Saya tertarik dengan kesinambungan yang termuat di dalam tulisan di ruangan agama sebelum ini bertajuk 'Fahaman Syiah, Islam liberal gugat akidah' dan disusuli tulisan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Razak Idris pada hari berikutnya bertajuk 'Tiga cabaran utama menanti belia Islam zaman globalisasi'.
Kekangan terhadap pola pemikiran daripada terdedah kepada fahaman dalam beragama bukanlah penyelesaian utama seperti yang disimpulkan dalam tulisan pertama itu. Hal ini kerana globalisasi ilmu dewasa ini mendesak umat Islam terutama belia lebih peka dalam beragama. Memetik kata di dalam tulisan kedua itu, dalam mendepani pelbagai arus kefahaman dan tafsiran terhadap ajaran Islam, umat Islam terutamanya belia Islam harus diperkukuhkan dengan kerangka pemikiran berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang diajarkan Nabi Muhammad SAW dan as-salaf as-soleh yakni tiga generasi awal yang diiktiraf sebagai generasi terbaik.
Melalui kerangka berfikir sebegini, umat Islam mampu membatasi pola pemikiran mereka daripada dipengaruhi apa jua aliran yang menyeleweng dari landasan Islam. Justeru ia secara langsung membimbing belia Islam dalam melakukan proses penilaian terhadap sumber agama yang diperoleh.
Perpaduan umat Islam di Malaysia tidak akan tergugat jika pendekatan ilmiah dalam beragama dengan kerangka fikir yang betul diterapkan kepada umat Islam terutama belia. Kemunculan aliran atau fahaman seperti Islam liberal, Syiah, Wahabi, Ahbash dan beberapa golongan tarikat yang seleweng dari ajaran Islam semestinya sukar dibendung akibat globalisasi ilmu. Hatta pengaruh mazhab lain juga dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan bagi golongan tradisionalis kerana menggugat amalan mazhab Syafie di Malaysia.
Bagaimanapun, ia harus dianggap sebagai ujian belia zaman globalisasi ini dan dilihat daripada sudut pandang Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana kekangan mengikut pegangan mazhab sedia ada dan fahaman tanpa ilmu dan kefahaman harus diubah sesuai dengan gerakan globalisasi ilmu kini. Justeru, saya sangat bersetuju dengan pernyataan penulis bahawa era perubahan yang berpengaruh harus bermula dengan kekuatan ilmu pengetahuan sesuai dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.
* Respon ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 31 Ogos 2009 (Isnin) di bahagian surat pembaca.

1 comment:
sila rujuk al quran surah an-nisa ayat 150 dan 151.
Post a Comment