“Assala’mualaikum…”kedengaran satu suara dari luar pintu bilik.
“Wa’alaikumussalam...”jawab Fatimah spontan.Beliau hanya menjenguk keluar apabila pintu biliknya dikuak.
“Oh...Aisyah rupenya.”bisik hati Fatimah yang sedang duduk di hadapan laptopnya.
Aisyah masuk sambil menundukkan mukanya,wajahnya tampak muram.Tidak lama selepas itu dia keluar semula dari bilik dan kembali dengan muka dan tangannya yang basah.
“Allahuakhbar...”Aisyah melaungkan takbir.Caranya solat kelihatan agak berbeza pada pengamatan Fatimah kali ini.Solatnya kelihatan lebih khusyu’.
“Hm..baru nak solat..dah 6.45 petang.”Fatimah mengeluh dalam hatinya kerana petang itu dia tahu Aisyah keluar bersama teman lelakinya ke panggung wayang.
Sebagai kakak senior kepada Aisyah,Fatimah agak risau dengan Aisyah tetapi beliau cuba untuk bersangka baik dalam hal ini dengan beranggapan bahawa mungkin Aisyah sibuk sehingga terpaksa menangguhkan solatnya.Aisyah sujud agak lama dalam solatnya,dan Fatimah seakan-akan terdengar suara Aisyah teresak-esak dalam sujudnya.Dihantui seribu persoalan beliau berpura-pura mengembalikan fokusnya di hadapan laptopnya.
Apabila melihat Aisyah telah selesai solat,Fatimah cuba berpura-pura dengan ‘earphone’nya merenung laptop dalam-dalam seperti dia tidak tahu apa-apa.Aisyah keluar dari bilik dan tidak lama kemudian beliau balik semula dengan mata merah seperti orang baru menangis.
Dia membawa bersamanya beg plastik yang di dalamnya terkandung nasi bungkus.Dia masih senyap dan gayanya seolah-olah ingin menyendiri.Ini berlawanan dengan sifat Aisyah yang Fatimah kenal,beliau seorang yang peramah,suka bercakap dan bergurau senda.Fatimah merasakan Aisyah sedang berhadapan dengan masalah dan beliau ingin cuba menyungkilnya.
“Aik...baru makan?keluar berdua minum air jeker?”Fatimah cuba berjenaka untuk menghidupkan suasana.Pertanyaan itu hanya dibalas dengan senyuman dan Aisyah terus ke mejanya.
Aisyah membuka penutup polestrin nasi bungkus itu dan kelihatan beliau termenung seketika.Dalam duduknya yang statik itu setitik demi setitik air matanya menjurai keluar.Dia menekap muka menggunakan kedua tangannya dan pada masa itu beliau tidak dapat menahan perasaannya,Aisyah menangis teresak-esak di hadapan rezeki tersebut.
“Eh...?”terpacul keluar dari mulut Fatimah dan beliau segera mendapatkan Aisyah.
“Kenapa ni Aisyah?Aisyah sakit ker?”soal Fatimah yang semakin takut melihat perubahan mendadak Aisyah dan beliau takut jika ada apa-apa yang terjadi pada ‘adik’ kesayanganya ini.Beliau memegang erat kedua bahu Aisyah dari bahagian belakang Aisyah.
“Takde pape...”jawab Aisyah dalam nada yang tersekat-sekat.
“Kalau takde pape kenapa nangis tibe-tibe ni?depan rezeki plak tu.. ”tanya Fatimah lembut.
“Betul,takde pape kak.. ”jawab Aisyah untuk kali kedua.
“Kalau takde pape habis tu kenapa tibe-tibe nangis,Aisyah lapar sangat sampai nangis?tak logik tu..”balas Fatimah dengan nada yang bersahaja.
“Hm..saya cuma teringat ibu ayah jer.”jawab Aisyah tersedu-sedu cuba mengawal perasaannya dan cuba mengelak dari masalah sebenar.
“Emm....takpelah.Aisyah makan dulu ok.Nanti pastu call la ibu.Kalau ada apa-apa masalah,share dengan akak ok,insyaAllah kalau boleh tolong akak mesti tolong.”pujuk Fatimah menenangkan jiwa Aisyah yang disangkanya diselimuti kerinduan pada kedua orang tuanya.
Fatimah tidak tahu bagaimana ingin menolong Aisyah tetapi beliau ingin cuba sekurang-kurangnya menjadi tempat Aisyah mengadu susah senangnya kerana beliau yang sudah hampir satu tahun sebilik bersama dengan Aisyah telah menanggap Aisyah seperti adiknya sendiri.Begitulah eratnya hubungan akak dan adik ini.
“Saya berdosa kak...”langkah Fatimah ke tempatnya terbantut kerana jawapan tersebut.Fatimah menoleh dan melihat Aisyah sedang mengesat air matanya yang tidak putus-putus keluar dari tadi.Dia terus ke pangkuan Aisyah,bersedia untuk berkongsi apa yang ingin diluahkan oleh adiknya itu.
“Akak faham Aisyah....”suara lembut Fatimah untuk cuba menenangkan Aisyah.
“Faham...?”soal Aisyah walupun teresak-esak.
“Aisyah menagis sebab menyesal dengan dosa yang Aisyah lakukan?” Fatimah cuba meneka dari jawapan Aisyah tadi.Aisyah hanya mampu menundukkan dirinya sambil air matanya setitik demi setitik jatuh ke lantai.
“Bagusla tu….”jawapan Fatimah yang penuh provokasi menyebabkan Aisyah mendongak melihat Fatimah dalam keadaan kebingungan.
“Bagus apa kak?bagus buat dosa?”terjah Aisyah dengan soalan padunya.
Fatimah tersenyum melihat Aisyah,penyataan provokasi itu umpama umpan untuk menarik perhatian Aisyah.
“Em…yela.Semua orang tidak terlepas dari berbuat dosa.Betul tak?Yang penting kita bertaubat”,Fatimah meredakan keadaan.
Fatimah pun membacakan firman Allah SWT untuk pemahaman adiknnya itu.Ayat dari Surah Ali-Imran ayat ke 135 dan 136 yang bermaksud
‘Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Rabb mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.’
“Tapi kak....”jawab Aisyah sedikit mengeluh.Ayat tadi tidak menenangkan hatinya.
“Aisyah,kita bukanlah malaikat yang mampu terlepas dari berbuat maksiat terhadap Allah dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya. Akan tetapi kita adalah manusia yang sangat mungkin berbuat kesalahan. Setiap hamba Allah yang soleh yang pernah Aisyah temui, pasti ia pernah berbuat kesalahan dan dosa termasuklah diri akak.”jawab Fatimah menyambung ayatnya yang tergantung itu.
“Tapi kak,dosa Aisyah besar..”Aisyah cuba berterus-terang dan kerana terlalu menyesal beliau tidak mampu menahan air matanya dari terus berjuraian.
“Tidak perlu berterus-terang Aisyah,cukuplah Allah Maha Mengetahui.Rasulullah s.a.w bersabda:-Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan.(1)"hujah Fatimah.
“Aisyah menyesal kak…”jawab Aisyah sayup selepas mendengar Fatimah membaca hadith tersebut.
“Cukuplah dengan menyesal dan bertaubat sayang..”Fatimah memujuk lembut adik kesayangannya itu.
“Cene jika Allah tak ampunkan dosa Aisyah yang besar ni kak…?”Aisyah cuba untuk bertaubat tetapi kerana sifat takutnya akibat bermaksiat pada Allah menyebabkan soalan itu diajukan.
“Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Rabb-mu, dan berserah dirilah kepada- Nya.(2)"jawab Fatimah ringkas dengan firman Allah tersebut.
Aisyah tergamam,tergamam dengan Maha Suci Dzat yang mampu membalikkan hati.
“Bagaimana jika saya berdosa lagi kak...?saya takut tersilap langkah lagi...”Tanya Aisyah dalam keadaan sebak.
“Jangan risau dik.Kita ada Allah yang saaaangat baik,Allah sendiri berfirman:-
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.(3)Yang penting kita teruskan bertaubat dan pastikan kita menyesali perbuatan kita itu.ok?”jawab Fatimah spontan untuk melegakan hati Asiyah.
“Saya dah kak…”kata Aisyah.
“Dah apa?”sampuk Fatimah.
“Solat taubat la…tadi,cumanya saya tak tenang.Alhamdulillah la akak dah jelaskan dengan jelas sekarang ni.”akhirnya daripada penyataan itu terukir senyuman dari raut wajah Aisyah.
Barulah Fatimah tahu,Aisyah yang tadinya disangkakan solat Asar rupanya melakukan solat taubat.Beliau kagum dengan sikap Aisyah yang tidak melengah-lengahkan taubatnya itu.
“Baguslah kalu gitu aisyah, berusahalah selalu untuk mengutamakan rendah hati menuju ketenangan. Mohonlah peningkatannya, terkadang permintaan itu dikabulkan. Menangislah atas segala dosa maupun sedikit syukur.Rasulullah s.a.w bersabda:-
Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada malam hari agar orang yang berbuat kejahatan pada siang hari mau bertaubat. Dan dia membuka tangan-Nya pada siang hari, agar orang yang berbuat kejahatan pada malam hari mau bertaubat.(4)
Jangan sekali-kali kita berputus asa dalam, mencari keampunan dan keberkatan Allah dalam mengharungi kehidupan ini.ye Aisyah…”pesan Fatimah ringkas sebelum meninggalkan Aisyah dalam hamparan taubatnya.
Aisyah cuba mengamati bait-bait yang keluar dari penjelasan Fatimah itu yang ingin beliau ukir dengan pena keinsafan dan tinta air mata.
_____________________________________________________________
(1)Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775.
(2)Az-Zumar: 53-54
(3)At-Thalaq: 2-3
(4)Hadith sahih diriwayat Imam Muslim.
(1)Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775.
(2)Az-Zumar: 53-54
(3)At-Thalaq: 2-3
(4)Hadith sahih diriwayat Imam Muslim.
Wallahua'lam.
01 Ogos 2007 / 17 Rejab 1428
Ibn Yusof.
3 comments:
Subhanallah... adikku, aisyah.
Salam syg buat adik.
Doa dan terus berdoa..
Itu senjata kita ~
SALAM...
saya sarah hsamsudin nak minta izin saudara untuk letakkan kisah ni di blog saya.ini adalah satu pendekatan yang baik untuk dijadikan iktibar oleh semua dan pendekatan yg baik untuk mentarbiyah seseorang terutamanay para remaja yg mudah memberontak.
Bismillah,
Saudari sarah shamsudin,silakan, ana izinkan sepenuhnya untuk tujuan-tujuan yang saudari maksudkan.
Semoga bermanfaat.
Wallahu'allam.
Post a Comment