“Bodoh! Simpan wang dalam periuk! Simpanla kat bank” reaksi seorang pak cik tua yang duduk di sebelahku. Kami sedang menunggu giliran untuk mengunting rambut.
Pak Cik yang sedang menggunting rambut dan aku tersentak dengan reaksi tersebut. Dengan baju batik dan berkasut mewah, aku menyangka barangkali beliau seorang yang berkedudukan tinggi.
Pernyataan itu terpacul dari mulutnya ketika sedang dia membelek-belek berita di dalam Sinar Harian, aku pada masa yang sama sedang membaca akhbar Berita Harian.
Aku segera menjenguk tajuk berita yang dibacanya, “Wang dalam periuk hangus” tajuk berita itu terpampang di tengah akhbar Sinar Harian berserta gambar seorang pak cik tua sedang membongkok mengutip saki baki sisa-sisa rumahnya yang hangus dijilat api.
Serta-merta jiwaku tersentuh dengan ujian yang dihadapinya, timbul persoalan mengapakah pak cik tersebut tidak berasa sedemikian sedang saudara seagamanya ditimpa musibah. Malahan dikutuknya pula ‘kebodohan’ pak cik itu yang menyimpan wangnya di rumah berbanding di bank.
Sedih,geram dan bermacam-macam perasaan yang aku rasa bercampur baur kesemuanya. Dalam hatiku terdetik satu pernyataan “Barangkali satu masa kelak orang lain pula yang akan mengunakan perkataan ‘Bodoh’ kepada pak cik tersebut apabila melihat gambarnya duduk bertinggung di dada akhbar mengenangkan nasibnya apabila semua wangnya di bank tidak bernilai lagi.”
Kenapa aku berfikiran sedemikian? Ini kerana tiada beza wang yang beliau simpan di dalam bank dengan wang yang disimpan di dalam periuk. Wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik, nilai wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market force). Ini bermakna nilainya bergantung kepada kuasa permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Ia hanya ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semestinya menunaikan ‘janji’ itu. Atas sebab inilah, jika anda lihat wang kertas yang anda gunakan, tertera pernyataan “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkannya. Dalam bahasa yang lebih mudah, ianya hanyalah ‘sekeping kertas’ yang diguna pakai untuk semua urusan jual beli.Apakah asas penerimaannya? Percaya atau tidak ianya hanyalah berdasarkan kepercayaan semata-semata!Jika suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap wang kertas ini maka ianya tidak berguna lagi, sekalipun ianya berguni-guni tingginya.
Ungkapan ‘duit tak laku’ bukanlah suatu pernyataan omong kosong kerana perkara ini tidak mustahil berlaku dan sejarah telahpun membuktikannya. Datuk nenek kita yang pernah menggunakan ‘duit Jepun’ atau ‘duit pisang’ pernah mengalami saat duit ini tidak lagi bernilai hatta ianya berguni banyaknya. Hal ini berlaku kerana di kala peperangan, mata wang sesebuah Negara yang dilanda krisis akan hancur lalu dilmabakkanlah wang kertas ini dan dibakar bagi memansuhkannya.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang yang disimpan di dalam akaun atau kad digital plastic yang dikeluarkan oleh bank-bank. Semuanya tidak disokong oleh apa-apa asset yang nyata.Jelas di sisi bahawa nilainya mudah dispekulasi oleh speculator matawang yang berniat jahat, buktinya adalah krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.
Kini, keadaan krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika dahulu dijangka berulang oleh pakar-pakar ekonomi dalam dan luar negara, dan lebih membimbangkan ianya dijangka jauh lebih teruk. Inilah keburukan sistem kapitalis yang diguna pakai hampir keseluruhan negara membangun. Penipuan sistem ekonomi palsu ini seharusnya dibongkarkan kepada masyarakat supaya mereka sedar tentang kepentingan untuk kita berjuang mengembalikan sistem ekonomi Islam yang sebenar.
Wallahua’lam.
Ibn Yusof
4.06 p.m
27 July 2008 / 23 Rajab 1429
www.ibnyusof.blogspot.com

2 comments:
hmm...gementar n risau mendengar 1929 akan berlaku lagi sbb sy pernah menonton video mengenai situasi itu dan sy x mahu ia berlaku...hmmm...sy bukan dlm bidang ekonomi maka sy x tahu cara2 utk mengelakkan nya atau mengurangkan kesan terhadap diri n keluarga...ada advice??
Salam,
Untuk mengelakkannya mungkin agak sukar kerana banyak transaksi global bergantung pada US dolar,maka sedikit sebanyak semua pihak akan merasai tempiasnya. Dan itu juga apa yang berlaku pada ekonomi negara sekarang apabila terkesan dengan kes Sub-Prime loan di US membarah.
Bagi individu yang berhasrat untuk mengelak apa-apa kejadian yang tidak diingini digalakkan membuat pelaburan emas.sbg cth membeli kijang emas atau dinar emas kelantan.
Segala keterangan lanjut insyaAllah akan dikongsi dalam artikel-artikel yang berikut.
Wallhu'allam.
Post a Comment