Tuesday, November 13, 2007

“Jom Jidal!”

Pengalaman turut serta sebagai komiti bertugas dalam program debat dari pingkat menengah sehinggalah peringkat antarabangsa sedikit sebanyak membantu penulis memahami gelanggang yang diharungi para pendebat.Baik dari yang berpengalaman sehinggalah mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perdebatan ini,semuanya mempunyai matlamat tersendiri. Tetapi apabila mereka terjun dalam gelanggang perdebatan,matlamat mereka hanya satu, ‘Aku Nak Menang!’.

Itulah hakikatnya apabila pendebat-pendebat baik dari pihak kerajaan hinggalah pihak pembangkang semuanya ingin mencarik-carik hujah pihak musuh supaya dapat merangkul kemenangan,walaupun tajuk yang mereka terpaksa pertahankan kadang-kala adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan mereka. Penulis bukan bermaksud memandang rendah para pendebat tetapi sebaliknya memuji mereka yang mampu berfikiran kritis dan kreatif untuk mengeluarkan hujah-hujah mereka demi mempertahankan topik yang didebatkan.Ia mengasah ketajaman minda para pendebat bersama cara mereka dari semua segi.Tidak semua orang mampu dan berani terjun dalam medan perdebatan baik dalam pertandingan mahupun realiti.

Bak kata Dato’ Seri Najib dalam ucapan beliau semasa menghadiri pertandingan akhir debat antara sekolah-sekolah menengah yang penulis turut hadir sama,beliau menyatakan beliau kagum dengan kemampuan para pendebat yang semuanya berusia muda, tetapi bezanya pendebat dan ahli politik ialah apabila ahli politik berhujah mereka akan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas setiap ayat yang diucapkan.Bagi penulis ianya sudah tentu kerana betapa lemah dan teruknya hujah atau alasan yang mereka ahli politik kemukakan,ianya tetap mendapat sokongan daripada orang jahil yang memuja mereka.

Para pendebat hanya mempunyai hujah,hujah hasil daripada pemikiran kritis mereka.itulah senjata utama yang mereka gunakan apabila memasuki dalam medan perdebatan.Mereka harus bijak dalam menyusun setiap hujah dan gaya penyampaian mereka umpama pahlawan samurai yang bersiap sedia untuk menghayunkan ‘katana’ mereka pada bila-bila masa.Berdebat tidaklah sukar jika kita mempunyai ilmu dan kebolehan dalam menyampaikan hujah walaupun dengan cara yang salah.Dalam dunia siber sebagai contoh,gelanggang untuk berdebat sentiasa terbuka luas pada siapa-siapa yang merasakan diri mereka kecil dalam dunia luar dan ingin berlagak besar dalam dunia virtual. Dunia tanpa sempadan dan semua maklumat seperti di hujung jari menyenangkan amalan ‘copy & paste’. Maka wujudlah pendebat-pendebat di sekitar forum-forum dan blog-blog mencabar antara satu sama lain,baik puak-puak mahupun geng-geng.Matlamat mereka semuanya sama seperti para pendebat dalam pertandingan debat,yang penting bagi mereka ‘Aku Nak Menang!’.

Dalam apa jua topic yang didebatkan termasuklah dalam bab-bab agama,tidak mustahil kita akan berhadapan dengan mereka yang berdebat bukan untuk mencari kebenaran,tetapi mencari kemenangan.Maka tidaklah mustahil jika kita berhadapan dengan situasi yang mana sumber dari mana maklumat yang dianggap benar itu diperolehi, tidak mahu dikongsikan bersama kerana khuatir kesahihannya dipersoalkan.

مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللهِ إِلاَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوا فَلاَ يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلاَدِ

“Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.” [Ghafir 40: 4]


Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang lain:-

إِنَّ الَّذِيْنَ يُجَادِلُوْنَ فِي آيَاتِ اللهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ إِنْ فِي صُدُوْرِهِمْ إِلاَّ كِبْرٌ مَا هُمْ بِبَالِغِيْهِ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

“Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Ghafir 40: 56]

Maka janganlah kita yang berdiri atas nama kebenaran mencabar sesama muslim untuk berdebat kerana ianya tidak lain hanya merugikan kita dan merosakkan hubungan sesama saudara. Kesalahan yang nyata apabila kita menjadikan dakwah dan islah sesama manusia sebagai alternatif.Ia seharusnya menjadi prioriti kita sebelum memilih perdebatan sebagai jalan utama. Apakah dengan menyampaikan risalah Islam dengan cara berdebat kita mampu mengajak pihak lawan kita akur dan serta merta bergembleng tenaga untuk berkerjasama dengan kita?Mereka yang suka berdebat ini tidaklah cuba menyampaikan kebenaran selain matlamat utama untuk membantah hujah pihak lawan seperti mana. firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

مَا ضَرَبُوْهُ لَكَ إِلاَّ جَدَلاً بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُوْنَ

“Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.”[Az-Zukhruf 43:58]

Bagi para pendokong Islam pula,ada yang mudah terperangkap dengan nafsu amarah apabila suka terjun dalam medan perdebatan apabila berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka tanpa mengenal mad’u dengan lebih jelas dengan cuba memahami mad’u yang mungkin jahil ataupun dalam keadaan terpaksa. Berhujah dengan lantang tanpa sikap tolak ansur dan hikmah,maka tidak mustahillah apabila Islam selalu disalah ertikan sebagai agama yang suka menghukum.Seharusnya kita merenung walaupun kita mungkin di pihak yang benar,ataupun mungkin kita yang memenangi perdebatan,mengapakah kebenaran yang dibawa masih sukar diterima?

Demikian pula Al-Imam Ahmad rahimahullahu mengatakan:

“Pokok-pokok ajaran As-Sunnah menurut kami adalah: berpegang teguh di atas metod para sahabat Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengikuti mereka, dan meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah adalah sesat. Dan meninggalkan pertengkaran serta duduk bersama pengekor hawa nafsu, juga meninggalkan dialog dan berdebat serta bertengkar dalam agama ini.” [Syarh Al-Lalika`i, 1/156, Mauqif Ahlis Sunnah, Ar-Ruhaili 2/591]

Apa yang dibincangkan sebelum ini adalah masalah-masalah dalam berdebat,penulis tidak menafikan bolehnya berdebat dalam Islam seperti yang pernah dilakukan oleh para nabi dan ulama-ulama salaf. Tetapi ianya tidak terlepas daripada beberapa penilaian untuk membenarkannya iaitu bergantung kepada keadaan,tujuan dan maksud dari perdebatan tersebut. Debat tidak selamanya tercela, bahkan kadang-kala sebuah kebenaran itu terkuak melalui perdebatan. Debat dengan dengan cara yang baik adalah sejalan dengan firman Allah :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik”

[An Nahl 16:125]

Ini kerana jika tidak wujud garis panduan,perkara yang diperdebatkan akan berakhir dengan pertengkaran dan perselisihan faham antara satu sama lain.Berapa ramai anak muda kini yang ghairah untuk berdebat atas nama kebenaran sedangkan mereka hanya ingin bongkak dengan kemenangan,dan mereka terpaling dari niat asal dalam menyampaikan kebenaran.Jika ini kesannya maka ia bukanlah cara yang dituntut Islam dalam menyampaikan kebenaran.

Kini dapat kita lihat, hanya sahaja mereka yang baru berguru berkobar-kobar semangatnya mahu berdebat dengan para ilmuan,berdiri sambil mengeluarkan hujah dengan gahnya sambil memegang buku nota.Akhirnay sikap suka berdebat ini tidak ubah seperti kisah-kisah samurai yang pergi dari satu ‘dojo’ ke satu ‘dojo’ mencabar pihak lawan yang terkuat untuk kepuasan diri.Sikap inilah yang dilarang dalam Islam.Perkara ini pernah penulis lihat dalam kuliah agama yang dianjurkan apabila seorang pelajar bangun dan mengutarakan hujahnya seolah-olah ingin berdebat dengan memotong kata-kata ustaz yang sedang berceramah. Dan mereka yang menyokong hujah pelajar tersebut bangga dengan menyatakan ustaz tersebut kalah dalam ‘perdebatan’ itu.Kisah ini boleh dijadikan tauladan seperti apa yang dikatakan Abu Bakr Al-Ajurri rahimahullahu:-

“Jika orang yang menanyakan permasalahannya kepadamu adalah orang yang mengharapkan bimbingan kepada al-haq dan bukan perdebatan, maka bimbinglah dia dengan cara yang terbaik dengan penjelasan. Bimbinglah dia dengan ilmu dari Al-Kitab dan As-Sunnah, perkataan para shahabat dan ucapan para imam kaum muslimin. Dan jika dia ingin mendebatmu, maka inilah yang dibenci oleh para ulama, dan berhati-hatilah engkau terhadap agamamu.”

Dan beliau ditanya lagi “Apakah kita biarkan mereka berbicara dengan kebatilan dan kita mendiamkan mereka?”

Maka katakan kepadanya: “Diamnya engkau dari mereka dan engkau meninggalkan mereka dalam apa yang mereka bicarakan itu lebih besar pengaruhnya atas mereka daripada engkau berdebat dengannya. Itulah yang diucapkan oleh para ulama terdahulu dari ulama salafush shalih kaum muslimin.”[Lammud Durr, Jamal Al-Haritsi hal. 160-162]

Dari dialog di atas akhirnya penulis memahami mengapa ustaz tersebut cuba menerangkan topik tersebut pada awalnya dan mengakhirinya dengan mengelak untuk terus membincangkan perkara tersebut dalam ruang lingkup ahlu kalam kerana perdebatan yang diteruskan itu tidak akan membawa kepada titik persefahaman tetapi barangkali perselisihan antara satu sama lain.

Akhir kata,perdebatan hanyalah alternatif terakhir yang seharusnya kita gunakan apabila betul tujuan dan maksudnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyampaikan risalahnya dengan cara berdebat semata.Malah beliau membencinya seperti mana yang diriwayatkan dari hadits Aisyah radhiyallahu 'anha berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلىَ اللهِ اْلأَلَدُّ الْخَصِمُ

“Orang yang paling dibenci Allah adalah yang suka berdebat.”[Muttafaq Alaihi]

Perbetulkan niat serta cara dakwah dan berislah.Semoga coretan yang sedikit ini mampu memberi kita kaum muslimin sedikit manfaat insyaAllah.

Wallhua’lam.


Ibn Yusof

14 November 2007 / 4 Zulkaedah 1428

1:39 a.m

www.ibnyusof.blogspot.com

Sunday, November 11, 2007

‘Diari’ Semester 1 (07/08)


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya saya dapat mengakhiri semester 1 tahun ini dengan berbagai pengalaman suka duka.InsyaAllah tulisan kali ini akan saya kongsikan beberapa kisah untuk pengajaran bersama.Banyak yang berlaku sepanjang semester ini dan saya bukanlah jenis yang menjadikan blog ini seperti diari untuk tatapan umum kerana saya lebih suka memendam kisah hidup kecuali jika kisah tersebut dapat dikongsikan bersama untuk kita jadikan pengajaran.Seperti semester-semester lepas insyaAllah saya akan kongsikan bersama hasil kajian saya dalam beberapa subjek yang diambil sepanjang semester ini.Semester ini antara kajian yang sempat dibuat dalam subjek Intermidiate Macroeconomics 2 iaitu berkenaan artikel "Hopes Floats with Ringgit De-Peg & Islamic Solution with Gold Dinar” yang insyaAllah akan saya kongsikan bersama dalam tulisan seterusnya.

Kebanyakan waktu dalam semester ini saya agak sibuk dengan pengurusan program ‘The Inaugural Malaysian Intervarsity Economics Debating Championship’pada 18 hingga 20 Ogos lepas,program yang bersifat antarabangsa ini begitu mencabar kredibiliti apabila pengurusan tersebut perlu bersifat profesional dari awal hingga ke akhir program.Peluang memegang jawatan sebagai koordinator program memang mencabar dan memberi peluang kepada saya untuk melatih keupayaan memimpin dan menguruskan program.Hampir putus asa dengan kepayahan pengurusan program ini membuatkan saya cuba bersikap positif dengan menyedari bahawa ianya merupakan satu amanah yang perlu saya pikul apabila sahabat karib merangkap pengarah program tersebut melantik saya menjadi koordinator program.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui (akibatnya)."

[Al-Anfal 8:27]

Jika sebelum ini sekadar menganjurkan program di dalam kuliyyah sahaja kini saya bersyukur mempunyai pengalaman menguruskan program sebegini.Penat lelah separuh semester berbaloi apabila program ini berjaya dilansungkan dengan lancar dari awal hingga akhir walaupun terjadi beberapa insiden yang mencabar pihak pengurusan dalam melaksanakan tugas masing-masing.Walaubagaimanapun,kenangan yang paling manis ialah apabila mendapat kenalan daripada luar negara dan mendapat sahabat-sahabat baru dari kalangan komiti bertugas.

Program tersebut sedikit sebanyak mengganggu pelajaran saya tetapi alhamdulillah perasaan lega selepas selesai program tersebut menyebabkan saya bersemangat menumpukan sisa-sisa semester yang ada pada pelajaran memandangkan keputusan peperiksaan pertengahan semester tidak begitu memberansangkan.Alhamdulillah apabila markah persembahan dalam semua subjek sedikit sebanyak membantu ‘carry mark’ untuk meneruskan peperiksaan akhir.Antara persembahan yang mendapat markah tertinggi adalah berkenaan"Hopes Floats with Ringgit De-Peg & Islamic Solution with Gold Dinar” dalam subjek Macroeconomics seperti yang saya nyatakan sebelum ini dan persembahan terhadap topik “Sejarah dan Asal Usul Maqasid Syariah” dalam subjek Usul Fiqh 2. Walaupun perasaan awal semester lebih berkobar-kobar untuk membentangkan tajuk “Ayat-ayat yang tidak jelas di dalam Quran” yang mencakupi perbincangan tentang ayat Khafi,Musykil,Mujmal dan Mutasyabih,saya terpaksa memilih tajuk yang lain kerana tajuk tersebut telahpun dipersembahkan oleh sahabat yang lain.Apa-apapun,rakan-rakan sekelas menunjukkan kefahaman yang lebih jelas tentang tajuk tersebut berbanding sesetengah pihak yang tidak mempunyai ilmu berkenaan perkara tersebut tetapi cuba berlagak pandai dengan membincangkan topik ini secara terbuka baik dalam perbualan harian mahupun sebaran email.Teringat saya amaran Allah dalam Al-Quran:-

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِي

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”
[An-Nur:15]


Semester ini terus berlalu sehingga memasuki bulan penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan.Berpeluang solat di masjid UIA sememangnya satu suasana yang menyeronokkan kerana imam-imam yang terpilih dengan gaya bacaan tersendiri membuatkan solat tarawikh di masjid tersebut dipenuhi pelajar dan orang luar.Penghayatan dalam bacaan para imam memberi kesan kepada makmum yang mengikuti mereka.Di hujung 10 malam terkakhir Ramadhan saya dan rakan-rakan juga sempat bersama-sama menghidupkan malam-malam terakhir di masjid.Waktu tidur sewaktu malam-malam terakhir Ramadhan memang tunggang langgang sehingga saya terlepas beberapa kelas pada waktu pagi.Memikirkan yang ajal semakin hampir membuatkan saya tidak mahu terlepas malam lailatul qadar.Wallhua’lam.

Di hujung bulan Ramadhan saya juga sempat menganjurkan program iftar (berbuka puasa) di kuliyyah dan alhamdulillah saya berkesempatan menjemput Ustaz Fadlan seorang pensyarah dari UKM untuk memberi tazkirah selepas solat maghrib berjemaah,akan tetapi saya agak kesal kerana terjadi beberapa insiden hasil dari salah faham sahabat-sahabat yang hadir.Terdengar kritikan-kritikan dari sahabat-sahabat yang hadir mempersoalkan mazhab imam yang dilantik malam itu (Isya’ diimami oleh saya dan solat tarawikh oleh sahabat yang lain) membuatkan saya sedikit terkilan dan cuba bersangka baik terhadap mereka yang barangkali tidak biasa apabila imam mengsirrkan bacaan basmalah dan zikir selepas solat.Salah faham yang terjadi lebih ketara apabila saya memilih untuk tidak adanya selawat di antara solat tarawikh akan tetapi sahabat saya tetap dengan pandangannya untuk berselawat di antara solat tarawikh seolah-olah tidak sah solat tarawikh tanpanya.Apa yang saya terfikir dalam hal ini ialah bak kata Karl Popper:-

"You may be right and I may be wrong but with an effort, together we may get nearer the truth."

Alhamdulillah berkat tolak ansur dari semua pihak menyebakan program tersebut tamat seperti yang dirancang.Perkara ranting seharusnya dielakkan dari menjadi persoalan kerana kadang kala ia mampu menjadi punca pertelingkahan dan salah faham.

Lebih menyedihkan apabila sesudah majlis tamat sahabat-sahabat berkumpul sambil memperkatakan tentang bacaan imam ,mereka mempersoalkan bacaan imam yang mengetuai dalam solat tersebut seolah-olah tidak pernah mengetahui cara menegur imam (walaupun perkara yang dipersoalakan hanyalah berkenaan cara bacaan bukannya kesalahan yang melibatkan rukun solat).Alhamdulillah saya sempat memberi sepatah dua kata selepas tamat program untuk menguraikan salah faham yang berlaku,jika tidak pada semua yang hadir sekurang-kurangnya pada komiti bertugas kerana apa yang berlaku perlu dibetulkan kerana faktor penyebab tumbuh suburnya ghibah, akibat su-uzhan yang mengendap pada jiwa seseorang. Kemudian dengan mudah akan keluar perkataan yang kotor dan keji, saling mengejek, saling membuka aib dan rahsia, sehingga wujud permusuhan, dendam dan sakit hati.Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw. telah menjelaskan tentang ghibah. Beliau bersabda:

"Tahukah kamu apakah ghibah itu?" Hanya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, jawab para sahabat. Nabi bersabda: "Yaitu menyebut saudaramu dengan apa-apa yang tidak suka disebutnya." Rasulullah ditanya para sahabat: Bagaimana pendapatmu, ya Rasulullah, kalau itu memang yang sebenarnya ada padanya? "Kalau memang begitu, itulah yang bernama ghibah. Tetapi jikalau menyebut apa-apa yang tidak sebenarnya, berarti kamu telah menuduhnya dengan kebohongan (buhtan: yang lebih besar dosanya)," jawab Nabi Saw.

[HR. Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah ra.]

Selepas Eidul Fitri,saya terpaksa bersedia pula mental dan fizikal bukan untuk menduduki peperiksaan akhir semester tetapi untuk menghadapi pemilihan dalam “General Election of Kuliyyah Economics and Management and Science”.Pengalaman bertanding untuk ‘merebut’ jawatan atau kerusi Director of Da’wah and Tarbiyyah sememangnya mencabar kerana saya berhadapan dengan sahabat baik saya sendiri sebagai lawan.Saya cuba untuk berfikiran positif dengan membetulkan niat kerana sebagai seorang muslim kita tidak berhajat pada jawatan kerana ianya pada saya hanyalah satu wasilah untuk meneruskan perjuangan dalam memelihara persekitaran Islamiyyah di dalam kuliyyah ekonomi sendiri.Akhirnya, kegagalan tipis dalam undi untuk memungkinkan saya dalam menjawat jawatan tersebut tidak membuatkan saya rasa sedih.Ia sememangnya satu jawatan yang hangat dipertandingkan dan saya juga tidak merasa bangga jika memenanginya kerana melalui sistem undian atau sistem demokrasi,sesiapa sahaja mungkin menang. Mereka yang hadir untuk mengundi pada malam tersebut kebanyakan mengundi tanpa mengetahui bagaimana saya bekerja,bagaimana saya memikul amanah dan apakah saya layak menjawat jawatan tersebut.

Undian boleh jadi kerana perwatakan seseorang itu,ataupun kecantikan atau ketampanan wajahnya,tetapi tidak memungkinkan kita mengetahui cara bekerja dan pimpinan calon yang diundi melainkan kita pernah bekerja di bawah pimpinan calon atau pernah memimpin calon dalam apa-apa program.Hanya dengan cara ini kita mengetahui latar belakang calon dengan lebih jelas berbanding hadirin yang hadir mengundi tanpa mengenali calon.Maka jelas sesungguhnya sistem syura yang diiktiraf dalam Islam lebih adil dan tepat kerana dalam syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti berikut :

"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah ...."

Apa yang tertulis di sini bukanlah hasil perasaan tidak puas hati terhadap kekalahan dalam menjawat jawatan tersebut yang menggunakan system demokrasi tetapi hasil pemikiran dan pemahaman saya secara ilmiah tentang perkara yang terjadi.Kekalahan dalam menjawat jawatan tersebut besar hikmahnya jika difikirkan dari sudut yang positif dan alhamdulillah saya mulai nampak hikmahnya apabila ramai sahabat yang ambil berat tentang perkara tersebut dan malam tersebut menjadi saksi tentang siapa kawan dan siapa lawan apabila saya diberitahu tersebarnya berita bahawa hadirin yang hadir mengundi dimomokkan supaya tidak mengundi saya yang beraliran wahabi dan sesat.Walaupun berita ini dikhabarkan pada saya, saya masih cuba berfikiran positif bahawa mereka yang menyebarkan berita sebegini tidak lain disebabkan ingin sahabat mereka dapat menjawat jawatan tersebut. Menang atau kalah bukanlah perkara utama kerana ukhwah yang terbina adalah lebih penting untuk dijaga.Dan mereka tetap merupakan sahabat-sahabat saya .

Selang beberapa hari dari pemilihan tersebut,ada juga persoalan-persoalan yang timbul hasil kekalahan saya dalam pemilihan tersebut dari sahabat-sahabat yang lain.Presiden baru yang menang sendiri datang pada saya memberitahu beliau ingin menubuhkan secretariat lain dan ingin saya memimpinnya. Pembukaan 4 sekretariat lain membuka peluang kepada mereka yang kalah dalam pemilihan pada tempoh hari untuk mencuba nasib sekali lagi tetapi kali ini bukan dalam bentuk undian,tetapi dalam bentuk temuduga.Saya mendapat sms supaya hadir segera jika berkeinginan terhadap jawatan tersebut tetapi saya menolak kerana mereka yang berbondong-bondong untuk menjawat jawatan tersebut sendiri tidak mengetahui tujuan penubuhan 4 sekretariat baru tersebut dan saya bukanlah jenis yang ingin muka terpampang dalam poster dengan menjawat sesuatu jawatan tanpa mengetahui matlamat memimpin sekretariat tersebut.

Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkara kepakaran tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itu dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:-

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu”
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim.jilid 15, m.s. 19]

Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi sekarang,walupun tidak memiliki apa-apa jawatan penting,sahabat-sahabat masih datang pada saya untuk bekerjasama menjalankan apa-apa program yang bermanfaat.para pembaca berhak mengkritik tetapi jika para pembaca berada dalam posisi saya persepsi para pembaca mungkin berubah.Hari terus berlau dan cuti semester ini insyaAllah akan saya isikan dengan program-program da’wah yang bermanfaat.Saya berharap ilmu akan bertambah sepanjang cuti semester kali ini dengan program-program yang diikuti.InsyaAllah akan saya coretkan apa-apa yang bermanfaat untuk dikongsi bersama di artikel seterusnya.

Wallhua’lam.

Ibn Yusof
11 November 2007 / 29 Syawal 1428
12:34 a.m
www.ibnyusof.blogspot.com

Friday, November 9, 2007

Pejuang Sunnah

Lumrah hidup pejuang sunnah
bukan hanya mengembara dan berkelana

bukan hanya jubah singkat dan solat semata

beramal dengan ilmu

bicara dengan hujah

diselimuti ketabahan

disuntik kecekalan


Lumrah hidup pejuang sunnah

hadapi fatamorgana hidup

di bawah naungan rendang pohon iman

menyangga akar aqidah yang tersirat

hanya dipandang asing kerana ranting

berhayun di ranting yang kukuh

hasil akar tunjang yang padu

hasil buah fikir yang jitu


Bangkit semangat pejuang

mencari ruang dalam peluang

Jangan gelar dirimu perindu al-Haq

jika amalan semuanya ciplak

Jangan gelar dirimu pejuang sunnah

jika gentar dicalit fitnah

Jangan gelar dirimu pencinta Rasulullah

jika takut nak berdakwah


Demi Allah yang semua jiwa di tanganNya

semangat kental membelah samudera

niat murni menggapai tujuan

menyampaikan sunnah dengan sunnah.





Ibn Yusof
9 November 2007 / 28 Syawal 1428
6.25 p.m.
www.ibnyusof.blogspot.com

Wednesday, October 10, 2007

Raya Sakan:Siapa Jadi Ikutan?



‘Eidul Fitri merupakan satu peristiwa yang membawa makna satu makna yang berlainan bagi setiap individu.Baik kerana makanan yang enak-enak,berhelai-helai baju raya baru,balik kampung,duit raya dan sebagainya.Semua contoh yang diberikan merupakan perkara biasa yang berlegar di fikiran masyarakat secara umumnya.Namun barangkali berapa ramai di antara kita yang memikirkan ianya juga merupakan salah satu ibadah dalam mencontohi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam merayakan ‘Eidul Fitri?

Islam tidak mengongkong umatnya bergembira malah membolehkan umatnya untuk mengungkapkan perasaan bahagia dan bersenang-senang pada hari ‘Eidul Fitri tersebut.Cuma apa yang disedihkan ialah kemeriahan ingin menyambut ‘Eidul Fitri kadang kala mengatasi kegembiraan orang-orang alim menyambut 10 malam terakhir Ramadhan. Lampu-lampu minyak dan lampu warna-warni menerangi 10 malam terakhir Ramadhan merupakan satu adat yang kadang kala dianggap seolah-olah seperti syariat bagi sesetengah pihak. Perkara ini amat berbeza sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadhan yang Mubarak ini.

Tetapi masyarakat kini,apabila tiba minggu-minggu terakhir Ramadhan, surau-surau dan masjid-masjid semakin lama semakin kurang isinya kerana masyarakat lebih sibuk bersiap-sedia menyambut kedatangan ‘Eidul Fitri.Inilah hakikat,maka tidak hairanlah bagi sesetengah pihak yang menyambut sakan kedatangan ‘Eidul Fitri saban tahun memakan biaya yang besar.

Wahai kaum muslimin dan muslimat, ‘Eidul Fitri adalah sama seperti amalan atau ritual-ritual agama yang lain,prosesnya tidak terlepas dari aturan syariat yang mana ianya harus ditentukan seperti mana keinginan syariat dalam menghayati kedatangannya.Apabila kita memahami makna sambutan ‘Eidul Fitri seperti mana kehendak syariat maka tentu banyak adat-adat yang dibiasakan saban tahun dapat dikurangkan kerana ‘Eidul Fitri bukanlah seharusnya dirayakan dengan baju raya yang baru,dengan duit raya yang tebal, menyiapkan makanan yang enak-enak, mahupun dengan ziarah-menziarahi yang hanya dilakukan setahun sekali.Ini kerana dengan mengetahui bimbingan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam beridul Fitri maka kita tidak perlu berbelanja besar dan semuanya akan terasa lebih mudah dan sempurna.

Sebelum kita mengambil kira adakah langsir rumah tahun ini harus diganti dengan yang baru dan sebagainya Berikut ini disertakan sedikit penjelasan tentang bimbingan syariat dalam beridul Fitri berdasarkan hadith sahih dari baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang mana sunnah-sunnah ini seharusnya diberikan lebih prioriti.

Ada apa dengan Eid?

Ibnu Taimiyyah berkata: “Eid adalah sebutan untuk sesuatu yang selalu terulang berupa perkumpulan yang bersifat massal, baik tahunan, mingguan atau bulanan.”
(Dinukil dari Fathul Majid hal. 289 tahqiq Al-Furayyan)

Daripada definisi di atas dapat kita fahami bahawa Eid merupakan satu perayaan yang berulang saban tahun.Semestinya ketibaan Eid dinanti-nantikan baik tua maupun yang muda.

Dari Anas bin Malik ia berkata: Rasulullah datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai 2 hari (raya) yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata: “Apa (yang kalian lakukan) dengan 2 hari itu?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik dari keduanya, yaitu ‘Eidul Adha dan ‘Eidul Fitri.”
(Hadith Sahih, HR. Abu Dawud no. 1004)

Hadith di atas jelas menunjukkan perayaan ‘Eidul Fitri ini suatu hari yang penuh kebaikan.Ianya merupakan salah satu gantian kepada hari-hari kegembiraan zaman jahiliyyah.Maka tidaklah wajar jika kita menyambut kegembiraan selain dari kedua hari yang disebut dalam hadith di atas kerana kegembiraan menyambut hari yang disyariatkan merupakan satu ibadah dan ternyata bahawa ibadah itu bersifat tetap. Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:-

“Tidak mengapa menampakkan kegembiraan dan kebahagiaan pada hari-hari ‘Ied seperti ‘Eidul Fitri atau ‘Eidul Adha selama dalam batas-batas syar’i. Di antaranya seseorang makan dan minum atau yang semisalnya”
(Majmu’ Fatawa Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, juz 16 bab Shalatul ‘Iedain)

Sunnah Sepanjang 'Eid

Tidak saya nafikan banyak sunnah yang boleh kita contohi sepanjang hari Eid tersebut,tetapi ingin saya fokuskan kepada beberapa sunnah sahaja kerana ada antaranya layak dikategorikan sebagai sunnah yang ditinggalkan. Maka menjadi kewajiban kita untuk menghidupkan semula hari-hari kegembiraan dalam Islam ini dengan meneladani contoh tauladan yang terbaik tidak lain tidak bukan contoh ikutan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Keluarga dalam masyarakat rata-ratanya lebih banyak memupuk atucara mereka sendiri sepanjang hari Eid seperti menangkap foto,menunggu giliran mendapat duit raya, menonton siaran televisyen dan sebagainya. Maka perkara sebegini harusnya diubah dengan mengajar generasi muda untuk lebih mengenali dan mencontohi nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam menyambut kegembiraan,antara sunnah baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam yang jarang (berdasarkan pengamatan saya) dipraktikkan dengan ilmu bahawa ianya merupakan satu sunnah sepanjang hari Eid ialah:-

i) Mandi Sebelum Pergi Menunaikan Solat ‘Eidul Fitri

عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Dari Malik dari Nafi’, ia berkata bahwa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Idul Fitri sebelum pergi ke mushalla (lapangan).”
(Sahih, Hadith Riwayat Malik dalam Al-Muwaththa` dan Al-Imam Asy-Syafi’i dari jalannya dalam Al-Umm)

ii) Memakai wangi-wangian

عَنْ مُوْسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ

“Dari Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’ bahwa Ibnu ‘Umar mandi dan memakai wangi-wangian di hari ‘Eidul fitri.”
(Riwayat Al-Firyabi dan Abdurrazzaq)

Al-Baghawi berkata: “Disunnahkan untuk mandi di hari Id. Diriwayatkan dari Ali bahwa beliau mandi di hari Eid, demikian pula yang sejenis itu dari Ibnu Umar dan Salamah bin Akwa’ dan agar memakai pakaian yang paling bagus yang dia dapati serta agar memakai wangi-wangian.” (Syarhus Sunnah, 4/303)

iii) Memakai pakaian yang bagus

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوْقِ فَأَخَذَهَا فَأَتَى بِهَا رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيْدِ وَالْوُفُوْدِ. فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ

Dari Abdullah bin Umar bahwa Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dijual di pasar maka dia bawa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu Umar radhiallahu 'anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun berkata: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan dapat bagian (di akhirat)….”
(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitabul Jum’ah Bab Fil ‘Idain wat Tajammul fihi dan Muslim Kitab Libas Waz Zinah)

Ibnu Rajab berkata: “Hadits ini menunjukkan disyariatkannya berhias untuk hari raya dan bahwa ini perkara yang biasa di antara mereka.” (Fathul Bari)

iv) Makan Sebelum Pergi Melaksanakan Solat Eid

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. وَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ: حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللهِ قَالَ: حَدَّثَنِي أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Dari Anas bin Malik ia berkata: Adalah Rasulullah tidak keluar di hari fitri sebelum beliau makan beberapa kurma. Murajja‘ bin Raja‘ berkata: Abdullah berkata kepadaku, ia mengatakan bahwa Anas berkata kepadanya: “Nabi memakannya dalam jumlah ganjil.”
(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Al-Akl Yaumal ‘Idain Qablal Khuruj)

i) Bertakbir Menuju Tempat Solat Eid

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ، فَإِذَا قَضَى الصَّلاَةَ؛ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ

“Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam keluar di Hari Raya Idul Fitri lalu beliau bertakbir sampai datang ke tempat shalat dan sampai selesai shalat. Apabila telah selesai shalat beliau memutus takbir.”
(Sahih, Mursal Az-Zuhri, diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah)

vi) Pulang dari Solat Eid menggunakan jalan lain

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيْقَ

Dari Jabir, ia berkata: Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam apabila di hari Id, beliau mengambil jalan yang berbeda.”
(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitab Al-’Idain Bab Man Khalafa Thariq Idza Raja’a…)

Inilah serba sedikit sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang dapat kita contohi dan teladani. Sesetengah daripada perkara ini mungkin diangap lumrah dan remeh bagi sesetengah pihak,cuma adalah lebih molek jika perkara yang kita amalkan itu berdiri di atas ilmu yang sahih sekaligus mendapat keberkatan dari Allah S.W.T kerana niat ikhlas kita untuk mencontohi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam perbuatan harian tersebut.Perkara yang dianggap kecil ini kadang kala perlu dititik beratkan semoga tidak dipandang remeh tetapi dipandang dari sudut yang lebih positif iaitu sebagai satu ibadah yang mengajar kita nilai ikhlas dan ittiba’ (mencontohi perbuatan nabi).

Mandi ’sunat’ Eid,makan sebelum ke tempat solat,memakai wangi-wangian semuanya boleh diparaktikan dengan mudah insyaAllah.Cuma dalam kategori memakai pakaian yang bagus perlulah kita sedar bahawa memakai pakaian yang bagus tidaklah semestinya ia adalah memakai pakaian yang baru atau mahal.Pernyataan saya ini bukan melarang ’adat’ Melayu dalam berbaju baru sewaktu Eid,cuma lebih baik jika kita berjimat dan berhati-hati dalam berbelanja supaya baju raya yang kita pamerkan itu tidak termasuk dalam kategori pembaziran.

Adapun antara sunnah yang jarang dilihat dipraktikan di Malaysia ialah bertakbir menuju tempat solat Eid,adakah kerana kita menaiki kereta dan motor menjadi alasan utama untuk mematikan sunnah yang hampir pupus ini?Wallhua’lam.Perlu juga kita memahami perbuatan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam itu tidak lain hanya penuh dengan keberkatan dan kesempurnaan. Dalil di atas merupakan dalil disyariatkannya bertakbir, amalan kaum muslimin yaitu bertakbir dengan keras selama perjalanan menuju tempat solat jarang kita lihat barangkali kerana kurangnya pengetahuan masyarakat tentang sunnah ini kerana masyarakat dididik dengan pengamatan bahawa ’sunnah ’ bertakbir hanya layak di masjid atau surau sahaja,dan ianya perlu dilakukan secara jamai’.Inilah pola fikir yang perlu kita ubah supaya sunnah yang sahih ini kelak tidak hanya menjadi sejarah atau mereka yang melakukannya dianggap menyimpang dari amalan masyarakat yang sentiasa dianggap betul. Berkenaan dengan kepulangan dari solat Eid dengan jalan lain bukanlah supaya kita menambah putaran tayar kereta,tetapi hikmahnya berdasarkan para ulama ialah supaya kita lebih banyak bertemu sesama muslimin untuk memberi salam dan menumbuhkan rasa cinta.Inilah yang Imam Ibn Rajab nukilkan dalam kitab beliau Fathul Bari dan hujah yang sama termuat dalam Zadul Ma’ad.

Akhir kalam dari saya,janganlah kita malu dan segan dalam melakukan sunnah yang semakin ditinggalkan ini baik kerana kurang pengetahuan tentangnya maupun tidak memahami hikmah di sebalik perbuatan tersebut.Tidak ada siapa di antara kita yang ingin menjadi penyumbang kepada kepupusan amalan sunnah yang sahih dalam masyarakat.Maka inilah peluang kita dalam mengembalikan amalan sunnah yang sahih dalam menyambut kegembiraan Syawal.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu.”

Wallahua’lam.

Ibn Yusof
11 Oktober 2007 / 29 Ramadhan 1428
7.40 a.m
ibnyusof.blogspot.com

Saturday, September 15, 2007

Tudung Labuh Vs. Tudung Tiga Segi


Isu kewajiban pemakaian tudung sememangnya tidak terdapat di dalam Al-Quran dan ia bukanlah suatu fakta yang janggal.Terkejut bukan?Ini adalah kerana apa yang termaktub di dalam Al-Quran adalah perintah dari Allah Azza Wa Jalla untuk menutup keseluruhan aurat baik bagi lelaki mahupun wanita apabila sampai akil baligh.Dikeutarakan kepada saya isu berkenaan berbagai jenis cara pemakaian muslimah zaman ini sehingga wujud perasaan prasangka dan salah faham di kalangan masyarakat kini yang harus diperbetulkan.Isu berkenaan sama ada tudung labuh atau tudung tiga segi sebagai pemakaian muslimah sebenar adalah satu perkara yang kecil kerana konteks perbincangan pemakaian muslimah sejati adalah lebih luas dari itu.

Pemakaian tudung mula mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada tahun 1970-an sewaktu filem hitam putih mula dimainkan di panggung-panggung dan televisyen-televisyen.Lakonan aktres berselendang zaman itu memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling walaupun cara penutupan aurat yang kurang sempurna tersebut lebih menfokuskan kepada fesyen menutup jambul depan yang sememangnya tidak menepati konsep penutupan aurat dalam Islam.

Pada tahun 1990-an pula masyarakat sekelilng telah lebih terdedah dengan ajaran Islam, satu tranformasi dalam pemakaian tudung berlaku dengan wujudnya berbagai jenis dan fesyen bertudung sehinggalah wanita muslimah yang bertudung tidak lagi kelihatan janggal oleh masyarakat.Saya masih ingat beberapa tahun dulu apabila fesyen tudung yang pelbagai hangat menjadi bualan masyarakat bermual dengan tudung Bienda,kemudian beralih kepada tudung Wardina sehinggalah ke era populariti tudung Mawi yang hangat di pasaran.

Ini adalah beberapa contoh perkembangan isu tudung yang boleh kita lihat di negara ini,dan tidaklah menjadi kesalahan bagi muslimah untuk mengenakan tudung yang bergaya kerana sememangnya menjadi fitrah manusia menyukai sesuatu yang cantik, cuma apa yang menjadi persoalan kini ialah sejauh mana penghayatan kewajiban menutup aurat ini diselarikan dengan era transformasi fesyen bertudung tersebut?

Kewajiban menutup aurat diketahui dan diimani setiap muslim hatta sejauh mana jua lemahnya iman seseorang itu.Apa yang menjadi persoalan kini ialah cara penutupan aurat tersebut yang menjadi pertikaian dan salah faham di kalangan beberapa pihak.Kewajiban menutup aurat jelas melalui firman Allah yang jelas:-

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Tidaklah sukar untuk memahami ayat di atas,sudah terang lagi bersuluh apabila firman Allah yang bergaris di atas meyatakan kepentingan menutup aurat tanpa mengkhususkan apa-apa mekanisma dalam melaksanakannya maka jilbab atau tudung khususnya di Malaysia dijadikan pilihan wanita Muslimah untuk melaksanakan kewajiban tersebut dan terpelihara daripada menjadi punca gangguan atau penyakit hati orang lelaki. Yang dimaksudkan dengan ayat (24:31) adalah bahawa para wanita hendaklah menutupkan (dengan) tudung ke kepalanya, lehernya dan dadanya dan segala barang keindahan dan perhiasan yang mereka pakai. Al-Khimar, plural ialah al-Khumur, ialah sesuatu yang dipakai atas kepala, dan bukannya di bahu. Dalam bahasa Melayu, ia boleh dibezakan antara "tudung" dan "selendang". Bagi mereka yang berfikiran liberal sememangnya isu ini dijadikan pertikaian dengan mempersoalkan bahawa muslimah yang bertudung ada juga yang diganggu maupun diperkosa.Maka jawapan saya bagi permasalahan ini ialah berdasarkan maka Firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 59

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin: “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Tidaklah seseorang itu diganggu jika aurat mereka ditutup dengan sempurna seperti mana mengikut kehendak Rabb yang menciptakanNya.Perkara ini berlaku juga kerana pakaian muslimah kini kebanyakannya tidak lebih hanya untuk perhiasan dan tatapan umum semata,hatta aurat mereka telahpun ditutup sempurna,masih ada kriteria pemakaian yang tidak dipenuhi menjadi faktor kepada gangguan tersebut. Ini tidak menjadi lesen untuk mereka memperlihatkan perhiasan luaran mereka kerana telah termaktub bahawa “Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka.” Secara umum kandungan ayat ini juga mencakup pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum laki-laki melirikkan pandangan kepadanya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 33 :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti oang-orang jahiliyah.”

Juga berdasarkan sabda Nabi :

“Ada tida golongan yang tidak akan ditanya yaitu, seorang laki-laki yang meninggalkan jamaah kaum muslimin dan mendurhakai imamnya (penguasa) serta meninggal dalam keadaan durhaka, seorang budak wanita atau laki-laki yang melarikan diri (dari tuannya) lalu ia mati, serta seorang wanita yang ditinggal oleh suaminya, padahal suaminya telah mencukupi keperluan duniawinya, namun setelah itu ia bertabarruj. Ketiganya itu tidak akan ditanya.

(Ahmad VI/19; Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad).

Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan syahwat laki-laki.(Fathul Bayan VII/19).

Dapat kita lihat dari permasalahan ini bahawa konteks menutup aurat ini harus dilihat dengan kadar yang lebih luas seperti yang telahpun dibahaskan oleh para ulama’ tentang batasan aurat dan pakaian muslimah yang seharusnya melambangkan ciri peribadi seorang muslimah sejati.Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh yang demikian,marilah kita melihat beberapa gelaran jenis tudung yang boleh kita lihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan.:-

1.Tudung Mickey Mouse

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung See Through

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakiaan jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung Singlet

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukumtentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekajap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher .Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”

(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah.Mereka yang berseluar sedikit sebanyak merasakan kain tudung yang menutup dada tidak padan sehingga terpaksa melilitkan tudung mereka supaya ia nampak padan dan cantik dikenakan dengan seluar panjang tersebut sedangkan ia hanyalah pandangan mata kasar mereka yang dikaburi syaitan.Pemakain seluar ini bukan sahaja menyerupai kaum lelaki tetapi ia juga menyerupai wanita bukan Islam dalam berpakaiaan.

Wujud juga muslimah yang keluar daripada bilik atau rumah mereka dengan mengenakan wangi-wangian yang berlebihan sehingga dapat menarik perhatian orang ramai terutamanya lelaki sedangkan larangan dalam hal ini telahpun jelas.

Dari Abu Musa Al-Asyari bahwasannya ia berkata : Rasulullah bersabda : Siapapun wanita yang memakai wewangian, lalu ia melewati kaum laki-laki agar mereka mendapatkan baunya, maka ia adalah pezina.” (Al-Hakim II/396 dan disepakati oleh Adz-Dzahabi).

Lihatlah betapa kerasnya ancaman dari baginda s.a.w dalam hal ini,jika amaran tegas dari baginda s.a.w menegah pemakaian wangi-wangian oleh muslimah apabila ingin ke masjid apetah lagi jika keluar dari rumah atas sebab lain yang menyebabkan terpaksa melewati yang bukan mahram.Jika persoalan timbul di kalangan muslimah bau wangian yg tidak keterlaluan, dibenarkan atau tidak.Hendaklah kita merujuk semula kepada hadith-hadith yang berkaitan dengannya.Saya tidak menafikan banyak hadith-hadith menunujukkan petunjuk yang jelas bahawa baginda s.a.w sendiri sukakan wangi-wangian antaranya ialah:-

"Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya."
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa'i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Tetapi perlulah diketahui bahawa hadith di atas adalah terlalu umum untuk dibandingkan hadith-hadith yang khusus menyatakan muslimah tidak sepaptunya keluar dengan memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.

"Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut)."
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Daripada hadith di atas jelas jika pergi ke masjid pun telah dilarang memakai wangi-wangi apetah lagi keluar berjalan-jalan dan sebagainya.Contohnya di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yakni arahan dari Allah S.W.T bahawa kita dilarang menyebut ‘ah’ pada kedua ibu bapa maka maksud lainnya ialah apetah lagi jika kita memarahi atau memukul kedua ibu bapa.Maka larangan memukul atau memarahi parents adalah lebih keras.Begitu juga dengan contoh di atas.Sememangnya ia satu hokum yang agak berat dirasakan muslimah kini tetapi perlaksanaannya memerlukan ketaqwaan yang jelas dalam mengikuti perintah Allah dan Rasul s.a.w.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Larangan iniu tidaklah hanya diaplikasi kepada kaum muslimah sahaja hatta kaum muslimin yang memakai wangi-wangian yang boleh menyebabakn orang ramai tertarik dengannya juga mendapat ancaman yang sam daripada hadith-hadith di atas kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan fitnah.

Bagi pemakaian deodorant atau bedak ia mestilah dibezakan dengan jelas tentang pemakain ketiga-tiga jenis tersebut baik wangi-wangian (perfume), deodorant, dan bedak.Ketiga-tiga mekanisma ini memainkan peranan yang berbeza.Deodorant boleh diklasifikasikan sebagai "ubat" yang menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan sehingga membuatkan seseorang itu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang ramai..Maka jika ini tujuan si pemakai maka ia adalah dibenarkan.Begitu juga dengan penggunaan bedak, bau bedak adalah tidak kekal dan ia sekadar untuk sementara..Tetapi,jika bau bedak atau deodorant tersebut kekal lama maka ianya tiada beza dengan wangi-wangian(perfume) justeru ia adalah dilarang kerana ia membawa kepada hukum asal pemakaian wangi-wangian tersebut.Kita perlu lihat kepada tujuan asal hukum tersebut yakni,pemakaian wangi-wangian adalah untuk mencegah dari menarik perhatian bukan mahram sehingga ia boleh menimbulkan fitnah.Fitnah yang akan menyebabkan diri si pemakai dilihat dari bawah hingga ke hujung kepala dan kemudian berlakunya satu transformasi dalam adrenalin mereka yang menghidunya.Maka sesungguhnya Islam melarang sesuatu itu bersebab dan demi kebaikan semua pihak.

Akhir kata,Islam telahpun menetapkan etika berpakaian dan konsep menutup aurat dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan dan untuk membezakan antara ummat Islam dan yang bukan Islam. Pemikiran yang disuntik dengan anasir-anasir dari musuh Islam ini sedikit sebanyak menghakis imej Islam yang sebenar dalam cara berpakaian.Tidak kira seorang muslimah itu bertuudng labuh atau tiga segi,selagi ia menepati maksud ayat “dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya” maka ia tidaklah menjadi persoalan besar.Apa yang perlu difikirkan ialah berkenaan pemahaman konsep menutup aurat yang disalah fahami kebanyakan muslimah hari ini sehinggakan penutupan aurat tersebut menjadi tidak sempurna.Apakah tujuan asal pakaian tersebut?Adakah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan menurut perintahNya atau untuk mencari lirikan mata masyarakat yang hanya bersifat sementara?Renung-renungkanlah.

Wallhua’lam.

Ibn Yusof
24 Ogos 2007 / 6 Sya’ban 1428
2:15 a.m