Dalam pada kita mengelak daripada terjerumus dalam perbincangan perlunya atau tidak mengadakan sambutan Mawlid Nabi yang bertujuan menyemai kecintaan kita pada Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam. Beberapa persoalan perlu dijawab bagi mengambarkan kecerahan amalan supaya kita tidak dituduh meniru golongan Kristian yang juga menyambut Hari Lahir Tuhan mereka menjelang 25 Disember. Seperti mana tarikh 25 Disember itu dipersolkan ketulenannya, hal yang sama juga timbul dalam konteks perbincangan kita dalam perkara mawlid Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini.
Walau ada suara-suara bangkit menegakkan hujah dengan menyatakan ianya hal furu'. Antara perkara yang tidak molek ialah apabila kita berbicara tentang benda yang kita tahu ianya furu' tetapi kita hanya berbicara berdasarkan apa yang kita pegang atau percaya. Sedangkan apabila kita tahu ia perkara furu', seharusnya kita mengambil hujah dari dua-dua pihak (pro dan kontra) lalu menimbangnya melalui neraca Al-Quran dan As-Sunnah.Disebabkan kurang mengaji, kurang mengkaji, kita lebih suka ikut kata hati, kata orang itu dan ini.
Ingin saya bertanya para pembaca sekalian apakah anda PASTI bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wa Sallam lahir pada hari di mana kita menyambut mawlid? Cuma sahaja masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Mawlidur Rasul ).
Apa kata kita semua "check" apa kata pendapat pendapat para ulama lain tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wa Sallam. ,yakni pendapat ulama-ulama seperti Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah,Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini? Hal ini adalah kerana mereka ini menyatakan sebaliknya.
Oleh itu jika hanya sekadar mengambil pendapat sesetengah ulama' dan mengetepikan pendapat-pendapat ulama' muktabar yang lain tanpa penilaian yang adil. Apakah itu dikatakan jujur dalam beramal? Hal ini adalah kerana ulama-ulama' di atas ini juga cendekiawan Islam dari kalangan ulama'-ulama' hadis,fiqh dan tafsir.
Sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), bukankah ianya akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula ada yang berpandangan pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Mawlidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya?
Dalam erti kata lain untuk kita bergembira (sebab hari lahir) pada hari kewafatan Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam adalah aneh bagi yang mengatakan menyambut mawlid kerana cintakan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam kerana fitrah kita tidak berseronok apabila kehilangan orang yang sangat disayangi?
Barangkali ada pula yang sanggup membalas. Ah! Persetan saja sama tarikhnya, siapa yang peduli? Kadang kala kita menganggap bahawa apa yang tidak penting pada kita maka tidak penting juga pada orang lain. Tetapi sepatutnya kita harus lebih peka dan sensitif jika ia terutamanya berkaitan dengan orang yang kita patut sayang dan cintai yakni tidak lain tidak bukan baginda Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam. Disebabkan kurang mengaji, kurang mengkaji, kita lebih suka ikut kata hati, kata orang itu dan ini.
Teringat saya antara soalan balas seorang sahabat yang bertanya kepada mereka yang tidak mahu menganggap hal tarikh ini satu isu penitng. Beliau bertanya "Birthday awek atau pakwe kau, kau ambil tahu? Kenapa kau amibil tahu ? Penting? Kalau tidak ambil tahu tidak boleh?" Apakah agaknya perasaan kita apabila kita mengucapkan "Happy Birthday" pada seseorang sedangkan hari itu bukan hari lahir beliau?
Ya, memang betul seronok jika 12hb. Rabiul Awwal disambut dengan ceramah-ceramah yang memperingatkan kita pada sirah baginda Sallahu'alaihi Wa Sallam. Bab perjuangan,kepimpinan,akhlaq,dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan baginda Sallahu'alaihi Wa Sallam dibincangkkan. Tetapi alangkah baiknya jika ada kesedaran dalam masyarakat bahawa ceramah-ceramah yang khusus dalam sirah dan keperibadian baginda nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini mampu dikerapakn. Hal ini adalah kerana sesetengah surau dan masjid lebih suka menyimpan tajuk-tajuk 'best' sebegini pada hari-hari tertentu, seolah-olah cerita -cerita perihal Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini ada musim-musimnya. Jika beginilah tindakannya ,bagaimana masyarakat hendak bermotivasi dalam memperingati ketokohan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam dan mengikuti keseluruhan sunnahnya?
Akhir kata, sekadar peringatan ringkas buat diri saya dan para pembaca sekalian, yang ingin raikan Mawlid Nabi wajar tahu batasnya, yang tidak mahu meraikan Mawlid Nabi wajar tahu akhlaknya.
Wallahu'allam.
Ibn Yusof
08 March 2009 / 11 Rabiulawwal 1430

2.50 a.m
______________________________________
3 comments:
Salam,
memang saya akui tarikh tu memang bukan la tepat sangat pun tapi itulah pendapat2 ahli sejarah yg perlu di rai (bkn ditolak terus). Dalam perbncgn Quran pun ulama' berbeza pendapat, apakan lagi dalam hal sejarah......
Yang penting adalah sejauh mana kita memahami perjuangan Rasulullah dan mengamalkan ajarannya, bukannya sibuk dgn hal2 teknikal menetapkan tarikh bila Rasulullah dilahirkan atau menyalahkan pihak kerana salah meletakkan tarikh.
Yang penting masyarakat tahu perjuangan nabi Junjungan kita, tidak kisah la samada melalui sambutan apapun, mawlid nabi ke, maal hijrah ke.... Cara/wasilah itukan ijtihad masing2 dalam memilihnya selagi mana tidak bertentangan dgn alQuran dan sunnah.
Jangan kerana kita mempertikaikan tarikh, masyarakat langsung tidak mengenal dan tidak berminat utk mengenal siapa Nabi kita.
Allahua'lam
SALAM..
ana nak minta izin copy artikel ni blh??
bagi saya elok dikaji lbh dalam lagi bab maulid nabi ini. jgn guna logik sahaja. bersama kita kaji dgn mata hati
Post a Comment