Wednesday, July 14, 2010

Pengenalan kepada 4 Kitab Sunan (Siri Sunan Tirmidzi)

ü Nama:

- Muhammad bin 'Isa bin Saurah bin Musa bin adl Dlahhak

ü Umur:

- 209 H di daerah Tirmidz sehingga Isnin, 13 Rajab tahun 279 H (70 tahun)

Buta di masa tua, setelah mengadakan rihlah (prantauan) dan penulisan beliau terhadap ilmu yang beliau miliki. Ada juga pandangan yang beliau buta akibat menangis,beribadat dan menulis dll. (pelbagai pandangan yang para ulamak nukilkan berkaitan sebab beliau buta di akhir hayatnya)

ü Imam Tirmidzi mula mempelajari hadis ketika umur 10 tahun, beliau mula merantau pada umur 25 tahun, dan mencecah selama 20 tahun lamanya.

ü Rihlah (perantauan) Imam Tirmidzi:

1. Khurasan

2. Bashrah

3. Kufah

4. Wasith

5. Baghdad

6. Makkah

7. Madinah

8. Ar Ray

ü Antara gurunya yang terkenal:

1. Qutaibah bin Sa'id

2. Ishaq bin Rahuyah

3. Muhammad bin 'Amru As Sawwaq al Balkhi

4. Mahmud bin Ghailan

5. Isma'il bin Musa al Fazari

6. Ramai lagi

ü Gurunya yang paling terkenal ialah ; Imam al-Bukhari, Imam al-Darimi, (berjumpa pada 5 tahun terakhir Imam Bukhari)

ü Antara muridnya yang terkenal:

1. Abu Bakr Ahmad bin Isma'il As Samarqandi

2. Abu Hamid Abdullah bin Daud Al Marwazi

3. Ahmad bin 'Ali bin Hasnuyah al Muqri'

4. Ahmad bin Yusuf An Nasafi

5. Ahmad bin Hamduyah an Nasafi

6. Ramai lagi

ü Kekuatan hafalan Imam Tirmidzi;

- Pernah tersilap membawa 2 jilid kitab yang kosong (kertas putih) dan membacanya di hadapan Shaikh. Shaikh kemudian mengetahui bahawa jilid kitab itu adalah jilid kitab yang kosong tanpa sebarang catatan. Shaikh menguji hafalannya terhadap hadis sebelumnya dan hadis-hadis baru disuruhnya mengulang hafal.

- Tips hafazan daripada Imam Bukhari ; Pengulangan dan keinginan yang kuat!

ü Mengapa dinamakan al-Jami’?

- Kitab al-Jami’ lebih luas daripada kitab Sunan,

- al-Jami’ merangkumi semua bab, akidah, hukum, adab, hadis-hadis berkaitan dengan akhlak dan lain-lain.

- al-Mukhtasar :bermaksud ringkasan, tidak meliputi semua hadis. Ada juga nama judul seperti al-Jami’ al-Mukhtasar, atau al-Mukhtasar al-Mukhtasar (nama sebenar Sahih Ibn Khuzaimah).

- Tajuk sendiri sahaja sudah memberikan maksud kelainan; memberitahu hadis yang digunakan sebagai hujah berkaitan fekah pada zamannya.

- Berdasarkan Abu Fattah Abu Ghugdah ;nama sebenar Sunan Tirmidzi ialah “Al-Jami’ al-Mukhtasar Minas Sunan Wa Sahihi Minal ‘Amal”.

ü Metodologi penyusunan dan penyampaian hadis dalam Sunan Tirmidzi;

- Imam Tirmidzi memberitahu di hujung al-Jami’ ini tentang apa yang dibuat dan bagaimana disusun kitab ini dan dihuraikan oleh ulamak Imam Ibn Rajab al-Hanbali (Sharh ‘Ilal - buku rujukan utama ilmu mustolahul hadis)

- 3956 hadis, mementingkan perbezaan teks hadis daripada lain perawi, lebih banyak menghuraikan tentang nama, asal dan etc. disebutkan dalam hadis (lebih teliti), juga memberikan kedudukan hadis (tiada ulamak yang memberikan komen tentang hadis sebanyak Imam Tirmidzi, hampir semua hadis diberikan hadis dan dipuji oleh Ahmad Syakir), disebutkan juga tentang fiqh hadis dan disebutkan hadis yang diambil daripada 6 ulamak fiqh yang terkenal (Imam 4 mazhab, Sufyan at-Tsauri,Ishaq Ibn Rawaih dll.) –

- Cth: Hadis ini dipegang oleh Imam syafie yang diambil daripada muridnya sekian-sekian kecuali bab ini sekian-sekian diambil daripada murid sekian-sekian. Tahap ketelitian.

ü Pujian Shaikh Abu Hasan An-Nadwi;

- Imam Tirmidzi antara yang pertama mempelopori fiqh muqarran (perbandingan).

- Cth: Bab wuduk dan meperbaharui wuduk; Hadis Nabi ambil wuduk dan ada riwayat yang mengatakan diambil atau diperbaharui wuduk setiap kali ingin solat, ada juga yang dikatakan semua solat dengan wuduk yang sama dan juga dimasukkan juga hadis dhoif bahawa memperbaharui wuduk dengan 10 ganjaran.

- Lihat bagaimana penyampaian Imam Tirmidzi, beliau memulakan dengan Hadis sahih yang pertama, Hadis sahih yang kedua dan diakhiri dengan Hadis dhoif (lemah),malah kemudian diakhiri dengan perbandingan pandangan para imam mazhab – ada juga jarh wa ta’dil perawi diselitkan ditenagh-tengah perbahasan)

- Kekuatan kitab ini juga terletak apabila beliau ada menyelitkan perbincangan beliau dengan ulamak-ulamak lain (Cth. perbincangan dengan gurunya Imam Bukhari).

ü Maka perlu diutamakan juga pandangan beliau tentang status hadis, dan perbandingan dengan para Imam yang sezaman dengannya sebelum mengambil pandangan.

ü Perbezaan terminologi tentang status hadis di sisi Imam Tirmidzi;

i. Hadis Hasan Sahih = bermaksud Hadis sahih seperti yang para ulamak lain maksudkan maksudkan dengan hadis sahih.

ii. Hadis Gharib = bermaksud Imam Tirmidzi mengangapnya sebagai hadis dhoif.

iii. Hadis Hasan = bermaksud tidak semestinya hadis itu hasan seperti mana yang difahami dalam ilmu mustolahul hadis ssedia ada, ada juga yang bermaksud hadis itu dhoif (ada yang memaksudkan bahawa matan (isi) hadis itu cantik tetapi sanadnya tidak sahih).

ü Istilah yang digunakan telahpun memberikan maksud yang sama. Bukan bermaksud Imam Tirmidzi tidak mengetahui status hadis tersebut.

ü Berdasarkan catatan para Imam terdahulu, Imam Az-Zahabi antara yang awal mengatakan Imam Tirmidzi seorang yang cuai dan longgar dalam penerimaan hadis (untuk direkodkan di dalam Sunan Tirmidzi), antara yang menjawab dakwaan ini ialah Imam al-Iraqi dan dalam thesis Dr. Nuruddin ‘Athir.

- Ini merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kajian yang lebih menyeluruh.

ü Pujian para Imam kepadanya;

- Imam Bukhari berkata kepada imam At Tirmidzi "ilmu yang aku ambil manfaatnya darimu itu lebih banyak ketimbang ilmu yang engkau ambil manfaatnya dariku."

- Al Hafiz 'Umar bin 'Alak menuturkan "Bukhari meninggal, dan dia tidak meninggalkan di Khurasan orang yang seperti Abu 'Isa dalam hal ilmu, hafalan, wara' dan zuhud."


Bersambung...(Siri Akhir, Sunan An-Nasa'i)

No comments: