Tuesday, April 21, 2009

Islamics Economics & Economies of the OIC




Ketika ini saya sedang sibuk menguruskan “The International Conference on Islamic Economics and Economies of the OIC Countries 2009” anjuran Department of Economics International Islamic University Malaysia dan Islamic Research and Training Institute The Islamic Development Bank Group (IRTI) yang akan berlansung pada 28 dan 29 April 2009 ini. Perhimpunan yang melibatkan tokoh-tokoh tersohor dari serata Negara OIC akan bersua dan membentangkan sehingga 77 kertas kerja dalam masa dua hari.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Ruzita dan Dr. Rokiah, kedua pensyarah saya yang memberi peluang kepada saya untuk turut serta bersama-sama dalam membantu sekadar yang mampu dalam program antarabangsa yang berprestij sebegini. Siapa tidak excited untuk berjumpa dengan tokoh-tokoh ekonomi yang akan berhimpun dan berkongsi idea-idea mereka? (Pernyataan khusus buat para pelajar ekonomi islam)


Kedatangan Professor Ekmeleddin Ihsanoglu selaku OIC Secretary-General menjadikan conference ini lebih bermakna. Malah Dr. Abbas Mirakhor yakni bekas Executive Director kepada IMF juga akan turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Setelah meneliti beberapa tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan, mustahil untuk mendengar semua pembentangan kerana kesemua empat sesi diadakan secara selari (parallel session). Tetapi beberapa tokoh luar negara seperti Mehmet Asutay dan Zulkifli Hasan dari Durham University , Salah El-Sheikh dari St. Francis Xavier University antara tokoh yang mengujakan saya. Saya sangat kagum dengan Dr. Mehmet Asutay setelah membaca kertas kerja beliau bertajuk “Conceptualisation of the Second Best Solution in Overcoming the Social Failure of Islamic Finance: Examining the Overpowering of Homoislamicus by Homoeconomicus.”


Antara bekas-bekas penysarah saya yang akan membentangkan kertas kerja mereka ialah Mustafa Omar Mohammed, Nurdianawati Irwani Abdullah, Ruzita Mohd. Amin, Mohamed Aslam Haneef, Selamah Abdullah Yusof, Turkhan Ali dan lain-lain. Mereka semua adalah antara murabbi saya dalam hal ehwal ekonomi dan perbankan islam sepanjang di UIA.


Antara tajuk-tajuk pembentangan yang menarik minat saya pula dalam conferance kali yang saya rasa sangat releven dengan keaadaan ekonomi OIC masa kini ialah


  • Methodology: A Fundamental Missing Dimension in 30 Years of Research in Islamic Economics
  • Infaq Model based on Al-Shaybani’s Levels of al-Kasb
  • The Adoption of Corporate Governance Principles by Islamic Banks in OIC Countries: A Comparative Analysis of the AAOIFI, BCBS, OECD & IFSB Guiding Principles
  • Brand Personality of Islamic Banks in Malaysia: Lessons that Can be Learned by Other OIC Countries
  • Towards an Islamic Common Market: Are OIC Countries Heading the Right Direction?
  • Islamic Economics & Finance, Then and Now: FiqhiConomic Doctrines & Controversies
  • An Analysis of Poverty Incidences in OIC African Member Countries
  • Trends in Employment and Productivity of OIC member Countries: An AnalysisThe Relationship between Economic Growth and Government Spending: A Case Study of OIC Countries

Tanpa menafikan kehebatan tokoh-tokoh lain dan kertas kerja serta pembentangan yang akan mereka akan lakukan, list di atas adalah antara yang menarik perhatian saya buat masa ini. Cuma sahaja model Infaq berkenaan Al-Kasb hasil penelitian idea-idea Imam As-Syaibani telahpun saya khatam terlebih dahulu sebelum melihat kertas kerjanya. Apa tidaknya jika Bro. Mustafa Omar Mohammed atau lebih dikenali sebagai MOM yakni pensyarah saya dalam subjek Economics in Quran and Sunnah menjadikan ianya sebagai soalan peperiksaan akhir saya pada 1 April lepas. Sehingga kini penjelasan beliau di dalam kelas tentang kehebatan Imam As-Syaibani dalam bab Al-Kasb membuatkan soalan cepu mas ketika peperiksaan akhir berkenaan perbandingan model Infaq Al-Syaibani dengan model Keynasian masih segar dalam ingatan saya.


Tajuk yang akan dibentangkan Younes Soualhi bertajuk Surplus Sharing in Takaful Models: A Juristic Appraisal of Current Practices juga sungguh mengiurkan. Apa tidaknya setelah seminggu mengkhatamkan buku Ma’sum Billah bertajuk Principle and Practices of Takaful and Re-Takaful yang sedikit bertentang dengan mazhab Mdm. Irwani ketika mengajar di dalam bilik kuliah. Saya juga teruja untuk mendengar pandangan yang akan dilontarkan oleh Younes Soualhi dalam bab ini yang sememangnya agak kontroversi dari sudut syariah.


Apa-apapun, saya harap selepas menghadiri conference ini, lebih banyak yang dapat saya kongsikan dengan para pembaca kelak.Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh ke laman ini, dan mengenai 77 tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan para pembaca boleh rujuk di sini.


Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat buat semua. Maaf kerana hanya dapat menceritakan semuanya hanya secara dasar. InsyaAllah kelak saya akan perbahaskan isu-isu di atas dengan lebih mendalam.


Wallahu’allam.


Ibn Yusof

21 April 2009 / 25 Rabiul-Thani 1430

9 : 27 p.m

www.ibnyusof.blogspot.com



1 comment:

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin said...

Salam.. Bagus la erlibat sama.. Nak join jugak sebenarnya.. isk.. Boleh menyelit x nanti? nak juga join.. huhu.. Rektor ada ajak MPP pergi skali time tu...