Friday, May 2, 2008

Televisyen: Senjata Moden Perang Pemikiran



Televisyen kini dianggap sebagai satu media komunikasi moden. Ia juga satu bukti produk kemajuan peradaban dan dianggap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Seperti mana ibarat sebuah pisau yang boleh digunakan untuk hal-hal yang memberi manfaat dan sebaliknya, begitu juga halnya dengan sebuah televisyen.

Walaupun diselangi dengan program-program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi tiadk sesiapapun dapat menafikan bahawa peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama.

Sesetengah para ulama’ Ahlu Sunnah pula dituduh bersikap tegas, keras dan ketinggalan zaman apabila berfatwa tentang hukum larangan menonton televisyen. Akibat terpengaruh dengan agenda musuh-musuh Islam yang bertuhankan hiburan, ada sesetengah Muslim yang sanggup menemplak hujah para ulama’ Ahlu Sunnah ini. Para ulama’ Ahlu Sunnah yang penulis maksudkan ialah Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
[1], Syaikh Soleh Al-Fauzan[2] dan mereka yang terlibat dalam Lajnah Daimah Saudi Arabia dan lain-lain tentang fatwa-fatwa mereka terhadap penggunaan televisyen,[3] mereka yang menentang fatwa para ulama’ Ahlu Sunnah ini hanya berpaksikan hawa nafsu semata. InsyaAllah artikel ini akan merungkai hikmah di sebalik fatwa-fatwa berkenaan.

Bayangkan nasib anda yang ketagih dengan televisyen ini apabila hari-hari anda disuntik dengan program-program yang menyimpang. Penyebaran racun-racun pemikiran seperti ini mendatangi kaum muslimin melalui media eletronik yang digelar televisyen. Dan jika anda menyoal apakah kesannya? Lihatlah sekeliling anda. Anak-anak muda mula berpakaian membuka aurat dan meniru fesyen-fesyen seperti mana yang ditunjukkan dalam filem-filem yang ditonton, anak-anak muda terpengaruh dengan gaya hidup barat yang bertuhankan hedonism, anak-anak kecil mula mengagung-agungkan superhero-superhero khayalan yang disangkakan satu-satunya penyelamat mereka, kartun-kartun yang disukai anak-anak kecil diselitkan unsur-unsur syirik dan khurafat seperti Darwinism, penyembahan berhala dan sebagainya.

Bukan ini sahaja malah siapa dapat menafikan peningkatan kadar jenayah akibat dari pengaruh televisyen? Para penjenayah boleh mempelajari gerak-geri dan strategi hanya melalui program-program televisyen yang pelbagai, teknik rompakan, penjualan dadah, pemerkosaan, hinggalah kepada aksi pembunuhan yang ditunjukkan dengan teliti. Selain itu, bukan sahaja aksi keganasan rumah tangga, malah aksi suami isteri di ranjang juga dipaparkan secara terbuka sehingga kanak-kanak kecil bebas menonton aksi-aksi yang boleh merosakkan pemikiran mereka.

Perkara ini menular dengan cepat sehingga ramai kaum muslimin yang terlibat dalam pengusahaan filem atau drama terpengaruh dengan norma-norma sedemikian yang dianggap suatu kebiasaan. Lihat sahaja filem atau drama yang dihasilkan para produksi di negara yang dikatakan Negara Islam. Filem atas nama dakwah juga melibatkan percampuran lelaki dan perempuan, seorang suami mampu membiarkan isterinya disentuh malah tidur sekatil dengan lelaki lain atas nama perfileman. Kelak apabila aksi sebegini ditonton ianya tidak menjadi bualan ramai kerana ianya dianggap satu perkara biasa.




وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”[4]

Sedarlah dari tidurmu Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah, inilah yang dinamakan perang pemikiran (ghozwul fikr), tatkala musuh-musuh Islam tidak berjaya mengetuk pintu-pintu rumah kaum muslimin dan menyebarkan dakyah ajaran mereka, mereka sebaliknya menggunakan filem-filem yang disalurkan melalui televisyen-televisyen untuk menyerang akal dan hati kaum muslimin dari golongan kecil sehinggalah dewasa. Hasilnya, ibu dan anak-anak berebut memegang alat kawalan televisyen, si ibu mahu menonton drama Bawang Putih Bawang Merah yang jelas unsur khurafat dan syirik di dalamnya, manakala yang si anak ingin menonton Diari Akedemi Fantasia yang jelas mengagung-agungkan dunia hiburan.

Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin pernah berkata tentang hukum televisyen, beliau menjawab pada awalnya bahawa:-
“Televisyen itu sendiri tidak boleh dikatakan haram, dan tidak pula makruh dan tidak pula boleh. Kerana ia adalah benda yang tidak berbuat apapun. Sesungguhnya hukumnya sangat tergantung dengan perbuatan hamba, bukan dengan dzat sesuatu...”
[5].


Jika kita menganalisa fatwanya yang lain pula beliau memberi cadangan dalam fatwanya yakni:-
“Adapun zaman sekarang, kita perlu menempuh setiap sarana yang bisa digunakan untuk mengajak kepada Islam, seperti ; radio, televisyen , bulletin (sebaran ilmiah), penerbitan majalah-majalah Islam di akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang baik, termasuk juga sarana internet yang muncul di zaman ini dan telah merambah ke seluruh dunia. ”
[6].

Ya benar, kita mungkin tidak dapat menghapuskan televisyen yang berada di setiap pelusuk rumah di muka bumi ini. Akan tetapi masih tidak terlambat untuk kita mengawal bencana yang menimpa kaum muslimin hari ini. Pilihan alternatif sentiasa terbuka luas bagi kaum muslimin yang merasakan ianya satu tanggungjawab dalam memelihara keluarga masing-masing. Pilihan bijak yang boleh difikirkan dalam menentukan filem apa yang wajar ditonton, dan siaran apa yang harus dipilih.






We're in a lot of trouble!
Because you people, and 62 million other Americans
are listening to me right now.

Because less than 3%
of you people read books.
Because less than 15% of you read newspapers.
Because the only truth you know
is what you get over this tube.

Right now, there is a whole and entire generation
that never knew anything that didn't come out of this tube!
This tube is the Gospel.
The ultimate revelation.
This tube can make or break
presidents, popes, prime ministers.
This tube is the most awesome goddamn
force in the whole godless world
and woe is us if it ever falls
into the hands of the wrong people!

And when the largest company in the world
controls the most awesome, goddamn propaganda force
in the whole godless world
who knows what sh*t will be peddled
for truth on this network!

So you listen to me.
Listen to me!
Television is not the truth.
Television's a goddamned amusement park!
Television is a circus, a carnival,
a travelling troupe of acrobats,
storytellers, dancers, singers, jugglers,
sideshow freaks, lion tamers and football players.

We're in the boredom-killing business.
But you people sit there,
day after day, night after night,
all ages, colors, creeds.
We're all you know.

You're beginning to believe
the illusions we're spinning here.
You're beginning to think that the tube is
reality and that your own lives are unreal.
You do whatever the tube tells you!
You dress like the tube, you eat like the tube,
you raise your children like the tube,
you even think like the tube.

This is mass madness, you maniacs!
In God's name, you people are the real thing!
We are the illusion!

Inilah sedikit sebanyak yang dapat penulis terangkan tentang betapa bahayanya televisyen jika ianya tidak dikawal, ianya bukan sekadar media elektronik akan tetapi senjata yang musuh Islam gunakan untuk menyuntik minda kaum muslimin hari demi hari. Semoga kita diberi taufiq oleh Allah sehingga dapat menjauhkan kita dan keluarga-keluarga kita daripada sarana-sarana kerosakan, dan membawa kita dan keluarga-keluarga kita kepada jalan-jalan kebaikan. Amin.



__________________________________________________
[1] Rujuk Risalah Isti’mal Dusy Munkarun Kabir dari Program Fatawa Syaikh Bin Baz
[2] Muntaqo Min Fatawa Syaikh Soleh Al-Fauzan no:127
[3] Fatwa Lajnah Daimah no: 3374
[4] Al-An’am 6:116
[5] Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syariyyah Fi Al-Masail Al-AShriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Darul Haq.
[6] Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syariyyah Fi Al-Masail Al-AShriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini 2, hal 287-288 Darul Haq.


Ibn Yusof

2 Mei 2008 / 25 Rabi' Al-Thani 1429

03:55p.m

www.ibnyusof.blogspot.com

No comments: