Monday, July 28, 2008

"Wang Dalam Periuk Hangus"

“Bodoh! Simpan wang dalam periuk! Simpanla kat bank” reaksi seorang pak cik tua yang duduk di sebelahku. Kami sedang menunggu giliran untuk mengunting rambut.

Pak Cik yang sedang menggunting rambut dan aku tersentak dengan reaksi tersebut. Dengan baju batik dan berkasut mewah, aku menyangka barangkali beliau seorang yang berkedudukan tinggi.

Pernyataan itu terpacul dari mulutnya ketika sedang dia membelek-belek berita di dalam Sinar Harian, aku pada masa yang sama sedang membaca akhbar Berita Harian.

Aku segera menjenguk tajuk berita yang dibacanya, “Wang dalam periuk hangus” tajuk berita itu terpampang di tengah akhbar Sinar Harian berserta gambar seorang pak cik tua sedang membongkok mengutip saki baki sisa-sisa rumahnya yang hangus dijilat api.

Serta-merta jiwaku tersentuh dengan ujian yang dihadapinya, timbul persoalan mengapakah pak cik tersebut tidak berasa sedemikian sedang saudara seagamanya ditimpa musibah. Malahan dikutuknya pula ‘kebodohan’ pak cik itu yang menyimpan wangnya di rumah berbanding di bank.

Sedih,geram dan bermacam-macam perasaan yang aku rasa bercampur baur kesemuanya. Dalam hatiku terdetik satu pernyataan “Barangkali satu masa kelak orang lain pula yang akan mengunakan perkataan ‘Bodoh’ kepada pak cik tersebut apabila melihat gambarnya duduk bertinggung di dada akhbar mengenangkan nasibnya apabila semua wangnya di bank tidak bernilai lagi.”

Kenapa aku berfikiran sedemikian? Ini kerana tiada beza wang yang beliau simpan di dalam bank dengan wang yang disimpan di dalam periuk. Wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik, nilai wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market force). Ini bermakna nilainya bergantung kepada kuasa permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Ia hanya ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semestinya menunaikan ‘janji’ itu. Atas sebab inilah, jika anda lihat wang kertas yang anda gunakan, tertera pernyataan “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkannya. Dalam bahasa yang lebih mudah, ianya hanyalah ‘sekeping kertas’ yang diguna pakai untuk semua urusan jual beli.Apakah asas penerimaannya? Percaya atau tidak ianya hanyalah berdasarkan kepercayaan semata-semata!Jika suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap wang kertas ini maka ianya tidak berguna lagi, sekalipun ianya berguni-guni tingginya.

Ungkapan ‘duit tak laku’ bukanlah suatu pernyataan omong kosong kerana perkara ini tidak mustahil berlaku dan sejarah telahpun membuktikannya. Datuk nenek kita yang pernah menggunakan ‘duit Jepun’ atau ‘duit pisang’ pernah mengalami saat duit ini tidak lagi bernilai hatta ianya berguni banyaknya. Hal ini berlaku kerana di kala peperangan, mata wang sesebuah Negara yang dilanda krisis akan hancur lalu dilmabakkanlah wang kertas ini dan dibakar bagi memansuhkannya.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang yang disimpan di dalam akaun atau kad digital plastic yang dikeluarkan oleh bank-bank. Semuanya tidak disokong oleh apa-apa asset yang nyata.Jelas di sisi bahawa nilainya mudah dispekulasi oleh speculator matawang yang berniat jahat, buktinya adalah krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.

Kini, keadaan krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1929 di Amerika dahulu dijangka berulang oleh pakar-pakar ekonomi dalam dan luar negara, dan lebih membimbangkan ianya dijangka jauh lebih teruk. Inilah keburukan sistem kapitalis yang diguna pakai hampir keseluruhan negara membangun. Penipuan sistem ekonomi palsu ini seharusnya dibongkarkan kepada masyarakat supaya mereka sedar tentang kepentingan untuk kita berjuang mengembalikan sistem ekonomi Islam yang sebenar.

Wallahua’lam.

Ibn Yusof
4.06 p.m
27 July 2008 / 23 Rajab 1429
www.ibnyusof.blogspot.com


Wednesday, July 16, 2008

Saiful Bukhary And Malaysia Economic Crisis

“Dah pilih tajuk term paper?” soal Yusof kepadaku. Kami berempat, aku, Yusof, Sofi, dan Ikhwan baru sahaja selesai menghadiri mass gathering EAP berjumpa di meja café untuk sarapan pagi.

“Dah, semalam baru bentang tajuk term paper, tapi kene reject.” keluh aku spontan.

“Ha? Kene reject? Dalam kelas tutorial? Kau bawak topik apa?” Sofi terkejut.

“Ceni ceritanya, lecturer bagi lima guideline untuk pilih topik, your topic must be interesting, relevent to your kuliyyah, current issues, controversial and worth argue. So aku ingat nak bawa topik yang boleh bagi manfaat pada semua dalam kelas lah since kelas EAP ni ada yang budak Engineering, Architecture, BEN, macam-macam la, so aku dengan Azlan pilih la topik ‘Islamic Banks are more expensive than Conventional Banks’.Topik ni memang la biasa bagi budak-budak econs (ekonomi) tapi at least bile present aku ingat boleh la bagi input baru pada budak-budak course lain.” Luah aku panjang lebar.

Tajuk itu telahpun diulas UZAR dan Dr. Asyraf Wajdi di dalam kelas Islamic Banking Finance tidak lama dahulu. Jika digabungkan dua perspektif tokoh ini di dalam term paper tersebut pasti ianya dapat memberi satu persepsi baru terhadap salah faham yang berlaku dalam masyarakat kini. Terutama apabila lecturer di dalam kelas itu sendiri menyatakan tajuk itu telah sedia maklum apabila caj yang dikenakan di perbankan Islam kepada beliau adalah lebih mahal daripada konvensional bank. Cuma sahaja jika dapat dijelaskan dari sudut mengapa ianya di caj sebegitu tinggi dan adakah ianya berbaloi dan adil bagi pelanggan sudah tentu mereka akan sedar tentang situasi sebenar.

Ikhwan hanya mampu mengangguk. Dia tidak hadir kelas semalam menyebabkan hanya aku dan Azlan sahaja pelajar econs dalam kelas tersebut.

“Habis tu kenapa kene reject topik kau pulak?” Sofi kehairanan.

“Sebab respon kelas kata topik tu tak interesting dan tak controversial.” kataku sinis.

“Oh...tak interesting ke topik tu?” kata Sofi dan Yusof serentak, raut muka mereka menduga.

“Even masa group binding, brainstroming, dalam group masa berbincang tu ada budak BEN terkejut dengan topik yang aku pilih ni, dia kata 'Eh ye ke?' aku just jawab, 'Ha! Sebab tu la aku pilih topik ni, supaya at least kita boleh bedah bagitau orang ramai betul ke pernyataan ni, then if for the sake of argument memang betul pun, worth atau tak terus sokong Islamic Banks kat Malaysia ni'.” cerita aku panjang lebar.

“Kenapa tak interesting pulak topik ni? Interesting atau tak topik ni benda yang subjektif, mungkin pada kita yang background ekonomi ni rasa benda ni controversial tetapi pada budak-budak yang course lain rasa benda ni mungkin biasa je.” kata Yusof ringkas.

Aku hanya mampu tersenyum sinis, itulah apa yang aku fikirkan apabila topik tersebut dikritik oleh rakan sekelas dari jurusan lain.

“Tu la pasal, ada budak perempuan pilih tentang Smart Tunnel sebab dia jurusan Engineering. Pada aku dengan Azlan, kami memang tak nampak topik tu interesting pun, malah budak BEN sebelah aku cakap watpe nak bahas isu Smart Tunnel ni lagi, benda kerajaan dah buat dan dah siap pun. Tapi pada persepsi budak jurusan Engineering mungkin benda ni suatu perkara yang menarik untuk dibahaskan. Begitu jugak dengan topik yang aku pilih.”nadaku meninggi.

“Aku ingat nak buat topik sama dengan assignment subjek Issues in Islamic Economics lah.” jelas Yusof.

“Haha aku pun pikir benda yang sama jugak, sekali harung 2 subjek satu assignment yang sama, aku adjust topik dia jadi ‘Positive Discrimination and Affirmative Action from Islamic Perspective’. Tapi masalahnya kelas aku apa pun tak tahu, confirm tertanya-tanya apa benda Positive discrimination tu? apa benda Affirmative action tu? Then bila diorang tak tahu maka diorang akan judge terus benda ni tak controversial dan tak interesting la.Haha” tersenyum lebar semua mendengar lawak sinisku.

“Kalau macam tu kau kene cari satu topik yang semua orang tahu dan rasa controversial la.” Jawab Sofi ringkas.

“A’ah, aku nak buat term paper pasal ‘Saiful Bukhary And Malaysia Economic Crisis’ lah.ok?” jawab aku spontan, sengaja aku melawak.

“Ha?! Ko biar betul.” terkejut Sofi dengan pernyataanku. Yusof dan Ikhwan dah berdekah.

“Dah tu, nak sangat controversial, boleh je kalau nak buat.” aku melihat tepat ke arah mata Sofi yang berkerut. Apa kaitan Saiful Bukhary dengan krisis ekonomi? Barangkali itu yang dia fikirkan.

“Apa kaitan Saiful Bukhary dengan krisis ekonomi?” soal Sofi kehairanan.Tekaanku mengena.

“Cari titik persamaan antara dua persoalan ni, kes Saiful Bukhary kita boleh kaitkan dengan Malaysia's political instability sekarang ni, so when politik Malaysia tak stabil. Dah tentu it will affect Malaysia’s economy. So what is the affect towards foreign investor? Apatah lagi sekarang ni tengah inflasi, it will definitely relates to interest rate, increase in interest rate will then affect basic landing rate (BLR), BLR yang naik akan affect pulak mereka yang terlibat dengan pinjaman dari bank. Majoriti yang membuat pinjaman akan reduce consumption, kalau dulu makan 3 kali sehari mungkin ada yang mula fikir nak diet dan minum air kosong je. See how it relates to us?” terangku ringkas.

Bagi yang tidak terikat dengan cengkaman riba ini juga terkena tempias krisi ekonomi ini apabila harga minyak yang meningkat menyebabkan semua barang naik. Jika dulu nasi dengan ayam di kolej RM2.40, kini dah jadi RM3.00. 'See how it relates to us?'

Bercerita memang senang, pada masa yang sama teringat aku luahan Prof. Ataulhaq yang mengajar aku subjek Malaysia Economy, beliau mengambil subjek Political Science semata-mata untuk memantapkan buku karangan beliau bertajuk Political Economy and Development yang mana buku tersebut membandingkan political economy antara dua negara yang mempunyai latar belakang yang hampir sama.

“Huh…kalau kau boleh buat topik ni memang mantap la.Huhu” Sofi mengangguk menunjukkan tanda faham, tersengih beliau memikirkan topik tersebut.

“Itupun if ada budak dalam kelas tu yang rasa tajuk ni interesting lah..Hehe” kata aku.

“Tapi aku rasa topik Saiful Bukhary and ‘Smart Tunnel’ kalau dapat dikaitkan mungkin lebih interesting dan controversial.” kedengaran satu suara dari belakang kami.

Kami berdekah hingga riuh café econs mendengar lawak tersebut. If you know what the joke really mean?

Ibn Yusof
13 July 2008 / 9 Rajab 1429
4.27 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com