Tuesday, March 13, 2007

Cam mane nak Khusyu'?

Assalamua'laikum wbt.

Tujuan artikel kali ini ditulis ialah untuk menjawab soalan beberapa orang yang bertanyakan bagaimana ingin khusyu’ dalam soalat dan saya terfikirkan beberapa panduan yang boleh dikongsi bersama untuk perbincangan dan amalan bersama untuk kita sama-sama mendapat menjalankan ibadah dengan sempurna inshaAlah.Untuk khusyu' dalam solat dari pengetahuan saya ialah kita boleh terangkan melalui perspektif thuma'ninah dan pengertian ihsan.Dan mustahil kekhusyu'an dapat tercapai dengan ketergesa-gesaan.Contohnya:-Setiap kali bertambah thuma'ninah seseorang, maka bertambah pula kekhusyu'annya dan setiap kali berkurang thuma’ninah-nya maka bertambahlah ketergesa-gesaannya, sehingga jadilah gerakan kedua tangannya seperti sesuatu yang sia-sia yang tidak diiringi dengan kekhusyu'an.Allah memuji hamba2Nya yang khusyu' dalam solat:-

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman ( yaitu) mereka yang khusyu' di dalam shalat mereka" [Al Mu’minun; 1-2].

"Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'" [Al-Baqarah : ayat 238]

Lihatlah bukti bagaimana Allah memuji orang yang khusyu' dalam solat mereka.Tetapui pujian itu datang bersama2 denagn amaran.Selain memuji orang yang menjaga khusyu' nya dalam solat Allah juga memberi amaranNya melalui firmanNya:-

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Al-Ma'un : ayat 4-5]

Kalau kita menyaksikan bagaimana beberapa orang yang solat, kita akan dapati penyelisihan-penyelisihan yang sangat banyak terhadap petunjuk Nabi di dalam shalatnya.. Mereka mempercepat bacaan Al-Fatihah hingga tidak mungkin bagi ma'mum untuk membacanya dengan thuma'ninah dan tadabbur.Rasulullah saw bersabda:-

"Seburuk-buruknya pencuri adalah orang yang mencuri shalatnya." Berkata Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu, "Bagaimana dia mencuri shalatnya?” Beliau bersabda, "Dia tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya”

[HR. Ath-Thabrani]

Thuma'ninah dalam solat kita boleh memberikan kesan dalam kekhusyu'kan dalam solat.antara perkara yang boleh kita contohi dalam solat baginda saw. ialah:-

Diriwayatkan dari Al Barra' bin 'Azib Radhiyallahu ’anhu bahwasanya ia berkata,

"Saya shalat bersama Rasulullah ? maka saya dapati berdirinya, ruku'nya, 'itidalnya setelah ruku’, sujudnya, duduknya diantara dua sujud, sujudnya, dan duduknya sebelum salam dan pergi (temponya) hampir sama."

[Muttafaqun ‘Alaihi.]

Nabi saw. tidak membacanya dengan tergesa-gesa tanpa tadabbur dan khusyu' seperti yang banyak dilakukan oleh ummatnya sekarang.

Sebagai kesimpulan berkata Syaikh Abdullah Al Mar'ii Hafidzahullah,

"Yang benar dalam hal ini adalah tergantung bacaan (seseorang di dalam shalat). Kalau bacaannya panjang, ruku' dan sujudnya juga panjang”.

Kemudian beliau Hafidzahullah melanjutkan, “Yang dimaksud (temponya) hampir sama, bahwa tambahan bacaan menuntut adanya tambahan tasbih dan pengurangan bacaan menuntut adanya pengurangan tasbih”.

Antara perkara yang boleh kita renungkan adalah hadith baginda yang berbunyi:-

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:

”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”

(Muslim)

Selain mendapat khusyu' dengan menjaga thuma'ninah dalam solat kita juga boleh memahami erti khusyu' dengan cuba mendalami makna ihsan.Pengertian ihsan yang secara menyeluruh boleh menghadirkan taqwa sekaligus menyuntik hati kita untuk kita khusyu' setiap kali berhadapan dengan Allah.Kesedaran bahawa solat itu sebagai salah satu cara komunikasi dengan Allah boleh membantu diri ini untuk bersiap sedia dan fokus..Antara tips al-Ghazzali ke arah membina fokus dan penghayatan yang baik di dalam Solat. Al-Ghazzali menyarankan agar Solat kita dipisahkan daripada aktiviti yang sedang kita lakukan agar ia tidak ’masuk’ ke dalam Solat. Kunci kereta hilang, laporan kewangan syarikat dan sebagainya, boleh dijauhkan dari tumpuan kita di dalam Solat jika kita pisahkan Solat itu daripada aktiviti yang sedang kita lakukan. 10 minit adalah jangka waktu yang praktikal.Selain itu,adalah menepati sunnah untuk melihat tempat sujud berbanding menutup mata ketika solat

Kita juga sedia maklum bahawa cara memahami apa itu ihsan berdasarkan hadith

Abu Hurairah r.a;Rasulullah bersabda,

"Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu."

Cara ini boleh mendatangkan kekusyu'kan dalam diri kita semasa melakukan amal ibadah.

Di atas adalah point2 yang dapat saya keutarakan berdasarkan ilmu yang sedikit ini tentang bagaimana hendak menghadirkan khusyu' itu dalam diri kita sewaktu sedang melakukan ibadah.percayalah bahawa terdapat juga beberapa hadis tentang tidak khusyu'nya baginda saw semasa sedang solat akibat ada beberapa perkara yang mengakibatkan pemikiran baginda terganggu.Oleh itu adalah tidak mustahil bagi kita juga untuk tidak khusyu' dalam solat,cuma apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha mencari atau menghadirkan khusyu' itu sewaktu solat.Mungkin sahabat2 lain boleh menambah atau membetulkan andai ada salah atau silap.

Wallahua'lam

Ibn Yusof
12 January 2007 / 22 Zulhijjah 1427
3.00 a.m

No comments: