Tuesday, August 12, 2008

Kronologi Pendustaan dan Penjajahan Ekonomi Global

Sejarah dunia yang telah dihiasi dengan pendustaan adalah salah satu bukti wujud konspirasi berencana pihak-pihak tertentu. Di sebalik perancangan terperinci itu wujud pelbagai agenda tersembunyi. Beberapa pihak yang terlibat dan memainkan peranan di dalam konspirasi ini ‘menyerang’ dari pelbagai sudut, baik dari sudut politik,ekonomi,sosial dan sebagainya.

Ekonomi adalah salah satu aspek penting dalam pembanggunan sesebuah negara.Tatkala kita membuat perancangan masa depan, berinteraksi dengan transaksi harian, hinggakan keputusan pembelian dan penjualan, siapa sangka wujud agenda tersembunyi di sebaliknya. Perancangan berencana dalam menguasai kuasa ekonomi dunia oleh sesetengah pihak ini terbukti apabila dunia kini telah dikuasai sistem riba. Wacana tentang riba tidak mungkin lengkap jika tidak menyentuh soal wang kertas kerana matawang ini dan riba mempunyai hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah wang kertas yang diwarnai misteri dan pendustaan ini hanyalah satu pengkaburan terhadap agenda tersembunyi yang telahpun dirancang. Kedambaan ummat Islam dalam memartabatkan ekonomi Islam masih lagi satu khayalan kerana majoriti ummat terbelenggu dalam sistem cengkaman riba yang diguna pakai di majoriti negara membangun. Mari kita mengimbau pembuktian sejarah silam yang menjadi punca utama kepincangan sistem ekonomi dunia.

1910

Berdasarkan G Edward Griffin di dalam buku The Creature From Jekyll Island, mesyuarat misteri beberapa orang di Pulau Jekyll adalah permulaan kepada penipuan global untuk menggunakan wang kertas. Matlamat ini dirancang dengan penubuhan The Federal Reserve Department (FRD).

1913

The Federal Reserve Department (FRD) berjaya ditubuhkan yang mana keahliannya bukan di kalangan rakyat mahupun institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya ia dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Federal yang membawa maksud persekutuan adalah satu pendustaan yang nyata.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala kewangan negara Amerika Syarikat, antara peranan yang dilakukannya ialah mencetak dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR). Manakala peranan FRB atau FRR ini pula adalah menjadi asas perjalanan sesebuah bank.

Sehingga kini, FRB digunakan oleh industry perbankan dunia (termasuk Malaysia) untuk menciptakan wang sesuka hati dalam jumlah yang berganda-ganda melebihi kekayaan sebenar.

1917

Pengiktirafan yang diberikan oleh Amerika kepada pejuang ‘Zionis’ untuk mewujudkan kerajaan di Palestin melalui Deklarasi Balfour. Akibatnya. mereka semakin berani bersuara di sebalik sokongan kuasa besar dunia.

1919

Berikutan penubuhan FRB, peristiwa- peristiwa besar berlaku sehinggakan British dikatakan menguasai Bandar Jerusalem pada 1919.Kejatuhan Jerusalem ini adalah tanda berakhirnya Perang Salib selepas 250 tahun antara Islam dan Kristian.

1924

Kejatuhan Jerusalem ke tangan British diikuti dengan kejatuhan sitem kekhalifahan. Keruntuhan kerajaan khilafah islamiah yang terakhir yakni Khalifah Uthmaniah di Turki menyebabkan kelumpuhan dalam sistem kewangan Islam yang berteraskan dinar dan dirham.

1929

Krisis ekonomi dunia berlaku secara besar-besaran akibat daripada Perang Dunia Pertama. Spekulasi dan manipulasi menjadi punca utama berlakunya susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang menjadi tidak bernilai.

Bank dan institusi kewangan yang dikuasai sistem kapitalis yang tidak bertanggungjawab mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang dicipta melalui pelbagai deposit, sistem hutang, dan faedah. Wang fiat yang didepositkan ke dalam bank bercambah yang kemudiannya diberikan pula kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi palsu sebegini tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

1944

Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia bersetuju untuk menyandarkan wang masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. Kesannya, Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan matawang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelumnya. Perjanjian ini mendaulatkan Dolar Amerika setaraf dengan emas.

1945

Setahun selepas kedaulatan negara-negara dunia terhadap Dolar Amerika tersebut, International Monetory Fund (IMF) ditubuhkan. Dianggotai 185 buah Negara dan berfungsi sebagai badan bertanggungjwab menstabilkan kewangan, mencipta peluang pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Hakikatnya, misi utama IMF yakni member kewangan bersyarat kepada Negara bermasalah sebenarnya menganggu kestabilan sosial negara peminjam.Hal ini kerana pinjaman diiringi dengan faedah yang sangat menyebelahi IMF.

1948

Jika dahulu peta dunia tidak kelihatan sebuah negara bernama Israel, kini Israel diktiraf sebagai salah satu negara di dalam peta dunia. Ianya diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat. Pengiktirafan di tengah-tengah negara Palestin yang sah itu disokong kuasa besar dunia sambil memejamkan mata terhadap kezaliman yang berlaku disebaliknya.

1971

Perang Vietnam menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Richrad Nixon hampir bankrap. Hal ini berlaku kerana masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Sikap licik Amerika Syarikat dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas bagi mengelakkan keruntuhan nilai Dolar Amerika yang berterusan.

Selepas 15 Ogos 1971, Dolar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa pemintaan dan penawaran pasaran tukaran asing. Kesannya,semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat yang bernilai sifar. Maka Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.

Tindakan Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas (Gold Standard).

1983

Kefahaman tentang teori wang boleh menunjukkan kepada kita bagaimana wang fiat terutamanya Dolar Amerika menjadi medium Amerika Syarikat dalam mencuri hasil kekayaan Negara lain dengan licik. Tetapi ianya adalah satu teori yang rumit untuk difahami oleh orang awam.

Oleh itu, Profesor Omar Ibrahim Vadillo telah menubuhkan Pertubuhan Murabitun Antarabangsa bagi memperkenalkan gagasan ‘Kembali kepada Dinar Emas.’

Jelas disini bahawa wang fiat yakni Dolar Amerika merupakan dalang besar dalam penjajahan ekonomi global. Bermula dengan penubuhan FRD, mengadakan Perjanjian Bretton Woods dan kemudian memungkirinya adalah satu pendustaan global. Ummah ditipu ‘hidup-hidup’, inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Wallahu’allam.

Ibn Yusof

12 Ogos 2008 / 10 Sya’ban 1429H

1:08 a.m.

www.ibnyusof.blogspot.com

5 comments:

KA said...

hmm...sy tak sangka bhw ini sejarahnya...terima kasih kerana sudi berkongsi...

lgpun saudara ada dgr bhw di negeri Kedah, Penang, Perak, n Selangor insyaAllah akan digalakkan penggunaan dinar seperti di Kelantan...oleh kerajaan negeri sekarang...maka x perlu susah pergi kelantan utk beli dinar emas...

semoga malaysia menjadi negara pertama menggunakan dinar emas amin..

dan semoga saudara terus menulis artikel yang menarik lagi...lebih2 lagi berkaitan ekonomi

Anonymous said...

Salam..
Good article. Ada buku yg sgt baik yg menhuraikan isu ni dr indonesia. tajuknya sistem dajal. sangat bagus sebagai bacaan lanjut.

berkenaan saranan kembali kpd dinar emas utk mengembalikan sistem ekonomi kpd keadilan tanpa cengkaman kapitalis, ramai pihak berpendapat negara islam perlu produce dinar emas. tp hakikatnya bukanlah sebegitu mudah, andai kita membeli semua emas di muka bumi ini sekalipun dan menukarnya kpd dinar emas, belum pasti hasrat keadilan ekonomi tercapai.

ini kerana sejak pengenalan sistem ekonomi bebas oleh adam smith, semuanya diperdagangkan termasuk wang itu sendiri. dari situ timbullah ekonomi kapitalis yg mengusai dunia hr ini.

jadi, mengeluarkan dinar emas semata2 bukanlah jalannya. apa gunanya kelantan, kuwait @ saudi mengeluarkan dinar emas namun conversionnya disandarkan kpd us dollar @ euro yg sering berubah nilainya lantaran spekulasi kapitalis. apa gunanya negara emiriyah yg mengunakan dinar emas dan 'memberinya' kpd syarikat barat yg membina bangunan di negara mereka?

maka, perspektif baru dlm mendaulatkan keadilan ekonomi islam dlm dunia globalisasi ini mesti lebih menyeluruh. bukan sekadar menempa dinar emas sahaja, namun umat islam perlu bersedia dgn pakar IT & juga pakar ekonomi.

pakar IT sgt penting utk menolong berurusan dgn teknologi ICT yg menjadi medium pasaran saham, matawang & perniagaan masa kini. manakala, pakar ekonomi yg mahir perlu utk bersedia utk mencari jalan 'meninggikan' nilai dinar emas di pasaran sebelum semua negara yakin utk beralih dr menyandarkan matwang mereka kpd us @ euro yg tidak stabil.

oleh itu, ana menyesyorkan semua sahabat yg berada & belajar dlm bidang political sciences, ICT, ekonomi & akaun supaya mempersiapkan diri utk menjadi pakar dlm bidang masing2 dan melihat kepentingan mereka utk menyumbang kpd umat dlm merealisasikan hal ini. umat islam sgt memerlukan & mendoakan kalian. semoga berjaya.

wassalam.

Ibn Yusof said...

Bismillah,

Ibn Yusof kepada KA::-
Jazakallah atas respon tersebut.Saya tidak pasti dengan berita berkenaan penggunaan dinar emas di kelima-lima negeri tersebut kerana berdasarkan pembacaan saya dari thesis-thesis dan research berkenaan isu dinar emas ini lebih kepada isu global.

InsyaAllah akan saya kongsikan pengetahuan berkenaan perkara ini dalam artikel-artikel seterusnya.

Wallahu'allam.

Ibn Yusof said...

Bismillah,

Ibn Yusof kepada Abul Harith:-

Jazakallah atas komen dan cadangan rujukan tersebut.InsyaAllah akan dicari.Klu boleh pinjamkan pun bagus juga.hehe

Saranan kembali kepada dinar emas hanyalah salah satu sarana bagi memartabatkan ekonomi Islam. Ini antara perjuangan Umar Vandillo dan Prof. Kameel Mydin Meera dalam buku-buku dan artikel artikel mereka.

Tertarik dengan fakta "andai kita mampu membeli semua emas" kerana sepnajang pengkajian berkenaan perkara ini, boleh rujuk laman web IMF di bahagian FAQ dan lihat kapasiti emas yang mereka miliki. Ummat dalam usaha mengumpul seberapa banyak wang kertas walhal mereka dalam usaha mengumpul emas.Fakta menarik yang boleh kita renungkan bersama.

"apa gunanya kelantan, kuwait @ saudi mengeluarkan dinar emas namun conversionnya disandarkan kpd us dollar @ euro yg sering berubah nilainya lantaran spekulasi kapitalis."

Sangat setuju dengan pernyataan ini.Sebab itu berdasarkan ucapan Tun Dr.M pada thn 2002 semasa mencadangkan penggunaan gold dinar di kalangan negara OIC terlebih dahulu akibat fakta-fakta yang mendukacitakan. Antaranya ialah fakta perdagangan yang terlalu mengharapkan negara barat sebagai orang tengah walhal kita mampu berdagang sesama muslim. (inysaAllah akan saya disclose dalam article setrusnya.)
Peralihan penggunaan dinar emas sesama negara OIC pada hemat saya mampu mengalih kebergantungan kita muslim kepada sistem dajjal ini. Kata kuncinya hanya satu..."Unity".
Wallhu'allam.

Kesimpulannya, seperti apa yang Abul Harith katakan, perspektif baru dlm mendaulatkan keadilan ekonomi islam dlm dunia globalisasi ini mesti lebih menyeluruh. Dunia Islam mendambakan para ilmuan dari semua aspek.

Wallahu'allam.

nAdrz'R Rapi'e said...

salam...
Abu Harith ader ckp pasal 1 buku mengenai sistem dajal kan...ana baru balik dr seminar di UM,seorg prof ekonomi UM,Hajjah Nik Mahani mengatakan sistem tu dalam perancangan untuk diadakan tidak lama lagi...nama matawang itu akan diberi nama"Amero" dan ia juga berbentuk syiling,ader lambang tiga segi dan diatas bucunyer ader lambang mata 1...bukankah ia lambang dajal....
setahu ana di selangor ni ader 4 tempat untuk menukar matawang RM kepada dinar...sekarang ni nilai emas makin meningkat...so xrugi kalo masing2 mempunyai sekurang2nyer 1 keping syiling dinar...
maaf jika ana tersalah...

wallahu'alam...