Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Kebelakangan ini menurut pemerhatian saya isu isbal ini rancak diperbincangkan. Sebagai pemerhati bebas saya terpanggil untuk berkongsi sama hasil pembacaan, pengkajian dan pengetahuan saya tentang isu ini yang sememangnya memerlukan pemahaman yang mendalam.Bagi para pembaca yang sama ada tidak pernah mendengar apa itu isbal ataupun yang telah tahu diharap dapat membaca artikel ini sehingga habis agar dapat membuat penilaian yang adil dan jelas.Saya secara peribadi sangat kagum dan bersyukur setelah menelaah hukum ini kerana betapa terperincinya Islam dalam membincangkan aspek kehidupan dari pelbagai sudut sehingga tatacara pemakaian juga diambil kira dalam menunjukkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T seperti mana yang dikehendakiNya.
Definisi Isbal
Isbal boleh diterangkan melalui dua maksud iaitu dari segi bahasa dan istilah.
Secara bahasa
Isbal adalah diambil dari kata “Asbala izaarahu”, yang artinya “menjuraikannya”. Jika dikatakan “asbala fulanun tsiyabahu” artinya orang tersebut memanjangkan dan menjuraikan pakaiannya sampai ke tanah”.
Secara istilah
Isbal adalah
(1) menjuraikan kain/seluar sehingga hujung kain/seluar harus diseret ketika berjalan
(2) menjuraikan dan melabuhkan pakaian hingga melewati batas yang telah ditetapkan dalam nash-nash syar’i, baik karena sombong atau tidak.
Terdapat beberapa reaksi dari pelbagai pihak berkenaan isu ini dan golongan pertama dalam pemerhatian saya ialah golongan yang jahil (tidak tahu@tidak ambil tahu) tentang hukum isbal ini. Bagi mereka yang tidak pernah mendengar mungkin tidak tahu akan wujudnya hukum melabuhkan pakaian di bawah mata kaki,kerana barangkali selama ini selepas berwudhu’ seluar yang disentengkan dibiarkan sehingga selesai solat tanpa mengetahui apakah ada dalil pensyariatan di sebalik perbuatan tersebut.Maka ketahuilah Islam itu cara hidup yang melingkupi seluruh aspek kehidupan.
Ada juga mereka yang bukan sahaja jahil (tidak tahu@tidak ambil tahu) tetapi secara tidak lansung seolah-olah memperlekehkan isu ini apabila ia dibantah dengan menggunakan hujah dangkal dengan menyatakan bahawa jika hukum isbal ini haram secara mutlak maka sudah tentu Islam itu tidak nampak mudah,tidak nampak bergaya dan bercanggah dengan slogan “Islam itu agama mudah”,kerana dengan wujudnya hukum haramnya isbal ini maka apakah semua pakaiaan seragam baik polis,tentera dan lain-lain perlu memotong bahagian bawah pakaian seragam mereka?
Pemikiran ini pada saya adalah tidak releven kerana pemikiran ini seolah-olah menggambarkan Islam itu seperti agama yang menindas dan sesungguhnya adalah mustahil Allah itu menurunkan sesuatu pensyariatan itu dengan kejam sekali,hendaklah kita mengetahui bahawa orang jahil,terlupa atau dipaksa tidaklah termasuk dalam ruang lingkup hukum asal yang ditetapkan dan tidak dikenakan apa-apa hukuman atas mereka sesuai dengan rukhsah atau kelonggaran yang Allah berikan.Dan apakah seseorang yang berilmu itu sama dengan mereka yang jahil?
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu pengetahuan) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu pengetahaun)? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ” [ Az-Zumar 39: 9]
Ada juga pemikiran yang diutarakan dengan menyatakan bahawa pengharaman isbal seolah-olah Islam melarang berfesyen dan jika ia benar maka semua Muslim yang isbal pakaiannya berdosa besar.Pemikiran seperti ini adalah normal bagi manhaj orang awam yang tidak memahami Sunnah secara keseluruhannya sehingga seolah-olah memperlekehkan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.InsyaAllah penerangan berikut dalam artikel ini akan cuba merungkai permasalahan-permasalahan di atas.
Tidak dinafikan ramai di luar sana yang tidak terdedah dengan perkara atau isu ini maka sesungguhnya Allah yang Maha Adil tidak akan menguji hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya.Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling nasihat-menasihati dengan cara yang berhikmah dan bukannya dengan cara yang membuatkan orang lari daripada mendengar mesej dakwah yang kita ingin sampaikan.
Bagi mereka yang tahu tentang hukum isbal pula mungkin ada yang beranggapan bahawa ini adalah masalah furu’ yang tidak perlu dibangkitkan.Untuk golongan ini maka saya menyebutkan bahawa persoalan agama yang dianggap remeh oleh anda inilah yang ditegur oleh Saidina Umar r.a walaupun dalam keadaan nazaknya kerana ia melibatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
“Setelah Umar bin Khattab ditikam oleh seorang budak ketika mengimami sholat subuh berjama’ah di masjid, beliau segera dibawa kerumahnya dan para sahabat yang lain mengikuti beliau sampai kerumahnya. Setelah sampai dirumah beliau, para sahabat memberi beliau minuman nabidz dan beliau langsung meminumnya, namun minuman tersebut keluar kembali dari lubang tikaman diperutnya. Kemudian dibawakan kepadanya susu dan beliau meminumnya, namun susu tersebut juga keluar dari perutnya yang ditikam. Tiba-tiba datang seorang pemuda dan berkata kepada beliau “Bergembirahlah wahai amirul mu’minin dengan berta gembira dari Allah untukmu, engkau adalah sahabat Rasulullah, pendahulu islam, engkau adalah pemimpin dan engkau berlaku adil, kemudian engkau diberikan Allah syahadah (mati syahid)”, Umar lalu menjawab “Aku berharap seluruh perkara yang engkau sebutkan tadi cukup untukku, tidak lebih ataupun kurang”. Tatkala pemuda itu berbalik ternyata pakaiannya terjulur hingga menyentuh lantai (isbal). Umar lantas memanggilnya dan berkata, “Wahai saudaraku, angkatlah pakaianmu sesungguhnya hal itu akan lebih bersih bagi pakaianmu dan lebih menaikkan ketaqwaanmu kepada Rabbmu”. [Lihat Al-bidayah Wan Nihayah, Ibnu Katsir].
Selain itu dalam pemerhatian saya ada pula ada juga golongan mereka yang berilmu dan mengetahui hukum isbal akan tetapi menganggapnya tidak mengapa jika isbal tanpa khuyalaa (kesombongan) berdasarkan hadith-hadith yang sedia ada.Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa ini merupakan pendapat jumhur ulama’ madzhab Maliki, Syafi’I dan Hanbali. Demikian juga Ibnu Taimiyyah [Syarh Umdah hal. 360] serta para ulama lain termasuk ulama’ muta-akhkhirin seperti Syaikh Khalid bin Abdullah Al-Mushlih (menantu kepada Ibn Utsaimin yang mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini).
Maka tidak kisah anda terdiri dari golongan mana pun,artikel ini hanya ingin mengutarakan pendapat peribadi saya dalam memahami masalah hukum isbal ini secara menyeluruh.Bukanlah artikel ini ingin menyanggah mana-mana pandangan peribadi tetapi sekadar ingin menarik perhatian pembaca dan berkongsi pandangan dalam menilai hadith-hadith tentang larangan isbal dari sudut yang lebih fleksibel.
Sesungguhnya untuk pengetahuan para pembaca masalah hukum isbal ini berlegar di dalam kaedah ushul fiqh yang sama yaitu muthlaq dan muqayyad. Tetapi tentunya keduanya berujung pada kesimpulan yang berbeza sehingga ada yang mengatakan baik dengan khuyalaa (kesombongan) atau tanpa khuyalaa (kesombongan) hukumnya adalah haram cuma hanya berbeza dari segi adzabnya.Manakala pendapat kedua menyatakan yang haram adalah jika dengan khuyalaa (kesombongan).
Sudah tentu mereka yang tidak mempunyai asas ushul fiqh maupun fiqh agak pening dalam cuba memahami pernyataan di atas.Oleh itu untuk menyenangkan pemahaman para pembaca secara umum maka artikel ini akan cuba membahaskan hukum ini dari sudut yang lebih fleksibel pada awalnya sebelum membincangkannya dari kaedah usul fiqh pula dengan menggunakan pemahaman hadith-hadith tentang isbal.Maka saya akan mengemukan hadith hadith tentang isbal untuk dijadikan tatapan umum dalam menilai hujah berikutnya.
1)Dari Abu Hurairah rodhiallahu’anhu, dari Nabi shollahu’alaihiwasallam, beliau bersabda,“Segala sesuatu yang turun melewati mata kaki dari pakaian (tempatnya) di neraka”[Hadits Shahih di keluarkan oleh Bukhori no. 5787, Nasa’i 5331, Ahmad 9618]
2)“Barangsiapa yang menyeret pakaiannya karena sombong, Allah tidak akan melihatnya di hari kiamat” [Bukhari – Muslim dari Ibnu Umar]
3)“Angkatlah pakaianmu sampai setengah betis, kalau tidak mau maka angkatlah sampai kedua mata kaki. Jauhilah olehmu isbal karena sesungguhnya isbal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Abu Dawud dari Jabir bin Salim]
Dari ketiga-tiga hadith ini,kita nilai terlebih dahulu dari sudut pandangan yang berbeza.Jika dilihat dari hadith 3 dapat kita fahami bahawa ia mempunyai hubungan dengan hadith 1.Maka kemudian dilihat hadith 2 yang menyatakan isbal kerana kesombongan sekaligus berhubung dengan hadith 1 dan hadith 3.
Bukankah dari pemerhatian ringkas dapat difahami bahawa isbal itu baik dengan kesombongan atau tidak tetap haram?Jika dengan tanpa kesombongan terkena ancaman hadith 1 tetapi jika dengan kesombongan terkena ancaman hadith 2.Saya pasti ada pembaca yang merasa kesemuanya harus disatukan dan tidak boleh dipisahkan hukumnya. Pada pandangan saya bukankah ia sama seperti pengertian Islam dan Iman?
Islam jika disebutkan menyendiri maka maknanya merangkumi Iman. Kata Iman jika disebutkan menyendiri, maka maknanya termasuk Islam. Dan kata Islam dan Iman jika disebutkan bersama-sama maka maknanya adalah sendiri-sendiri.
Hadith 1 menyebut tentang masalah isbal dan hadith 2 menyebut tentang masalah isbal dengan kesombongan dan hadith 3 menyebut tentang kedua-duanya.Maka dapat difahami disini ia adalah dua hal yang berbeza dan tidak boleh digunakan kaedah penggabungan atau illah sesuka hati.
Akan ada yang menggangap hujah di atas tidak cukup menyakinkan kerana masih ada hadith-hadith lain berkenaan isbal contohnya hadith Abu Bakr yang tidak sengaja menurunkan celananya dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:-
“Engkau bukan termasuk yang melakukan itu karana sombong” [Abu Dawud dari Ibnu Umar]
Hadith di atas dijadikan hujah oleh ramai orang bahawa tidak mengapa melabuhkan pakaian tanpa kesombongan.Sedangkan hadith itu jelaslah bahawa Abu Bakar memang tidak sengaja menurunkan pakaiannya karana bermaksud sombong, akan tetapi pakaiannya turun dengan sendirinya namun ia selalu menjaganya, bandingkan dengan orang-orang yang memang sengaja menurunkan seluarnya dan menganggap remeh permasalahan ini, apakah mereka merasa lebih baik dari Abu Bakar?
Siapakah diri kita jika hendak dibandingkan dengan sifat Abu Bakr yang tawaddu’ dan apakah kita telah mendapat kebenaran dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hal ini supaya kita dikategorikan sama dengan Abu Bakr sebagai bukan termasuk dalam golongan yang melakukan itu karena sombong?
Syaikh Bin Baz dalam sharhnya tentang hadits tersebut berkata
“…sebab dia (Abu Bakar) tidak sengaja memanjangkannya, (yang terjadi pada keadaan seperti ini) hanya bahwa pakaiannya sendiri yang suka turun, namun dia selalu mengangkat dan menjaganya, yang demikian ini tidak dapat dipungkiri akan keudzurannya. Adapun orang yang memang sengaja menurunkannya baik itu celana, sarung atau baju, maka ia terkena ancaman, dan perbuatannya itu tidak termasuk udzur. Sebab hadits-hadits shahih yang melarang tentang isbal ini telah mengenai dirinya, baik secara lafaz maupun secara makna dan maksudnya…”
Muthlaq dan Muqayyad
Pada awalnya telah saya nyatakan bahawa perbezaan hukum isbal dalam ilmu ushul fiqh ini berkisar dalam perbincangan mutlaq dan muqayyad.Perbahasan ini merupakan cara istidlal yang paling baik dalam munculnya hukum bolehnya isbal kalau tidak sombong.Mutlaq dalam bahasa yang mudah difahami ialah umum seperti manusia, binatang, rumah, buku dan sebagainya.Manakala Muqayyad pula boleh diterangkan sebagai khusus seperti manusia yang muslim,binatang berparuh,rumah berwarna merah,buku ekonomi dan sebagainya.
Dalam aplikasinya, jika kita mendapati suatu nash yang muthlaq(umum), maka kita cari apakah ada nash lain yang mentaqyid. Jika tidak ada, maka kita amalkan dalam kemuthlaqannya.Atau dalam erti kata lain Apabila datang nash muthlaq dan nash muqayyad (khusus), maka wajib membawa yang muthlaq (umum) ini kepada yang muqayyad (khusus) apabila hukumnya sama. Tetapi apabila hukumnya berbeza maka masing-masing nash muthlaq (umum)dan muqayyad (khusus)tersebut diamalkan sendiri-sendiri.
Sebagai contoh ringkas ialah tayammum dan wudhu’.Adakah kedua-duanya serupa?Sudah tentu tidak. Tayammum terjadi hanya pada dua anggota tubuh sedangkan wudhu pada empat anggota tubuh. Tayammum adalah pengganti sedangkan wudhu adalah ashl. Tayammum itu hanya mengusap sedangkan wudhu mengusap dan membasuh. Tayammum boleh berlaku untuk hadats ashgar dan hadats akbar, wudu hanya berlaku untuk hadats ashgar dan sebagainya.Ini adalah kerana dalam firman Allah (Al-Ma-idah: 6) tentang wudhu: “Maka basuhlah wajah kalian dan tangan kalian sampai siku.” Dan tentang tayammum: “Maka usapkanlah ke wajah kalian dan tangan kalian.”. Kata tangan dalam ayat tayammum ini adalah muthlaq (umum), adapun kata tangan dalam ayat wudhu adalah muqayyad (khusus) yaitu sampai siku.
Penerangan ini perlu kerana ada yang membantah bahawa nash-nash yang datang secara mutlaq (umum) mengenai larangan isbal tersebut harus dimuqayyadkan (dikhususkan) pada lafaz “kerana sombong”, dan mereka mengatakan bahwa membawa dalil mutlaq (umum) kepada dalil muqayyad (khusus) itu wajib hukumnya.Sememangnya kaedah ushul "Hamlul Muthlaq 'alal Muqoyyad" adalah kaedah yang telah disepakati dengan syarat-syarat tertentu.
Kaedah "Membawa nash yang mutlak ke muqoyyad wajib" adalah kaidah yang telah muttofak alaihi (disepakati) pada keadaan bersatunya hukum dan sebab. Maka tidak boleh membawa nash yang mutlak ke muqoyyad apabila hukum dan sebabnya berbeza, atau hukumnya berbeza dan sebabnya sama! [Lihat Ushul Fiqh Al-Islamy 1/217 karya Dr Wahbah Az-Zuhaili]
Kaedah tersebut memang benar, akan tetapi salah dalam penerapannya.Dan saya sekali lagi mengambil 3 contoh hadith untuk penilaian para pembaca beserta hujahnya dari Syaikh Utsaimin.
1) Beliau shollallahu’alaihiwasallam bersabda,
“Barangsiapa yang menurunkan pakaiannya (dibawah mata kaki) karena sombong, niscaya Allah tidak akan memandang kepadanya"
[Hadits shahih dikeluarkan Bukhori 3665, 5784, Muslim 2085, Tirmidzi 1730, Ahmad 5337 dari hadits Ibnu Umar]
2) Dari Abu Hurairah rodhiallahu’anhu, dari Nabi shollallahu’alaihiwasallam, beliau bersabda,
“Segala sesuatu yang turun melewati mata kaki dari pakaian (tempatnya) di neraka” [Hadits Shahih di keluarkan oleh Bukhori no. 5787, Nasa’i 5331, Ahmad 9618]
3) Nabi shollallahu’alaihiwasallam bersabda,
“Ada tiga (golongan manusia) yang tidak akan diajak bicara oleh Allah di hari kiamat dan mereka tidak akan diperhatikan dan tidak disucikan serta bagi mereka siksaan yang pedih ; orang yang melakukan isbal, tukang adu domba, dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu” [Hadits shahih dikeluarkan oleh Muslim 106, Abu Dawud 4087 dari hadits Abu dzar rodhiallahu’anhu]
Syaikh Utsaimin menjelaskan ketiga hadits di atas :
“Hadits 1 dan hadits 3 dapat dimuqoyyadkan karena hukumnya sama yaitu bahwa pelakunya tidak dipandang oleh Allah (pada hari kiamat), walaupun sebabnya berbeza, pada hadits 1 isbal dengan sombong dan pada hadits 3 hanya dikatakan pelaku isbal tanpa disertai lafaz sombong. Kaidah ushul fiqh menyatakan bahwa jika “sebab berbeza akan tetapi hukumnya sama maka boleh dimuqoyyadkan”. Jadi kita katakan bahwa isbal yang dimaksud pada hadits 3 tersebut adalah isbal dengan kesombongan (dikaitkan dengan hadits 1). Akan tetapi pada hadits 2 terdapat pengecualian karena hukumnya berbeza (diancam dengan neraka) maka kaidah ushul fiqh menyatakan bahwa jika “sebab sama akan tetapi hukumnya berbeza” maka tidak boleh di muqoyyadkan”
[Syarh Nadhm Al Warokot, Syaikh Ustaimin, Darul Aqidah, hal. 109-110].
Terdapat juga hadis dari Abu Umamah rodhiallahu’anhu dimana dia berkata,
“Tatkala kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tiba-tiba kami disusul oleh Amru bin Zarrah Al-Anshari dengan memakai hiasan sarung dan mantel yang isbal, maka Rasulullah mengambil ujung pakaiannya dan bertawadhu’ kepada Allah lalu berkata, ‘Hamba (laki-laki)-Mu, anak hamba (laki-laki)-Mu dan anak hamba perempuanmu’, sampai di dengar oleh Amru lalu ia berkata ‘wahai Rasulullah sesungguhnya aku ini mempunyai betis yang kurus’, maka Rasulullah bersabda, “sesungguhnya Allah telah memperindah setiap ciptaan-Nya, wahai Amru sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang isbal”
[Hadits ini dikeluarkan oleh Thabrani dan derajatnya hasan]
Dan sedikit tambahan kepada mereka yang berpegang teguh pada kata-kata penulis kitab “Bagaimana berinteraksi dengan Al-Sunnah” tentang masalah bolehnya isbal walupun tanpa kesombongan silalah rujuk semula nukilan beliau terutamanya dalam kitab Fathul Bari kerana al-Fadhil Syeikh mungkin tersilap dan terlepas pandang dalam nukilan beliau sehingga menampakkan seolah-olah Ibnu Hajar rahimahullah menyokong pendapat bolehnya isbal tanpa kesombongan sedangkan ia adalah sebaliknya kerana dalam mensyarah hadith di atas Ibnu Hajar rahimahullah berkata
“Dhohir hadits tersebut menunjukkan bahwa Amru tidak bermaksud melakukan isbal karena sombong. Namun demikian dia telah dilarang oleh Rasulullah untuk melakukannya, sebab pada isbal itu terdapat kesombongan”
Dari perbincangan serba sedikit ini dapat kita simpulkan bahwa sesungguhnya isbal itu jika dilakukan dengan maksud menyombongkan diri maka hukumannya adalah : pelakunya tidak dipandang oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan diajak bicara oleh Allah, dan tidak akan disucikan, serta baginya siksaan yang pedih. Adapun jika dilakukan tanpa bermaksud sombong, maka hukumannya adalah diazab apa yang turun melebihi mata kaki dengan api neraka. Dan banyak lagi hadits-hadits lain yang menguatkan keterangan ini. Apakah kita masih menganggap remeh permasalahan ini?
Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sentiasa dianggap bergaya bagi mereka yang berfikiran sihat.Bukanlah kita diwajibkan memakai jubah Arab ke tempat kerja,gamis Pakistan dan sebagainya.Akan tetapi pakaian seorang muslim itu disesuaikan dengan urf (adat istiadat dan budaya setempat) contohnya di Malaysia tidaklah menjadi kesalahan memakai baju Melayu lengkap dengan syarat harus sesuai dengan syari’at (seperti menutup aurat dan tidak isbal).Sememangnya berseluar panjang itu ‘urf masyarakat kita,dan hanya jika kita melihatnya dari sudut positif sahaja kita akan beranggapan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi keringanan dalam berpakaian yaitu asalkan pakaian itu tidak melebihi mata kaki atau buku lali walaupun yang lebih utama sebenarnya ialah di pertengahan betis berdasarkan hadith-hadith sahih tentang cara berpakaian baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Ini bukanlah satu hukum atau pensyariatan yang syadid (tegas) hanya jika kita menghayati dan memahami hikmah di sebalik sumber pensyariatan itu.Semuanya berbalik kepada persoalan diri masing-masing dalam menilai keindahan Islam itu sendiri.Janganlah kita yang merasakan hukum ini tidak releven pada zaman ini memperlekehkannya tapi pada masa yang sama menyuruh pihak lain berlapang dada dalam masalah furu’ ini,ataupun kita mempersoalkannya dengan pemikiran yang sempit dengan beranggapan apakah mereka di luar sana semuanya berdosa besar kerana tidak mengikuti.hukum isbal ini.Segala persoalan tentang perkara ini telahpun saya jawab di awal artikel ini dan sebarang kritikan dank omen tentang artikel ini adalah dialu-alukan.Akhir kalam dari saya,Islam itu tidaklah membebankan penganutnya tetapi kita yang menyusahkannya apabila tidak menghargai dan menghayati kesenangan yang diberikan.
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [Al-Baqarah 2:208]
Wallahua’lam.
Ibn Yusof
15 June 2007/ 29 Jamadil Akhir 1428
1:45a.m.
ibnyusof@blogspot.com
8 comments:
mantap2!!
sayang tak dapat ikut kuliah usul feqh. sibuk..
papehalpun, ana nak mintak kebenaran sebarkan artikel nie plak..
bleh?
Salam,ambil masa lama juga tulis artikel isbal ini sebab ana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.Biar reda dlu di al-ahkam baru ana post.
Ana pun lama dah tak pergi kuliah usl fiqh (lagipun belum masuk bab mutlaq muqayyad pun).Ana dapat siapkan pun sebab kajian dan pembacaan dan tak lupa juga ilmu yang didapati dari abg KA,hafizi,dan phaidee.
Credits to them.apa apapun,Permission is granted for reprint in print, email, blog, or web media if all the credits are attached and the titles remain unchanged.huhu
Assalamu'alaikum. Nk tanye skit. Ana dh "trkaji" pasal isbal ni sblum jumpe artikel ni. Care penyelesaian ana di kolej ialah ana pakai boot askar supaya kasut tu menutupi buku lali dan suar tu plak ana letak getah kt dalam dn lipatkan suar tu ke dalam. Persoalannye, adakah care ini diterima berdasarkan hadith2 yg diberikan? Ana just nk mintak clarification dr org yg lebih ber'ilmu. Sekian.
Bismillah,
Jazakallah kpd saudara Ronin Amin atas komen dan persoalan yang dikeutarakn.Ana bukanlah orang yang berilmu akan tetapi ana akan cuba menjawab soalan yang saudara ajukan.
Pengalaman ana sewaktu di sekolah menengah dalam kadet sedikit sebanyak memberi kefahaman atas apa yang saudara maksudkan.
Berdasarkan pandangan ana, hadith-hadith yang disebut itu jelas menyatakan pakaian dilarang melebihi buku lali, cara yang saudara gunakan ana berpendapat ianya adalah dibenarkan dan tidak dikategorikan sebagai isbal. Kerana ianya seumpama seluar track suit yang mana kita mampu zip bahagian bawahnya dan menjadikannya mencerut bahagaian atas buku lali sehingga seluar tersebut tidak jatuh.
Tambahan,perkara ini adalah khilaf di kalangan ahli 'ilm, ada yang berpandangan tidak boleh dilipat atau disinsing (bagi kes baju)dan ada juga para ulama' yang berpandangan bolehnya pakaian itu dilipat. Perkara ini adalah berbeza dalam hal solat.
Harap ana menjawab persoalan saudara.
Wallahu'allam.
kesimpulan akhirnya apa? apakah dibolehkan untuk isbal atau tidak?
ana sendiri tidak isbal, karena itu haram
assalamualaikum,
syukron ana ucapkan atas perkongsian ilmu, semoga diganjari, insya-Allah.
memang benar, ulama itu berbeza pendapat dalam hal2 fiqh, termasuk isu isbal. Dan, perbezaan mereka itu dilandasi dengan dalil, bukan omong2 kosong semata.
pada zaman dahulu (termasuk zaman Rasulullah dan sahabat), isbal itu adalah bukti kesombongan. Hal ini kerana hanya orang2 kaya sahaja yang mampu membeli pakaian yang banyak dan mereka pamerkan kekayaan mereka pada harta benda mereka termasuk pakaian (dengan cara isbal).maka, isbal itu adalah cara mempamerkan kesombongan dan keriyakan orang2 terdahulu. Hal ini disebabkan zuruf pada zaman tersebut. ia dikatakan zuruf kerana CARA ORANG2 DAHULU MEMPAMERKAN KESOMBONGAN MEREKA adalah melalui pelbagai cara termasuk ISBAL.
pada zaman kini pula, adakah orang2 kaya masih mengamalkan cara itu untuk membuktikan kekayaan dan mempamerkan kesombongan mereka?kereta dan rumah mereka besar2,tak cukup sebuah maka ditambah 8 buah lagi.tapi, pakaian mereka pula semakin nipis dan sendat, seakan tidak cukup kain (tak tau plak aku org kl sume miskin)
bukan sahaja orang2 kaya, malah dari segenap lapisan masyarakat.umumnya, gaya penonjolan sombong/atau tidak sombong pada zaman ini bukan lagi dipandang melalui seluar mereka yang isbal.
ulama pula mengatakan bahawa hukum yang pernah dijatuhkan pada sesuatu zaman tidak semestinya sama hukumnya pada zaman yang lain pula. dan, imam syafie juga telah menukar fatwanya sendiri apabila beliau berhijrah dari iraq ke mesir, sedangkan fatwa2 beliau seringkali didasari dengan nas al-Quran dan hadith yang sohih (bertepatan dengan kata2nya: In sohha el-hadith fahuwa mazhabi= "Jika hadith itu benar maka itulah mazhabku (yakni laluanku)"
apa pula pandangan enta?
Waálaikumussalam asyrazi,
Tidak dapat dinafikan ini adalah antara artikel yang mengambil masa lama sebelum dihasilkan menjadi rumusan daripada kajian berkenaan topik isbal. Menjawab persoalan yang diutarakan, ianya perlulah difahami para ulamak yang kelihatan mereka pro-isbal adalah daripada kajian-kajian mereka berkenaan hadis isbal yang telah mereka lakukan. Hasil istiqra hadis-hadis berkenaan topik ini, Shaikh Utsaimin membawa penjelasan 3 hadis di atas sebagai bukti bahawa hadis berkenaan larangan isbal tidaklah terhad hanya jika ianya melibatkan kesombongan, hal ini adalah kerana ada hadis-hadis lain yang perlu diambil kira untuk dilihat dari keseluruhan aspek terutama dalam bab usul fiqh yang mana kaedah mutlaq dan muqayyad di ambil kira. Atas dasar itu beberapa kaedah usul fiqh diambil kira seperti:
(i) "Membawa nash yang mutlak ke muqoyyad wajib"
(ii) "Sebab berbeza akan tetapi hukumnya sama maka boleh dimuqoyyadkan"
(iii) "Sebab sama akan tetapi hukumnya berbeza” maka tidak boleh di muqoyyadkan"
Dengan menghormati mereka yang berpegang pada pandangan bahawa isbal hanya dilarang jika wujud kesombongan (e.g Shaikh Dr Yusof Al-Qardhawi dan ramai lagi), mereka hanya menggunakan kaedah (i) walhal kaedah (ii) dan (iii) juga tidak kurang pentingnya dalam istiqra dan memahami hadis-hadis lain.
Adapun kaedah ''hukum yang pernah dijatuhkan pada sesuatu zaman tidak semestinya sama hukumnya pada zaman yang lain pula'' perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan insyaAllah akan dirujuk semula apakah ianya meliputi segala hal? Kerana dalam bab isbal, ada larangan umum dan juga larangan khusus, di sini sekali lagi kaedah usul memainkan peranan yang penting. Ini tidak bermaksud orang kaya yang
(i) sombong tetapi tidak isbal
(ii) membazir
(iii) memakai pakaian ketat dan membuka aurat
boleh digunakan sebagai hujah dalam menjustifikasi perbuatan isbal tanpa kesombongan kerana sombong membazir, membuka aurat/tidak menutup aurat dengan sempurna adalah 3 topik yang perlu dibincang hukumnya secara berbeza tanpa merangkumkan kesemuanya dalam satu bab. Adapun artikel ini hanya fokus kepada seputar permasalahan (i).
Persoalan qaul Imam As-Syafie r.h yang dipetik oleh Imam An-Nawawi r.h berbunyi "Jika hadith itu benar maka itulah mazhabku (yakni laluanku)" ( Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.)
Jika wujud sebarang hadis dari artikel di atas yang boleh diperbincangkan statusnya, ana buka pada teguran dan pendedahan baru insyaAllah kerana artikel di atas mengambil hadis-hadis daripada perbahasan isu isbal secara terus tanpa menelusuri statusnya kerana anggapan baik pada Shaikh Utsaimin tentang pengetahuannya dalam ilmu hadis.Allahuállam.
Adapun jika enta minta pandangan berknaan qaul itu semata. Respon ana ialah wujud perbahasan yang panjang oleh para ulamak berkenaan penggunaan qaul itu dan ana sememangnya dalam proses membuat artikel berkenaan hadith sahih tentang perlunya kita (orang awam) berhati-hati dalam menggunakan qaul ini dan cuba menilainya serta menggabungkannya juga dengan qaul SyafiÃyyah yang lain seperti Imam al-Zarkasyi rahimahullah dan Imam Ibn al-Shalah rahimahullah dll yang dirasakan adalah lebih tepat dalam mengajak orang beramal dengan hadis sahih. Adapun bab isbal ini boleh juga rujuk Fathul Bari dan lihat sendiri pandangan Ibn Hajar al-Asqolani dalam masalah ini yang mana beliau juga berpandangan isbal tanpa kesombongan juga hukumnya adalah sama.
Wallahuállam.
p/s:Ini adalah tulisan ana pada tahun 2007, dan masih merasakan pandangan ini adalah lebih tepat buat diri ana tanpa bertegas untuk orang lain mengikut dan beramal dengannya. Apapun ana akan terus perbaikan tulisan dari semasa ke semasa.Jazakallahu khairan kasiro atas respon yang diberikan.
syukron wa jazakallah di atas respon. Komentar ana sebelum ini hanyalah cetusan dari salah seorang sahabat. Dan, sudut pandang manusia adalah berlainan antara satu dengan yang lain (begitu juga halnya para ulama dalam meneliti dan mentafsir nas walau mereka menggunakan sumber rujukan yang sama dalam isu ijtihad).
apapun, syukron di atas perkongsian. Ana pun masih dalam marhalah belajar.
Post a Comment