Sunday, April 8, 2007

Bacaanku,bacaanmu jua..??

Salam,berbicara berkenaan pembacaan al-Fatihah di belakang imam ini merupakan khilaf di kalangan ulama' dan inshaAllah ana cuba memberikan apa yang ana dapat dan tahu sekadar yang mampu dan harap jika ada pembaca yang ingin berkongsi maklumat yang lebih tepat ana dengan hati yang terbuka mengalu2kan comment antum.

Pandangan sebahagian fuqaha yg mengatakan bhw makmum wajib membaca al-fatihah dlm solat berjemaah bacaan jahri antara lain mereka berdalilkan hadith2 berikut:-

1. Drp Ubadah bin Samith,Rasulullah bersabda
"Jangan kamu berbuat demikian (membaca di belakang imam) kecuali dgn Ummul Quran, kerana sesungguhnya tiada solat bagi orang yg tidak membacanya"
[Riwayat Abu Daud dan Tarmizi.]

2. Drp Ubadah juga dlm lafaz yg lain Rasulullah bersabda
"Janganlah kamu membaca sesuatu apapun drp AlQuran apabila aku menjaharkan bacaannya, kecuali membaca Ummul-Quran (Fatihah)."
[Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Daraqutni. Bagi Daraqutni semua rawinya boleh dipercayai.]

3. Drp Ubadah, bhw Nabi SAW bersabda
" Jangan sekali-kali seseorang kamu membaca sesuatu drp Al-Quran apabila ku jaharkan bacaan kecuali membaca Ummul-Quran."
[Riwayat Abu Daud- disisi Abu Daud semua rawinya boleh dipercayai.]

Tidak dinafikan dalam semua jalan periwayatan hadith2 di ats terdapat seorang perawi bernama Muhammad bin Ishak bin Yasar (Ibnu Ishak) yang menjadi pertikaian ssetengah pihak.mereka yang mempertikaikan perawi bernama Ibn Ishak ini sememangnya menganggap hadith2 di atas tersebut kesemuanya lemah dan tidak boleh dijadikan dalil dlm mewajibkan bacaan fatihah dlm solat jemaah bacaan jahar(we keep aside this first).

Tetapi dalam mazhab Syafi'iy jadid, alBukhari, alSyawkani dan Ulama' di Kingdom of Saudi arabia berpegang dgn pendapat tersebut.Hadith Ubadah yg dikeluarkan oleh alBukhari tidak melalui jalur Ibn Ishaq tapi melalui alZuhri.Ibn Ishaq hanya ditolak oleh Ulamak Hadith Deoband India sahaja tapi tidak di Tanah Arab.

Ulama'2 yang berpegang kepada kewajipan membaca al-Fatihah dibelakang Imam walaupun solat yang bacaannya dilakukan secara jahar adalah berdasarkan hadith sahih :-

لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

"Tidak ada solat bagi yang tidak membaca pembukaan kitab (al-Fatihah)"
(Hadith Riwayat al-Bukhaari #714)


Jika kita rujuk di dalam Fathul Bari berkata Al Hafidz Ibn Hajar:-


وَقَدْ ثَبَتَ الإِذْنُ بِقِرَاءَةِ الْمَأْمُومِ الْفَاتِحَةَ فِي الْجَهْرِيَّةِ بِغَيْرِ قَيْد , وَذَلِكَ فِيمَا أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيّ فِي " جُزْء الْقِرَاءَة " وَاَلتِّرْمِذِيّ وَابْن حِبَّانَ وَغَيْرُهُمَا مِنْ رِوَايَة مَكْحُول عَنْ مَحْمُود بْن الرَّبِيع عَنْ عُبَادَة " أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ثَقُلَتْ عَلَيْهِ الْقِرَاءَةُ فِي الْفَجْرِ , فَلَمَّا فَرَغَ قَالَ : لَعَلَّكُمْ تَقْرَءُونَ خَلْفَ إِمَامِكُمْ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ . قَالَ : فَلَا تَفْعَلُوا إِلا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ , فَإِنَّهُ لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِهَا

"Telah terbukti bahawa kebenaran diberkan kepada mereka yang bersolat dibelakang Imam untuk membaca al-Fatihah didalam solat dimana bacaan al-Quran dibaca dengan jahr (kuat), tanpa pengecualian. Itulah yang diriwayatkan oleh al-Bukhaari didalam Juz al-Qiraa'ah, dan oleh al-Tirmudzi, Ibn Hibban dan lain2, dari Makhool, dari Mahmood ibn al-Rabi', dari 'Ubaadah, bahawa Nabi saw Nabi saw terganggu didalam bacaan Fajr, dan apabila tamat, baginda berkata : Adakah kamu melakukan bacaan dibelakang Imam? Mereka menjawab : YA. Baginda berkata : Jangan kamu melakukan begitu melainkan dengan Kitab pembukaan (al-fatihah), kerana sesungguhnya tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca (al-Fatihah) baginya"


Mengenai hadith yang menyebut bahawa bacaan Imam adalah bacaan ma'mum, mereka mengatakan bahawa statusnya adalah dha'if (lemah) :

من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة

"Bacaan Imam adalah bacaan mereka yang bersolat dibelakangnya"

Menurut fatwa (#5232)yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi :-

الصحيح من أقوال أهل العلم وجوب قراءة الفاتحة في الصلاة على المنفرد والإمام والمأموم في الصلاة الجهرية والسرية لصحة الأدلة الدالة على ذلك وخصوصها

"Adalah benar pandangan ulama' baahwa wajib membaca al-Fatihah apabila bersolat bersendirian dan wajib keatas Imam dan M'mum didalam solat jahr (kuat) kerana berdasarkan Sahih dan Khususnya nas yang menunjukkan begitu" [al-Lajnah al-Daa'imah, 6/384).

Oleh itu berdasarkan hujah2 di atas maka seeloknya kita membaca al-Fatihah selepas imam menyelesaikan bacaan al-fatihah,secara jujur ana sendiri pernah terfikir bagaimana jika imam silap dalam bacaan surah maka adalah mustahil bagi kita yang sedang khusyu' membaca al-fatihah untuk mendengarnya.maka dalam al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadi Mustqni', 2/135 :-

"Jika kesilapan tersebut merubah maksud ayat, maka ketika itu makmum hendaklah memperbetulkannya (walaupun belum sempat menghabiskan al-Fatihah), kerana jika Imam tidak memperbetulkan bacaan tersebut, solat kemungkinan akan terbatal.Cuma Syeikh Utsaimin menyebut bahawa jika kesalahan tersebut tidak melibatkan bacaan al-Fatihah, berimam dengannya sahih, akan tetapi makruh (tidak di sukai) solatnya."

Wallahua'lam.


Ibn Yusof
8 March 2007 /21 Rabiulawwal 1428
8.30 p.m

1 comment:

Singa Hitam said...

Sahih Muslim
[242] Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “ Bersabda Nabi S.A.A.W: “Barangsiapa yang sembahyang tidak membaca Fatihah, maka sebahyangnya bunting.” Perkataan ini diulang Rasulullah S.A.A.W tiga kali lalu disambung beliau dengan perkataan: “Tidak sempurna”. Ditanya orang Abu Hurairah: Bagaimanakah kami yang ma’amum? Jawabnya: “Bacalah dengan perlahan, karena saya dengar Rasulullah S.A.A.W. bersabda: Firman Allah: “Sembahyang itu Kubagi dua bahagian: sebahagian untukKu (Allah) dan sebahagian untuk hambaKu, hambaKu diperkenankan memohon. Apabila hambaKu membaca: Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin, berkata Allah: “Aku telah dipuji hambaKu”, dan apabila dibaca: Arrahmanir rahim, berkata Allah: “Aku telah disanjung hambaKu”, dan apabila dibaca: Maliki yaumiddin, berkata Allah: “Aku telah diagungkan hambaKu,”, atau kataNya: hambaKu telah berserah diri kepadaKu”, dan apabila dibacanya: Iyyakana’budu wa iyyakanasta’in, berkata Allah: “Inilah tali perhubungan antaraKu dengan hambaKu dan lagi hambaKu boleh meminta apa saja”, dan apabila dibacanya: Ihdinash shiratal mustaqim, hingga akhirnya berkata Allah: “Inilah khusus untuk hambaKu”, dan untuk hambaKu itu diperkenankan memohon apa saja.
{Terjemahan hadith sahih muslim jilid I, II & III, Jilid I cetakan ke-III, H.A. Razak dan H Rais Lathief, Penerbit Pustaka Al-Husna, I/39 Kebon Sirih Barat, Jakarta, Pg 200}