Itulah hakikatnya apabila pendebat-pendebat baik dari pihak kerajaan hinggalah pihak pembangkang semuanya ingin mencarik-carik hujah pihak musuh supaya dapat merangkul kemenangan,walaupun tajuk yang mereka terpaksa pertahankan kadang-kala adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan mereka. Penulis bukan bermaksud memandang rendah para pendebat tetapi sebaliknya memuji mereka yang mampu berfikiran kritis dan kreatif untuk mengeluarkan hujah-hujah mereka demi mempertahankan topik yang didebatkan.Ia mengasah ketajaman minda para pendebat bersama cara mereka dari semua segi.Tidak semua orang mampu dan berani terjun dalam
Bak kata Dato’ Seri Najib dalam ucapan beliau semasa menghadiri pertandingan akhir debat antara sekolah-sekolah menengah yang penulis turut hadir sama,beliau menyatakan beliau kagum dengan kemampuan para pendebat yang semuanya berusia muda, tetapi bezanya pendebat dan ahli politik ialah apabila ahli politik berhujah mereka akan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas setiap ayat yang diucapkan.Bagi penulis ianya sudah tentu kerana betapa lemah dan teruknya hujah atau alasan yang mereka ahli politik kemukakan,ianya tetap mendapat sokongan daripada orang jahil yang memuja mereka.
Para pendebat hanya mempunyai hujah,hujah hasil daripada pemikiran kritis mereka.itulah senjata utama yang mereka gunakan apabila memasuki dalam medan perdebatan.Mereka harus bijak dalam menyusun setiap hujah dan gaya penyampaian mereka umpama pahlawan samurai yang bersiap sedia untuk menghayunkan ‘katana’ mereka pada bila-bila masa.Berdebat tidaklah sukar jika kita mempunyai ilmu dan kebolehan dalam menyampaikan hujah walaupun dengan cara yang salah.Dalam dunia siber sebagai contoh,gelanggang untuk berdebat sentiasa terbuka luas pada siapa-siapa yang merasakan diri mereka kecil dalam dunia luar dan ingin berlagak besar dalam dunia virtual. Dunia tanpa sempadan dan semua maklumat seperti di hujung jari menyenangkan amalan ‘copy & paste’. Maka wujudlah pendebat-pendebat di sekitar forum-forum dan blog-blog mencabar antara satu sama lain,baik puak-puak mahupun geng-geng.Matlamat mereka semuanya sama seperti para pendebat dalam pertandingan debat,yang penting bagi mereka ‘Aku Nak Menang!’.
Dalam apa jua topic yang didebatkan termasuklah dalam bab-bab agama,tidak mustahil kita akan berhadapan dengan mereka yang berdebat bukan untuk mencari kebenaran,tetapi mencari kemenangan.Maka tidaklah mustahil jika kita berhadapan dengan situasi yang mana sumber dari mana maklumat yang dianggap benar itu diperolehi, tidak mahu dikongsikan bersama kerana khuatir kesahihannya dipersoalkan.
مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللهِ إِلاَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوا فَلاَ يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلاَدِ
“Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu
Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang lain:-
إِنَّ الَّذِيْنَ يُجَادِلُوْنَ فِي آيَاتِ اللهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ إِنْ فِي صُدُوْرِهِمْ إِلاَّ كِبْرٌ مَا هُمْ بِبَالِغِيْهِ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
“Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Ghafir 40: 56]
Maka janganlah kita yang berdiri atas nama kebenaran mencabar sesama muslim untuk berdebat kerana ianya tidak lain hanya merugikan kita dan merosakkan hubungan sesama saudara. Kesalahan yang nyata apabila kita menjadikan dakwah dan islah sesama manusia sebagai alternatif.Ia seharusnya menjadi prioriti kita sebelum memilih perdebatan sebagai jalan utama. Apakah dengan menyampaikan risalah Islam dengan cara berdebat kita mampu mengajak pihak lawan kita akur dan serta merta bergembleng tenaga untuk berkerjasama dengan kita?Mereka yang suka berdebat ini tidaklah
مَا ضَرَبُوْهُ لَكَ إِلاَّ جَدَلاً بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُوْنَ
“Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.”[Az-Zukhruf 43:58]
Bagi para pendokong Islam pula,ada yang mudah terperangkap dengan nafsu amarah apabila suka terjun dalam
Apa yang dibincangkan sebelum ini adalah masalah-masalah dalam berdebat,penulis tidak menafikan bolehnya berdebat dalam Islam seperti yang pernah dilakukan oleh para nabi dan ulama-ulama salaf. Tetapi ianya tidak terlepas daripada beberapa penilaian untuk membenarkannya iaitu bergantung kepada keadaan,tujuan dan maksud dari perdebatan tersebut. Debat tidak selamanya tercela, bahkan kadang-kala sebuah kebenaran itu terkuak melalui perdebatan. Debat dengan dengan cara yang baik adalah sejalan dengan firman Allah :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik”
[An Nahl 16:125]
Ini kerana jika tidak wujud garis panduan,perkara yang diperdebatkan akan berakhir dengan pertengkaran dan perselisihan faham antara satu sama lain.Berapa ramai anak muda kini yang ghairah untuk berdebat atas nama kebenaran sedangkan mereka hanya ingin bongkak dengan kemenangan,dan mereka terpaling dari niat asal dalam menyampaikan kebenaran.Jika ini kesannya maka ia bukanlah cara yang dituntut Islam dalam menyampaikan kebenaran.
Kini dapat kita lihat, hanya sahaja mereka yang baru berguru berkobar-kobar semangatnya mahu berdebat dengan para ilmuan,berdiri sambil mengeluarkan hujah dengan gahnya sambil memegang buku nota.Akhirnay sikap suka berdebat ini tidak ubah seperti kisah-kisah samurai yang pergi dari satu ‘dojo’ ke satu ‘dojo’ mencabar pihak lawan yang terkuat untuk kepuasan diri.Sikap inilah yang dilarang dalam Islam.Perkara ini pernah penulis lihat dalam kuliah agama yang dianjurkan apabila seorang pelajar bangun dan mengutarakan hujahnya seolah-olah ingin berdebat dengan memotong kata-kata ustaz yang sedang berceramah. Dan mereka yang menyokong hujah pelajar tersebut bangga dengan menyatakan ustaz tersebut kalah dalam ‘perdebatan’ itu.Kisah ini boleh dijadikan tauladan seperti apa yang dikatakan Abu Bakr Al-Ajurri rahimahullahu:-
“Jika orang yang menanyakan permasalahannya kepadamu adalah orang yang mengharapkan bimbingan kepada al-haq dan bukan perdebatan, maka bimbinglah dia dengan cara yang terbaik dengan penjelasan. Bimbinglah dia dengan ilmu dari Al-Kitab dan As-Sunnah, perkataan para shahabat dan ucapan para imam kaum muslimin. Dan jika dia ingin mendebatmu, maka inilah yang dibenci oleh para ulama, dan berhati-hatilah engkau terhadap agamamu.”
Dan beliau ditanya lagi “Apakah kita biarkan mereka berbicara dengan kebatilan dan kita mendiamkan mereka?”
Maka katakan kepadanya: “Diamnya engkau dari mereka dan engkau meninggalkan mereka dalam apa yang mereka bicarakan itu lebih besar pengaruhnya atas mereka daripada engkau berdebat dengannya. Itulah yang diucapkan oleh para ulama terdahulu dari ulama salafush shalih kaum muslimin.”[Lammud Durr, Jamal Al-Haritsi hal. 160-162]
Dari dialog di atas akhirnya penulis memahami mengapa ustaz tersebut cuba menerangkan topik tersebut pada awalnya dan mengakhirinya dengan mengelak untuk terus membincangkan perkara tersebut dalam ruang lingkup ahlu kalam kerana perdebatan yang diteruskan itu tidak akan membawa kepada titik persefahaman tetapi barangkali perselisihan antara satu sama lain.
Akhir kata,perdebatan hanyalah alternatif terakhir yang seharusnya kita gunakan apabila betul tujuan dan maksudnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyampaikan risalahnya dengan cara berdebat semata.Malah beliau membencinya seperti mana yang diriwayatkan dari hadits Aisyah radhiyallahu 'anha berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلىَ اللهِ اْلأَلَدُّ الْخَصِمُ
“Orang yang paling dibenci Allah adalah yang suka berdebat.”[Muttafaq Alaihi]
Ibn Yusof
14 November 2007 / 4 Zulkaedah 1428
1:39 a.m
5 comments:
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh
Bismillah hirrahmanirrrahiim..Allahuma Salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi ajma'een wa sallim
Pertama sekali, saya nk katakan thanks a lot bro..terus terang saya katakan saya sendiri pernah keterlaluan dalam perdebatan..especially dlm internet ni di forum terutamanya..artikel ni (“Jom Jidal!”) saya rasa byk memberi pengajaran kpd rmj yang masih menuntut ilmu di sekolah menengah spt saya, yang mana ilmu seperti ini agak jarang boleh kami ketemui di peringkat tersebut.
Harap pada mana-mana coretan yang akan datang sekiranya ada masa bro tulis pula artikel mengenai cara menuntut ilmu dengan betul (cth: tips menuntut ilmu dari guru dan buku) bagi mereka yang berjinak-jinak dengan ilmu agama..sebab org ramai seperti sy sendiri agak kurang mengetahui ilmu seperti ini, tidak seperti rakan-rakan lain yang belajar di tempat yang penuh dengan ilmuan/guru spt uia, sekolah agama, pondok dsbgainya untuk membimbing...
..saya khuatir bila niat baik orang ramai spt kami dicampuri dengan hawa nafsu + hasutan drpd syaitan + kejahilan lain pulak jadinya dan mungkin akan menyesatkan orang lain pula nanti..
Terima kasih sekali lagi diucapkan.. :)
Salam Muhammad Fuad,sama-sama dan jazakallahu khyran kasiro kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ana,insyaAllah dalam masa terdekat ini (waktu cuti) ana akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan akhi berkenaan adab mencari ilmu.
Akan ana cuba persembahkan setiap bahan dengan cara yang berlainan untuk kemudahan pemahaman para pembaca.
InsyaAllah.Wslm =o)
As'kum bro.. terima kasih berkongsi pengalaman. Memang aku akui, bukan mudah untuk memahami matlamat dan tujuan seseorang individu yang bersikap copy-paste di forum, tanpa sebarang hujah, dan kadang2 menimbulkan perasaan benci yang melampaui akal pada tiap sudut pemerintahan baik haluan kiri atau kanan. Bukanlah untuk bersikap menang, tapi kadang sikap itu terpanggil apabila berdepan dengan individu yang bersikap seperti itu. Wallahualam bro.. mudah-mudahan lebih ramai di forum yang berusaha untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam setiap hujah tentang isu-isu negara.
Salam SoulID,jazakallahu khyran kasiro kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ana.Bercakap tentang isu yang akhi utarakan ana telah lama berhasrat membuat artikel ringkas berkenaan politik yang menyentuh beberapa aspek dan masih lagi dalm proses mencari bahan. InsyaAllah doakan semoga ana diberi kekuatan untuk menyiapkannya.
Politik yang tidak terlepas dari isu berdebat sesama parti dan pihak pemerintah akan ana kupas berdasarkan Al-quran dan Sunnah insyaAllah.
Selain perlu berfikiran kritis dan kreatif kita juga perlu adil dalam menilai apa jua isu negara dan keadilan itu tidaklah terlepas daripada menimbangnya berdasarkan hujah Quran dan sunnah untuk menilai sama ada ianya benar atau salah.
Wallhua'lam.=o)
Post a Comment