Sunday, March 2, 2008

IMMEX: Ekonomi Islam Tanpa Sempadan


“Cene pengalaman kat Padang?” soal abang Razak ringkas. Abang Roesfan,Yusof, dan Masri senyap, menanti responku. Aku melihat Air Batu Campur yang baru aku order membukit tingginya, dalam pada itu aku berfikir bagaimana hendakku rumuskan pengalaman seminggu di Indonesia dalam tempoh masa yang singkat. Aku membetulkan posisi dudukku, bersedia menjadi penglipur lara pada petang itu.

“Haha alhamdulillah best lar, hampir-hampir tak balik Malaysia.” ringkas dan padat, tanganku mengayakan quote and quote apabila menyebut perkataan hampir-hampir. Semua anak mata bertumpu pada wajahku, menunggu ayatku itu dijelaskan dengan lebih lanjut. Hampir-hampir tak balik Malaysia? Apa maksudnya, bertemu jodoh di sanakah? Sengaja ku provoke mereka dengan pernyataanku itu, suspen bunyinya.

Indonesian-Malaysian Mission of Economics Excellence atau nama ringkasnya IMMEX merupakan satu program bertaraf antarabangsa kerana ia melibatkan hubungan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia. Dengan tag gah “Economics Without Border” kami pelajar ekonomi telah mencipta nama apabila berjaya mengadakan beberapa buah program dalam masa tiga hari yakni pada 6 hingga 8 Februari 2008 yang lepas sepanjang menginap di Padang, Indonesia.

Kenapa perlu buat humanitarian work sampai ke Indonesia? Banyak lagi rakyat Malaysia yang susah. Terdengar suara-suara sumbang sesetengah pihak. Kerana mereka juga Muslim, bisik hatiku ringkas. Kami ke sana bukan hanya humanitarian work semata, tetapi bersama misi menjaja sama Ekonomi Islam melalui workshop dan seminar.


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”[Al-Maidah 5:2]

Aku antara mereka yang terpaksa bertolak awal yakni pada 4 Februari bersama rakan-rakan yang lain atas tujuan pengurusan. Bersama-samaku ialah Pengarah Program, Kak Dija, Penolong Pengarah Program, Hishamudin, Setiausaha, Kak Diana, Pengarah Program Humanitarian, Fahmi dan Pengarah Program Seminar, Kak Ilham. Seawal jam 4 pagi kami semua telah berkumpul untuk bertolak ke LCCT memandangkan penerbangan adalah pada pukul 8.30 pagi. Kami telahpun memberi amanat kepada 30 peserta-peserta lain yang akan bertolak pada 6 Februari agar berkumpul seawal jam 4 pagi juga untuk mengelakkan kelewatan memasuki Balai Berlepas.
Sebagai Pengarah Koordinasi dan Logistik, kehadiran awal di sana sememangnya memainkan peranan yang penting kerana biro aku menguruskan hal-hal penginapan,pengangkutan, dan makan bagi VVIP,VIP dan peserta-peserta IMMEX. Ah...hatiku rasa sangat gemuruh saat kapal terbang Air Asia mendarat di Minangkabau International Airport, rasa seperti dihempap bebanan tanggungjawab yang besar dan berat. Program bertaraf antarabangsa kedua yang aku sertai ini ‘sangat-sangat’ menguji kesabaran dan ketaqwaan, lebih-lebih lagi apabila usaha selama 4 bulan bekerja keras demi program ini dirasakan sia-sia apabila terlalu banyak maklumat baru datang bertubi-tubi dari semasa ke semasa hatta dua tiga hari sebelum bertolak.

“Dua hari sebelum yang lain tiba kiteorang banyak meeting jer dengan pihak yang kiterorang kerjasama.” ceritaku pada pendengar-pendengar setia di hadapanku. Reaksi muka mereka tertanya-tanya apa yang menyebabkan aku hampir-hampir tidak dapat balik ke Malaysia.

“Apa yang sangat-sangat mencabar bila buat program kat luar ni tentang miscommunication dengan misinformation ar.....memang tak dapat nak elak ar tapi macam mana kita nak kurangkan benda ni la yang mencabarnya.” Jelasku ringkas merumuskan dua hari terawal di sana. Teringatku perjumpaan kami dengan para pensyarah dan panatia-panatia bertugas dari IAIN Imam Bonjol di Padang.

Hari ketibaan para peserta lain tiba di Minangkabau International Airport suasana memang kecoh, muka-muka semangat para peserta lain menjadi inspirasiku selepas dua hari lebih awal berada di Padang bersama top management yang lain. Memang rasa letih membayangkan urusan-urusan kami (Biro Koordinasi dan Logistik) bermula sebelum program sehingga semuanya selamat pulang ke Malaysia semula.
Hari pertama lagi biro kami telah diuji dengan ujian yang tidak dijangka-jangka apabila bas IAIN yang sepatutnya menjadi pengangkutan sepanjang di Padang rosak salah satunya terhenti dalam perjalanan mengambil baki para peserta IMMEX yang lain. Dari 2 bas, kini hanya tinggal 1 bas yang hanya boleh memuatkan 20 peserta. Bagaimana mereka yang berbaki? Alhamdulillah perkara ini berjaya diselesaikan dengan menambah 2 lagi kereta sewa, tidak dinafikan perkara ini secara tidak langsung menambah kos keseluruhan. Dalam menghela nafas lega aku rasakan ada lagi ujian yang menanti
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” [Al-Ankaabut 29:2]

“Apa lagi program-program lain?”tanya abang Razak membangunkan ku dari khayalan peristiwa tersebut, dia kemudian menyuap suapan terakhir nasi ke dalam mulutnya, licin sudah pinggan polestrinnya itu. Semangatku bercerita membuatkan aku terlupa hidangan yang berada di hadapanku.Aku melihat Air Batu Campur di hadapanku, sudahpun setengah cair.

“Boleh kata 5 program dalam masa 3 hari, bayangkanlah! Hari pertama, educational visit kat IAIN Imam Bonjol Padang, then pergi Kampung Koto Panjang ada upacara sembelih lembu korban. Masa waktu sembelihan di Kampung Koto Panjang ada pula worshop kat Universiti Negeri Padang, so tu yang ada spilt dua group. Hari kedua the whole day humanitarian work. Memang letih giler la. Pastu next day even challenging, seminar antarabangsa kemudian malamnya Gala Diner.” Semangat aku menjelaskan tetapi jauh di sudut hatiku aku bersyukur semuanya berjaya dilaksanakan walaupun cabaran datang bertubi-tubi.

Setiap program mempunyai objektif yang tersendiri, daripada perbincangan berkenaan perjuangan ekonomi Islam di kedua-dua negara sehinggalah kepada pertolongan kepada mangsa gempa. Jika direnung kembali, IMMEX yang hampir kecundang di pertengahan jalan apabila berita Padang dilanda gempa. Alhamdulillh berkat usaha dan motivasi Penasihat Program, Bro. Eskandar dalam meyakinkan para pelajar tentang realiti hidup membakar semangat kami dalam meneruskan ushaha murni ini.
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa [Al-Hajj 22:40]



Antara hari paling bermakna sepanjang di Padang ialah pada 7 Februari apabila kami terlibat dengan kerja-kerja humanitarian di Kg. Koto Panjang. Kawasan kampung yang agak daif ini pasti menyentuh hati siapa sahaja yang melihatnya, jika dari luaran mereka kelihatan miuskin tetapi penduduk kampong itu kaya dengan budi bahasa. Hari itu kami terlibat sama dalam kerja baik pulih surau terbabit, surau yang kami sama-sama mencari dana untuknya. Selain itu, kami juga mengadakan rawatan kesihatan secara percuma dengan membayar hospital berhampiran untuk hadir sama dan melakukan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung. Seratus lebih penduduk kampung mendapat manfaat daripada rawatan percuma yang disediakan.

Cuaca di sana memang terik, jam menunjukkan pada pukul 11 pagi ketika itu apabila aku merasakan ianya jika di Malaysia seperti pukul 3 petang. Jika di Malaysia panas lembab, di Padang ianya panas kering. Aku mula mengenakan topiku. Mungkin kerana telah 4 hari berkerja, aku mula rasa ingin pitam tengah hari itu, sebaik majlis perasmian surau Al-Muhajirin oleh wakil Wali Kota (Datuk Bandar) itu selesai, aku mengambil keputusan tidur sebentar di bilik operasi kami bagi mengumpul tenaga. Masih ada satu hari penting yang perlu ku tempuh.

Waktu itu semua tumpuan diberikan kepada upacara panjat pinang, upacara atau adat kampung tersebut yang mana batang pinang itu diletakkan minyak gris dan para peserta perlu memanjat untuk sampai ke atas batang pinang yang diikat dengan pelbagai hadiah di atasnya. 5 orang pemuda kampung melibatkan diri dari acara tersebut. Terjerit-jerit MC wakil kampung itu memanggil pasukan Malaysia. Ah...masa itu aku hanya memerhatikan dari bilik operasi, keinginan untuk turut serta aku ketepikan kerana jika aku turut serta, mungkin aku akan keletihan yang amat sangat dan menjejaskan tugasku kelak.

Orang lalu lalang di bilik operasi melihat aku terbaring ‘mati’. “Oi...bangun, dah nak balik da!“ Hafizi mengejutkan aku. Aku segera bangun kerana tugas menyediakan pengangkutan balik merupakan tanggungjawab biroku. Hmm...belum lagi rupanya, para peserta IMMEX masih menghabiskan sisa-sisa masa di kampung tersebut. Meriah sungguh suasana pada ketika itu, tetapi kepalaku terasa amat pening sekali, aku tidak dapat turut serta, hanya melihat dari jauh kegembiraan para peserta IMMEX. Pukul 6:30 pm kami berangkat pulang, melambai-lambai adik-adik dan penduduk kampung dengan perasaan gembira dan sebak.Layanan yang diberikan kepada setipa peserta IMMEX amat luar biasa, ia merupakan satu pengalaman indah yang akan terpahat dalam hati setiap peserta IMMEX.

Kerja-kerja Humanitarian ini amat bermakna buat kami, aku merasa sangat berbeza sepanjang berada di kampung tersebut, perasaan bercampur baur melihat suasana sebenar kehidupan penduduk kampung dengan lebih dekat. Bagi aku yang lahir dan membesar di bandar, amatlah kufur nikmat jika tidak bersyukur dengan apa yang aku kecapi selama ini. Hari itu aku melihat betapa rapatnya dua bangsa dari dua negara berbeza. Masih ada bangsa yang perlu kita kenali hatta mereka di ceruk bumi, dengan mengenali pelbagai bangsa di muka bumi ini kita akan lebih bersikap terbuka, lebih kenal apa makna sebenar toleransi.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat 49:13]

“Apa yang membuat saya bermotivasi is bila saya fikir kami berjaya cari dana, untuk humanitarian, kemudian buat seminar antarabangsa kat hotel di Indonesia, dengan kehadiran Economic’s prominent speakers dari dalam dan luar negara such as Dr. Ugi Suharto, Prof. Akhyar, dan Dr. Muhammad Syafi’i Antonio. Bukan tu jer, seminar ni free, peserta tak payah bayar, tapi peserta limit la.Ha...” jelasku panjang lebar. Masri hanya mengangguk tanda faham.

Ini bukan pernyataan yang berbaur riak tetapi salah satu positive thinking yang cuba aku jadikan motivasi sepanjang melaksanakan program, terutama apabila rasa 'down'. Perkara yang sama juga aku cakap pada Kak Ilham supaya dia sedar betapa kagumnya aku pada mereka yang bertungkus lumus menjayakan seminar bertaraf antarabangsa ini.

Penglibatkan aku secara tidak langsung dalam menjayakan seminar perjuangan ekonomi Islam siangnya bagai disambar petir malamnya.Gala Dinner malam itu merupakan kerjasama dua pihak antara pihak kami dan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Andalas dan IAIN.

“Kenapa dengan Gala Dinner tu?” Abang Razak menyoal, mungkin kerana dia lihat mimik mukaku bertukar. Tidak perlu ditanya kerana aku tetap akan menjawabnya. “ Saya masih ingat kata-kata semangat Prof. Akhyar dalam pembentangannya, slidenya terpancar menunjukkan segi tiga sama sisi dengan beberapa pembahagian. Aqidah, Ibadah, Muamalat. “We have to instill the correct and strong aqidah first before we start to talk about muamalat.” Terngiang-ngiang kata-katanya di fikiranku. Ya, memang benar, jika tanpa aqidah yang betul atau dalam erti kata lain tidak mencintai Allah dan Rasul seluruh jiwa, maka apatah lagi jika mahu berbicara soal riba’. Sudah pasti isu riba’ ini satu isu enteng.

Aku memegang straw warna pink yang telapun separuh tenggelam dalam Air Batu Campur yang telah cair itu. Ku sedut perlahan-lahan, sejuk rasa kerongkongku. Aku kemudiannya melihat muka-muka dihadapanku, Yusof masih lagi mendengar, Masri berkerut, Abang Roesfan pula masih menyedut milo ais keduanya, Abang Razak di hadapanku menunggu respon kepada soalannya, “Abang bayangkanlah, persembahan malam tu, budak-budak Malaysia dari Universiti ni, yang tak pakai tudung tu biasala, tapi ni ha yang pakai tudung pun turut sama, tergedik-gedik menari kat atas pentas buat persembahan.” Jawabku agak sedikit keras. Abang Razak tersenyum, manakala yang lain berdekah. Seandainya mereka rasa apa yang aku rasa, seandainya mereka lihat apa yang aku lihat, seandainya mereka faham seperti mana yang aku faham! Apakah masih wujud kalimah sabda Rasul "ianya selemah-lemah iman"?

“Tempat duduk saya plak betul-betul mengadap pentas, saya duk menyenget sikit.(demi menjaga pandangan) Saya toleh tengok belakang meja saya ada wakil dari satu institut agama ni, pakai songkok tinggi, melopong tengok persembahan tu.Bayangkan!” ceritaku. Mereka semua tergelak besar. Dalam fikiran ku ketika itu hanya memikirkan satu perkara, perasaaan dan sangkaanku bahawa ummat islam masih jauh dalam mencapai ekonomi islam yang didambakan. Tetapi ini tidak bermakna kita harus memberhentikan perjuangan kita. Cuma apa yang Prof Akhyar laungkan itu ada jua kebenarannya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.[Al-Baqarah 2:208]

“Haha tak sangka plak eh….Oh ya! Apa yang kamu maksudkan dengan tak balik Malaysia tadi?” Abang Razak menyoal lagi. Ah…aku terlupa, cerita ku yang terlalu detail dan tersasar dari perkara yang aku rasakan klimaks kepada event IMMEX ini. “Oh, masa kat sana, Passport saya hilang! Hari Sabtu pagi tu pukul tujuh baru saya sedar.” Semua terkejut, terbeliak mata abang Razak. Aku tahu apa yang berlegar dalam benak, jika benar passportku hilang, bagaimana aku dapat balik ke Malaysia?

Bersambung............................................

2 comments:

ezzati said...

lorrr bsmbung la plak..cpt smbg tau xsbr nk dgr cte org yg hmpir2 kne t'gal kt padang.hehee

Ibn Yusof said...

dah siap dah the whole story, tapi takkan nak letak semua, yg siri 1 ni pun akak dah kata panjang, apetah lagi jika saya letak semua siri.nanti lagila tak larat nak baca coz panjang sangat.

InsyaAllah 1 minggu 1 siri ok.tak byk mana pun, dekat 4 siri jer.banyak tak? :)