Sikap sesetengah pihak yang mengecam Syi’ah itu sebagai satu ajaran sesat hendaklah dinilai semula dengan adil dan saksama. Tidak hairanlah jika sesetengah laman-laman web golongan sunni apetah lagi syi’ah berusaha keras menjelas dan mempamerkan fatwa-fatwa kepentingan bersatunya dua golongan ini serta pengiktirafan Sunni bahawa Syi’ah masih dalam paksi Islam. Fatwa Syaikh Mahmud Shaltut pada tahun 1959 juga diguna pakai sesetengah pihak untuk menegaskan perkara ini.
Tidak seharusnya wujud perbalahan antara mana-mana pihak selagi mana mereka berpegang pada panji yang sama yakni “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah”. Ini selari dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ
عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ
إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ
يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Al-Imran 3:103]
Ya, kita mungkin di bawah payung Islam yang sama tetapi berlainan mazhab. Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri.[1]
Tetapi apa yang wajib kita fahami ialah masalah perbezaan ketara dalam mazhab Syi’ah. Mazhab Syi‘ah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya. Adalah tidak adil jika kita menghukum Mazhab Syi’ah ini secara umum bahawa ianya sesat. Mengenal pasti sebelum menghukum adalah suatu perkara yang wajib agar kita tidak tergolong dalam sabda Rasulullah Shallahu‘alaihi Wa Sallam:-
"Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu pantas untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan." (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6104 dan Muslim no.60)
Syi’ah dalam sejarahnya mengalami beberapa pergeseran. Seiring dengan perjalanan waktu, kelompok ini terpecah menjadi
Yang penting dan perlu kita (Ahlu Sunnah Wal Jama’ah)sedari dan berhati-hati ialah terhadap golongan Syi’ah Rafidhah. Asalkan ianya Rafidhah, sudah pasti Syi’ah.Tetapi belum tentu Syi’ah ianya Rafidhah. Antara I’tiqad mereka yang jelas berbeza dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah antaranya ialah:-
1. Bahawa khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali diikuti dengan Husain dan keturunannya.
2. Bahawa para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahl al-Sunnah telah membelakangi nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan jawatan khalifah mereka (‘Ali, Husain dan keturunannya).
3. Bahawa kerana sikap Ahl al-Sunnah yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah sepertimana poin 2 di atas, maka mereka, sejak dari Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan para sahabat seluruhnya sehingga ke umat Islam hari ini berada di dalam kesesatan.
4. Bahawa mazhab yang benar di dalam Islam ialah Mazhab Syi‘ah manakala Mazhab Ahl al-Sunnah adalah mazhab yang salah.[3]
Siapakah pengasas Syia’ah Rafidhah?
Pengasasnya ialah Abdullah bin
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Asal Ar-Rafdh ini dari munafiqin dan zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran, pen). Pencetusnya adalah Abdullah bin
Perkataan Ulama tentang Syi’ah Rafidhah[5]
Asy-Syaikh Dr. Ibrahim Ar-Ruhaili di dalam kitabnya Al-Intishar Lish Shahbi Wal Aal (hal. 100-153) menukilkan sekian banyak perkataan para ulama tentang mereka (Syi’ah Rafidhah).Antaranya ialah:-
1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)
2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakr dan ‘Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menshalatinya (bila meninggal dunia)?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)….” (Siyar A’lamin Nubala, 7/253)
3. Al-Imam Malik bin Anas berkata: “Mereka itu adalah suatu kaum yang namun tidak mampu. Maka akhirnyarberambisi untuk menghabisi Nabi mereka cela para shahabatnya agar kemudian dikatakan bahwa ia (Nabi ) adalah seorang yang jahat, karena kalau memang ia orangrMuhammad shalih, niscaya para shahabatnya adalah orang-orang shalih.” (Ash-Sharimul Maslul ‘ala Syatimirrasul, hal. 580) dan Al-Imam Asy-Syafi’i, “Aku belum pernah tahu ada yang melebihi Rafidhah dalam persaksian palsu.” (Mizanul I’tidal, 2/27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)
4. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Aisyah) itu orang Islam.” (As-Sunnah, 1/493, karya Al-Khallal)
5. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku shalat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama-sama tidak boleh -red). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil ‘Ibad, hal. 125)
6. Al-Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat Rasulullah , maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq. Yang demikian itu karenar Rasul bagi kita haq, dan Al Qur’an haq, dan sesungguhnya yang .rmenyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para shahabat Rasulullah Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdadi)
Penulis menyokong penuh pemikiran positif yang ditunjukkan Faisal Tehrani novelist tanah air kita dan Mak Cik Musalmah Lebarnya dalam menyatukan dua golongan Sunni dan Syi’ah. Ini satu usaha yang telah wujud lama sejak zaman berzaman.Hatta Dr. Yusof Al-Qardhawi juga mempunyai hasrat yang sama. Walaupun Faisal Tehrani dituduh Syi’ah atas tulisan-tulisan beliau, beliau masih terus dengan pemikiran positifnya. Barangkali tindakan beliau yang banyak merujuk kepada kitab-kitab utama Syi’ah seperti ialah ‘Usul Al-Kafi’, ‘Mafatih al-Jinan’ dan ‘Bihar al- Anwar’ dalam tulisan-tulisan beliau menyebabkan tuduhan ini kelihatan begitu ketara.
Mungkin ada baiknya jika beliau tidak bersikap terlalu optimis tetapi pada masa yang sama
Kita sudah tentu tidak mengingini 10 Muharram di Malaysia diselangi dengan peristiwa berdarah dengan amalan merobek pakaian dan memukul-mukul wajah. Atau sujud pada batu dari tanah
Wallahu’alam.
Ibn Yusof
10 Mei 2008 / 4 Jumada Al-Awwal 1429
10.52 p.m.
www.ibnyusof.blogspot.com
____________________________________
[1] Ensiklopidi Islam (ed: Hafidz Dasuki; PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta, 1994) – ‘Mazhab’.
[2] Al-Milal Wan Nihal, hal. 147, karya Asy-Syihristani.
[3] Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah, Hafiz Firdaus Abdullah.
[4] Majmu’ Fatawa, 4/435.
[5] Membongkar Kesesatan Syiah, Al-Ustadz Ruwaifi’ bin Sulaimi Al-Atsari, Lc.
3 comments:
Salam,
Saya kira mazhab mana yang benar sudah tidak penting. Tetapi saya seorang pengkaji dan bukan pendakwah. Saya mengkaji dan menemui yang Abdullah bin Saba tidak wujud dan hanyalah watak fiksi. Seperti watak-watak dalam novel saya. Jika saudara menambah usaha lebih sedikit dan mengabaikan seketika sensasi darah program asyura saudara akan menemui yang Abdullah bin Saba tidak wujud. Saya boleh buktikan dengan kitab dalam khutubkhanah saya sendiri. Mungkin kita boleh berjumpa, kalau saudara benar ikhlas dalam mendokong 'kesatuan' ini.
Wassalam.
Salam,
Jazakallah saudara FT kerana sudi memberi komen.
Saya kira pemilihan mazhab juga penting teruatam bagi orang awam,kerana ia bukan hanya melibatkan fiqh bahkan ia juga melibatkan aqidah seseorang.
Saya pernah membaca kedua-dua hujah Sunni dan Syi'ah tentang perbahasan kewujudan Abdullah Ibn Saba ini.
Tapi tidak kira wujud atau tidak pengasas bernama Abdullah Ibn Saba ini, siapa dapat nafikan peristiwa berdarah kegemaran puak Syi'ah.
Bukan sahaja perbahasan berkisar Saif bin Umar at-Tamimi atau siapapun pengasas Syia'ah sebenar,Tetapi qaul-qaul ulama' yang saya nukilkan juga perlu diambil kira. Mazhab Syi'ah Rafidhah jelas tersimpang jauh dari ajaran Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam.
Jika saudara seorang pengkaji,mungkin ada baiknya saudara FT kongsikan kajian saudara untuk para ilmuan nilai sendiri. Kajian ilmiah yang adil sentiasa dialu-alukan dan semoga mendapat redha Allah Subhanallahu Ta'ala.
Seperti mana saya katakan hasrat'Kesatuan" ini telah wujud zaman berzaman, tetapi tidak mustahil jika perkara ini hanya tinggal impian jika wujud pihak yang tidak ingin berpegang teguh pada kalam Allah dan petunjuk Rasul.
Wallhu'allam.
o, mcm ni caranya. ok..... dh faham dh.
ibnu yusof, hati2, jarum syiah dh nk mule lah tu. post ni waktu 2008 kan? tgkla 2011 mcm mane dh. bukan masalah mazhab, perpecahan atau ape, masalah pemikiran. masalah pemikiran lagi berbahaya drpd serangan fizikal :)
Post a Comment