Sunday, April 15, 2007

Sebelum Menyambut 'Birthday' Nabi....


Saya tidak tahu apa itu Mawlid Nabi,malah saya tidak pernah menyambutnya sejak saya kecil.Alhamdulillah malah seluruh keluarga saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyambutnya.Apa yang saya tahu tentang Mawlid Nabi ini sewaktu saya kecil ialah ianya 'Birthday' Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan hari 'public holiday' yakni kita tidak perlu ke sekolah dan kalau bangun awal pagi boleh menonton di televisyen orang berarak sambil berselawat memperingati Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.Tidak pernah pula terlintas di hati saya untuk turut serta bersama berarak sambil berselawat bersama-sama dengan berpakaian baju Melayu segak.Siaran seperti ini hanya berada di Malaysia dan tidak ada pula siaran langsung dari negara-negara Islam yang lain seperti Arab Saudi dan sebagainya tentang bagaimana cara mereka berarak pada hari 'Birthday'.Nabi tersebut.Maka saya berpendapat kini secara logiknya mungkin mereka tidak setanding dengan kita (Malaysia) dalam menunjukkan rasa cinta kita kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.Inilah sandiwara dunia.

Alhamdulillah saya tidak menyambut 'Birthday' Nabi ini.(Mungkin ada yang pelik maupun terkejut dan bertanya apakah saya tidak mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan berkata begini??Boleh batal iman ooo....).Maka perbuatan saya terjawab dengan ilmu yang dituntut dan dipraktikkan dengan kefahaman inshaAllah.Maka dengan ilmu saya menyoal berbagai soalan sebelum membuat sesuatu ibadah maka dengan harapan para pembaca juga menjawab soalan-soalan di bawah inshaallah dengan ilmu bukan dengan emosi mendahului hujah.

Saya mengenal baginda dan jatuh cinta pada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui perlaksanaan sunnahnya bukan sehari setahun.Lebih kurang beginilah ringkasan pemahaman saya tentang bab ini.Wallahua'lam.
Soalan-soalan cepu mas yang saya ingin kongsikan bersama terdiri daripada....

1.Sesungguhnya Islam yang diutuskan oleh Allah melalui Rasul-Nya telahpun sempurna diakhiri dengan kewafatan Nabi sebagai contoh dan tauladan,apakah contoh yang dapat kita fahami daripada kesempurnaan Islam dan kewafatan Nabi s.a.w?

2.Selain Maulidur Rasul, mengikuti sunnah baginda adalah cara terbaik untuk memupuk ingatan kita terhadap baginda s.a.w?apakah cara terbaik dalam mengikuti sunnah?

3.Apakah sesuatu yang baik di sisi kita itu sudah tentu baik di sisi Allah dan Rasul kerana perayaan mawlid ini semangnya baik jika difikir berdasarkan niat dan tujuan?

4.Adakah dengan menyambut Mawlidur Rasul dengan berzanji ataupun marhaban merupakan satu contoh yang baik untuk mengingatkan generasi baru tentang sunnah Rasulullah s.a.w?

5.Antara tujuan mawlid Nabi diraikan adalah untuk mengingati nabi junjungan kita Muhammad s.a.w.Bukankah kita patut mengingatinya pada setiap hari dengan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian?

6.Apakah pandangan anda tentang Sunnah Tarkiyyah ? yakni semua yang tidak pernah dikerjakan oleh Rasulllah Shallallahu 'Alaihi Wasallam semasa hidupnya, maka Sunnah bagi kita untuk meninggalkannya.

7. Hari itu merupakan makhluk Allah maka adakah haram bagi kita membesar-besarkannya makhluk Allah (hari) selain dari hari yang Allah&Rasul benarkan? kerana Rasulullah bersabda

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, yaitu hari raya Aidul- fitri dan Aidiladha".

8. Adakah sambutan Mawlidur Rasul ini yang selain majlis ilmu diadakan juga berzanji dan marhaban dalam masyarakat melayu bertentangan dengan hadith sahih riwayat Ahmad dan Bukhari yang bermaksud:-

لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطرتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ اَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْ عَبْدَ اللهِ وَرَسُوْلَهُ

"Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya.

9.Para Khulafaur Rasyidin dan para Sahabat, serta para tabi’in pada masa yang utama,mereka adalah manusia yang paling mengerti dengan As-Sunnah, paling cinta kepada Rasulullah, dan paling ittiba’ kepada syari’at.Mengapa mereka tidak menyambut Mawlidur Rasul?

10.Orang yang mula-mula mengadakan perayaan maulid Nabi ialah Raja Muzaffar di Syam pada abad ke tujuh Hijrah. Orang yang pertama kali mengadakan perayaan maulid di Mesir ialah Bani Fatimiyah. Mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathir adalah golongan orang kufur dan fasik.

11.Tidakkah menyambut Mawlidur Rasul ini dikatakan tasyabbuh (meniru/menterupai) orang-orang kafir seperti orang-orang Nasrani yang menyambut Christmas?

12.Selalu kita dengar sewaktu menyambut mawlid dalam lirik bait yang melagukan

اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ.

"Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas cahaya"

Bukankah ia bertentangan dengan firman Allah:

اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ.

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada yang) di langit dan bumi". (An-Nur, 24:35)

13. 2.Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah berdasarkan ulama' seperti Ibn Hajar dan Ibn Katsir dalam kitabnya Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261.Apa ulasan anda berkenaan tarikh sebenar itu?

14.Apakah pendapat anda jika dikatakan wujud konflik dalam jiwa masyarakat kerana ada pihak yang menyambut hari kelahiran Nabi sedangkan pada masa yang sama ada juga pihak yang rasakan kita patut bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw.Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya?

15.Dalam bait-bait lirik berzanji sewaktu mawlidur Rasul wujud fahaman atau kepercayan seperti ciptaan Nur Muhammad sebelum kewujudan alam berdasarkan hadith-hadith yang lemah dan palsu.Apakah pandangan anda sedangkan jelas hadith sahih menyatakan

اِنَّ اَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ.

"Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah qalam”(H/R Turmizi)

Inshaallah semoga soalan-soalan di atas dapat membantu kita menuju kebenaran dalam mengamalkan Islam yang tulen.Cari dan kajilah sendiri jawapan kepada soalan-soalan ini inshaAllah kebenaran akan hadir pada orang yang mengingininya.

Wallahua'lam.

Ibn Yusof
16 April 2007 / 29 Rabi'ul Awal 1428
5.50 a.m



1 comment:

Yussamir Yusof said...

ASLAMUALAIKOM,,,BERKENAAN DEGAN MAULIDUR RASUL NI KO TRY BACA AKU NYER ARTIKEL,,MUNGKIN BERLAINAN DENGAN APA YG KO TULIS TAPI SEKADAR PERCAMBAHAN MINDA...~YUS~