Monday, February 23, 2009

Kembalikan ‘Mata Wang Islam’ Yang Sebenar?



Pengalaman untuk turut serta dalam Seminar Dinar Emas 2009 di Universiti Malaya anjuran PMKUM pada Sabtu, 21 Februari lepas adalah pengalaman yang sangat bermakna buat diri saya. Apatah lagi seminar ini menghimpunkan tokoh-tokoh besar dalam perjuangan mengembalikan Dinar dan Dirham sebagai matawang Islam. Nama seperti Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Pn Nik Mahani Mohamad, Profesor Umar Ibrahim Vadillo dan YB Datuk Paduka Haji Husam Musa adalah antara nama rujukan dalam perjuangan ini. Bukan senang untuk mendengar tiga tokoh ini dihimpunkan dalam satu seminar.

Saya mengkaji tentang Dinar dan Dirham sejak dua tahun lalu ketika terlibat sama dalam pembentangan tugasan subjek Intermediate Macroeconomics yang diberikan oleh Prof. Ruzita perihal cadangan atau solusi kepada kes Exchange Rate dari keratan akhbar yang dipilih. Cuma sahaja jika dahulu agak ‘taksub’ dalam perjuangan Dinar dan Dirham, kini saya merasakan perkara ini wajar dilihat secara objektif setelah mengkaji dan membaca dengan lebih mendalam. Dan ini bukan bermaksud saya menentang perjuangan yang dibawa dinarist (golongan yang memperjuangkan slogan kembali kepada matawang Dinar), malah 30% asset saya kini adalah dalam bentuk emas. Atas dasar itu saya menghadiri seminar ini untuk mendengar sendiri ucapan perintis perjuangan Dinar dan Dirham yakni Profesor Umar Ibrahim Vadillo.


Slot Pertama

Sesi pertama menggabungkan dua tokoh yang tidak asing pada saya,memandangkan Prof. Kameel adalah pensyarah UIA dan saya juga mengikuti kesemua tulisan provokatif terhadap perbankan Islam oleh Pn Nik Mahani Mohamad dalam ruangan Millenia Muslim. Pembentangan Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin lebih mendalam dan bersifat ilmiah, beliau menggunakan slide yang sama ketika pembentangan tajuk “Economic Crisis and the impact towards Muslim Countries” di UIA dua minggu sebelumnya. Slide pembentangan Pn Nik Mahani Mohamad memang seperti tulisan-tulisan beliau yang mana ianya penuh provokasi, akan tetapi pembentangan beliau sungguh sopan dan bersahaja.

Semasa sesi soal jawab, saya sempat mengajukan soalan kepada kedua-dua tokoh tersebut. Soalan saya kepada Prof Kameel adalah merujuk kepada persoalan yang diajukan kepada dinarist oleh Prof. Zubair Hasan dalam kertas kerja beliau “Ensuring Exchange Rates Stability: Is Returning To Gold (dinar) Is Possible?”. Kertas kerja ini mempersoalkan banyak isu dan fakta dalam buku Prof. Kameel, “The Theft of Nations” dan “The Islamic Gold Dinar”. Kertas kerja ini antara yang membuatkan saya berminat untuk melihat perjuangan Dinar dan Dirham ini dalam perspektif yang berbeza. Atas dasar itu saya cuba mengambil peluang ini untuk mengajukan persoalan bagi merungkai kemusykilan yang ada. Dalam banyak-banyak soalan saya hanya memilih untuk menyoal apakah emas atau dinar yang cuba dijadikan standard peringkat antarabangsa? Dan apakah dinar emas ini akan digunakan dalam bilateral agreement? Dan antara dua soalan yang saya ajukan Prof. Kameel hanya menjawab soalan pertama yang mana beliau menyatakan bahawa perbezaan emas dan dinar ialah yang mana dinar adalah kayu ukur yang digunakan sebagai mata wang manakala emas adalah medium yang digunakan. Saya berpuas

Adapun soalan yang saya ajukan kepada Pn Nik Mahani Mohamad adalah berdasarkan slide beliau yang membuatkan saya lebih musykil. Beliau menyatakan “Jangan salahkan ulama’- mereka juga TIDAK FAHAM!-Sekularisma” yang kemudiannya disusuli dengan hadith yang mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, kurma dengan kurma, garam dengan garam, semisal dengan semisal, dalam jumlah yang sama dan tunai, tangan dengan tangan. Dan jika jenis-jenis ini berbeda, maka juallah sekehendak hati kalian, jika dilakukan serta diserahkan seketika” [Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Ubadah bin Ash-Shamit Radhiyallahu ‘anhu]

Apa yang kami pelajari sebagai 6 barangan ribawi ini disusuli dengan slogan “JENIS WANG DLM SYARAK HANYALAH 6 JENIS INI”. Walaupun pernah terbaca perkara sedemikian dalam tulisan-tulisan Profesor Umar Ibrahim Vadillo dan Syaikh Imran Hussain, tetapi ianya tidaklah se’provokatif’ sebegini. Maka saya bangun dan mempersoalkan apakah boleh untuk kita mengambil makna hadith ini secara zahir? Saya teringat ketika Dr. Ugi Suharto mula mengajar kami hadith ini berserta dengan pandangan para ulama’ berkenaan dengannya. Malah penjelasan yang lebih mendalam jika merujuk kepada tulisan Prof. Aslam yang bertajuk “Must Money Be Limited to Only Gold and Silver?: A Survey of Fiqhi Opinions and Some Implications”. Tulisan beliau yang komprehensif ini wajar dibaca oleh para pejuang Dinar dan Dirham kerana ia menghimpunkan pandangan para ulama’, para fuqaha’ atas perbezaan pandangan tentang apakah mata wang islam itu hanya terhad kepada Dinar dan Dirham.

Jawapan yang saya dapat daripada Pn Nik Mahani Mohamad agak mengecewakan apabila beliau hanya menyatakan beliau adalah produk kapitalis dan tidak mahir dalam bidang hadith. Maka saya musykil bagaimana beliau berani menggunakan hadith itu sebagai hujah, saya cuba bersangka baik bahawa barangkali beliau mengambil pandangan ulama’ silam dalam hal ini apabila beliau menyatakan beliau mengambil pandangan salah seorang ulama’. Prof. Aslam dalam kertas kerja tersebut menghimpunkan nama-nama para ulama’ yang menghadkan mata wang bersandarkan emas dan perak seperti Abu Hanifah, Abu Yusuf, Ibn Nafi’, al-Nadwi, Syaikh ‘Alish atau ulama’ Syafi’iyyah seperti Al-Nawawi,Al-Suyuti atau Al-Maqrizi. Jika tidakpun mungkin pandangan ulama’ kontemperer seperti Syaikh Ahmad al-Khatib, ,Syaikh Abd Rahman Al-Sa’di, dan
Ibn Badran.

Adapun para ulama’ yang tidak menghadkan mata wang Islam hanya pada Dinar dan Dirham juga bukan calang-calang, antara tokohnya ialah Imam Shyabani, Al-Hattab, Al-Wansharisi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Laith Ibn Sa’ad dan lain-lain. Manakala ulama’ kontemperor yang mengambil pandangan yang sama pula adalah Syaikh Yusof Qardhawi, Syaikh Muhammad Taqi’ Usmani, dan Abd Allah Sulayman Al-Mani. Apapun saya masih musykil dengan pernyataan ‘berani mati’ beliau dengan pernyataan “JENIS WANG DLM SYARAK HANYALAH 6 JENIS INI”. Hal ini adalah kerana ulama’ mazhab Zahiri yakni Ibn Hazm juga tidak mengambil pandangan zahir hadith tersebut bahawa 6 jenis barangan itu sahaja yang boleh dijadikan sebagai wang.
Malah soalan yang tidak sempat saya persoalkan ialah apakah mata wang ini adalah satu perkara tauqifiyyah? Bukankah ianya adalah satu bentuk muamalah yang berlandaskan prinsip ibahah?

Walaubagaimanapun, jawapan ketiga-tiga penceramah lain lebih konsisten yang mana mereka bersepakat kerana apa sahaja komoditi yang menepati karekteristik mata wang boleh dijadikan wang. Hal ini disentuh oleh Professor Kameel sejurus selepas saya menyebut nama Prof. Aslam kerana Prof. Aslam adalah sahabat beliau dan barangkali beliau tahu kertas kerja yang saya maksudkan. Apa yang saya nampak daripada pernyataan mereka ini sangat bermakna, ternyata minda kita telah dijajah supaya tunduk kepada wang kertas atau lebih tepat wang fiat, walhal sistem ekonomi yang diguna pakai pada zaman dahulu lebih menjanjikan kestabilan ekonomi daripada kadar inflasi tanpa henti seperti yang dialami kini.

Slot Kedua

Sesi petang yang menggabungkan dua tokoh yakni Profesor Umar Ibrahim Vadillo dan YB Datuk Paduka Haji Husam Musa lebih hangat dan bermanfaat. Ucapan Profesor Umar Ibrahim Vadillo jelas menampakkan keyakinan beliau bahawa sistem ini akan berjaya. Beliau menyatakan sistem ini dengan slogan yang gah yakni “Towards political union of the Muslim nations.” Apa yang beliau perjuangkan adalah lebih berkisar perjuangan mengembalikan kebebasan, kebebasan untuk memilih apa jua bentuk medium of exchange. Beliau dengan lantang mengatakan ketidakyakinan beliau dalam sistem perbankan Islam sedia ada kerana Dinar emas adalah pengakhiran kepada perbankan atau lebih tepat perbankan Islam. Hal ini adalah kerana banklah yang memaksa kita menggunakan wang kertas yang mana nilainya turun hampir setiap saat. Saya melihat pandangan yang diutarakan oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo sungguh optimistik.

YB Datuk Paduka Haji Husam Musa sangat bersahaja dalam penyampaian beliau tetapi sungguh menyakinkan. Slide pembentangan beliau hanya bertujuan untuk membuktikan bahawa penggunaan emas sebagai bentuk pelaburan dan juga sistem rezab bagi Bank Negara mampu membawa keuntungan. Beliau menunjukkan bukti apresiasi harga emas sejak pelancaran Emas Dinar Kelantan (EDK):-

Hari pembukaan harga emas/gram @ September 2006 = RM 65.64
Harga emas / gram @ 18/2/2009 = RM 110.78

Daripada harga di atas kita boleh lihat apresiasi sebanyak 68.75 %. Tahun 2007 menunjukkan peningkatan sebanyak 29.5 %, tahun 2008 menunjukkan peningkatan sebanyak 14.4 % dan setakat ini tahun 2009 peningkatan adalah sebanyak 11.07%. Maka hal yang sama boleh diaplikasi dalam contoh yang mana jika nilai rezab antarabangsa sekiranya disimpan dalam bentuk emas, Bank Negara mampu untuk mengalami peningkatan sebanyak RM188 billion hanya dengan menukar rezab antarabangsa pada tahun 2006 yang berjumlah RM291.4billion kepada emas. (Rujuk laman web YB Husam untuk penerangan lebih terperinci.)

Kesimpulan

Apa yang saya nampak daripada perjuangan Dinar dan Dirham ini ialah seperti mana yang diakui sendiri oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo bahawa ianya mestilah berperingkat-peringkat. Untuk bangun pada keesokkan harinya dengan harapan semua manusia menggunakan Dinar dan Dirham adalah suatu perkara yang mustahil, perjuangan berperingkat yang dimaksudkan ialah dengan menuntut semula perjanjian Bretton Woods yang dahulunya dicabuli oleh Amerika apabila mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang kertas tanpa bersandarkan kepada emas. Jika wang kertas yang digunakan untuk berniaga dengan Negara Islam di Timur Tengah dapat dipaksa supaya bersandarkan emas maka tidaklah harta Negara Islam di Timur Tengah didagang dengan hanya berhasilkan kertas yang asalnya tidak mempunyai nilai tetapi dikosmetikkan supaya ‘dipercayai’ nilainya.

Kekaburan umat Islam atas wang kertas Amerika yang tidak bernilai ini adalah satu penipuan
global apabila umat Islam ditipu hidup-hidup dengan membenarkan Amerika untuk mencetak wang mereka sewenang-wenangnya sekaligus membeli harta warisan umat islam dengan kertas kosong. Mereka mencetak berbillion-billion tanpa menyentuh sedikitpun simpanan emas mereka, malah mereka mencetak dan terus membeli emas untuk simpanan mereka menjadikan mereka penyimpan emas terbesar dunia sehingga 8,133.5 tan dan dengan peratus rezab sebanyak 77.3%. Seolah-olah kini hanya mereka yang sedang menipu umat Islam hidup-hidup sahaja yang sedar tentang kepentingan emas, kita umat Islam pula rela ditipu hidup-hidup untuk berdagang dengan mereka dengan wang kertas tanpa nilai.

Saya merasakan perjuangan kembali kepada Dinar dan Dirham ini adalah matlamat jangka masa panjang yang perlu difahami dengan jelas. Apa yang Profesor Umar Ibrahim Vadillo katakan dengan “Towards political union of the Muslim nations.” adalah satu bentuk Monetary Union walhal persidangan dan perbincangan dalam membentuk Islamic Common Market masih lagi berlansung dan tidak kesampaian. Prof. Mohamed Ariff merungkai cabaran-cabaran yang membantut penyatuan negara-negara Islam dalam kertas kerja beliau “Proliferation of Regional Groupings: Policy Options for the OIC” yang mana ianya sekaligus merungkai persoalan Tun Mahathir dalam ucapan beliau ketika Seminar on Gold Dinar pada tahun 2002 yang menyatakan tiada penyatuan di antara negara-negara Islam antara faktor perlaksaan “Kembali kepada Dinar Emas” ini gagal direalisasikan.

Maka usaha untuk merealisasikan Monetary Union di antara Negara-negara Islam adalah satu usaha yang memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari para pemimpin Negara-negara Islam, kerana saya merasakan solusi praktikal yang Profesor Umar Ibrahim Vadillo sendiri simpulkan dalam buku beliau Fatwa on Banking adalah lebih releven, tidak lain tidak bukan ianya mesti bermula dengan diri kita sendiri.

Wallahu’allam.

23 Februari 2009

5.46 p.m

www.ibnyusof.blogspot.com

Thursday, February 12, 2009

Islamic Finance: Debt Vs. Equity Financing in the Light of Maqasid al-Shari'ah

Islamic banking is an investment and financing system which expands globally. The Islamic banks have only been established for some 30 years but the banking system is based on long-going traditions within Islamic finance. The system is founded on ethical values and emphasizes the well-being of society as a whole.

A bank that uses its functions and operating modes based on Shari’ah principle is obviously difference than manmade principles. Islamic banks are meant to become finance institutions to help Muslims avoiding riba and other prohibited elements present in commercial and banking transactions. All other Islamic banks, the Islamic Development Bank (IDB) and also the General Secretariat for the Organization of Islamic Conference (OIC) has accepted the definition of Islamic banking as a financial institution whose statutes, rules and procedures expressly state its commitment to the principles of Islamic Shari’ah and forbids of the receipt and payment of interest on any of its transaction.

However, its main purpose may not merely focus to what stated above. As what stated in his famous book Al-Fiqh Al-Islami wa-Adillatuh, Wahbah Al-Zuhayli believes that Islamic banks must be sensitive to the needs of the society since its primary goal is not profit making but rather to endorse social goals of socio-economic development and alleviate poverty. This could be achieved if Islamic banking able to handle macroeconomic shocks by reliance on equity rather than debt.

Current practice

But what happens today is the other way round, Islamic banks only deals with clients that deserve doing transaction with them while poor people are neglected. The necessities of Islamic banks helping the poor people should be the main focus since 291 million or 24% of the total OIC-LDCs population suffer from human poverty (SESRTCIC, p.41). Thus questions arise from the light of justice and the “maqasid al-Shari’ah”, should the help come in terms of debt or equity? Evidence on current practice by Islamic banks worldwide suggests that the majorities of financing operations are not based on equity but rather takes the form of debt-like instruments (Aggarwal and Yousef 2000; Asyraf and Nurdianawati 2006; Mehmet 2007). This is because according to Mehmet (2007), Islamic banks and financial institutions have opted for profitable Islamic financing such as murabahah instead of musharakah (musharakah is equity-finance oriented and murabahah is debt-financing).

This is proven when Mehmet (2007) quoting Hasan’s recent data while studying the Malaysian case as stated:
The percentage share of musharakah declined from 1.4% in 2000 to 0.5% in 2003. Evidently, it seems that the major modes of Islamic financing are in the form of bay bi thaman al-ajil and ijarah thumma al-bay with 47.4% and 27.9% respectively in 2003 (p.5).


In contrast, an ideal Islamic banking model is reflected through its balance sheet structure that is dominated by profit and loss sharing (PLS) on both assets and liabilities sides. That is why most of the Islamic economics writers believe that PLS is the only principle representing a true spirit of Islamic banking system which departs significantly from the interest-based system (Asyraf and Nurdianawati 2006).

Given the emphasis on equity rather than debt, Akacem and Gilliam (2002) quoting Iqbal and Mirakhor when they argued that an interest-free banking (IFB) model would lead to:
More varied and numerous investment projects for which financing is sought; more cautious, selective and perhaps more efficient project selection by the suppliers of funds; and greater involvement of the public in investment and entrepreneurial activities, particularly as private equity markets develop, than in the traditional fixed interest-based system (p.126).


Islam very much encourage profit that come from trade and productive investment, while fixed predetermined payment is prohibited since it is not a function of the profits and losses incurred in a venture (Akacem and Gilliam 2002). This is among the reason why many scholars hold the views that unless Islamic banking institutions resolve to PLS financing instruments, the socio-economic justice as envisioned by the Islamic banking system would never happen.

The equity based system helps to create more value added in the economy and indeed contribute to economic growth. Therefore, since equity and profit sharing financing is considered to be superior compared to debt-like financial instruments in Islamic economics, the evidence of current practice indicates that the Islamic banks have deviated from the aspirational stand of Islamic economics (Mehmet 2007).

Misgiving on profit and loss sharing (PLS)
The most common arguments against theoretical and empirical issues regarding profit and loss sharing (PLS) are discussed by Iqbal and Molyneux (2006) when some economists such as Stiglist and Weiss (1981) held perception that sharing arrangement such as profit and loss sharing are less efficient. A system that emphasis on partnership becomes an equity-based system with no debt and when the depositors become shareholders is deem to be risky. Among the arguments that being highlighted are such as problem of asymmetric information and the cost involved in reducing it, the problems of moral hazard, adverse selection problem, the agency costs and the need for monitoring the counterparties' behavior.

Some of the Islamic banks have these kind of perceptions towards the sharing arrangement such as profit and loss sharing may argue that agency problem could not be avoided under the behavioral assumption of self interest. This is because the agent may not spent their best effort since they are not using their own money but others, therefore it is very risky.

However, whilst this position has it supporters, their arguments are untenable because in examining the argument that PLS financing is too risky for banks to adopt, Iqbal and Molyneux (2006) found two fallacies in this line of arguments. First, the variability in the rate of return is not the only risk involved in financial contracts. Second, the so called 'fixed return' contracts, like interest based contracts may not in fact yield a fixed return.

Besides, many writers such as Siddiqi, Obaidullah, Chapra, Khan, Ahmed, Dar and Presley come to agreement that Islamic banks exposed to greater risks if the variation of the rate of ultimate return to the banks of their investments is greater and resulted from large scale resorting to PLS instruments could pose much more serious risk and hazards (Asyraf and Nurdianawati 2006).

Moreover, Akacem and Gilliam (2002) and Mehmet (2007) thinks that profit sharing concept may approach to market solution because it requires direct involvement of civil society, managerial skills and expertise in overseeing different investment projects from the banks. The banks need to have a correct perception in considering the superiority of equity financing compared to debt-like instrument.

Therefore, they concluded that the argument that PLS contracts are too risky for Islamic banks to adopt is not convincing. Thus they think further research and discussion is needed in order to provide continued support to the practice of PLS.

Banking from Maqasid Shariah Perspective


Siddiqi (2004) and Mehmet (2007) holds the same view that the Islamic finance should take into consideration the systemic and dynamic understanding of “maqasid al-Shari’ah” (objective of the Shari’ah). Furthermore, they emphasized that the understanding of “maqasid al-Shari’ah” not only covers on individual oriented objectives but also include broader measures ensuring welfare in order to achieve justice and equity. Thus objective of Islam as a whole and “Maqasid al-Shari’ah” (objective of the Shari’ah) should be differentiate clearly because objective of Islam involves aspects of personality and society that the latter does not cover (Mehmet 2007 p.9).

By quoting Siddiqi’s opinion, Mehmet (2007) share the same views that banks should plays its role by serving social objective, not only an individual objective. The noble vision to promote social-welfare of the society is in need to develop a welfare economics oriented paradigm, and he also believes that the social justice and ethical norms can be exercised. Despite that, Asyraf and Nurdianawati (2006) also think that Islamic banks are equally expected to play a leading role in promoting social-welfare. Their opinion are supported by the majority of the Muslim economists who posit that Islamic banking is much more than offering Shari`ah compliant products. It is a system which aims at making a positive contribution to the fulfillment of the socio-economic objectives of the community at large (Asyraf and Nurdianawati 2006).

Mehmet (2007) in his paper stress the importance of Islamic economics aims in creating homoislamicus individuals since it is also the aims of Islam. By introducing new paradigm and changing the behavioral norms of individuals, this could avoid the individuals from becoming homoeconomicus.

A so called ‘social bank’ that suggested by him focus more on the social outcome and effects of the distribution of the products. This is because he thinks it is not difficult for Islamic banks to adopt to become social banking since it did not contrary with the maslahah objective (Mehmet, 2007, p.13). Social banks and Islamic banks to him complement with each other because maslahah provides the moral standard for social good and Shariah requires justice and benevolence. In addition, Islamic banks should correct their failure in introducing robust social justice oriented principle as what done by the social banks (Mehmet, 2007 p.15).

Mehmet (2007) proposed Islamic social banking as the solution in achieving justice and equality by adopting profit and loss sharing in banks operation, it will as well meet not only the “maqasid al-Shari’ah” (objective of the Shari’ah), but objective of Islam as a whole since it reflects “new identity based on substantive and ethical religious tenets” as what mentioned by El-Gamal.
Conclusion
Having said that, this paper has deliberated on the challenges encountered by Islamic banking and finance in meeting justice and equality outlined in objective of shari’ah. These challenges emerge from the current practice of Islamic banking and finance flooded by debt based financing contract in the name of “efficiency” without acknowledging the shari’ah requirement in the contracts. This deviation of shari’ah requirements has tremendous impact to the individuals in the society which leads into deterioration of performance overall economy in which it is clearly against the spirit of Islam, particularly objective of shari’ah. Therefore, for realization of justice and equality for meeting Maqasid Al-Shari’ah can be achieved by shari’ah compliant products which emphasize on equity financing.

After a deep deliberation on foregoing arguments, in order for there to be justice and equality in our economic endeavors it is essential that the poor are given access to funds based on equity, if this is done then it will develop a society and economy of stability, one in which the Maqasid Shariah can be realized in its fullest sense. A society in which there exist gross inequalities can never be stable. This can be seen in many countries of the world today in which due to there being a lack of justice and equality in financing, there has been erosion of Maqasid. Loss of life is a daily occurrence as people struggle to survive and some resort to violence in order to meet there daily expenses. In other parts of the world property is destroyed as people riot due to their dismal state and this is the complete opposite of what the Maqasid adovocates. Hence in order for Maqasid to be achieved it is essential that equity contracts are introduced.

In order for Islamic banking to establish itself as being an effective alternative it is vital that there is actually a difference in substance not only in form as currently witnessed. Many Muslims are reluctant to put their faith in Islamic banking as they see that it is very similar to conventional banking, and only boasts of a difference in form not in substance. In order for Muslims to wholly embrace Islamic finance it is very important that the substance of the contracts change and we begin to use our own unique equity contracts such as Mudharabah and Musharakah.

Actually, now is the right time for Islamic Banking and Finance having a paradigm shift in the way we view financing and we should all urge for the stronger implementation of equity PLS sharing contracts to be implemented on a mass scale. This clearly will benefit poor peoples particularly farmers will have access to funds hence our productivity and output will increase, our problems of poverty can be eliminated, and society will become more stable these are just some of the benefits that the global economy can experience if there is a full implementation of Equity financing.

As part of that, the arena of micro-financing has emerged as a new alternative for Islamic financial institutions to exploit in order to expand the horizons of their operations. This mode of financing is projected to be to have the capacity to compliment the socio-economic developmental objectives of Shariah since it targets potential entrepreneurs who are relatively economically or financial deprived and handicapped. This mode of financing seeks to induce commercial innovation, entrepreneurship and risk sharing among aspiring entrepreneurs that are not endowed with the financial resources to realize their commercial potentials. Importantly, this mode of financing would immune scale entrepreneur from the exploitation of conventional financial institutions. In the same vein, it would also encourage the channeling of funds to entrepreneurs who otherwise would face upheaval task in their quest to access funds to realize their commercial or entrepreneurial aspirations.

In a nutshell, for resolving the current financial debacle faced by many countries surfaces as a result of reckless risk taking and lack of financial discipline that the whole spectrum of shariah frown upon, the Islamic banks have to be far away from debt based financing because it is such a tool that lead economy into deep crisis. Thus with the proliferation of Islamic financial instruments done by Islamic banks, the objectives of shariah would be universally realized. Thus the central objective of asset based as professed by Islamic financial industry is geared to eradicate “riba” or interest and established the norms of socio-economic justice and equality that conventional financial industry is greatly lacking. At the end of the day, if Islamic banking and finance put serious effort to counter what conventional financial industry is greatly lacking, we believe that Islamic banking and finance can be institutions epitomizing the objective of shari’ah in the whole economy.

References

Al-Zuhayli, D. W. (2003). Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh (Fiqh dan Perundangan Islam). translated by Dr. Ahamd Shahbari Salamon. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asyraf Wajdi, and Nurdianawati Irwani Abdullah. (2006). The Ideal Of Islamic Banking: Chasing A Mirage? Retrieved January 16, 2009, from www.asyrafwajdi.com/download.php?f=0013(downloaded-from-asyrafwajdi.com).pdf
Mehmet Asutay. (2007). Conceptualisation of the second best solution in overcoming the social failure of Islamic finance: Examining the overpowering of homoislamicus by homoeconomicus. IIUM Journal of Economics and Management 2007, 15, 1-17.
Mohammed Akacem, and Gilliam, Lynde. (2002). Principles Of Islamic Banking: Debt Versus Equity Financing, Middle East Policy, 9 (1), p124-138.
Munawar Iqbal, and Molyneux, P. (2005). Thirty Years of Islamic Banking: History, Performance and Prospects. London: Palgrave Macmillan.
Ibn Yusof
13 February 2009
11.20 a.m

Tuesday, February 3, 2009

Boikot Biar Bijak

Jadual yang agak padat semester ini ditambah pula dengan tugasan yang bertimbun menyebabkan saya kekurangan masa untuk menulis. Walaubagaimanapun, tugasan subjek yang diambil semester ini lebih banyak membuatkan saya menghabiskan masa lapang membaca kertas kerja dan menghadiri beberapa talk dan conference bagi menambah ilmu. Sangat banyak perkara yang ingin dikongsi bersama para pembaca tentang pengalaman dan ilmu yang saya perolehi kebelakangan ini, antaranya talk Datuk Supperamaniam selaku bekas ambassador Malaysia dalam World Trade Organization (WTO). Di bawah saya sertakan beberapa coretan yang masih terpalit dalam ingatan yang wajar dikongsikan bersama.

Kepentingan mempunyai suatu badan yang mampu mengawal perdangangan antarabangsa selepas majoriti negara terkesan akibat Perang Dunia ke-2 membawa kepada penubuhan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) pada tahun 1947. Selepas mengulas panjang lebar berkenaan sejarah penubuhan GATT, beliau seterusnya membincangkan tentang penubuhan WTO selepas GATT ditamatkan hayatnya pada tahun 1994. Pendedahan kepincangan yang berlaku di dalam WTO sendiri dijelaskan beliau bahawa WTO sebenarnya adalah badan yang lebih menekankan kepada keistimewaan negara maju seperti US dan Eropah. Hal ini adalah kerana statistik jelas menunjukkan negara maju lebih banyak memperoleh keistimewaan berbanding negara membangun.

Pertanian yang merupakan harapan kebanyakan negara membangun tidak dikemas kini walaupun wujud Council of Agriculture di dalam WTO. Kepentingan berkenaan wujudnya Dispute Settlement Mechanism dalam WTO juga dianggap sebagai seusatu yang perlu untuk melindungi hak dan nasib negara-negara membangun daripada dimanipulasi oleh negara-negara maju. Tetapi beliau menyangkal logika salah satu klause di dalam Dispute Settlement Mechanism yang menyatakan negara membangun boleh melakukan sanction (hukuman terhadap pelanggar ) terhadap negara maju.
Secara umumnya cabaran yang dihadapi negara membangun dan negara yang kurang berkembang ialah tiadanya integrasi dalam perdagangan antara mereka dengan negara maju. Rules of International Trade yang ditetapkan sebenarnya lebih memihak kepada negara maju berbanding negara ahli keseluruhanya. Persoalan yang cuba disuntik oleh mereka (negara maju) bukan berkisar tentang hal ehwal perdagangan semata akan tetapi turut mengambil kira isu-isu persekitaran, social, para pekerja, hak asasi manusia dan sebagainya untuk dibawa masuk dan dijadikan standard.

Secara logiknya WTO yang dikuasai negara maju ini kelihatan prihatin dengan cuba membawa isu-isu selain hal ehwal perdagangan ke dalam standard agar dipatuhi semua ahli. Akan tetapi jika difikirkan secara kritis mereka mempunyai tujuan-tujuan tertentu agar perkara-perkara itu diambil kira dan dijadikan standard agar semua ahli patuh pada apa yang telah ditetapkan. Antara sebabnya ialah untuk tujuan komersial, menghalang persaingan dari negara membangun dan pembangunan negara lain.

Sebagai contoh, isu pekerja buruh jika dimasukkan ke dalam Rules of International Trade sebagai salah satu standard yang mesti dipatuhi dengan beberapa ketetapan seperti umur, gaji dan sebagainya. Negara membangun yang mampu memperoleh pekerja buruh dengan mudah terpaksa pula mematuhi standard yang ditetapkan dan hasilnya kos produksi akan meningkat dan barangan daripada negara membangun akan menghadapi kesan kenaikan harga sekaligus memberi keuntungan kepada barangan yang dikeluarkan oleh negara maju apabila jurang persaingan dapat dikurangkan. Inilah beberapa sikap cilik mereka (negara maju) dalam memanipulasi perjanjian dan standard bagi merugikan negara membangun patah lagi negara yang kurang berkembang.Bicara soal isu boikot pula, Datuk Supperamaniam mengambil pandangan bahawa memboikot adalah suatu isu yang lebih melibatkan emosi, ianya tidak ditangangi dengan hikmah oleh rakyat Malaysia apabila hakikatnya kita mempunyai hubungan simbiosis dengan US (tidak disentuh isu memboikot produk Yahudi). Beliau melihat dari sudut ekonomi yang mana Malaysia fakta perdangan Malaysia-US menunjukkan, “Malaysia is the United States’ largest trading partner in South East Asia and the10th largest trading partner in the world. The U.S. had more than $44 billion in two-way trade with Malaysia in 2005, 60 percent more than our trade with India and about a quarter of our trade with Japan. Malaysia is an upper middle income economy of 27 million people, with a GDP of almost $250 billion in 2005. Malaysia’s economy has grown an average of 5 percent a year for the past ten years” (sumber: www.ustr.gov).

Fakta sedemikian digunakan juga oleh Bernama apabila menyatakan, “In 2006, Malaysia was the 10th largest trading partner of the U.S. with a trade balance of RM158.1 billion which represents 16 percent of Malaysia’s trade activity, with exports to the U.S. of RM102.3 billion or 18.8 percent of Malaysia’s total trade. According to government statistics, the U.S. was the fourth largest foreign investor in 2006, with RM8.5 billion in FDI (Foreign Direct Investment) approvals, and is the largest foreign investor on a cumulative basis, with over RM105.4 billion of capital invested in the Malaysian economy. The biggest contributor to the growth in trade between Malaysian and the U.S would be the semiconductor industry. In 2006, the Malaysian American Electronics Industry (MAEI) employed more than 54,000 workers here” (sumber:Bernama).

Barangkali mereka yang mengambil pandangan isu memboikot inilah adalah isu kewajiban bagi menentang keganasan, dan ada pula yang memboikot kerana terpaksa, lebih teruk jika ada yang memboikot membuta tuli. Walau bagaimanapun, saya (selaku seorang muslim dan pelajar ekonomi) bersetuju secara dasarnya dengan pandangan beliau, saya tetap merasakan kita perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam memboikot produk US dan Israel. Sebelum para pembaca menuduh saya pro-Amerika atau pro-Yahudi, ada baiknya jika teruskan membaca sehingga akhir penulisan ini.

Hal ini adalah kerana pemboikotan ini melibatkan perdagangan antarabangsa, bukan sahaja melibatkan produk domestik, akan tetapi produk antarabangsa secara menyeluruh. Saya bersetuju dengan pandangan yang dilaungkan oleh para ustaz yang menyatakan boikot ini adalah isu aqidah, al-wala’ wal-bara dan sebagainya. Maka dengan rendah dirinya saya menyatakan aqidah yang sahih mengajar kita menjadi bijak dan berhikmah.

Pemboikotan ini perlu dilaksana secara bijak dan adil untuk mengelak daripada kita tergolong dalam golongan yang memboikot membuta tuli, atau kerana mengikut arus persekitaran. Jika tidak hasilnya jadilah pemboikotan yang bermusim, apabila ianya tidak didasari dengan kefahaman dan ketaatan. Lihat sahaja usaha boikot kini yang lebih berbentuk mikro, tetapi yang kaya raya menabur duit atas dasar persahabatan bersama musuh utama.

Aqidah itu perkara besar yang perlu diambil kira, akan tetapi jangan lupa Maqasid Syariah yang wujud maslahah umum dan individu di dalamnya, jangan lupa juga beza keperluan (daruriyat), kehendak (hajiyyat). dan kemewahan (tahsiniyat) yang menjadi kayu ukurnya.

Atas dasar itu saya amat bersetuju dengan jawapan Bro. Mustafa Omar apabila disoal tentang boikot umat Islam pada barangan US dan Israel. Jawapannya yang umum sekurang-kurangnya menggerakkan daya fikir agar tidak memboikot membuta tuli apabila jawapan beliau menggabungkan kefahaman aqidah dan maqasid al-shariah. Setiap barangan yang dicadangkan bagi tujuan pemboikotan perlu dinilai kategori kepentingannya, baik ianya bersifat keperluan (necessities), sebagai pelengkap (complement), atau hanya penghiasan (embellishment) semata.

Barangan keperluan (necessities) dan pelengkap (complement) ini jika diboikot barangkali akan lebih mendatangkan mafsadah (keburukan) berbanding maslahah (kebaikan). Sebagai contoh, ubat-ubatan yang diimport daripada US barangkali menjadi keperluan bagi sesetengah pesakit yang mana jika turut diboikot akan mendatangkan mudarat kepada dirinya. Hal yang sama berlaku jika memboikot barangan pelengkap, Malaysia terkenal sebagai pusat pemasangan komputer dari Negara luar yang mana jika diboikot akan menyebabkan impak ekonomi kerana kebergantungan Malaysia selaku pengimport terbesar dunia dalam barangan elektronikal.

Adapun barangan penghiasan (embellishment) seperti Starbucks, McDonald’s, Coca-Cola dan sepertinya adalah wajar. Tidak pernah lagi kes mati kempunan menikmati hidangan McDonald’s berlaku di Malaysia. Maka saya sangat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mencadangkan kempen selective boycott. Ianya lebih berstategi daripada cadangan ‘berani mati’ sesetengah pihak agar memboikot membuti tuli baik berhujahkan aqidah apatah lagi jika sekadar pengaruh persekitaran.

Cuma sahaja isu yang saya rasakan perlu ditekankan dalam usaha pemboikotan ini oleh badan-badan seperti PPIM dan sebagainya, kesedaran yang ingin dipupuk dalam masyarakat akan lebih utuh jika mereka dibuktikan dengan kesahihan berita saluran wang kepada musuh Islam. Masih ada suara masyarakat boikot kerana mereka mendapat tahu ianya perlu diboikot, apabila ditanya kenapa perlu diboikot, jawapan standard ialah kerana syarikat-syarikat ini menyalurkan keuntungan mereka kepada tentera Israel,musuh Islam. Tetapi jika soalan itu berlanjutan sehingga bertanyakan bukti pernyataan, maka ada yang mengangkat kedua bahu mereka tanda tidak mempunyai kepastian dalam hal ini. Saya merasakan memupuk sikap tabayyun (meneliti) juga perlu ditekankan agar kita tidak memboikot kerana tahu, tetapi kita memboikot kerana kita faham, dan barulah hasilnya ‘mengancam’. Oleh itu, "Boikot Biar Bijak".


Wallahu’allam.

Ibn Yusof
3 Februari 2009 / 8 Safar 1430
6.30 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com