermanfaat dari sekadar menyuruh para pembaca berhati-hati.
Wallahu'allam.
Post a Comment