Kita selalu membaca dan mempelajari perkara yang tinggi-tinggi, yang mendalam maksud dan maknanya. Sehinggakan kita rasa terbang dan tidak ingin berpijak semula di tanah rata, disebabkan seronoknya berada di awangan. Saya sendiri secara peribadi telah menulis dan membaca banyak benda yang ‘besar-besar’, hanya baru-baru ini saya rasakan perlu juga diri ini diingatkan tentang perkara yang ‘kecil-kecil’. Siri Back 2 Basic ini mengajak kita merenung dan kembali bersama-sama muhasabah diri dan memperbaiki hari-hari yang mendatang, supaya tindak tanduk kita sehari-hari lebih dekat dan hampir dengan ajaran sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alahi Wa Sallam sekaligus menggapai keberkatan dan keredhaan Allah Azza Wa Jalla.
1. Memberi Salam
Saya rindukan suasana di UIA (dengan harapan universiti lain mungkin juga begitu). Tempat di mana saya ‘diajar’ tentang hubungan persaudaraan tanpa menegenal bangsa dan warganegara. Ke masjid, ke perpustakaan, ke kuliyyah, ke mahallah, dan ke mana sahaja anda pergi, apabila terserempak dengan mana-mana manusia sepanjang jalan, maka kami akan tersenyum dan mengucapkan salam kepada satu sama lain. Tetapi alangkah baiknya jika kita yang mula memberikan salam terlebih dahulu. Tidak semestinya anda mesti kenal orang tersebut! Kerana daripada tidak kenal, akan terbitlah rasa kasih sayang sesama saudara seIslam. Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda,
"Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu". [Hadits Riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab Al-Iman, jld.2 hadith no.35]
Ada juga yang hanya menjawab dengan “Emm!” sahaja,atau hanya menggangguk dan tersenyum, janganlah kita mencontohi sikap sesetengah manusia ini apabila diberikan salam, seolah-olah tidak pernah diajar tentang cara menjawabnya, jawapan sebegitu hanya seperti satu isyarat yang menandakan beliau itu bisu, atau dalam keuzuran seperti sedang solat, atau berada pada jarak yang agak jauh.
Sebarkanlah salam! Dengan lafaz Assalammualaikum warahmatullah sperti yang diajarkan malaikat pada Nabi Adam. Tidak kira pada orang yang dikenali mahupun orang yang tidak dikenali.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, ucapan salam itu hanya untuk orang-orang tertentu saja (yakni yang dikenalnya)".[Silsilah Hadith Sahih,al-Albani, 2:251. hadith no. 647]
Pemberian salam yang sahih adalah seperti yang diajarkan oleh baginda Nabi Shalallahu 'alaihi Wa Sallam:
Hadith dari Imran ibn Hussin r.a yang berkata telah datang seorang sahabat lelaki kepada Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam memberi salam dengan berkata : Assalamualaikum maka di jawab oleh baginda lalu sahabat itu pun duduk dalam majlis baginda maka bersabdalah Nabi Shalallahu 'alaihi Wa Sallam: “Sepuluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain lalu memberi salam : Assalamualaikum warahmatullah maka dibalas salam tersebut sambil baginda bersabda : “Dua puluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh lalu dibalas salamnya oleh baginda sambil bersabda : “Tiga puluh iaitu ganjaran pahala sebanyak tiga puluh kali ganda” [Hadith sahih riwayat Imam Abu Daud no. 5195 dan Imam Tirmidzi no. 2689].

2. Tasmiyah (Mengucapkan Bismillah)
Kita manusia, maka tidak mustahil kadang kala kita terleka. Atau mungkin ada para pembaca yang tidak tahu bahawa kalimah “Basmalah” ini sangat besar mukjizatnya, ianya dianjurkan dibaca dalam setiap permulaan amal perbuatan kita bagi mendapat keberkatan Allah Subhanallahu Ta’ala.
Dinukilkan perkataan Imam An-Nawawi rahimahullah yang berkata : "Sangat dianjurkan untuk mengucapkan bismillah dan memperbanyak dzikir kepada Allah dan kemudian memberi salam." [Disalin dari kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam]
Mengucapkan bismillah adalah sangat dianjurkan dalam seluruh perbuatan, kata Imam an-Nawawi rahimahullah. Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda dengan jelas yang bermaksud:
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah” [Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, 14/329]
Antara doa yang melibatkan lafaz basmalah adalah seperti berikut:
Doa membuka pakaian (Riwayat Ibnu Sunni dari Anas),
Doa keluar rumah (Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari Anas),
Doa sebelum masuk tandas (Riwayat Bukhari & Muslim dari Anas),
Doa sebelum makan (Riwayat Bukhari & Muslim)
Doa terlupa membaca bismillah semasa makan (Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari A'isyah),
Doa masuk masjid (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Nassai dari Abu Usayyad),
Doa ketika menghadapi kesukaran hidup (Riwayat Al-Khatib dari Anas),
Doa berlaku kemalangan (Riwayat Ibnu Sunni dari Ali r.a),
Doa memasuki pasar (Riwayat Al-Hakim dari Buraida),
Doa ingin menyembelih binatang, (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, lihat juga Irwa Al-Gahlil)
Doa sebelum berjima' (Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Abbas) dan lain-lain.
3. Senyum
Senyum tidak merugikan anda, malah akan turut menceriakan hidup anda. Tiada siapa suruh anda bayar dahulu sebelum senyum. Atau memang ianya berbayar? Jika muka anda diciptakan kelat dan masam, maka ramas-ramas biar ianya lembut dan membolehkan anda mengukir senyuman di wajah anda. Saya hanya suruh anda senyum, bukannya ketawa terbahak-bahak sehingga mengguling-gulingkan badan anda di lantai.Dari Abu Hurairah r.a (secara marfu’) bahawasanya:
“Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”. [Riwayat Ibn Majah dan juga Imam al-Bukhari dalam Adabul Mufrad]

Saya yakin kita semua tahu membezakan senyuman dan ketawa. Hanya dengan senyuman kita yang mampu menyenangkan hati manusia di sekeliling juga kita mampu mendapat ganjaran melaluinya. Itulah contoh yang ditunjukkan oleh susuk tubuh mulia Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam. Daripada Umar bin Al-Khatab r.a berkata, “Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya) [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban]
4. Membaca Doa makan
Menjamu selera juga ada adabnya yang telah diajarkan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam. Dalam menghadap rezeki yang Allah kurniakan itu, kita dituntut membaca doa makan. Tanpa ingin berbahas panjang tentang doa makan yang diamalkan oleh masyarakat umum di Malaysia, cukuplah sekadar saya berkongsi bahawa ianya adalah hadis lemah. Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh para Imam hadis seperti Imam Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu, maksudnya:
“Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu”

Dalam riwayat hadis yang sahih ini juga disebut bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam mengajar hanya sekadar menyebut nama Allah yakni membaca ‘Bismillah’ sahaja tanpa dibaca dengan apa-apa doa yang lain.
Apa salahnya beramal dengan ‘doa makan’ yang popular di Malaysia ini?
Apa salahnya beramal dengan ‘doa makan’ yang popular di Malaysia ini?
“Allahumma bariklana fima razaktana wa kina ‘azabannar” (Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka)
Ya,sudah saya jelaskan tadi bahawasanya doa daripada hadis itu dianggap lemah oleh ulamak hadis. Adapun ‘doa makan’ lain yang sahih diajarkan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah adalah seperti berikut;
“Allahumma bariklana fihi wa ath-imna khairan minhu” (Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.)
Selain itu, kita kadang kala terleka, apatah lagi apabila perut sudah berkeroncong, lupa terus orang di kiri dan kanan. Maka doa yang perlu dibaca ialah:
“Bismillahi fi awwalihi wa aakhirihi” (Dengan menyebut nama Allah, pada awalnya dan akhirnya) [Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi, Sahih Tirmidzi, jld.2 no. 167]
Penting juga untuk kita ingat bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajar kita makan dengan tangan kanan disertai dengan membaca basmalah dan makan makanan yang paling dekat.
5. Menjaga Solat
Semasa sedang terfikir untuk menulis artikel ini, seorang pakcik berpesan kepada saya, “Tidak kira kerja tinggi mana pun jawatan, jangan lupa solat” kata beliau serius. Ya, solat! Ramai yang ambil enteng kini.
“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]
Solat elemen yang penting dalam kehidupan seorang muslim kerana ianya adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah Subhanallahu Ta’ala di akhirat kelak, jika ianya dipelihara dengan baik maka beruntunglah, jika tidak dijaga dengan baik, maka ianya akan dilemparkan semula ke muka kita seumpama kain buruk.
Berapa ramai kita yang kembali menelaah apa yang pernah kita pelajari tentang solat dahulu? Dan berpuas hati akannya.
Berapa ramai kita yang hanya mengikut apa yang orang lakukan dan meniru tanpa ilmu? Dan berpuas hati dengan amalan tersebut.
Walhal Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda:
"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat" [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat" [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
Maka tidak hairan dan kagum saya melihat pak cik dan mak cik yang sanggup luangkan masa pergi menghadiri kuliah agama yang bercerita perihal solat, atau menghadiri kursus-kursus solat demi memperbaiki mutu solat mereka berbanding berpuas hati dengan apa yang telah mereka amalkan selama ini.
Tidak ada salahnya jika kita meluangkan sedikit masa mempelajari makna dan hikmah tersurat di sebalik solat, kerana ini semua adalah usaha mendekatkan lagi diri dengan Pencipta kita tatkala menghadapnya, solat dengan ilmu pasti menghadirkan khusyu’!

6. Bercakap dan diam
Jika ada boleh bercakap (atau menaip),setiap hari ada akan bercakap,bercakap dan bercakap, dan bercakap, dan bercakap. Sehingga anda lupa untuk bila tidak harus bercakap (baca:diam), (atau tidak menaip). Sehinggakan mulut (atau tangan yang menaip) terlebih dahulu bertindak sebelum sempat akal menilai dan timbang baik buruknya perbuatan tersebut. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam” [Riwayat Imam Bukhari no.6475 dan Muslim no.75]
Imam Abu Hatim Ibnu Hibban Al-Busti rahimahullah menulis sesuatu kata-kata nasihat yang cukup indah:
“Lisan seorang yang berakal berada di bawah kendalian hatinya. Ketika dia hendak berbicara, maka dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya, maka dia akan bebicara, tetapi apabila tidak bermanfaat, maka dia akan diam. Adapun orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendalian lisannya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang tidak boleh menjaga lidahnya bererti dia tidak memahami agamanya”[Dinukilkan oleh Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al’Abbad Al-Badr dalam buku beliau bertajuk Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir & Hajr]

7. Mengucapkan ‘Allahu’allam’
Kesinambungan kepada subtopik ‘banyak cakap’ yang disebutkan di atas. Mereka yang ‘banyak cakap’ akan kelihatan seolah-olah ‘banyak pandai’. Dalam apa jua bab, apatah lagi dalam bab agama, memang seronok untuk diperdebatkan! Sama-sama kita merenung dan beringat dalam menjawab hal ehwal agama kerana ianya adalah amanah besar, kerana ia berkait dengan memberitahu hukum Allah.

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”[Surah al-Isra’ 17:36]
Ibn Mas’ud pernah berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.
Sebab itu kita perlu berhati-hati dalam perkara yang kita percakapkan. Maka ada baiknya jika setiap persoalan yang kita jawab, baik ianya dalam keadaan pasti dan apatah lagi dalam keadaan tidak pasti, ianya berlapik dengan perkataan ‘Allahu’allam’.
Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam sendiri pun diajarkan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk menjawab "Allahu a’lam" ketika ditanya tentang roh, karena itu urusan Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". [Surah Al-Isra 17:85]
Ibn Mas'ud radhiallahu 'anhu pernah berkata: "Barangsiapa yang memiliki ilmu maka katakanlah! Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu maka katakanlah "Allahul a’lam!" Kerana sesungguhnya Allah telah mengatakan pada NabiNya: Katakanlah (hai Muhammad): Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kalian atas dakwahku, dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan (memaksakan diri)." [Riwayat Imam Ad-Darimi 1/62]
Tidak menjadi satu keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu a’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan, orang-orang ini akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka perkatakan kelak di akhirat.Semoga kita mencontohi kewarakan dan rendah diri para ulamak terdahulu yang sangat menjaga lisan mereka.
8. Mengingati mati
Anda tidak pernah mengingati mati? Makanya itu salah satu simpton terkena penyakit cintakan dunia! Rasulullah Shalallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda:
"Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati". [Riwayat Imam al-Tirmizi]

Seseorang yang sentiasa mengingati mati akan terserlah dalam amal perbuatannya sehari-hari. Justeru akhlaknya akan lebih terkesan kerana ingatan pada mati itu menyebabkan pemikirannya tertumpu pada apa yang menguntungkannya di akhirat kelak, bukannya di dunia semata. Yang kaya raya jangan pula termakan hasil pujukan dunia, duit yang ditaburkan di pusara kelak tiada gunanya apabila semua amal di dunia terputus dengan tamatnya riwayat hidup seorang insan di dunia ini, ternyata benar kalam Rasul itu bahawa ianya pemutus segala nikmat di dunia. Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Apabila telah mati seseorang itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakannya". [Riwayat Al-Imam Muslim]
Diperingatkan manusia sekalian tentang ujian dunia ini melalui firman Allah yang bermaksud:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." [Surah 'Ali imran 3:14]

Kesimpulannya, artikel ini ditulis adalah untuk mengingatkan diri saya terlebih dahulu, sekiranya ia member manfaat buat para pembaca, semoga ianya bermanfaat untuk kita sama-sama berubah dan berusaha mengambil berat tentang kepentingan hari akhirat, perkara yang anda mungkin nampak kecil disisi manusia, tetapi ianya amat besar signifikasinya terhadap kehidupan seorang individu. Tidaklah ajaran Islam itu mendatangkan melainkan kebaikan kepada umat manusia.
Jika anda telah membaca artikel ini sehingga perenggan kesimpulan ini,insyaAllah ternyata masih punya ruang untuk kita sama-sama bermuhasabah dan “Back 2 Basic”!
Ibn Yusof
15 Mei 2010/ 1 Jumada Al-Akhir 1431
6.28p.m
www.ibnyusof.blogspot.com
15 Mei 2010/ 1 Jumada Al-Akhir 1431
6.28p.m
www.ibnyusof.blogspot.com
2 comments:
salam,
kalu part mberi salam tu,
agak menyedihkan bg typical malays kita,
bila beri salam...
"kum" di hujung tu pjg...
"la" di tgh tu pendek pulok!
makcik.shima :
Wa'alaikumussalam,
Betul, salam itu adalah satu doa, jika tidak disebut dengan betul maka sia-sia sahajalah.
Perlu ubah perlahan-lahan, mualakan dengan diri, anak-anak dan orang sekeliling insyaAllah.
Post a Comment