Friday, January 19, 2007

Solat Mazhab Syafie’ Vs. Mazhab Lain?


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Segala puji-pujian kepada Allah, Rabb sekalian alam. Salam dan Selawat ke atas Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabatnya, tabien, atha tabien; dan ke atas sekalian orang yang berusaha untuk mengikuti dan mempratikkan segala ajarannya dan menjauhkan segala larangannya.

Pembelajaran yang efektif dan berkesan sukar dicapai tanpa mempunyai kefahaman atau manhaj yang betul dalam mempelajari sesuatu ilmu.kerana apa jua pembelajaran seharusnya dimulakan dengan konsep yang betul agar pembelajaran atau konsep adalah selari dan mudah dihubungkaitkan.Antara perkara yang wajar dipupuk dalam minda kita terutama dalam pembelajaran agama ialah mengfokuskan cara berfikir kita kepada apa yang dikatakan,bukan siapa yang berkata.Walaupun ustaz,mufti atau syeikh yang mengeluarkan kata-kata,tidaklah ia diukur atau ditimbang melainkan melalui neraca Al-Quran dan As-Sunnah.

Diterima kata-kata itu apabila bersesuaian dan tepat dengan ajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah , dan ditolak sesuatu teori , kata-kata dan pendapat apabila bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi perundangan dan ilmu umat Islam itu .Inilah fikrah atau cara berfikir yang sewajarnya ada apabila menuntut ilmu.

Setiap permasalahan yang dibahaskan haruslahi dirujuk secara terus kepada nas-nas al-Qur'an dan juga as-Sunnah. Sememangnya demikianlah perintah Allah dalam kita beragama dan mempelajari setiap ajarannya, sebagaimana firman Allah Subhanahu waTa'ala di dalam al-Qur'an:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, ta'atlah kamu kepada Allah dan ta'atlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
[Maksud surah an-Nisaa 04 - 59].

Di sini ingin saya menyatakan bahawa ada sesetengah orang yang telah mengabaikan ketaatan kepada al-Qur'an dan hadith lalu sebaliknya melimpahkan segala ketaatan hanya kepada ustaz atau ustazah yang mengajar. Apa sahaja yang disampaikan oleh seseorang pengajar, samada Tuan Guru atau Tuan Imam atau Uztaz atau Ustazah diterima bulat-bulat tanpa mengambil kira adakah ajaran yang mereka sampaikan itu dirujuk kepada sumber al-Qur'an atau as-Sunnah. Malah adakalanya apabila seseorang itu menemui dalil sahih dari al-Qur'an atau as-Sunnah, dalil tersebut ditolak semata-mata kerana tidak selari dengan ajaran ustaznya.Jika kita salah seorang yang tergolong dalam golongan ini hendaklah kita menukar prinsip beragama ini kepada memegang dalil dan hujah asal sahaja hujah itu berasal dari nas al-Qur'an dan al-Hadith yang sahih. Sebarang ajaran yang tidak berasal dari dua sumber ini atau tidak disertakan rujukan dari dua sumber ini maka ia tidak berhak untuk ditaati atau diikuti malah harus dipersoalkan. Kita melakukan sesuatu bukanlah kerana ustaz ustazah melarangnya tetapi kerana sumber-sumber dari Al-Quran dan Sunnah melarangnya,manakala jika kita melakukan sesuatu juga berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Sahih dan bukan kerana ustaz atau ustazah menyuruh kita melakukannya.Inilah kesimpulan dalam metodologi pengkajian dan manhaj penyampaian yang seharusnya kita miliki..

Bertukar-tukar mazhab dalam beribadah?

Takhayyur bererti memilih dan Talfiq bererti mencampur dan dalam ertikata perbincangan fiqh, ia bermaksud memilih-milih serta mencampur antara ajaran-anjaran mazhab-mazhab fiqh yang sedia ada, iaitu Mazhab Shafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali.Mungkin adalah sesuatu perkara yang baru jika saya menyatakan bahawa boleh bagi kita mengamalkan talfiq yakni bertukar-tukar mazhab semasa melakukan ibadah. Adapun perkara-perkara kecil yang menjadi perbezaan sesama mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang tetapi sebaliknya perlu dijadikan pemangkin bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan kematangan beragama.

Oleh itu,bolehkan kita bersolat dengan mengamalkan cara-cara mazhab lain?
Dalam menjawab persoalan ini cukuplah saya mengutarakan perkataan imam-imam di dalam mengikuti sunnah dan meninggalkan perkataan-perkataan yang bertentangan dengannya..Diharap orang-orang yang bertaqlid buta ( Imam Thahawi berkata” Tidak boleh bertaqlid kecuali orang yang sakit syaraf atau orang tolol”.Dipindahkan oleh Ibn Abidin di dalam Rasmu ‘l-Mufti.Vol 1 p.32,dari kumpulan risalah-risalahnya)dan bagi mereka yang menganggap kata-kata mereka umpama turun dari langit.Antaranya ialah:-

1)Imam Abu Hanifah

“Apabila Hadith itu sahih,maka itu adalah mazhabku”
[Ibn Abidin di dalam Al-Hasyiyah,1/63 dan di dalam risalahnya,Rasmu I’Mufti,1/4 dari kumpulan risalah Ibn Abidin ,dan Syaikh Al-Fulani di dalam Iqazhu ‘I-Himam,p.62]

“Jika aku mengatakan sesuatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan kabar Rasulullah saw,maka tinggalkanlah perkataanku”
[Al-Fulani di dalam Al-Iqazh,p 50,dan diasalkan oleh Imam Muhammad]

2)Imam Malik

“Sesunguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar.Maka perhatikanlah pendapatku.Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah,ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Kitab dan Sunnah,tinggalkanlah.”
[Ibn Abdi I’-Bar di dalam Al-Jami’,2/32,dan darinya Ibn Hazam di dalam Ushulu ‘l-Ahkam,6/149 dan demikian pula Al-Fulani,p 72.]

3)Imam Asy-Syafi’e

“Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan deang Sunnah Rasulullah saw.,maka berkatalah dengan Sunnah Rasulullah saw. Dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.
[Al-Harawi di dalam Dzammu’ Kalam,3/47/1,Al-Khatib di dalam Al-Ihtijaj bi’sy Syafie,8/2,Ibn Asakir,15/9/10,An-Nawawi di dalam Al-Majmu’,1/63,Ibn Qayyim ,2/361,dan Al-Fulani,p 100]

“Apabila Hadith itu Sahih,maka dia adalah mazhabku”
[An-Nawawi dalam Al-Majmu’,Asy-Sya’rani,10/57,dan dibangsakan kepada dan Hakim dan Baihaqi,Al-Fulani,p. 107]

“Setiap apa yang aku katakan,sedangkan Nabi saw. Terdapat hadith sahih yang bertentangan dengan perkataaanku,maka hadith nabi itu adalah lebih utama.Oleh kerana itu,janganlah kamu mengikuti aku.”
[Ibn Asakir 15/9/2]

4)Imam Ahmad Bin Hanbal

“Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik,Syafie,Auza’i,dan Tsauri.Tapi Ambilah dari man mereka ambil”
[Al-Fulani,113,dan Ibn ‘l-Qayyim di dalam Al-I’lam,2/302]

“Barangsiapa yang menolak hadith Rasulullah saw. Maka sesungguhnya ia telah berada di tepi kehancuran.”
[Ibn Jauzi, p.182]

Demikianlah beberapa bukti atau dalil atas kata-kata imam-imam yang mendahulukan Al-Quran dan Sunnah sebelum pandangan atau ijtihad mereka tetapi malangnya masih ada di kalangan kita yang memegang kata-kata imam tersebut walaupun telah datang kepada mereka pendapat berdasarkan hadith yang lebih rajih(tepat) atas sesuatu tindakan tersebut.Misal contohnya jika cara berwudhu’ terdapat hadith yang berbentuk Muttafaqun ‘alaih (disepakati oleh Bukahri dan Muslim) padanya,Si A masih teguh berpegang pada “kata-kata” imam mazhabnya yang disangka betul.Cara ini amatlah merugikan kerana ibadahnya mungkin menjadi kurang sempurna akibat penolakannya terhadap Hadith sahih yang telahpun diketahuinya(seperti kata Imam Ahmad di atas).

Oleh itu,saya menyeru agar kita menjauhi sikap taqlid buta bererti mengikuti sesuatu ajaran agama tanpa mengetahui hujah atau dalil rujukan disebaliknya. Taqlid buta juga bermaksud menerima ajaran agama sekadar mengetahui itu wajib dan ini haram, tanpa mengetahui hikmah sesuatu hukum mahupun tujuan pensyariatannya.Sesungguhnya ia merupakan larangan dari Allah swt.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."
[Maksud surah al-Israa' 17 - 36]

Maka,berpeganglah kepada penerangan yang paling mendekati kebenaran serta yang diyakini, iaitu penerangan yang paling kuat diperhujahkan oleh sumber nas al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Dengan cara ini kita sama-sama dapat berusaha kearah keluasan ilmu, menambah keterbukaan fikiran, mengarah kepada kedewasaan manhaj menuju ke dinamisme agama yang berwawasan.Marilah kita menjadi hamba Allah yang terpuji dan berakal sempurna berdasarkan firmanNya:-

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

“(Orang-orang) yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”
[Maksud surah az-Zumar 39 - 18]

Inilah ulasan “ringkas” saya sebelum kita memasuki bab takbir,rukuk,sujud dan sebagainya kerana tidak seharusnya timbul persoalan bertanyakan “eh,mazhab syafie seharusnya solat begini begitu!!” walaupun hadith sahih yang lebih rajih dan tsabit dengan baginda Rasulullah saw telah diutarakan.Inilah manhaj yang bertentangan dengan cara dan kata Imam As-Syafie sendiri dan jelas mereka inilah yang taksub dan taqlid terhadap mazhab.
Dengan itu buat masa ini saya akhiri dengan doa agar rahmat, hidayah serta petunjuk Allah sentiasa pada kita agar tercapai hajat menjadi hambaNya yang sejati.

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
"Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". [Maksud surah al-Kahfi 18 - 10]

Wallahua’lam.
p/s:-kata-kata para imam 4 mazhab diatas dinukil dari buku "Sifat Solat Nabi" oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani dalam bahagian muqaddimah.
Ibn Yusof
19 January 2007
6.50 p.m

Saturday, January 6, 2007

Fenomena Mencalit Label Sesat Atau Kafir

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Kebelakangan ini saya dihujani beberapa artikel yang membuatkan saya merenung dan berfikir tentang bagaimanakah akhlaq sebenar yang Rasulullah SAW maksudkan,akhlaq yang sepatutnya ada dalam peribadi seorang yang bergelar mu'min.Sedang negara kita heboh dengan berbagai masalah antaranya masalah fitnah-mengfitnah dan tidak kurang juga kafir-mengkafir.Apa yang lebih menyedihkan ialah sifat sesetengah pihak yang suka sesat-menyesatkan para ulama'-ulama' muktabar yang secara tidak langsung berangkai dengan ulama' muktabar yang lain..Sememangnya iman itu tidak dapat diwarisi,tapi apa yang ingin dipertikaikan di sini ialah sikap kita a yang alpa dengan apa yang Quran dan Sunnah tuntut dalam menjadi garis panduan kehidupan seharian sehingga berani mennyebarkan "kesesatan"sesetengah pihak tanpa diketahui kesahihannya?Sesungguhnya Allah telahpun berfirman:-

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”

[An-Nur:15]

Mereka menggunakan teknologi masa kini sebagai medan untuk menyebarkan fitnah,Hendaknya setiap muslim harus mengetahui jenis-jenis fitnah, agar ia dapat berjalan di atas ilmu dan keterangan yang nyata, dan hingga ia tidak terkicuh, terutama bagi para pemuda. Sebab jika Allah tidak memberinya akal yang cemerlang dan sikap santun serta pemahaman dan pengetahuan yang cukup mengenai fitnah ini, niscaya banyak di antara mereka yang terkicuh dengan tipu daya syaitan. Dengan mudah ia akan mengikuti setiap ajakan syaitan. Maka dari itu, kita harus menyebutkan beberapa bentuk dan beberapa jenis fitnah pada zaman sekarang ini. Sebagaimana yang dimaklumi bersama, bahawa juru fitnah (kesesatan) tidak terang-terangan mengajak orang kepadanya. Namun ia mengajak melalui corong-corongnya, para penyebar dan para penyeru kepadanya. Merekalah yang disebut sebagai da'i-da'i penyebar kesesatan.

Dengan berbagai tomahan dan kejian yang disangka baik itu golongan-golongan ini menyebarkan apa yang disangka baik pada mereka sedangkan ianya bertopengkan nasihat untuk memperdaya golongan-golongan jahil.

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً

"Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya."
[Al-Kahfi 18:104]

Saya tergerak hati untuk meluahkan sekilas pandangan saya mengenai isu takfir ini yang telah menyelubungi beberapa pihak sehingga ia menjadi satu fenomena.Mereka yakni golongan ini mentakfirkan para ulama muktabar tanpa pengetahuan yang jelas dan hanya berdasarkan prasangka dan bukanya ilmu semata.Jawapan dari fenomena yang membuat dada terasa sesak ini sangat memerlukan perhatian untuk kembali kepada hadits:-


Ibnu 'Umar radhiyallahu `anhu berkata: Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:-

"Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu pantas untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan." (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 6104 dan Muslim no.60)


Abu Dzar radhiyallahu `anhu juga menuturkan hal yang sama dari Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam:

"Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya." (Shahih, HR. Muslim no. 61)


Kedua hadits tersebut merupakan peringatan keras untuk tidak menjatuhkan vonis kafir atau sesat terhadap seorang muslim (yang sudah sedemikian mudah dan murahnya kalimat ini di mulut sebagian orang) karena memang permasalahan kekafiran atau sesat dan keislaman hukumnya kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.


Dialah yang berhak menghukumi di antara hamba-Nya, siapa yang kafir dan siapa yang muslim. Sebagaimana penghalalan dan pengharaman juga berada dalam ketetapan-Nya. Siapa pun tidak diperkenankan menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan.

Apa yang menyedihkan ialah apabila ulama'-ulama' muktabar dgn senang lenang setelah memerah keringat dalam memperjuangkan agama dianggap sesat dan sewenang-wenangnya dilabel golongan "wahabi" tanpa bukti yang kukuh.Wahhabiyyah memang sudah lama menjadi momokan di kalangan segelintir orang di negara ini. Sekadar memuntahkan kata-kata dalam majlis ceramah atau menyebarkan email-email untuk memomok dan menuduh orang lain sebagai sesat tidaklah memada, silalah tulis buku atau debat terbuka tanpa menghadkan masa. Iaitu debat cara Islam yang dikenali dengan adab al-bahth wal-munazarah.

Sikap dalam menghadapi segala berita yang tidak diketahui kesahihannya disebarkan dengan tanpa usul periksa adalah umpama seolah-olah tidak beriman atas firman Allah yang bermaksud:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Al-Hujurat49:6]


Apakah jika mengunakan unkapan "ulama muktabar"sudah cukup untuk dijadikan perisai untuk menyatakan kesesatan atau bukti yang menggugurkan islamnya sesuatu golongan itu?

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".
[Al-Baqarah 2:111]

Madzhab Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam hal ini adalah madzhab yang pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak bermudah-mudahan terhadap penghukuman ahlul iman sebagaimana Khawarij dan yang sejalan dengannya yang berlebih-lebihan dalam mengkafirkan, atau sebagaimana Murjiah yang bermudah-mudahan menetapkan keimanan yang sempurna pada ahlul iman walaupun berbuat maksiat. Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam masalah ini dapat kita lihat dalam ucapan Al-Imam Ath-Thahawi rahimahullah berikut ini:

"Kita tidak mengkafirkan ahlul kiblat karena satu dosa yang diperbuatnya selama ia tidak menghalalkan perbuatan tersebut, dan kita tidak mengatakan perbuatan dosa itu tidak bermudharat terhadap keimanan. Kita berharap orang-orang yang berbuat baik dari kalangan mukminin agar Allah memaafkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam jannah (surga) dengan rahmat-Nya, dan kita tidak merasa aman terhadap mereka dari makar Allah dan kita tidak mempersaksikan surga bagi mereka. Kita mintakan ampun terhadap kesalahan mereka dan kita takut mereka akan mendapat hukuman karena dosa mereka, namun kita tidak putus asa dari rahmat Allah terhadap mereka. Merasa aman dari makar Allah dan putus asa dari rahmat-Nya, keduanya akan memindahkan dari agama Islam sedangkan jalan yang haq berada di antara keduanya bagi ahlul kiblat."


(Al-'Aqidah Ath-Thahawiyyah Syarhun wa Ta'liq Al-Imam Al-Albani, hal. 60-62)

Kadang-kala kita senang melabel sesuatu pihak tanpa bukti dan dengan bangganya menyenaraikan atau menyebarkan "kesesatan" sesuatu golongan itu tanpa mengenal pasti melalui analisa dan penyemakan yang teliti kerana ia mungkin sifat terburu-buru boleh menyebatkan pendustaan atau fitnah berlaku walaupun ianya kecil.

Dalam hal ini jelas dapat kita lihat bahawa kita haruslah berhati-hati sebelum kita mencalit label sesat atau kafir atas seseorang mu'min atau golongan kerana tanpa bukti yang kukuh kecuali golongan yahudi dan nasrani yang sememangnya telah jelas tertulis di dalam Al-Quran.Kerana kesesatan itu bukan dinilai berdasarkan kaca mata manusia semata tetapi melalui pertimbangan Al-Quran dan As-Sunnah.

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."
[An-nur:19]

Wallahua'lam.


Ibn Yusof.
28 November 2006 /
7 Zulkaedah 1427
3.00 a.m

Aqidah Imam 4 Mazhab tentang Nama dan Sifat Allah?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

Saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan atas kekeliruan sesetengah pihak dalam memahami ilmu Allah (yakni nama-nama dan sifat-sifatNya).Saya berharap dalam coretan yang tidak seberapa ini kita mampu mempunyai aqidah yang jelas tanpa dikaburi oleh mana-mana pihak.
Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang diriNya dengan nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang sempurna.Kita juga yakin sepenuhnya bahwa Allah lah yang paling mengetahui segala sesuatu,paling benar perkataanNya dan paling baik penuturan Nya.Oleh itu kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan nama-nama dan sifat-sifat tersebut bagi Allah sesuai seperti mana yang dikhabarkan sendiri oleh Allah.Begitu juga dengan sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam yang mana bagindalah yang paling tahu tentang Allah 'Azza Wa Jalla,paling benar beritanya,paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan dan penjelasannya.Jadi kita wajib menerima berita sahih yang datang dari baginda shalallahu a'laihi wasallamtentang nama-nama dan sifat-sifat Allah 'Azza Wa Jalla.

Hendaklah kita beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diriNya di dalam kitabNya dan oleh Rasulullah shalallahu a'laihi wasallam denagn keimanan yang bersih dari tahrif dan ta'thil serta dari takyif dan tamtsil.

Semangnya kelihatan seumpama mazhab Ahlul Sunnah hampir mirip kepada mazhab Ahlul Zahir.Kemiripan ini menyebabkan ramai orang keliru sehingga menganggap mazhab ahlul Sunnah adalah mazhab yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya(Musyabbihah),bahkan adalah mazhab yang menganggap Allah berjisim dan berjasmani(Mujassimah).Kekeliruan ini disengajakan oleh mereka yang yang ingin memusuihi Ahlul Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah Rafidhah dan Ahlul Takwil.Hal ini telah berlaku sejak dulu lagi.Berkata Imam Abu Hatim Ar-Razi.(277H):-


"Tanda golongan Jahmiyah ialah mereka mengelar Ahlul Sunnah denagn penggilan Musyabbihah."

Selain itu wujud lagi pandangan yang lazim dikemukan oleh Ahlul Takwil.Mereka mendakwa "kononya" kaedah sebenar ASWJ adalah tafwidh iaitu beriman kepada sifat-sifat Allah manakala MAKNA dan KAIFIATNYA diserahkan kepada Allah bulat-bulat.

Jika benar makna dan kaifiatnya diserahkan kepada Allah semata,dalam erti kata lain seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa erti dan manfaat.Oleh itu apa faedahnya Allah Subhanahu Ta'ala menerangkan sifat-sifatNya di dalam Al-Quran dan melalui lisan RasulNya?

Allah telahpun berfirman:-
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

"(Al-Quran ini)sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu(dan umatmu wahai Muhammad),Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya,untuk mereka memahami dengan teliti.kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" [Surah Saad 38:29]
Atas sebab inilah Ahlul Sunnah masa kini lebih cenderung menggunakan istilah "tanpa takyif" daripada istilah "al-tafwidh" untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.


Persoalan:-


Di di sini saya akan menyertakan beberapa persolaan yang timbul di kalangan golongan Asya'irah berkaitan masalah ini berdasarkan firman Allah:-

اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.." [Surah Ar-ra'd: 2]

Mereka menyatakan jika tidak takwil dan tidak tafwidh, ini bermakna kita beriktikad bahawa Allah Taala itu bersemayam di atas Arasy. Jika begitu bermakna kita telah menjisimkan Allah Taala. Kita mengatakan Allah Taala menempati di suatu tempat?

Jawapan:-


Bersemayam di atas Arasy adalah sifat. Dalam ayat di atas, Allah Taala telah meyifatkan diriNya dengan bersemayam di atas Arasy. Kewajipan kita sebagai mukmin adalah menetapkan sifatNya dengan apa yang telah Dia sifatkan sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Jika kita tidak melakukannya bermakna kita telah mengurangkan satu sifat dari sifat-sifat Allah.
Tafwidh dengan menyerahkan maknanya kepada Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan Asya'irah bermakna tidak menyifatkan Allah Taala seperti Dia telah menyifatkan diriNya di dalam al-Quran. Dengan kata-kata yg lebih mudah, mengurangkan salah satu sifatnya.Mentakwilkannya pula bermakna telah menyimpangkan maksud sebenarnya dari apa yang dikehendaki oleh Allah.Masalah menjisimkan Allah Taala bila tidak mentakwil atau bila mengatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy tidak timbul samasekali.
Kerana:
Bukankah Allah itu tidak sama dengan makhluk. Bila tidak sama dengan makhluk maka dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Bagaimana cara dia bersemayam hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tafwidh caranya kepada Allah. Hanya dia yang tahu. Pokoknya tidak sama dengan makhluk. Tidak boleh difikir dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia.
Bila kita teliti memang sebagai mukmin kita wajib menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telah menetapkan sifatNya begitu, maka begitulah yang kita terima. Tanpa mengabaikannya dengan tafwidh maknanya. Atau tanpa melencongkan maknanya dengan mentakwilkannya.
Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menetapkan sifat Allah dengan bersemayam di atas Arasy seperti yang termaktub di dalam al-Quran itu sebagai menjisimkan Allah Taala atau menganggap Allah seperti makhluk adalah hujahan yang tak boleh diterima samasekali.
Kerana bila Allah katakan bahawa Dia bersifat mendengar. Maka kita akan tetapkan bahawa Dia itu bersifat mendengar. Kita tidakpun mentakwilnya. Atau tafwidh maknanya.
Allah Taala bersifat mendengar. Kita juga bersifat mendengar. Ini kita semua akui. Dengan pernyataan ini, kita tidakpun mengatakan bahawa orang yang mengatakan Allah Taala mendengar itu sebagai telah menjisimkan ALlah. Atau telah menyerupakanNya dengan makhluk. Kerana sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar makhluk. Maha Suci Allah dari semua itu.
Begitulah halnya dengan sifat bersemayam. Allah bersemayam di atas Arasy. Manusia juga boleh bersemayam. Namun sudah tentulah semayamNya itu tidak sama dengan makhluk. Mahasuci Allah dari semua itu.
Bila dikatakan berulang-ulang sifatNya tidak sama dengan makhluk, maka tidak dapat diterima samasekali dakwaan orang yang mendakwa golongan salafi menjisimkan Allah.
Bila golongan Asya'irah mengatakan bahawa menyifatkan Allah Taala dengan bersemayam di atas ArasyNya itu bermakna mengatakan Allah Taala menempati suatu tempat. Atau mengambil ruang. Katanya ini menyamakan Allah dengan makhluk.
Ini juga hujahan yang tidak dapat diterima. Kerana sudah berkali-kali dikatakan bahawa Dia tidak sama dengan makhluk!

Ulasan Jawapan:-


Adakah jawapan di atas sama kefahamannya dengan aqidah 4 imam Mazhab?Saya akan buktikan melalui kata-kata meraka sendiri agar kita mengetahui dan memastikan aqidah kita selari seperti mereka.Di bawah ini saya turunkan kata-kata imam 4 mazhab dan bagaimana mereka beinteraksi dengan sifat-sifat Allah. Adakah mereka mentakwilkannya ataupun mereka mengisbatkan sifatnya tanpa mentasybih dan mentajsim?

Imam Abu Hanifah


وقال ( لا يوصف الله تعالى بصفات المخلوقين , وغضبه ورضاه صفتان من صفاته بلا كيف , وهو قول أهل السنة والجماعة وهو يغضب ويرضى ولا يقال : غضبه عقوبته ورضاه ثوباه , ونصفه كما وصف نفسه أحدٌ لم يلم ولم يولد ولم يكن له كفواً أحد , حيٌّ قادر سميع بصير عالم , يد الله فوق أيديهم ليست كأيدي خلقه ووجهه ليس كوجوه خلقه) -[ الفقه الأبسط ص56}

1)Tidak disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk, murkanya dan redhanya adalah dua sifat dari sifat2nya tanpa kaifiat. Dan inilah pegangan ahlus sunnah wa aljamaah. Dia murka dan redha. Tidak dikatakan murkanya azabnya dan redhanya pahalanya. Kita mensifatkannya sebgmana dia mensifatkan dirinya sendiri. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu yang sama dengannya. Ia hidup, berkuasa, mendengar, melihat, mengetahui. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka tidak sama seperti tangan makhluknya, wajahnya tidak spt wajah makhluknya.[Al-Fiqhul-Absat m.s 56]


وقال ( لا ينبغي لأحد أن ينطق في ذات الله بشيء بل يصفه بما وصف به نفسه ولا يقول فيه برأيه شيئاً تبارك الله وتعالى رب العالمين )-شرح العقيدة الطحاوية 2/427 . تحقيق د . التركي , جلاء العينين ص368

2)Dan ketika ditanya tentang turunnya Allah SWT, Imam Abu Hanifah berkata "Ia turun tanpa kaifiat".
[Syarhul Aqidah At-Thahawiyah karya Ibn Abi Al-Izz al-Hanafi,jld 2,m.s. 472]


وقال ( قد كان متكلماً ولم يكن كلم موسى عليه السلام )-الفقه الأكبر ص302

3)Dan sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat makhluk-makhluk, Dia mengetahui tidak seperti pengetahuan kita, Dia berkuasa tidak spt kekuasaan kita, Dia melihat tidak seperti penglihatan kita, Dia mendengar tidak seperti pendengaran kita, dia berkata-kata tidak seperti kata-kata kita. [Al-Fiqhul Akbar m.s. 302]


وقال ( من قال لا أعرف ربي في السماء أم في الأرض فقد كفر , وكذا من قال إنه على العرش ولا أدري العرش أفي السماء أم في الأرض )- الفقه الأبسط ص46 , ونقل نحو هذا اللفظ شيخ الإسلام ابن تيمية في مجموع الفتاوى 5/48 , وابن القيم في اجتماع الجيوش الإسلامية ص139 , والذهبي في العلو ص101-102 , وابن قدامة في العلو ص116 , وابن أبي العز في شرح الطحاوية ص301

4)Sesiapa berkata, aku tidak mengetahui tuhanku di langit atau di bumi, sesungguhnya dia kafir, dan begitu juga sesiapa yang berkata, sesungguhnya Dia di atas Arsy, dan tidak aku menngetahui Arsy' samaada di langit atau di bumi. [Al-Fiqhul Al-Akbar m.s. 46]


وقال ( لا يوصف الله تعالى بصفات المخلوقين )-الفقه الأبسط ص56

5)Tidaklah lah disifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk-makhluk.
[Al-Fiqhul Absath m.s. 56]

Imam Malik



وأخرج أبو داوود عن عبدالله بن نافع قال ( قال مالك : الله في السماء وعلمه في كل مكان )-رواه أبو داوود في مسائل الإمام أحمد ص263 , وأخرجه عبدالله بن أحمد في السنة ص11 الطبعة القديمة , وابن عبدالبر في التمهيد 7/138

1)Allah di langit, dan ilmunya disetiap tempat.[Al-Siyar A'lam Al-Nubala]


2)Abu Nu'aim meriwaatkan daripada Ja'afar bin Abdillah,Imam Malik berkata:
"Cara istiwa' Nya tidak diketahui sedangkan Istiwa' telah jelas dan diketahui,beriman kepadanya adalah wajib,dan bertanya tentangnya adalah bid'ah"

3)"Mereka (Ahlul Bida'h) yang memperkatakan (memperdebatkan) masalah nama-nama dan sifat-sifat Allah,masalah kalam,ilmunya,qudratNya."
[Dzammul-Kalam,jld 1,m.s 173]

Imam Syafie

1)Pegangan dalam atas sunnah Rasulullah SAW yang aku beradai di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita berada di atasnya, mereka itu Ahlul Hadis yang aku telah lihat mereka dan aku telah ambil daripada mereka seperti Sufyan, Malik dan selain mereka ialah ikrar bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasulullah. sesungguhnya Allah di atas Arsynya dilangitnya. Dia menghampiri sesiapa yang dikalangan makhluk-makhlukNya sebagaimana yang Dia kehendaki, Dan Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana yang dia kehendaki.
[Al-Wasiyyah m.s 53-58]


2)Allah Tabaraka wa Taa'la memiliki nama-nama dan Sifat-sifat yang diterangkan dalam kitabNya dan diberitakan oleh NabiNya shalallahu a'laihi wasallam kepada umatnya maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapanNya hujah(dalil) untuk menolaknya.
[Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Al-Nubala jld 10,m.s 79-80]


3)Diriwayatkan dari Ar-Rabi' dan tidak hanya seorang daripada kalangan sahabat(Imam Syafie) yang terkemuka keterangan yang menunjukkan bahawa beliau (Imam Syafie) menyingkap ayat-ayat Sifat dan hadis-hadis tentangnya sebagaimana ia datang tanpa Takyif,Tasybih,Ta'thil,dan Tahrif sesuai dengan metode kalangan salafussoleh.
[Al-Hafiz Ibn Kathir,Al=Bidayah Wal-Nihayah jld. 10 m.s. 256]


4)Pendapatku tentang sunnah,di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan,Malik dan lain-lain,iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya.Dia mendekat makhlukNya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki.
[Az-Zahabidalam kitabnya,Al-'Uluw lil-'Aliy al-Ghaffar]


5)Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istiwa'Nya Allah Tabaraka wa Taa'la di atas A'rasy-Nya,dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjukkan kepada mazhab al-Syafi'i rahimahullah.
[Imam Al-Baihaqi' dalam kitabnya Al-Asma'was Sifaat m.s 517]


Imam Ahmad Bin Hanbal


وأورد ابن أبي يعلى عن أبي بكر المروزي قال ( سألت أحمد بن حنبل عن الأحاديث التي تردها الجهمية في الصفات والرؤية والإسراء وقصة العرش فصححها وقال : تلقتها الأمة بالقبول وتمرّ الأخبار كما جاءت )-طبقات الحنابلة 1/56

1)Abu Bakar al-Muruzi berkata: Aku bertanya Imam Ahmad bin Hanbal tentang serangkaian hadith tentang sifat-sifat, ru'yatullah (melihat Allah di akhirat), dan Isra' dan Arsy. Maka Imam Ahmad bin Hanbal mensahihkannya dan dia berkata:
“Umat ini telah menerima dan membiarkannya sebgmana khabar itu telah datang. (tanpa takwil).”
[Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitabnya Thabaqatul-Hanabilah jld. 1, m.s. 56]

وأورد ابن الجوزي من المناقب كتاب أحمد بن حنبل لمسدد وفيه ( صفوا الله بما وصف به نفسه , وانفوا عن الله ما نفاه عن نفسه .. )-مناقب الإمام أحمد ص221

2)Di sifatkan Allah sebagaimana yang Dia menyifatkan pada diriNya, dan menafikan daripada Allah sebagaimana Dia menafikan dari diriNya.
[Imam Ibnul Jauzi dalam AL-Manaqid Imam Ahmad, m.s. 221]


جاء في كتاب الرد على الجهمية للإمام أحمد قوله ( وزعم – جهم بن صفوان – أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدّث عن رسوله كان كافراً وكان من المشبهة )- الرد على الجهمية ص104

3)Jahm bin Safwan (pengasas aliran Jahmiah) telah menyangka bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah SWT dengan sesuatu yang telah Dia sifatkan pada diriNya di dalam KitabNya atau disebutkan dari Rasulullah SAW di dalam hadisnya adalah seorang kafir dan termasuk dari golongan musyabbihah.
[Imam Ahmad dalam Al-Rad 'Alal-Jahmiyah wal Zanadiqah, m.s 104]

Alhamdulillah dapat kita lihat tidak ada perbezaan dan perselisihan di antara para imam tersebut.Mereka sepakat untuk beriman kepada sifat-saifat Allah dan mengingkari golongan Jahmiyah dan Ahlul Kalam yang terpengaruh dengan filsafat Yunani dan aliran-aliran Mutakallimin.Rata-rata umat Islam di Malaysia masih kabur tentang i'tiqad sebenar Imam As-Syafi'i dalam pegangan aqidah.Masih ada di kalangan kita yang apabila ditanya "Di mana Allah?",mereka memjawab "Allah berada di mana-mana."dan berbagai jawapan pelik lagi.Semoga dalam pendedahan yang serba sedikit ini kita akan melahirkan satu perasaan dalam jiwa untuk kita yang mengaku bermahab Syafi'i untuk melakukan anjakan paradigma ke arah kembali kepada metode as-Salafusoleh(termasuk imam 4 mazhab) dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Wallahua'lam.

p/s:-teringat masa sekolah rendah dulu ustaz ustazah ajar sifat 20.huhu


Ibn Yusof
26 Disember 2006/5 Zulhijjah 1427
3:58a.m