Saturday, January 6, 2007

Aqidah Imam 4 Mazhab tentang Nama dan Sifat Allah?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan atas kekeliruan sesetengah pihak dalam memahami ilmu Allah (yakni nama-nama dan sifat-sifatNya).Saya berharap dalam coretan yang tidak seberapa ini kita mampu mempunyai aqidah yang jelas tanpa dikaburi oleh mana-mana pihak.
Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang diriNya dengan nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang sempurna.Kita juga yakin sepenuhnya bahwa Allah lah yang paling mengetahui segala sesuatu,paling benar perkataanNya dan paling baik penuturan Nya.Oleh itu kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan nama-nama dan sifat-sifat tersebut bagi Allah sesuai seperti mana yang dikhabarkan sendiri oleh Allah.Begitu juga dengan sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam yang mana bagindalah yang paling tahu tentang Allah 'Azza Wa Jalla,paling benar beritanya,paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan dan penjelasannya.Jadi kita wajib menerima berita sahih yang datang dari baginda shalallahu a'laihi wasallamtentang nama-nama dan sifat-sifat Allah 'Azza Wa Jalla.

Hendaklah kita beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diriNya di dalam kitabNya dan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam denagn keimanan yang bersih dari tahrif dan ta'thil serta dari takyif dan tamtsil.

Semangnya kelihatan seumpama mazhab Ahlul Sunnah hampir mirip kepada mazhab Ahlul Zahir.Kemiripan ini menyebabkan ramai orang keliru sehingga menganggap mazhab ahlul Sunnah adalah mazhab yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya(Musyabbihah),bahkan adalah mazhab yang menganggap Allah berjisim dan berjasmani(Mujassimah).Kekeliruan ini disengajakan oleh mereka yang yang ingin memusuihi Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah Rafidhah dan Ahlul Takwil.Hal ini telah berlaku sejak dulu lagi.Berkata Imam Abu Hatim Ar-Razi.(277H):-


"Tanda golongan Jahmiyah ialah mereka mengelar Ahlul Sunnah denagn penggilan Musyabbihah."

Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukan oleh Ahlul Takwil.Mereka mendakwa "kononya" kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh iaitu beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan kepada Allah bulat-bulat.

Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada Allah semata,dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa erti dan manfaat.Oleh itu apa faedahnya Allah Subhanahu Ta'ala menerangkan sifat-sifatNya di dalam Al-Quran dan melalui lisan RasulNya?

Allah telahpun berfirman:-
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

"(Al-Quran ini)sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu(dan umatmu wahai Muhammad),Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya,untuk mereka memahami dengan teliti.kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Saad 38:29]
Atas sebab inilah Ahlul Sunnah masa kini lebih cenderung menggunakan istilah "tanpa takyif" daripada istilah "al-tafwidh" untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.


Persoalan:-


Di di sini saya akan menyertakan beberapa persolaan yang timbul di kalangan golongan Asya'irah berkaitan masalah ini berdasarkan firman Allah:-

اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.." [Surah Ar-ra'd: 2]

Mereka menyatakan jika tidak takwil dan tidak tafwidh, ini bermakna kita beriktikad bahawa Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy. Jika begitu bermakna kita telah menjisimkan Allah Taala. Kita mengatakan Allah Taala menempati di suatu tempat?

Jawapan:-


Bersemayam di atas Arasy adalah sifat. Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy. Kewajipan kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya bermakna kita telah mengurangkan satu sifat dari sifat-sifat Allah.
Tafwidh dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah bermakna tidak menyifatkan Allah Taala seperti Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata-kata yg lebih mudah, mengurangkan salah satu sifatnya.Mentakwilkannya pula bermakna telah menyimpangkan maksud sebenarnya dari apa yang dikehendaki oleh Allah.Masalah menjisimkan Allah Taala bila tidak mentakwil atau bila mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy tidak timbul samasekali.
Kerana:
Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk. Tidak boleh difikir dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia.
Bila kita teliti memang sebagai mukmin kita wajib menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telah menetapkan sifatNya begitu, maka begitulah yang kita terima. Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya. Atau tanpa melencongkan maknanya dengan mentakwilkannya.
Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menetapkan sifat Allah dengan bersemayam di atas Arasy seperti yang termaktub di dalam al-Quran itu sebagai menjisimkan Allah Taala atau menganggap Allah seperti makhluk adalah hujahan yang tak boleh diterima samasekali.
Kerana bila Allah katakan bahawa Dia bersifat mendengar. Maka kita akan tetapkan bahawa Dia itu bersifat mendengar. Kita tidakpun mentakwilnya. Atau tafwidh maknanya.
Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. Ini kita semua akui. Dengan pernyataan ini, kita tidakpun mengatakan bahawa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu sebagai telah menjisimkan ALlah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Kerana sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu.
Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga boleh bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.
Bila dikatakan berulang-ulang sifatNya tidak sama dengan makhluk, maka tidak dapat diterima samasekali dakwaan orang yang mendakwa golongan salafi menjisimkan Allah.
Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menyifatkan Allah Taala dengan bersemayam di atas ArasyNya itu bermakna mengatakan Allah Taala menempati suatu tempat. Atau mengambil ruang. Katanya ini menyamakan Allah dengan makhluk.
Ini juga hujahan yang tidak dapat diterima. Kerana sudah berkali-kali dikatakan bahawa Dia tidak sama dengan makhluk!

Ulasan Jawapan:-


Adakah jawapan di atas sama kefahamannya dengan aqidah 4 imam Mazhab?Saya akan buktikan melalui kata-kata meraka sendiri agar kita mengetahui dan memastikan aqidah kita selari seperti mereka.Di bawah ini saya turunkan kata-kata imam 4 mazhab dan bagaimana mereka beinteraksi dengan sifat-sifat Allah. Adakah mereka mentakwilkannya ataupun mereka mengisbatkan sifatnya tanpa mentasybih dan mentajsim?

Imam Abu Hanifah


وقال ( لا يوصف الله تعالى بصفات المخلوقين , وغضبه ورضاه صفتان من صفاته بلا كيف , وهو قول أهل السنة والجماعة وهو يغضب ويرضى ولا يقال : غضبه عقوبته ورضاه ثوباه , ونصفه كما وصف نفسه أحدٌ لم يلم ولم يولد ولم يكن له كفواً أحد , حيٌّ قادر سميع بصير عالم , يد الله فوق أيديهم ليست كأيدي خلقه ووجهه ليس كوجوه خلقه) -[ الفقه الأبسط ص56}

1)Tidak disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk, murkanya dan redhanya adalah dua sifat dari sifat2nya tanpa kaifiat. Dan inilah pegangan ahlus sunnah wa aljamaah. Dia murka dan redha. Tidak dikatakan murkanya azabnya dan redhanya pahalanya. Kita mensifatkannya sebgmana dia mensifatkan dirinya sendiri. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang sama dengannya. Ia hidup, berkuasa, mendengar, melihat, mengetahui. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka tidak sama seperti tangan makhluknya, wajahnya tidak spt wajah makhluknya.[Al-Fiqhul-Absat m.s 56]


وقال ( لا ينبغي لأحد أن ينطق في ذات الله بشيء بل يصفه بما وصف به نفسه ولا يقول فيه برأيه شيئاً تبارك الله وتعالى رب العالمين )-شرح العقيدة الطحاوية 2/427 . تحقيق د . التركي , جلاء العينين ص368

2)Dan ketika ditanya tentang turunnya Allah SWT, Imam Abu Hanifah berkata "Ia turun tanpa kaifiat".
[Syarhul Aqidah At-Thahawiyah karya Ibn Abi Al-Izz al-Hanafi,jld 2,m.s. 472]


وقال ( قد كان متكلماً ولم يكن كلم موسى عليه السلام )-الفقه الأكبر ص302

3)Dan sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat makhluk-makhluk, Dia mengetahui tidak seperti pengetahuan kita, Dia berkuasa tidak spt kekuasaan kita, Dia melihat tidak seperti penglihatan kita, Dia mendengar tidak seperti pendengaran kita, dia berkata-kata tidak seperti kata-kata kita. [Al-Fiqhul Akbar m.s. 302]


وقال ( من قال لا أعرف ربي في السماء أم في الأرض فقد كفر , وكذا من قال إنه على العرش ولا أدري العرش أفي السماء أم في الأرض )- الفقه الأبسط ص46 , ونقل نحو هذا اللفظ شيخ الإسلام ابن تيمية في مجموع الفتاوى 5/48 , وابن القيم في اجتماع الجيوش الإسلامية ص139 , والذهبي في العلو ص101-102 , وابن قدامة في العلو ص116 , وابن أبي العز في شرح الطحاوية ص301

4)Sesiapa berkata, aku tidak mengetahui tuhanku di langit atau di bumi, sesungguhnya dia kafir, dan begitu juga sesiapa yang berkata, sesungguhnya Dia di atas Arsy, dan tidak aku menngetahui Arsy' samaada di langit atau di bumi. [Al-Fiqhul Al-Akbar m.s. 46]


وقال ( لا يوصف الله تعالى بصفات المخلوقين )-الفقه الأبسط ص56

5)Tidaklah lah disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk-makhluk.
[Al-Fiqhul Absath m.s. 56]

Imam Malik



وأخرج أبو داوود عن عبدالله بن نافع قال ( قال مالك : الله في السماء وعلمه في كل مكان )-رواه أبو داوود في مسائل الإمام أحمد ص263 , وأخرجه عبدالله بن أحمد في السنة ص11 الطبعة القديمة , وابن عبدالبر في التمهيد 7/138

1)Allah di langit, dan ilmunya disetiap tempat.[Al-Siyar A'lam Al-Nubala]


2)Abu Nu'aim meriwaatkan daripada Ja'afar bin Abdillah,Imam Malik berkata:
"Cara istiwa' Nya tidak diketahui sedangkan Istiwa' telah jelas dan diketahui,beriman kepadanya adalah wajib,dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"

3)"Mereka (Ahlul Bida'h) yang memperkatakan (memperdebatkan) masalah nama-nama dan sifat-sifat Allah,masalah kalam,ilmunya,qudratNya."
[Dzammul-Kalam,jld 1,m.s 173]

Imam Syafie

1)Pegangan dalam atas sunnah Rasulullah SAW yang aku beradai di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita berada di atasnya, mereka itu Ahlul Hadis yang aku telah lihat mereka dan aku telah ambil daripada mereka seperti Sufyan, Malik dan selain mereka ialah ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah. sesungguhnya Allah di atas Arsynya dilangitnya. Dia menghampiri sesiapa yang dikalangan makhluk-makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki, Dan Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana yang dia kehendaki.
[Al-Wasiyyah m.s 53-58]


2)Allah Tabaraka wa Taa'la memiliki nama-nama dan Sifat-sifat yang diterangkan dalam kitabNya dan diberitakan oleh NabiNya shalallahu a'laihi wasallam kepada umatnya maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapanNya hujah(dalil) untuk menolaknya.
[Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Al-Nubala jld 10,m.s 79-80]


3)Diriwayatkan dari Ar-Rabi' dan tidak hanya seorang daripada kalangan sahabat(Imam Syafie) yang terkemuka keterangan yang menunjukkan bahawa beliau (Imam Syafie) menyingkap ayat-ayat Sifat dan hadis-hadis tentangnya sebagaimana ia datang tanpa Takyif,Tasybih,Ta'thil,dan Tahrif sesuai dengan metode kalangan salafussoleh.
[Al-Hafiz Ibn Kathir,Al=Bidayah Wal-Nihayah jld. 10 m.s. 256]


4)Pendapatku tentang sunnah,di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,Malik dan lain-lain,iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya.Dia mendekat makhlukNya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki.
[Az-Zahabidalam kitabnya,Al-'Uluw lil-'Aliy al-Ghaffar]


5)Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istiwa'Nya Allah Tabaraka wa Taa'la di atas A'rasy-Nya,dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjukkan kepada mazhab al-Syafi'i rahimahullah.
[Imam Al-Baihaqi' dalam kitabnya Al-Asma'was Sifaat m.s 517]


Imam Ahmad Bin Hanbal


وأورد ابن أبي يعلى عن أبي بكر المروزي قال ( سألت أحمد بن حنبل عن الأحاديث التي تردها الجهمية في الصفات والرؤية والإسراء وقصة العرش فصححها وقال : تلقتها الأمة بالقبول وتمرّ الأخبار كما جاءت )-طبقات الحنابلة 1/56

1)Abu Bakar al-Muruzi berkata: Aku bertanya Imam Ahmad bin Hanbal tentang serangkaian hadith tentang sifat-sifat, ru'yatullah (melihat Allah di akhirat), dan Isra' dan Arsy. Maka Imam Ahmad bin Hanbal mensahihkannya dan dia berkata:
“Umat ini telah menerima dan membiarkannya sebgmana khabar itu telah datang. (tanpa takwil).”
[Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitabnya Thabaqatul-Hanabilah jld. 1, m.s. 56]

وأورد ابن الجوزي من المناقب كتاب أحمد بن حنبل لمسدد وفيه ( صفوا الله بما وصف به نفسه , وانفوا عن الله ما نفاه عن نفسه .. )-مناقب الإمام أحمد ص221

2)Di sifatkan Allah sebagaimana yang Dia menyifatkan pada diriNya, dan menafikan daripada Allah sebagaimana Dia menafikan dari diriNya.
[Imam Ibnul Jauzi dalam AL-Manaqid Imam Ahmad, m.s. 221]


جاء في كتاب الرد على الجهمية للإمام أحمد قوله ( وزعم – جهم بن صفوان – أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدّث عن رسوله كان كافراً وكان من المشبهة )- الرد على الجهمية ص104

3)Jahm bin Safwan (pengasas aliran Jahmiah) telah menyangka bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah SWT dengan sesuatu yang telah Dia sifatkan pada diriNya di dalam KitabNya atau disebutkan dari Rasulullah SAW di dalam hadisnya adalah seorang kafir dan termasuk dari golongan musyabbihah.
[Imam Ahmad dalam Al-Rad 'Alal-Jahmiyah wal Zanadiqah, m.s 104]

Alhamdulillah dapat kita lihat tidak ada perbezaan dan perselisihan di antara para imam tersebut.Mereka sepakat untuk beriman kepada sifat-saifat Allah dan mengingkari golongan Jahmiyah dan Ahlul Kalam yang terpengaruh dengan filsafat Yunani dan aliran-aliran Mutakallimin.Rata-rata umat Islam di Malaysia masih kabur tentang i'tiqad sebenar Imam As-Syafi'i dalam pegangan aqidah.Masih ada di kalangan kita yang apabila ditanya "Di mana Allah?",mereka memjawab "Allah berada di mana-mana."dan berbagai jawapan pelik lagi.Semoga dalam pendedahan yang serba sedikit ini kita akan melahirkan satu perasaan dalam jiwa untuk kita yang mengaku bermahab Syafi'i untuk melakukan anjakan paradigma ke arah kembali kepada metode as-Salafusoleh(termasuk imam 4 mazhab) dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Wallahua'lam.

p/s:-teringat masa sekolah rendah dulu ustaz ustazah ajar sifat 20.huhu


Ibn Yusof
26 Disember 2006/5 Zulhijjah 1427
3:58a.m

2 comments:

Seri Negara said...

syukran. best baca, dalil2 ringkas & mudah difahami. harap beri kebenaran saya guna utk sebar pada kawan2. suggestion saya, sebab terjemahan 'istiwa' sbg semayam sering dipertikai, mungkin saudara boleh tambah dalil terjemahan ayat al-Quran yg Allah sendiri gunakan perkataan 'istiwa' tatkala menerangkan keadaan bahtera Nuh selepas banjir. sbb, sebaik2 tafsir Quran ialah tafsir Quran dgn Quran - (Muqaddimah fi Usul al-Tafsir, Ibn Taymiyyah) - kalau ambik double-degree nt jgn lupa ambik course manhaj mufassirin I, sbb buku tu antara required text.

Ibn Yusof said...

Salam,jazkAllahu khyrn kasiro atas komen dan nasihat.harap dapat lebih komen maupun kritikan utk memperbaiki penulisan di masa akan datang insyaAllah.