Pagi itu (9 Februari 2008) aku baru sahaja mengiring VVIP dan Documentary Group dari RTM ke kenderaan yang akan membawa mereka ke airport. Aku menolong mereka check out dan memastikan mereka memasuki kenderaan yang telah disediakan. Kemudian timbul perasaan aneh bila terfikir tentang airprot,airport dan Malaysia, airport dan Malaysia .Aneh…apa kaitannya?
Ya,aku hanya sedar bahawa beg hitam yang dalamnya berisi passport ku tidak bersama-samaku sejak semalam. Aku berkejaran ke bilik, fikiran buntu dan perasaan cemas mula menyusup ke dalam diriku sehinggakan pilihan di antara lif dan tangga, aku sanggup memilih untuk berkejaran menaiki tangga ke tingkat 3 tempat bilikku terletak. Pagi sabtu yang mana semua peserta akan check out dari Hotel Ambacang dan bersedia untuk enjoy di Bukit Tinggi setelah 3 hari bertungkus –lumus menjayakan program, nasib aku pula berdepan dengan kehilangan passport. Jam menunjukkan pukul 7:00 pagi, bas dijangka akan bertolak pada pukul 8:00 pagi. Aku hanya mempunyai masa selama satu jam untuk mencari beg hitamku yang di dalamnya terdapat passportku!
Setelah digeledah bilik dan barang-barang aku, ternyata beg hitam itu masih tidak dijumpai. Hishamudin dan Fahmi tidak mampu menduga apa yang terjadi, setelah mereka melihat kelakuanku agak kalut baru mereka memberanikan diri bertanya. Aku hanya mampu berserah, jika passport masih tidak ditemui dalam masa beberapa minit, aku mungkin akan menyusahkan seluruh peserta IMMEX.
Semua peserta sedang enak menikmati sarapan mereka di Hotel, sarapan terakhir yang tidak dapat aku ikut serta. Sedang mereka menikmati sarapan pagi dan bergambar, aku masih lagi mencari cari di mana beg hitam tersebut. Akhirnya setelah semua menikmati sarapan dan berkumpul untuk check out, aku menghampiri pengarah program, Kak Dija dan memberitahu keadaan sebenar. Beliau agak terkejut, apatah lagi apabila aku tidak membawa sama fotokopi passport, yang aku ada hanyalah kad pengenalan sebagai bukti bahawa aku rakyat Malaysia. Jika kad pengenalan turut sama hilang, barangkali kesusahan yang bakal aku timpa lebih parah.
Ramai yang masih dalam suasana riang ketika itu, aku hanya mampu bertenang, aku tidak berniat mengganggu keriangan para peserta IMMEX yang bersemangat hendak ke Bukit Tinggi. Waktu bertolak tertangguh walupun para peserta kesemuanya telah menaiki bas, Pak Zam, tourist guide dan travel agent bertugas hari itu keresahan kerana bas sepatutnya bertolak setengah jam yang lepas. “Pak Zam, boleh gerak dulu lah, kami 3 orang tinggal sebab saya kehilangan passport.” Aku memberitahu Pak Zam, ternyata beliau terkejut dengan kenyataanku itu. Tapi apkan daya, perjalanan harus diteruskan.
Wajahku masih mampu tersenyum, melihat 2 bas yang memuatkan para peserta IMMEX bertolak pergi ke Bukit Tinggi. “Tolong suruh semua doakan akula ok,” amanatku kepada Hafizi sebelum dia menaiki bas. “Ok..ok,jangan risaulah, insyaAllah jumpa nanti.” Balasnya cuba menenangkan hatiku.
“Cis! Dah 5 hari aku tungkus-lumus keje, akhirnya time enjoy kat Bukit Tinggi tak dapat pergi gak!” aku pasti bisikan syaitan cuba menyuntik mindaku. Aku tersenyum. “Oh...Allah! Aku sesungguhnya redha dengan ujianmu ini, ia tidak lain bermaksud Engkau masih memberi perhatian terhadap hambaMu ini dengan memberiku ujian sedemikian”bisik hatiku lembut.
Dato’ Jamil, Dekan Kuliyyah masih sempat bersalaman denganku sebelum beliau menaiki kereta khas yang disediakan untuk para pensyarah dan menyusuli 2 bas di hadapan. Amanat beliau yang masihku ingat ialah “Yang pertamanya, kamu cari dulu di bilik-bilik yang kamu pergi semalam.” Aku tidak dapat lari dari perasaan yang amat bersalah pada ketika itu sambil bersalaman dengannya dan berkata “Maaflah Dato’, saya tak sangka jadi begini”. Aku masih mampu tersenyum waktu itu dan hatiku sebak apbila beliau hanya membalas “Oh..Takpe-takpe.Benda dah nak jadi”.
Selepas itu kami bertiga masuk semula ke lobi hotel, aku, Kak Dija dan Shuaib. “Kita cari dulu bilik-bilik yang ada kemudian kita okey.” kata Kak Dija. Kami meminta kad bilikku dan bilik 211, bilik Hafizi. Hanya 2 tempat ini tempat ku berehat semalamnya, aku berehat di bilik Hafizi sewaktu pukul 1:00pm semalam dan kembali makan di bilik pada pukul 3:00pm Aku yakin aku membawa bersamaku beg hitam itu pada ketika itu.
Usaha mencari sia-sia, Shuaib terduduk di atas tilam bilik kami, aku hanya mampu berdiri. Kami kemudian mencari di dewan seminar. “Saya dengar talk Syafii Antonio dari awal sampai habis petang tu.” jelasku menguatkan hujah. Habis satu per satu kerusi di dalam dewan seminar itu diangkat oleh pekerja hotel, lebih kurang 4 orang membantu kami mencari di dalam dewan seminar berhampiran lobi hotel tersebut.Setelah itu, kami ke tempat sarapan memandangkan aku masih tidak sarapan lagi.
Sudah pasti dalam keadaan seperti itu, seleraku telah hilang, aku cuba menelan juga makanan di hadapanku kerana rugi rasanya jika tidak mempergunakan kupon sarapan percuma bernilai 30000 rupiah yang diberi pihak hotel. Kami menunggu Iqbal dan Ammar datang, Iqbal merupakan Ketua Kelab Umno di Padang manakala Ammar ialah Ketua Pelajar Malaysia di Padang. Sepanjang program di Padang, mereka sudahpun banyak membantu kami. Kini bantuan mereka sekali lagi diperlukan.
“Beep...Beep!” telefon bimbitku menerima mesej. “Ezry, b strong ye..akak doakan Allah permudahkan semuanya k.” Tertera mesej tersebut di screen telefon bimbitku. Serta merta hatiku jadi sebak, aku yang tadinya berlagak akhirnya tidak dapat menahan realiti hati yang bergelora bagai dilambung ombak. Mataku bergening. Ah tidak, masakan aku menangis di hadapan Shuaib dan Kak Dija. “Beep..beep!” satu lagi mesej masuk, “Tabahkan ht dik, akak yakin kite akn blk Msia SAMA2!! Kite sume same2 bdoa..xlame lg kte jmpe k.bye..”.
Aku segera bangkit dari tempat dudukku, berpura-pura ingin mengambil lagi minuman jus yang masih berbaki, dalam pada itu aku tidak mampu menahan geningan air mata itu. Kemudian aku kembali semula, seperti mana gelas kecil itu dipenuhi dengan jus, seperti itu juga semangatku dalam menghadapi ujian Allah ini terisi. Aku masih mampu tersenyum.Ya, aku mesti tegar dalam menghadapi ujian-ujian dengan sabar ketika mendapat cubaan-cubaan dan bersyukur ketika mendapatkan keni'matan dan menerimanya dengan ketentuan Allah. Inilah prinsip keempat yang Syaikh Dr Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan gariskan dalam penutup kitab Min ‘Ushul ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
“Ada dua pilihan jer,satu, terbang pergi Jakarta sebab Embassy Malaysia kat sana, atau naik kete pergi Pekan Baru, pergi ke konsulat” Ammar memberiku pilihan, ketika itu otakku rasa seperti tidak dapat berfungsi sepenuhnya, aku hanya mampu memandang Kak dija dan Shuaib yang berada di hadapanku. “Yang mana korang suggestkan?” sola aku ringkas. “Ke Pekan Baru la rasanya, ambil masa lebih kurang 6 jam la. So if malam ahab bertolak kita boleh jumpa isnin pagi, so flight ticket kene beli baru la, mungkin hari Rabu pagi latest la boleh sampai Malaysia.” kata Iqbal.
6 jam?! Argh..aku sungguh tak sangka sampai begitu jauhnya. Aku akan berpisah dengan para peserta IMMEX yang lain, mereka berada di Bukit Tinggi dan aku ke Pekan Baru. Semakin bersalah melihat Kak Dija dan Shuaib yang menemaniku. Aku telah mengheret mereka sama dalam masalah yang aku timbulkan.Tidakkkkk….!
“Takpelah, korang pergi je enjoy kat Bukit Tinggi dulu, kesian korang datang jauh-jauh then tak dapat pergi Bukit Tinggi, Ahad malam kita jumpa kat sini (Padang) then bertolak pergi Pekan Baru.” jelas Iqbal sambil Ammar mengiakan sahaja apa yang Iqbal katakan. Aku faham benar situasinya, memang ada benar kata mereka. Konsulat hatta Immigrasi sudah tentu tutup kerana hari itu hari Sabtu, keduanya hanya kembali beroperasi pada hari Isnin. Oh…hatiku tiba-tiba terasa lega.
“Tapi sekarang ni memang kita kene buat report polis dulu la.ok” Ammar memandang tepat ke arahku. Tanpa membuang masa kami ke balai polis atau di Padang digelar Pol Tabes berhampiran. Dalam perjalanan Ammar memberitahu aku terpaksa menyediakan ‘wang upah’ sebanyak 50000 rupiah supaya laporan polis itu diproses dengan cepat atau jika tidak laporan itu akan seolah-olah dibiarkan memakan masa yang lama. Aku buntu. 50000 rupiah? ‘wang upah’? Upah atau dengan lebih tepat rasuah!
Syaikh Abdul Aziz bin Baz bila disoal tentang rasuah beliau menjawab bahawa rasuah dan perbuatan maksiat selainnya dapat melemahkan iman dan membuat Rabb Subhanahu wa Ta’ala murka serta menyebabkan syaitan mampu memperdayai seorang hamba untuk kemudian menjerumuskannya ke jurang maksiat-maksiat yang lain.Oleh karena itu, adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah untuk berhati-hati terhadap rasuah dan seluruh perbuatan maksiat.[1]
Aku memasuki balai, menceritakan apa sebenarnya yang terjadi, seorang pemuda merekodkannya ke dalam komputer. Ah…teringat aku proses di Malaysia, telah beberapa kali aku pergi ke balai polis di Malaysia, aku sendiri yang menaip atau menulis laporan polis sebelum pergi berjumpa sarjan dan laporan yang ditulis itu dinilai semula. Di Padang, aku hanya menceritakan sahaja apa yang terjadi dan mereka tolong menaipkannya, ya mungkin barangkali kini di Malaysia juga begini. Sedang mereka membelek-belek kad pengenalanku dan bertanya untuk apa cip itu dan sebagainya. Muncul riak muka kagum melihat Mykad tersebut.
Pemuda yang menaip tadi menyerahkan kepadaku apa yang ditaipkannya tadi. Aku pun menghulurkan 10000 rupiah sebagai niat hibah kepadanya kerana terkenangkan peristiwa di Malaysia yang mana aku menaip laporan polisku sendiri ketika kemalangan tidak lama dahulu. Pemuda itu menolaknya, tidak mengapa katanya, tetapi aku memgang tangannya dan meletakkan wang itu alhamdulillah dengan niat hibah (hadiah), rukun hibah padaku sempurna apabila aku berperanan sebagai pemberi, penerima, wang sebagai hibah dan ekspresi melalui ucapanku.Wallhua’lam.
Selesai proses tersebut kami bertiga bersama supir (pemandu) kami Pak Idris makan tengah hari di KFC berhampiran Hotel Ambacang. Kami kemudian menyuruh Pak Idris mengejar 2 bas para peserta IMMEX. Kami ingin turut serta bersama mereka. Kami singgah di setiap tempat yang mereka singgah sebelumnya, agar tidak kempunan agaknya. Tetapi apa yang menyeronokkan hati dalam keadaan gundah-gulana itu kami sempat singgah di Malim Kundang dan Aur Kuning, dua kawasan yang tidak tersenarai dalam jadual perjalanan travel egent tersebut. Masa itu aku masih sempat membeli beberapa telekung dan beg untuk keluarga di Malaysia, ini kerana sepanjang di Padang aku hanya membeli kitab-kitab agama dan majalah-majalah sunnah sahaja. Dalam membeli belah aku masih mampu menyoal diriku apakah dapt ku bawa pulang ole-ole ini ke Malaysia?
Tiba di Bukit Tinggi ketika itu azan Asar telahpun berkumandang. Kami berhenti di sebuah masjid untuk jama’ ta’khir. Solat aku waktu itu rasa lain sekali, aku memanjangkan waktu sujud dan berdoa sepuas-puasnya atas kefahamanku terhadap sabda Nabi Shallahu’alaihi Wa Sallam:-
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". [Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]
Aku yang selama ini mengetuk pintu hipokrit dalam perjalanan kehidupan akhirnya tersungkur sujud mohon pertolongan Ilahi. Aku rasa dan hayati bait-bait kalamullah.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. [Al-Fatihah 1:5]
Kerdil rasanya diri ini.Ya!baru aku rasa hipokritnya aku bila tidak berhadapan dengan masalah, sekali diuji sedemikain rupa, kepadaNya jua aku mohon pertolongan. Jika tidak memperolehi passportku sebelum Ahad petang maka aku terpaksa berjumpa Ammar dan Iqbal di Padang semula sebelum berangkat ke Pekan Baru.Apa lagi yang boleh ku pohon selain keajaiban supaya passportku dijumpai sebelum Ahad petang.
Kami bertiga tiba di Hotel Nikita, Bukit Tinggi sebelum dua bas yang lain tiba,aku terus berjumpa dengan pengurus hotel terbabit dan menjadi tanggungjawabku skali lagi memastikan setiap peserta mendapat bilik mereka. Jika di Hotel Ambacang setipa bilik dihuni seramai 3 orang maka di sini setiap bilik dihuni hanya dua orang. Pengurusan jadi mudah apabila pihak kami telah memberikan list nama dan bilik yang akan dihuni para peserta kepada pihak hotel lebih awal.
Mereka semua tiba sebaik sahaja aku selesai berurusan dengan kaunter hotel tersebut, maka aku hanya memanggil nama salah seorang dari penghuni bilik dan menyerahkan kunci bilik mereka masing-masing. Mereka diarahkan supaya membawa barang-barang ke bilik masing-masing dan solat Maghrib kerana pada pukul 7.30pm (waktu Indonesia) kami dikehendaki berkumpul sekali lagi untuk makan malam di luar. Aku antara orang terakhir yang masuk bilik selepas memastikan semua peserta mendapat bilik masing-masing.Aku hanya masukkan beg-begku yang berada di dalam bas ke dalam bilik, kerana kesuntukan masa aku bercadang untuk jama’ ta’khir sahaja selepas pulang dari makan malam.
Di lobi hotel kelihatan Falin sedang duduk, aku menghampirinya. “Eh, dia ni boleh tersenyum lagi eh…” kata Falin, mimik mukanya kelihatan ganjil melihat ekspresiku. “Hehe habis tu takkan nak menangis, benda da jadi, redha jelah.” jawabku ringkas. “Kalau perempuan la kan, mesti dah nangis teresak-esak.” balas Falin dengan jujur. Ya, memang aku juga ingin menangis, aku juga ingin rasa sedih, aku juga ingin tunjuk apa yang aku rasa, tapi apa gunanya? Passport aku tetap tidak akan jatuh dari langit.
“Cene boleh calm je eh?” soal Falin kehairanan, nampak wajahnya berkerut. Aku membalas kerutan wajhnya dengan satu senyuman. “Allah berfirman:-
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَه
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah 2:286]
Jelas dari ayat ni yang Allah kata Dia takkan uji hambaNya kalau Dia tahu hambaNya tak mampu nak hadapi, so maknanya setiap kita ni diuji sesuai dengan kemampuan kita dalam menghadapi ujian tu, tak gitu?” aku lontarkan semula soalannya tadi untuk membuat kita sama-sama berfikir. Ia hanya pandangan peribadi dan keimanku terhadap ayat itu,boleh jadi betul, boleh jadi salah. Falin hanya tersenyum, tanda faham barangkali.
Dalam pada menunggu semua peserta berkumpul, telefon bimbit Kak Dija berdering, beliau yang berada di sebelahku mengangkat telefon bimbitnya, dari gaya perbualan Kak Dija aku tahu yang Kak Dija sedang berbual samada dengan Ammar ataupun Iqbal. “Oh, ye ker…?Mamang macam tu lah prosedur dia.”Kak Dija melihat wajahku, hatiku rasa tidak tenteram. Selesai berbual Kak dija menghampiriku, dalam pada mencuri dengar perbualan telefon itu aku buat-buat berbual dengan Dr. Ugi Suharto, bekas pensyarahku.
“Ezry,Iqbal call tadi,dia kata dia dah aturkan meeting dengan konsulat kat Pekan Baru, tapi procedur untuk keluar dokumen tu memang ambik masa seminggu, so Ezry kene stay seminggu sampai dapat dokumen untuk keluar Indonesia dari konsulat la.” Kak Dija melihat mataku tepat, ingin melihat reaksiku barangkali. Jika dalam perbincangan sebelum ini aku dijangka pulang pada hari Rabu pagi, kini segala proses mengambil masa seminggu pula. Bak kata pepatah, seperti jatuh ditimpa tangga.
Dalam banyak-banyak perkara yang aku boleh fikirkan,aku tidak tahu mengapa apa yang terlintas dalam benakku hanyalah tentang peperiksaan Islamic Banking Finance pada hari Jumaat dan Fiqh For Economist 3 pada hari Isninnya. Jika aku dijangka balik pada hari Isnin minggu hadapan, aku mungkin akan berhadapan dengan tiga peperiksaan pertengahan semester dalam masa satu minggu kerana pada hari Rabu pula adalah make up exam untuk Public Finance.Argh….ya Allah.
“Ezry okey kan?”Kak Dija bertanya. “Hm…saya okey jer, mungkin boleh mintak kat Dato’ (Dekan Kuliah) tangguh exam la kan?hehe” aku cuba berjenaka, menjernihkan suasana atau dalam erti kata lain menyedapkan hatiku.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ""Kami telah beriman"", sedang mereka tidak diuji lagi?" [ Al-ankabut 29:2]
Kesemua para peserta tidak diberitakan dengan perkara ini, semua berkumpul dan menaiki bas seperti biasa untuk makan malam. Kami bertiga masih menaiki kereta Avanza yang dipandu Pak Idris, dalam perjalanan telefon bimbit Kak Dija berdering sekali lagi. “Ah…apa lagi kali ini.” bisik hatiku. Tidak lama dalam perbualan itu Kak Dija bersuara sambil melihatku yang duduk di bahagian belakang bersama Shuaib. Dalam riak wajah senyumnya itu dia berkata “Ha,ye ke?Peserta tu tinggal di mana?” Wajahku berkerut melihat Kak Dija dengan satu perasaan, satu harapan. “Ezry!!” Kak Dija meninggikan suaranya.
Bersambung…………………………………………….
_________________________________________________________________
[1] Kitab Ad-Da’wah, Juz I ,hal 157 dari Fatwa Syaikh Ibn Baz