Wednesday, April 18, 2007

Aqidah Mantap Solat Terjamin


Alhamdulillah,cuti semestar kali ini dirasakan berbaloi apabila kita tidak mensia-siakannya,apabila ditawar untuyk menjadi fasilitator Kem Smart Solat & Pemantapan Aqidah di Sek.Men. Tampin pada 13 hingga 15 April 2007,saya menolak kerana sudahpun terlibat dengan program lain pada waktu atau tarikh yang sama.Tetapi entah mengapa program KASIH yakni program yang sepatutnya saya sertai (pada asalnya) menjadi beban kerana setiap kali meeting diadakan maka ia bercanggah dengan jadual saya yang semakin sibuk pada waktu itu.Malah kerana saya menjawat jawatan sebagai Head Committee ia menjadikan saya semakin serba salah dan kebanyakan perkara baru tidak sampai kepada saya kerana tidak hadir pada kebanyakan meeting yang diadakan.Sememangnya Program KASIH ini satu program yang mencabar dan menarik kerana ia pertama kali diadakan di UIA dan ia program berbentuk motivasi bukan kepada pelajar-pelajar biasa tetapi diadakan khas untuk pelajar-pelajar istimewa khususnya pelajar buta dan rabun.Kerana tidak mahu menjadi beban kepada pihak pengurusan maka saya mengambil keputusan untuk menarik diri atas masalah yang saya hadapi dan berazam inshaAllah untuk turut serta pada masa akan datang.Maka jadual cuti saya kosong tanap apa-apa aktiviti luar pada masa itu dan ia membuatkan saya teringat kem Smart Solat & Pemantapan Aqidah di Sek.Men. Tampin pada 13 hingga 15 April 2007 maka saya pun mengambil keputusan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan aktiviti tersebut.



Sememangnya seperti pengalaman-pengalaman menjadi fasilitator sebelum ini,bukan sekadar dapat menjejak kaki ke tempat-tempat yang asing sahaja,malah semakin kita merantau dengan niat fisabilillah,semakin luas pemandangan dan pengajaran yang dapat saya pelajari.Apabila kita mengajar orang sesuatu ilmu maka tidak sedikitpun ilmu kita akan berkurang malah dengan izin Allah semakin banyak pula ilmu baru yang kita akan dapati.Sesungguhnya siapa pernah sangka seorang bekas pelajar sekolah cina yang jahil tentang ilmu agama kini merantau ke Penang,Perlis dan Negeri Sembilan untuk berkongsi ilmu dan belajar mengenali dunia Allah yang luas ini.
Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anhuma suatu ketika berkhutbah di atas mimbar seraya berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:-
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ

"Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan memfaqihkannya (memahamkan) dalam agama.”
Hadits yang mulia di atas diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani, Al-Imam Al-Bukhari dalam beberapa tempat pada kitab Shahih-nya (no.71, 3116, 7312) dan Al-Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya (no. 1038)
Hadith di atas diulang banyak kali semasa Majlis penutup membuatkan kesemua pelajar menghela nafas syukur kerana sinar di mata mereka akur dengan ilmu yang mereka dapat sepanjang 3 hari 'dikurung' di kem tersebut.Sama ada mereka dipaksa,sukerela atau sebagainya,mereka tidak dapat nafikan bahawa mereka dibekalkan dengan ilmu yang ramai orang di luar tidak mengetahuinya malah mencari-carinya.Malah saya berulang kali menerapkan manhaj sebenar Ahlul sunnah Wal Jamaah salam group binding yang diadakan kerana tidak ramai yang menyedari bahawa cara pengambilan ilmu yang sebenar ialah apabila beliau meletakkan akalnya di bawah naqal bukan sebaliknya.Saya sering berulang kali menasihati adik-adik yang bakal menghadapi dunia luar tersebut tentang kepentingan ilmu yang sepatutnya dicari dan dikaji malalui neraca Al-Quran dan As-Sunnah.2 hari digunakan untuk menerap dan memupuk manhaj Ahlul Sunnah sebenar walaupun ia memakan masa sesungguhnya saya tidak dapat melahirkan rasa gembira apabila soalan-soalan yang ditanya dijawab dengan hujah yang sahih.


"Eh..Mazhab Syafie kat Malaysia ni kata tak boleh kan?"sengaja saya menyaol soalan-soalan provokasi seperti cara-cara solat yang 'pelik' .


"Bolehla guna.Sebab Imam Syafie kata boleh."balas seorang pelajar dan diiakan oleh pelajar-pelajar lain sambil mengangguk-aguk tanda kefahaman mereka.


"Apa kata Imam Sayfie?"tanya saya spontan.


"Apabila Hadith itu Sahih,maka dia adalah mazhabku!!"jawab seorang pelajar yang pada mulanya kekok untuk bersuara dalam kumpulan itu.


"Kat mana Imam Syafie kata camtu?"saya membalas,membuatkan mereka tergamam kerana ayat itu sahaja yang dihafalnya tanpa menghafal butiran-butiran selanjutnya.


"Takpela if tak tau,tak perlu pun takper.cukup asal kamu tahu...."kata-kata saya terhenti.


"Kene berpegang pada Quran dan Hadith Sahih"sampuk pelajar tersebut.


"Apa yang abang kata ini tak penting..yang penting apa yang Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam sabdakan,kerana tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,faham?"ujar saya memberi ulasan.


"Faham bang..."jawapan serentak dari mereka benar-benar memberi kepuasan.


"Nanti apa yang kamu belajar di sini,nota-nota tu,jangan dibuang atau disimpan,photostate dan beri pada orang,ajarkan pada kawan-kawan.ok."nasihat terakhirku menggulung LDK tersebut.


Apa yang telah dipaparkan di sini menggambarkan bagaimana keadaan kita dan zaman kita sehingga perlu bagi kita untuk membetulkan diri dan berupaya kembali menuntut ilmu syar‘i yang sungguh ilmu ini sangat bermanfaat sekali bagi diri kita, di mana pahalanya akan terus mengalir kepada pemiliknya sekalipun jasadnya telah dikubur dalam tanah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


“Apabila meninggal anak Adam, terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang shalih yang mendoakannya.”

(HR. Muslim no. 1631)


Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata:

“Tidaklah sama antara orang yang mengetahui/ mengilmui bahwa apa yang diturunkan oleh Allah adalah kebenaran, petunjuk dan jalan kebahagiaan, dengan orang-orang yang buta tentang jalan ini dan ilmu ini. Perbedaan besar antara dua kelompok ini, yaitu seperti perbedaan antara orang yang mengetahui al-haq dan mengambil sinar cahayanya, lalu berjalan di atas petunjuknya sampai dia berjumpa dengan Rabb-nya, serta beruntung memperoleh kemuliaan dan kebahagiaannya, dengan orang yang buta tentang jalan tersebut, sehingga ia pun mengikuti hawa nafsunya dan berjalan di jalannya syaitan dan hawa nafsu.”

(Al-Ilmu wa Akhlaqu Ahlihi, hal. 5)


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:-


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang memiliki ilmu beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11)


Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata:

“Pengangkatan derajat di sini mencakup pengangkatan secara maknawi di dunia yaitu dengan tingginya kedudukan mereka dan baiknya reputasi mereka. Dan secara hissiyah (indrawi) di akhirat dengan tingginya kedudukan di surga.” (Fathul Bari, 1/177)



Masih banyak lagi nash yang menyebutkan tentang keutamaan ilmu dan ucapan ahlul ilmi dalam masalah ini.Apetah lagi apa yang dilalui adik-adik tersebut adalah ilmu yang paling penting yakni aqidah dan ilmu tatacara solat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.Berapa ramaikah di luar sana yang masih terpedaya dengan konsep aqidah yang bercanggah dan berapa ramai lagikah di luar sana yang solatnya sah,tetapi tidak sempurna.....

Semoga menjadi dorongan bagi diri ini maupun pembaca untuk meraih kebaikan yang hakiki tersebut. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala menganugerahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat dan memberi taufik kepada kita untuk senantiasa beramal dengan ilmu. Amin!


Wallahu ta‘ala a‘lam bishawab.


Ibn Yusof

8 April 2007 / 1 Rabiulakhir 1428

4:49 a.m.








No comments: