Wednesday, July 14, 2010

Pengenalan kepada 4 Kitab Sunan (Siri Sunan Abu Daud)


Mengenal para Imam Ahlussunnah, atau dengan lebih dekat mereka yang digelar Ahli Hadis merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim, hal ini adalah kerana kita digesa oleh agama untuk berhati-hati dengan siapa kita mengambil deen ini. Dan deen ini dijaga rapi dengan usaha yang tidak berbelah bahagi oleh para imam hadis, mereka berkorban apa sahaja demi menjaga sanad (rantaian perawi), dan sesungguhnya sanad itu termasuk dalam deen. Sungguh tinggi kedudukan para imam ahli hadis ini melalui usaha dan pengorbanan yang tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita pada zaman ini. Para imam hadis mengumpul dengan niat untuk menyampaikan sunnah melalui catatan dan hafalan mereka.Semoga Allah meletakkan mereka dikedudukan yang tinggi.


Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda :

“Allah membuat cerah (muka) seorang yang mendengarkan (hadis) dari kami, kemudian menyampaikannya.” [H.R. Ahmad, Abu Daud]


Penulis mengirakan perlunya untuk dinukilkan kata-kata Syaikh Rabi’ dalam kitab kecil yang berjudul Makanatu Ahlil Hadits (Kedudukan Ahli Hadits), beliau berkata: “Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan golongannya (Ahlul Hadis) sebagai tonggak syariat. Melalui usaha mereka, Dia (Allah) menghancurkan setiap keburukan bid’ah. Merekalah kepercayaan Allah Subhanahu wa Ta'ala diantara makhluk-makhluk-Nya, sebagai perantara antara Nabi Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan umatnya. Dan merekalah yang bersungguh-sungguh dalam menjaga millah (Dien)-Nya. Cahaya mereka terang, keutamaan mereka merata, tanda-tanda mereka jelas, madzhab mereka unggul, hujjah mereka tegas… .”


Berikut merupakan sedikit catatan ringkas berkenaan empat kitab hadis yang muktabar selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.Semoga catatan ini bermanfaat buat para pembaca.


ü Nama:

- Sulaiman bin al Asy'ats bin Syadad bin 'Amru bin 'Amir (Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim)

- Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad.(Menurut Muhammad bin Abdul 'Aziz Al Hasyimi)

ü Umur:

- 202 H sehingga hari Jumaat tanggal 16 bulan Syawal tahun 275 H (73 tahun)

ü Imam Abu Daud belajar bertalaqqi, dan merantau mencari hadis.

ü Beliau antara imam yang paling banyak merantau bagi mencari sepotong hadis.

ü Kronologi rihlah (perantauan) Imam Abu Daud:

1. Iraq; Baghdad merupakan daerah islam yang pertama beliau kunjungii, iaitu pada tahun 220 H

2. Kufah; beliau kunjungi pada tahun 221 H.

3. Bashrah; beliau tinggal disana dan banyak mendengar hadis di sana, kemudian keluar dari sana dan kembali lagi setelah itu.

4. Syam; Damsyiq, Himsh dan Halb.

5. AL Jazirah; masuk ke daerah Haran, dan mendengar hadis dari penduduknya.

6. Hijaz; mendengar hadits dari penduduk Makkah, kemungkinan besar saat itu perjalanan beliau ketika hendak menunaikan ibadah haji.

7. Mesir

8. Khurasan; Naisabur dan Harrah, dan mendengar hadis dari penduduk Baghlan.

9. Ar Ray

10. Sijistan; tempat tinggal asal beliau, keluar dari Sijistan dan kemudian kembali semula, kemudian keluar lagi menuju ke Bashrah.

ü Antara gurunya yang terkenal (ada buku soalannya kepada imam Ahmad – soalan tentang hadis atau masail/ masalah-masalah hukum):

1. Ahmad bin Muhammmad bin Hanbal as Syaibani al Bagdadi

2.Yahya bin Ma'in Abu Zakariya

3. Ishaq bin Ibrahin bin Rahuyah Abu Ya'qub al-Hanzhali

4. Ramai lagi.

ü Antara muridnya yang terkenal:

1. Imam Abu 'Isa at Tirmidzi

2. Imam Nasa'i

3. Ali bin Hasan bin Al 'Abd Al Anshari (perawi sunsn dari beliau).

4. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).

5. Abu 'Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu'lu'i (perawi sunan dari beliau).

6. Ramai lagi.

ü Kepentingan mengetahui rantaian periwayat; atau sanad buku

– sebelum dicetak dan diterjemah ke banyak bahasa adalah penting bagi memastikan kesahihan manuskrip. Sanad buku yang membuktikan kesahihan jalur sanad. Kebanyakannya yang diguna pakai kini (bagi Sunan Abu Daud) adalah sanad Abu 'Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu'lu'i, salah seorang murid Imam Abu Daud, wujud juga sanad dari murid-murid yang lain.

ü Naskah Abu Daud yang berbeza mengikut anak murid (melalui proses imla’ yang mana guru baca dan anak murid mencatat jika ada kesalahan pada catatan dan hafalan, ada yang berkesempatan hadir semua proses ada pula yang ketinggalan) – menyebabkan makhtutot (manuskrip) sedikit perbezaan seperti nombor hadis, terjemahan dan lain-lain.

ü Justeru tips dalam membeli kitab hadis;

- perlu kenali cetakan buku dan siapa yang menguruskan soal percetakan manuskrip.

ü Ulasan Imam Abu Daud selepas membaca hadis,

- maka tidak semua hadis diulasan.

ü Mengapa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan buku sunan?

- Semua para imam mengambil masa yang lama untuk mengumpul, merekod, menghafal dan menyebarkannya, Imam Bukhari juga mengambil masa 16 tahun dan begitu juga Imam Muslim mengambil masa 15 tahun bagi menyiapkan sahihnya.

ü Imam Ahmad pernah dan sempat memberi komentar terhadap sunan Abu Daud

- Beliau memuji bahawa ia satu kitab yang sangat baik

ü Lebih kurang 500 ribu hadis berserta sanad, yang ditulis dengan tangan beliau sendiri

-Pengulangan hadis tetap berlaku, contoh lain yang berlaku dalam Musnad Ahmad, 300 ribu sahaja hadis daripada 1.5 juta hadis (ada yang Imam Ahmad sendiri tidak masukkan dengan alasan beliau sendiri)

- bermaksud ada maklumat yang tidak dimasukkan, dalam kitab lain atau dalam erti kata lain cara, metodologi, atau sistem yang digunakan oleh penulis

ü Sifat Sunan Abu Daud:

- Imam Abu Daud mengfokuskan kepada hadis-hadis hukum dan hadis yang marfu (datang terus daripada Nabi)

ü Proses atau kaedah penulisan Imam Abu Daud dalam menyiapkan Sunan ini

- Termuat dalam surat Imam Abu Daud kepada Ahli Makkah, diceritakan oleh beliau sendiri bagaimana proses beliau mengumpul dan membuat Sunannya (Risalah Abi Daud Li ahli Makkah) atas menjawab pertanyaan ahli makkah tersebut.

- Ringkasan Risalah Abi Daud Li ahli Makkah ;

Rumusan penting daripada surat itu; “Buku sunan adalah amat penting selepas al-Quran, bersama dengan sunan ini elok dilengkapkan dengan pemahaman sahabah, sunan ini mengumulkan ‘semua’ ( hadis hokum, ada pula yang dimasukkan dan sengaja tidak dimasukkan, sebenarnya merujuk kepada hadis sahih yang usul-dari naskah utama,cukup dengan hadis usul yang ada dan tidak perlu hadis furu’). Buku ini ringkas dan tidak diulang hadis yang sama berulang kali melainkan perlu (metod yang sama diguna para imam lain), beliau juga meringkaskan hadis yang panjang. Sunan dinamakan al-kutub;ada 36 kitab dan 1899 bab, 4800 hadis.”

ü Metod menukilkan hadis:

- Sama dengan Bukhari dalam memberikan maksud perkataan-perkataan yang tidak digunakan, dan sama dengan ketelitian Muslim dalam membezakan percakapan guru-guru (e.g akhbarona atau ahdasana) bagi membezakan sanad dan periwayat (dengan membezakan bukan sekerat-sekerat). Wujud juga hadis yang disalin hanya apa yang pasti dan diakhiri dengan “kemudian tidak aku dengar”, “diambil daripada..” menunjukkan betapa jujurnya beliau dalam nukilan-nukilan hadis. Wujud perawi yang terlalu ketat dan beliau tidak berjaya masuk dan mendengar, beliau mencatat “dibaca hadis itu di hadapan dan aku menjadi saksi” kerana beliau hanya dengar di sebalik dinding.”

ü Kedudukan hadis dalam kitabSunan Abu Daud

- Imam Abu Daud hanya memberitahu bahawa beliau hanya ingin mengumpul hadis yang mahsyur, bukan hadis yang gharib, dan yang digunakan oleh ahli fiqh kerana rujukan untuk mereka (bagi tujuan mendapatkan hukum). Ada gambaran diberikan bahawa ada yang tidak sahih, jika ada yang sangat lemah (dhoif jiddan) akan diberitahu, dan ada pula yang didiamkan (as-suqut), ada pula yang hanya guna terminologi seperti tidak dikomen hadis itu tetapi dikomen ia “soleh” (pandangan terhadap terminology itu oleh ulamak, Pandangan 1- ia bermaksud sahih, Pandangan 2-ia bermaksud menguatkan dan mungkin sahih). Ada juga hadis yang didiam dan tidak diulas.

- Separuhnya daripada semua hadis di dalam Sunan Abu Daud ada di dalam kitab hadis lain (Bukhari Muslim), yang tidak diulas. Ibn Hajar pernah menyatakan ada sebab mengapa tidak diulas hadis-hadis itu walaupun ianya hadis dhoif; “Antara sebabnya ialah hadis tersebut tidak terlalu dhoif, ditemui juga dalam riwayat murid yang diulas dan riwayat murid lain yang tidak diulas (dalam cetakan daripada manuskrip murid al-Lu’lu’I tiada ulasan, dalam dalam riwayat Ibn ‘Ab diulas bahawa ianya lemah), antara sebab lainnya yang dinyatakan ialah sebab beliau terlupa atau hadis itu jelas sangat kedhoifannya (telah dimaklumi bahawa ia hadis lemah sehingga tidak perlu diberitakan)”.


Bersambung....(Siri seterusnya berkenaan Sunan Ibn Majah)

No comments: