Friday, May 16, 2008

Memperbaiki Wuduk & Solat Menurut Sunnah


Dialog 1:

Kenapa kita nak sibuk-sibuk belajar tentang sifat solat nabi ni? Ramai kat luar sana yang solat pun tak tahu."

Dialog 2:

Orang awam yang solat tu dah kire ok lah tu,daripada diorang tak solat langsung?"

Dialog 3:

Anta bolehla bukak kitab-kitab baca hadith-hadith dan tengok perbahasan para ulama’, habis tu macam mana dengan datok nenek yang dah tua tu? Diorang nak bukak kitab pun tak reti."

Dialog 4:

Kita sokong apa-apa usaha yang sahih,(dalam bab solat sebagai contoh) tapi bab ikhtilat pun xcover lagi.Cene?"

Dialog 5:

Public yangg telah mengamalkan ibadah tertentu bersesuaian dgn intellectual mereka, ajaran sunnah akan mengelirukan lagi public dan menyebabkan perpecahan?"

Bukan satu atau dua, tetapi ramai yang bertanyakan penulis soalan-soalan yang lebih kurang sama berulang kali. Penulis tidak pernah berasa bosan dalam menjawab persoalan ini memandangkan dalam benak penulis juga suatu masa dahulu mempunyai persoalan yang sama. InsyaAllah tulisan ringkas ini akan cuba merungkai kekusutan dialog-dialog di atas.

Perintah Memperbaiki Solat

Hendaklah kita sebagai seorang muslim menyedari kepentingan solat dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana ianya salah satu sumber makanan rohani yang penting untuk jiwa secara keseluruhan. Perut kita pasti berkeroncong apabila tidak diisi dengan makanan dan minuman dalam dunia realiti, begitulah halnya juga dengan rohani kita yang dahagakan pengisian.

Banyak hadith-hadith yang dijadikan rujukan tentang perintah Rasulullah Shallahu’alaihi Wa Sallam dalam kewajiban memperbaiki solat kita dari semasa ke semasa, antaranya ialah:-

1) Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu diceritakan bahwa seorang lelaki pernah masuk masjid dan solat, sedangkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berada di penjuru masjid tersebut. (Usai solat) Ia mendatangi beliau seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salamnya, beliau bersabda : "Solatlah kamu,sesungguhnya tadi kamu belum solat ". Orang itu balik lagi dan kembali solat. Lalu menemui beliau lagi dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, beliau bersabda lagi : "Solatlah kamu, sesungguhnya kamu belum lagi solat". Pada kali yang ketiga lelaki itu berkata: "Tolong ajarkan aku". Beliaupun bersabda :

"Apabila kamu hendak solat, maka berwudhulah dengan sempurna kemudian menghadaplah kearah kiblat dan bertakbirlah. Lalu bacalah ayat Al-Qur'an yang mudah bagimu, kemudian ruku'lah, hingga kamu tuma'ninah dalam ruku'. Lalu tegaklah berdiri, hingga kamu berdiri lurus. kemudian bersujudlah hingga kamu tuma'ninah dalam sujud. Lalu bangkitlah dari sujud hingga kamu tuma'ninnah dalam duduk. Kemudian bersujud lagi hingga kamu tuma'ninah dalam sujud. Kemudian bangkitlah dari sujud, hingga kamu tegak berdiri. Kemudian lakukanlah itu dalam solat kamu seluruhnya".
[Hadith Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim]

2) Dari Abu Mas'ud Al-Badri, bahwa ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Solat seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik dalam ruku' mahupun sujud".
[Diriwayatkan oleh Abu Dawud 1/136), An-Nasa'i (1/157), At-Tirmidzi (2/51), Ibnu Majah (1/284), Ad-Darimi (1/304), Ath-Thahawi dalam "Al-Musykil" (1/80), Ath-Thayalisi (1/97), Ahmad (4/119) dan Ad-Daruquthni (hal 133)]

3) Dari Ammar bin Yasir Radhiallahu 'anhu bahwa beliau berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda:-
"Sesungguhnya seorang hamba itu terkadang solat, namun hanya dicatat ganjarannya 1/10, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3, atau 1/2"
[Diriwayatkan oleh Abu Daud (1/127), Al-Baihaqi (2/281) dan Ahmad (4/319-321), dari dua jalur sanad. Salah satunya disahihkan oleh Al-Hafizh Al-Iraqi dan dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam Shahihnya, sebagaimana juga dinyatakan dalam "At-Taqrib" (1/184)]

Al-Manawi dalam Al-Faidhul Qadir menyatakan tentang hadith 3 di atas bahawa ganjaran itu beragam, karena perbedaan orang yang shalat dalam kekhusyu'an, daya renungnya dan hal-hal lain yang menimbulkan kesempurnaan. Ternyata kita bukan sekadar inginkan solat kita sah dengan menepati rukun-rukun solat, bahkan kita juga ingin solat kita sempurna mengikut tatacara sebenar Nabi Shallallahu 'alaihi Wa Sallam dalam solat. Solat yang sempurna pasti sah disisi Allah Subhanallahu Ta’ala akan tetapi solat yang sah tidak semestinya sempurna. Sebagai contoh seseorang yang solat berjemaah cukup rukun solatnya untuk memastikan solatnya sah, tetapi akibat tidak merapatkan saf maka cacatlah kesempurnaan solatnya.

Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian dari banyaknya sabda-sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam dalam bab memperbaiki sifat solat dan ternyata ianya bukanlah perkara yang baru. Hadits-hadits nan mulia ini, secara umum dan bebas meliputi seluruh jenis solat. Baik itu solat wajib mahupun sunat, baik itu siang mahupun malam. Rasulullah Shallahu’alaihi Wa Sallam menegaskan:-

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”
[Hadith Diriwayatkan oleh Imam Bukhari]

Sabdanya ini memerintah kita agar solat sepertimana baginda Shallahu’alaihi Wa Sallam solat. Persoalannya adakah bermaksud dengan bersabda sedemikian Rasulullah Shallahu’alaihi Wa Sallam tidak mengendahkan kerja-kerja dakwahnya yang lain? Apakah tidak boleh kerja-kerja dakwah lain dilakukan seiring?

Analisis dialog

Perlu diberi perhatian di sini daripada dialog-dialog di atas apa yang penulis dapat perhatikan ianya tidak lebih sekadar kata-kata yang keluar dari logik akal semata. Malah setiap dialog di atas menghubungkan dua persoalan yang berbeza dalam satu kategori.

Mempelajari sifat solat Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam yang sekaligus memperbaiki sifat solat dan perkara-perkara lain seperti berdakwah pada mereka yang tidak solat, mempelajari bab-bab agama lain seperti mua’malah, mengajar atau menyampaikan kepada yang tidak mampu mengkaji kata-kata ulama’.Setiap perkara yang dinyatakan ini adalah persoalan yang berbeza-beza. Tidak pantas untuk kita menyoal dengan merangkumkan semua dalam satu soalan.

Dialog 1

Adalah tidak wajar bagi mereka yang didedahkan dengan ilmu sifat solat Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam bertanyakan dialog sedemikian. Penulis ingin menyoal adakah wujud mana-mana pihak yang menganjurkan kem-kem solat meletakkan syarat peserta yang berdaftar hendaklah mereka yang tidak tahu mengerjakan solat sahaja? Apakah tidak ada ruang bagi mereka yang berhasrat memperbaiki solat untuk menyertai mana-mana kem solat?

Dialog 2

Pernyataan seperti ini telah terjawab dengan perintah Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam dalam memperbaiki sifat solat. Persoalan yang ingin ditujukan semula ialah apakah adil untuk kita meletakkan prioriti terhadap pengembangan ilmu Fardhu Kifayah sedangkan ilmu Fardhu ‘Ain masih di takuk lama?

Jawapan yang hampir sama penulis terima setiap kali bertanyakan bilakah kali terakhir anda mempelajari atau diajar bab solat? Waktu tadika, jika tidakpun ialah waktu sekolah rendah. Apakah usaha dakwah mengajak orang awam memperbaiki sifat solat mereka dipandang enteng?

Dialog 3

Dua persoalan yang berbeza jelas apabila membincangkan para pelajar yang cuba memperbaiki sifat solat mereka dan orang awam yang tidak berpeluang mempelajari serta mendalami lautan ilmu fiqh dalam bab solat. Apabila ianya jelas dua persoalan yang berbeza maka seharusnya kita tidak cepat membuat kesimpulan awal. Menjadi kewajiban mereka yang berilmu untuk menyampaikan ilmu mereka mengikut kemampuan masing-masing. Selain itu, seberapa banyak kitab-kitab para ulama’ kini telahpun diterjemah maka dengan sedikit usaha ini mungkin dapat membezakan kita yang beramal dengan ilmu dan orang yang beramal secara ikut-ikutan dalam bab solat khususnya.

Dialog 4

Bukankah persoalan yang sama boleh diulang-ulang juga kepada mereka yang terlalu mementingkan bab ikhtilat tetapi masih tidak khatam bab solat? Adakah bermaksud bab solat tidak sepenting bab ikhtilat? Penulis mengatakan kita mengambil berat semua bab dalam agama ini. Tetapi jika ingin membincangkan perkara fiqh Al-Awlawiyyat (prioriti). Apakah solat yang dilakukan dalam kehidupan seharian dan memperbaikinya dari semasa ke semasa tidak menjadi keutamaan kaum muslimin? Bukankah solat adalah perkara pertama yang dihitung di akhirat kelak?

Dialog 5

Jika mengajar sunnah pada orang awam menjadi punca perpecahan masyarakat.Adakah bermaksud mengajar bid’ah pada orang awam menjadi punca kesatuan hati di kalangan masyarakat?Andai kata amalan bid’ah ini dapat menyatukan umat, sesungguhnya hal itu seperti firman Allah Ta’ala tentang Bani Israil berikut:-

“.....kamu menyangka mereka itu bersatu, padahal hati mereka berpecah belah....” [Al-Hasyr 59:14]

Penyatuan umat dalam hal ini pada zahirnya sahaja. Adapun batinnya berpecah-belah. Ini berbeza dengan sunnah, seandainya pun secara zahir terlihat memecah-belah umat, tetapi pada hakikatnya menjurus kepada pernyatuan umat. Bukankah kita sedia maklum al-Quran juga digelar Al-Furqan (pembeda)? Al-Furqan (pembeda) yang membawa maksud pembeda antara yang haq dan yang bathil. Diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdillah rahimahullah:-

“..................dan Muhammad Shallallahu 'alaihi Wa Sallam memecah belah antara manusia.” [Sahih Bukhari jilid 6 hadith ke 6852]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam memecah belah manusia dengan al-haq atau kebathilan? Sudah semestinya al-haq, dan baginda Shallallahu 'alaihi Wa Sallam pun memerangi kebatilan, demikian juga para pengikut Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam. Dengan al-haq maka jelaslah semua yang batil dan pelakunya. Jika seandainya zahir amalan bid’ah menyatukan umat, ianya sekadar menyatukan umat dalam kebatilan. Penyatuan seperti ini tidak akan kekal lama kerana kebatilan pasti tersingkir seperti mana tafsir Ibn Katsir terhadap ayat :-

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” [Ar-Ra’d 13:17]

Kem Solat & Penyelewengan Mazhab?

Bercerita tentang Kem Solat ini tersenyum lebar penulis mengingatkan email seorang sahabat yang disebar luas dengan tujuan untuk memboikot Kem Solat ini secara tidak lansung. Berdalilkan solat yang diajar bukan Sifat Solat Nabi tetapi Sifat Solat Al-Albani adalah satu kejahilan yang nyata. Membaca email tersebut penulis sedar bahawa hujah dan sekian banyaknya hadith-hadith tentang Sifat Solat Nabi tidak sampai kepada sahabat tersebut, barangkali penyakit hati yang dialami penyebar email tersebut agak parah apabila sahabat tersebut berkata sebelum berfikir, bertindak sebelum menilai.

Kitab Sifat Solat Nabi itu hanya menghimpunkan hadith-hadith yang sahih terutamanya dari Sahih Bukhari mahupun Sahih Muslim dan kitab-kitab sunan lain untuk memastikan setiap gerakan dan bacaan di dalam solat adalah bertepatan dengan apa yang Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam prkatik dan ajari. Semestinya mereka yang suka beramal dalam agama dengan citarasa mereka tidak setuju hadith sahih menjadi rujukan agama kerana ianya pasti bertentangan dengan amalan hasil citarasa dan suka sama suka mereka.

Penulis mempelajari Sifat Solat Nabi ini 2 tahun yang lepas dan daripada kajian dan pembelajaran ini penulis jatuh cinta dengan Sunnah. Bukannya sunat yang diketahui orang ramai bahawa jika kita melakukannya kita mendapat pahala tetapi jika kita ,meninggalkannya kita tidak mendapat apa-apa. Definisi atau ta’rifan Sunnah yang lebih luas ini perlu disuntik dalam minda masyarakat supaya masyarakat dapat merasai kemanisan mengamalkannya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Hadith Diriwayatkan oleh Imam Bukhari]

Maka jika hadith yang mudah ini gagal dihayati oleh seorang yang bergelar muslim maka sudah tentu kita akan mengagung-agungkan aqal dan citarasa kita melebihi wahyu yang diturunkan oleh Allah Azza Wa Jalla kepada pesuruhNya yakni Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam.

“Kita solat ikut siapa?”,soal penceramah. Adik-adik dalam kem mula menjerit “IKUT NABI!!”. Tersenyum penulis mendengar semangat adik-adik ini, jawapan mereka barangkali lebih matang daripada mereka yang melaungkan slogan “KITA MAZHAB SYAFIE”. Bukanlah penulis mengkritik orang yang mengikuti mazhab Syafie, hatta penulis sendiri menghormati dan mengamalkan ijtihad Al-Imam Muhammad Idris As-Syafie dalam kehidupan seharian. Cuma sahaja jika mereka itu dapat memahami perkataan Imam As-Syafie apabila berkata:-

"Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)".[ hal. اعلام الموقعين 17 Ibn Qaiyyim al-Jauzi.]

Maka apakah relevennya belajar sehingga peringkat universiti tetapi masih berpaut pada pola fikir yang jumud. Taksub dengan ijtihad Imam As-Syafie sehingga sanggup menolak apa yang disampaikan Allah dan Rasul-Nya. Sekurang-kurangnya adik-adik yang menyertai kem solat ini disajikan dengan hadith-hadith nabi pada peringkat usia yang awal berbanding dengan mereka di luar sana yang dihidangkan dengan persekitaran program-program hiburan realiti “Bintang Kecil”, “Akademi Fantasia”,“Malaysia Idol” dan sebagainya.

Pada sesi Sifat Wudhu’ Nabi dan Sifat Solat Nabi mereka bersedia menerima hadith-hadith sahih tentang cara Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam berwudhu’, tampak dari raut wajah mereka menunggu apa sahaja pendapat yang semestinya sahih dilakukan oleh Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam. Apakah perbuatan ini dikira meninggalkan mazhab? Apakah pemikiran seperti ini dikatakan menyeleweng?

"Berkata Imam Ahmad: Janganlah kamu bertaqlid denganku, janganlah bertaqlid dengan Malik, Abu Hanifah, as-Syafie, 'Auzii dan Thauri rahimahumullah. Ambillah oleh kamu dari mana mereka itu mengambil"[ Diriwayatkan oleh Abu Daud, hlm. 277.]

Dari perkataan Imam Ahmad di atas kita diseru supaya mengambil dan mengkaji daripada sumber untuk mengelak perbuatan mengikut tanpa memahami. Apakah perbuatan seperti ini dikatakan tidak berpegang pada mana-mana mazhab? Jika ianya bersalahan dengan manhaj para salaf dalam menimba ilmu maka tidak perlulah Imam Bukhari bersusah payah mengumpulkan hadith-hadith sahih selepas sekian lama Imam Syafie meninggal dunia, mengapa tidak sahaja Imam Bukhari berpegang pada ijtihad para imam yang telah pun mengeluarkan ijtihad-ijtihad mereka pada zaman-zaman sebelum kelahiranya?

Ini kerana Islam tidak mengajar supaya otak umatnya bersifat statik, Islam tidak mengajar pengetahuan umatnya bersifat serik. Jika pada awal pembelajaran fardhu Ain yakni berkenaan Wudhu’ dan Solat mereka ini diberikan contoh dari buku-buku bergambar tanpa mana-mana rujukan, mengapa tidak kita mengajar mereka pada usia yang awal untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih dalam bab Fardhu Ain.

Mereka yang mengkritik Sifat Wudhu’ Nabi dan Sifat Solat Nabi ini adalah mereka yang tidak mahu melakukan sebarang anjakan paradigma dalam beramal. Jika sewaktu tadika, guru mengajar subjek matematik berkenaan cara-cara tambah dan tolak, sudah semestinya sewaktu sekolah rendah kita akan diajar pula tentang cara-cara darab dan bahagi. Apakah ada sekolah rendah atau sehingga peringkat universiti yang senantiasa mengajar cara-cara bagaimana tambah dan tolak? Sudah semestinya tidak, kenaikan peringkat demi peringkat tahap pembelajaran kita akan diajar pula tentang cara-cara melukis graf, mengira sudut dan sebagainya. Sesungguhnya perkembangan ilmu ini berlaku dalam setiap bidang mata pelajaran tetapi mengapa dalam bab agama kita mesti bersifat statik tanpa adanya penghayatan dan pendalaman yang lebih dari semasa ke semasa?

Inilah persoalan yang perlu direnung oleh setiap masyarakat umum dan semestinya perlu ditekankan dalam ucapan-ucapan para dai’. Renungkanlah berapa ramai orang awam di luar sana yang amalan agama mereka adalah seperti apa yang diajarkan ustaz atau ustazah di sekolah rendah mereka tanpa ada apa-apa penghayatan atau pendalaman yang lebih, tetapi dalam mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran lain mereka semakin maju hari demi hari. Begitulah juga mereka yang merasa enteng dalam masalah ibadah ini, dan mengkritik pula mereka yang cuba menyebarkan sunnah baginda Shallahu’alaihi Wa Sallam dalam wudhu’ dan solat dengan berkata cukup sekadar “Aku bermazhab Syafie! ” sedangkan pemahaman fiqhnya bersifat statik dan jumud.

Berkata Imam Syafi'i : "Semua sunnah Rasul yang diriwayatkan dengan berzeda-beza oleh para ahli ilmu itu tidak terlepas dari makna dan tujuan (yang tiga) tadi. Pada prinsipnya segala sesuatu yang telah ditetapkan oleh As-Sunnah maka Allah telah mengharuskan kepada kita untuk mengikutinya, dan Allah telah menetapkan bahwa mengikuti sunnah Rasul merupakan ketaatan kepada Allah sementara menentang terhadap sunnah Rasul merupakan perbuatan maksiat terhadap Allah yang tak satu manusia pun yang dikecualikan dan tidak ada satu jalan pun untuk menghindar dari mengikuti sunnah-sunnah Nabi-Nya. "

Kesimpulannya, jangan diperkecilkan apa-apa usaha dakwah yang dilakukan mana-mana pihak. Pada kita ianya mungkin perbuatan yang hanya sebesar zarah, tetapi pada sisi Allah Subhanallahu Ta’ala ianya adalah sebaliknya.

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. " [Al-Zalzalah 99:7]

Sama-sama kita muhasabah dan tangisi diri ini, sejauh mana sumbangan kita pada dakwah islamiyyah.

Wallhua’lam.

Ibn Yusof

16 Mei 2008 / 10 JumadaAl-Awwal 1429

3:56 a.m.

www.ibnyusof.blogspot.com

________________________________________________________

Rujukan:-

1) Shalatu At-Tarawih, edisi Indonesia Shalat Tarawih Penyusun Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, terbitan Pustaka At-Tibyan hal. 151-162, Penerjemah Abu Umar Basyir Al-Maidani.

2) Wuduk & Solat Menurut Sunnah & Mazhab Syafie, Abu Ruwais Al-Syubrawi, terbitan Karya Bestari.

3) Kebatilan Pasti akan Tersingkir, Ustaz Arief B. Bin Usman Rozali, Majalah As-Sunnah Edisi 01/Tahun XII/1429H/2008M.

4) Nurus Sunnah wa Zhulumatul Bid’ah Fi Dhauil Kitabi was Sunnah, edisi Indonesia Mengupas Sunnah, Membedah Bid’ah, hal. 13-18 Darul Haq.

5) Miftahul Jannah fii Al-Ihtijaj bi As-Sunnah, edisi Indonesia KUNCI SURGA Menjadikan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam Sebagai Hujjah, oleh Al-Hafizh Al-Imam As-Suyuthi, hal. 31-35 terbitan Darul haq, Penerjemah Amir Hamzah Fachruddin

Saturday, May 10, 2008

Syi’ah: Sikap Toleransi & Berhati-hati Sunni?

Turbah Husainiyah

Sikap sesetengah pihak yang mengecam Syi’ah itu sebagai satu ajaran sesat hendaklah dinilai semula dengan adil dan saksama. Tidak hairanlah jika sesetengah laman-laman web golongan sunni apetah lagi syi’ah berusaha keras menjelas dan mempamerkan fatwa-fatwa kepentingan bersatunya dua golongan ini serta pengiktirafan Sunni bahawa Syi’ah masih dalam paksi Islam. Fatwa Syaikh Mahmud Shaltut pada tahun 1959 juga diguna pakai sesetengah pihak untuk menegaskan perkara ini.

Tidak seharusnya wujud perbalahan antara mana-mana pihak selagi mana mereka berpegang pada panji yang sama yakni “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah”. Ini selari dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ

عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ

إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ

يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Al-Imran 3:103]

Ya, kita mungkin di bawah payung Islam yang sama tetapi berlainan mazhab. Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri.[1]

Tetapi apa yang wajib kita fahami ialah masalah perbezaan ketara dalam mazhab Syi’ah. Mazhab Syi‘ah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya. Adalah tidak adil jika kita menghukum Mazhab Syi’ah ini secara umum bahawa ianya sesat. Mengenal pasti sebelum menghukum adalah suatu perkara yang wajib agar kita tidak tergolong dalam sabda Rasulullah Shallahu‘alaihi Wa Sallam:-

"Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu pantas untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan." (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6104 dan Muslim no.60)

Syi’ah dalam sejarahnya mengalami beberapa pergeseran. Seiring dengan perjalanan waktu, kelompok ini terpecah menjadi lima kategori lain iaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat, dan Isma’iliyyah. Dari kelimanya, lahir sekian banyak cabang-cabangnya.[2]

Yang penting dan perlu kita (Ahlu Sunnah Wal Jama’ah)sedari dan berhati-hati ialah terhadap golongan Syi’ah Rafidhah. Asalkan ianya Rafidhah, sudah pasti Syi’ah.Tetapi belum tentu Syi’ah ianya Rafidhah. Antara I’tiqad mereka yang jelas berbeza dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah antaranya ialah:-

1. Bahawa khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali diikuti dengan Husain dan keturunannya.

2. Bahawa para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahl al-Sunnah telah membelakangi nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan jawatan khalifah mereka (‘Ali, Husain dan keturunannya).

3. Bahawa kerana sikap Ahl al-Sunnah yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah sepertimana poin 2 di atas, maka mereka, sejak dari Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan para sahabat seluruhnya sehingga ke umat Islam hari ini berada di dalam kesesatan.

4. Bahawa mazhab yang benar di dalam Islam ialah Mazhab Syi‘ah manakala Mazhab Ahl al-Sunnah adalah mazhab yang salah.[3]

Siapakah pengasas Syia’ah Rafidhah?

Pengasasnya ialah Abdullah bin Saba’ Al-Himyari, yang menampakkan keislaman di masa kekhalifahan ‘Utsman bin Affan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Asal Ar-Rafdh ini dari munafiqin dan zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran, pen). Pencetusnya adalah Abdullah bin Saba’ Az-Zindiq. Ia tampakkan sikap ekstrim di dalam memuliakan ‘Ali, dengan suatu slogan bahwa ‘Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang ma’shum”.[4]

Perkataan Ulama tentang Syi’ah Rafidhah[5]

Asy-Syaikh Dr. Ibrahim Ar-Ruhaili di dalam kitabnya Al-Intishar Lish Shahbi Wal Aal (hal. 100-153) menukilkan sekian banyak perkataan para ulama tentang mereka (Syi’ah Rafidhah).Antaranya ialah:-

1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakr dan ‘Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menshalatinya (bila meninggal dunia)?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)….” (Siyar A’lamin Nubala, 7/253)

3. Al-Imam Malik bin Anas berkata: “Mereka itu adalah suatu kaum yang namun tidak mampu. Maka akhirnyarberambisi untuk menghabisi Nabi mereka cela para shahabatnya agar kemudian dikatakan bahwa ia (Nabi ) adalah seorang yang jahat, karena kalau memang ia orangrMuhammad shalih, niscaya para shahabatnya adalah orang-orang shalih.” (Ash-Sharimul Maslul ‘ala Syatimirrasul, hal. 580) dan Al-Imam Asy-Syafi’i, “Aku belum pernah tahu ada yang melebihi Rafidhah dalam persaksian palsu.” (Mizanul I’tidal, 2/27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)

4. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Aisyah) itu orang Islam.” (As-Sunnah, 1/493, karya Al-Khallal)

5. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku shalat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama-sama tidak boleh -red). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil ‘Ibad, hal. 125)

6. Al-Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat Rasulullah , maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq. Yang demikian itu karenar Rasul bagi kita haq, dan Al Qur’an haq, dan sesungguhnya yang .rmenyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para shahabat Rasulullah Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdadi)

Penulis menyokong penuh pemikiran positif yang ditunjukkan Faisal Tehrani novelist tanah air kita dan Mak Cik Musalmah Lebarnya dalam menyatukan dua golongan Sunni dan Syi’ah. Ini satu usaha yang telah wujud lama sejak zaman berzaman.Hatta Dr. Yusof Al-Qardhawi juga mempunyai hasrat yang sama. Walaupun Faisal Tehrani dituduh Syi’ah atas tulisan-tulisan beliau, beliau masih terus dengan pemikiran positifnya. Barangkali tindakan beliau yang banyak merujuk kepada kitab-kitab utama Syi’ah seperti ialah ‘Usul Al-Kafi’, ‘Mafatih al-Jinan’ dan ‘Bihar al- Anwar’ dalam tulisan-tulisan beliau menyebabkan tuduhan ini kelihatan begitu ketara.

Mungkin ada baiknya jika beliau tidak bersikap terlalu optimis tetapi pada masa yang sama cuba mendidik masyarakat dengan kategori-kategori Syi’ah yang boleh pihak Sunni toleransi dan yang mana pula perlu berhati-hati. Syi’ah mana yang dimaksudkan tidak berbahaya? Syi’ah mana yang I’tiqad hanya tahu mencela? Dan Syi’ah mana yang pandai berpura-pura?

Kita sudah tentu tidak mengingini 10 Muharram di Malaysia diselangi dengan peristiwa berdarah dengan amalan merobek pakaian dan memukul-mukul wajah. Atau sujud pada batu dari tanah Karbala tatkala solat. Atau generasi akan datang menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Dan macam-macam lagi perkara yang penulis yakin tidak kita ingini berlaku di tanah air kita ini. Maka tugas kita ummat Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah untuk menerang dan mendidik masyarakat I’tiqad Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Kesimpulannya, bukan hanya toleransi semata, berhati-hati juga perlu jalan sekali.

Wallahu’alam.

Ibn Yusof

10 Mei 2008 / 4 Jumada Al-Awwal 1429

10.52 p.m.

www.ibnyusof.blogspot.com

____________________________________

[1] Ensiklopidi Islam (ed: Hafidz Dasuki; PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta, 1994) – ‘Mazhab’.
[2] Al-Milal Wan Nihal, hal. 147, karya Asy-Syihristani.
[3] Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah, Hafiz Firdaus Abdullah.
[4] Majmu’ Fatawa, 4/435.
[5] Membongkar Kesesatan Syiah, Al-Ustadz Ruwaifi’ bin Sulaimi Al-Atsari, Lc.

Friday, May 2, 2008

Televisyen: Senjata Moden Perang Pemikiran



Televisyen kini dianggap sebagai satu media komunikasi moden. Ia juga satu bukti produk kemajuan peradaban dan dianggap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Seperti mana ibarat sebuah pisau yang boleh digunakan untuk hal-hal yang memberi manfaat dan sebaliknya, begitu juga halnya dengan sebuah televisyen.

Walaupun diselangi dengan program-program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan, dan pengetahuan, tetapi tiadk sesiapapun dapat menafikan bahawa peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama.

Sesetengah para ulama’ Ahlu Sunnah pula dituduh bersikap tegas, keras dan ketinggalan zaman apabila berfatwa tentang hukum larangan menonton televisyen. Akibat terpengaruh dengan agenda musuh-musuh Islam yang bertuhankan hiburan, ada sesetengah Muslim yang sanggup menemplak hujah para ulama’ Ahlu Sunnah ini. Para ulama’ Ahlu Sunnah yang penulis maksudkan ialah Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
[1], Syaikh Soleh Al-Fauzan[2] dan mereka yang terlibat dalam Lajnah Daimah Saudi Arabia dan lain-lain tentang fatwa-fatwa mereka terhadap penggunaan televisyen,[3] mereka yang menentang fatwa para ulama’ Ahlu Sunnah ini hanya berpaksikan hawa nafsu semata. InsyaAllah artikel ini akan merungkai hikmah di sebalik fatwa-fatwa berkenaan.

Bayangkan nasib anda yang ketagih dengan televisyen ini apabila hari-hari anda disuntik dengan program-program yang menyimpang. Penyebaran racun-racun pemikiran seperti ini mendatangi kaum muslimin melalui media eletronik yang digelar televisyen. Dan jika anda menyoal apakah kesannya? Lihatlah sekeliling anda. Anak-anak muda mula berpakaian membuka aurat dan meniru fesyen-fesyen seperti mana yang ditunjukkan dalam filem-filem yang ditonton, anak-anak muda terpengaruh dengan gaya hidup barat yang bertuhankan hedonism, anak-anak kecil mula mengagung-agungkan superhero-superhero khayalan yang disangkakan satu-satunya penyelamat mereka, kartun-kartun yang disukai anak-anak kecil diselitkan unsur-unsur syirik dan khurafat seperti Darwinism, penyembahan berhala dan sebagainya.

Bukan ini sahaja malah siapa dapat menafikan peningkatan kadar jenayah akibat dari pengaruh televisyen? Para penjenayah boleh mempelajari gerak-geri dan strategi hanya melalui program-program televisyen yang pelbagai, teknik rompakan, penjualan dadah, pemerkosaan, hinggalah kepada aksi pembunuhan yang ditunjukkan dengan teliti. Selain itu, bukan sahaja aksi keganasan rumah tangga, malah aksi suami isteri di ranjang juga dipaparkan secara terbuka sehingga kanak-kanak kecil bebas menonton aksi-aksi yang boleh merosakkan pemikiran mereka.

Perkara ini menular dengan cepat sehingga ramai kaum muslimin yang terlibat dalam pengusahaan filem atau drama terpengaruh dengan norma-norma sedemikian yang dianggap suatu kebiasaan. Lihat sahaja filem atau drama yang dihasilkan para produksi di negara yang dikatakan Negara Islam. Filem atas nama dakwah juga melibatkan percampuran lelaki dan perempuan, seorang suami mampu membiarkan isterinya disentuh malah tidur sekatil dengan lelaki lain atas nama perfileman. Kelak apabila aksi sebegini ditonton ianya tidak menjadi bualan ramai kerana ianya dianggap satu perkara biasa.




وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”[4]

Sedarlah dari tidurmu Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah, inilah yang dinamakan perang pemikiran (ghozwul fikr), tatkala musuh-musuh Islam tidak berjaya mengetuk pintu-pintu rumah kaum muslimin dan menyebarkan dakyah ajaran mereka, mereka sebaliknya menggunakan filem-filem yang disalurkan melalui televisyen-televisyen untuk menyerang akal dan hati kaum muslimin dari golongan kecil sehinggalah dewasa. Hasilnya, ibu dan anak-anak berebut memegang alat kawalan televisyen, si ibu mahu menonton drama Bawang Putih Bawang Merah yang jelas unsur khurafat dan syirik di dalamnya, manakala yang si anak ingin menonton Diari Akedemi Fantasia yang jelas mengagung-agungkan dunia hiburan.

Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin pernah berkata tentang hukum televisyen, beliau menjawab pada awalnya bahawa:-
“Televisyen itu sendiri tidak boleh dikatakan haram, dan tidak pula makruh dan tidak pula boleh. Kerana ia adalah benda yang tidak berbuat apapun. Sesungguhnya hukumnya sangat tergantung dengan perbuatan hamba, bukan dengan dzat sesuatu...”
[5].


Jika kita menganalisa fatwanya yang lain pula beliau memberi cadangan dalam fatwanya yakni:-
“Adapun zaman sekarang, kita perlu menempuh setiap sarana yang bisa digunakan untuk mengajak kepada Islam, seperti ; radio, televisyen , bulletin (sebaran ilmiah), penerbitan majalah-majalah Islam di akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang baik, termasuk juga sarana internet yang muncul di zaman ini dan telah merambah ke seluruh dunia. ”
[6].

Ya benar, kita mungkin tidak dapat menghapuskan televisyen yang berada di setiap pelusuk rumah di muka bumi ini. Akan tetapi masih tidak terlambat untuk kita mengawal bencana yang menimpa kaum muslimin hari ini. Pilihan alternatif sentiasa terbuka luas bagi kaum muslimin yang merasakan ianya satu tanggungjawab dalam memelihara keluarga masing-masing. Pilihan bijak yang boleh difikirkan dalam menentukan filem apa yang wajar ditonton, dan siaran apa yang harus dipilih.






We're in a lot of trouble!
Because you people, and 62 million other Americans
are listening to me right now.

Because less than 3%
of you people read books.
Because less than 15% of you read newspapers.
Because the only truth you know
is what you get over this tube.

Right now, there is a whole and entire generation
that never knew anything that didn't come out of this tube!
This tube is the Gospel.
The ultimate revelation.
This tube can make or break
presidents, popes, prime ministers.
This tube is the most awesome goddamn
force in the whole godless world
and woe is us if it ever falls
into the hands of the wrong people!

And when the largest company in the world
controls the most awesome, goddamn propaganda force
in the whole godless world
who knows what sh*t will be peddled
for truth on this network!

So you listen to me.
Listen to me!
Television is not the truth.
Television's a goddamned amusement park!
Television is a circus, a carnival,
a travelling troupe of acrobats,
storytellers, dancers, singers, jugglers,
sideshow freaks, lion tamers and football players.

We're in the boredom-killing business.
But you people sit there,
day after day, night after night,
all ages, colors, creeds.
We're all you know.

You're beginning to believe
the illusions we're spinning here.
You're beginning to think that the tube is
reality and that your own lives are unreal.
You do whatever the tube tells you!
You dress like the tube, you eat like the tube,
you raise your children like the tube,
you even think like the tube.

This is mass madness, you maniacs!
In God's name, you people are the real thing!
We are the illusion!

Inilah sedikit sebanyak yang dapat penulis terangkan tentang betapa bahayanya televisyen jika ianya tidak dikawal, ianya bukan sekadar media elektronik akan tetapi senjata yang musuh Islam gunakan untuk menyuntik minda kaum muslimin hari demi hari. Semoga kita diberi taufiq oleh Allah sehingga dapat menjauhkan kita dan keluarga-keluarga kita daripada sarana-sarana kerosakan, dan membawa kita dan keluarga-keluarga kita kepada jalan-jalan kebaikan. Amin.



__________________________________________________
[1] Rujuk Risalah Isti’mal Dusy Munkarun Kabir dari Program Fatawa Syaikh Bin Baz
[2] Muntaqo Min Fatawa Syaikh Soleh Al-Fauzan no:127
[3] Fatwa Lajnah Daimah no: 3374
[4] Al-An’am 6:116
[5] Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syariyyah Fi Al-Masail Al-AShriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Darul Haq.
[6] Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syariyyah Fi Al-Masail Al-AShriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini 2, hal 287-288 Darul Haq.


Ibn Yusof

2 Mei 2008 / 25 Rabi' Al-Thani 1429

03:55p.m

www.ibnyusof.blogspot.com