Wednesday, July 14, 2010

Pengenalan kepada 4 Kitab Sunan (Siri Sunan Ibn Majah)



ü Nama: Muhammad bin Yazid bin Mâjah al Qazwînî.

- Majah adalah laqab atau gelaran daripada ayah Muhammad (Imam Ibn Majah)

ü Umur:

- 209 H sehingga tanggal 21 Ramadlan 273 H (64 tahun)

ü Rihlah (perantauan) Imam Ibn Majah:

1. Khurasan; Naisabur dan yang lainnya

2. Ar Ray

3. Iraq; Baghdad, Kufah, Wasith dan Bashrah

4. Hijaz; Makkah dan Madinah

5. Syam; Damasqus dan Himsh

6. Mesir

ü Guru-guru; Shaikh Ali Muhammad al-Tolafasi, selepas kematian gurunya barulah beliau merantau (awal 20-an). Merantau ke seluruh tempat yang mempunyai guru-guru hadis (Kufah –Abu Bakar As-Syaibah, Basrah, Syam, Hijjaz, Mesir etc.).

ü Antara gurunya yang terkenal:

1. 'Ali bin Muhammad ath Thanâfusî

2. Jabbarah bin AL Mughallas

3. Mush'ab bin 'Abdullah az Zubair

4. Suwaid bin Sa'îd

5. Ramai lagi.

ü Antara muridnya yang terkenal:

- Murid-muridnya yang terkenal; Muhammad Abul Hasan Ali Bin Abdullah Al-Qathan, anak murid yang mencatat dan memasukkan sekali hadis beliau dalam kitab tetapi diberitahu hadis-hadis tersebut.

1. Muhammad bin 'Isa al Abharî

2. Abu Thayyib Ahmad al Baghdadî

3. Sulaiman bin Yazid al Fami

4. Ramai lagi.

ü Beliau juga ulamak tafsir; Kitab Tafsir Ibn Majah ada disebut oleh Ibn Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah sebagai kitab yang besar (terdapat banyak jilid), tetapi hilang ditelan zaman.

ü Pujian terhadap personaliti dan kitab ini

- Imam Abu Ya’la al-Kholili (bidang naqad hadis) ; Imam Ibn Majah Tsiqatun, Muttafaqun’alaih ila immamun hadis (disepakati ilmu dan kepakarannya dalam bidang hadis

- Imam Az-Zahabi dalam Siyar ‘alam an-Nubala memberi komen tentang Ibn Majah ; “Luas ilmunya”

ü Nama bagi Sunan Ibn Majah

- Sunan al-Mustosfa Li Ibn Majah (nama yang diberikan oleh orang selepas zamannya-tidak disetujui ramai kerana Ibn Majah tidak bicara tentang tahuk ini), atau “as-Sunan”,dinisbahkan kepada sunan ibn majah apabila sudah ada sunan-sunan lain.

ü Shaikh Mustafa Az-Zomi, kitab yang telah ditahqiqkan menggunakan kitab asal (sunan Ibn Majah), tahqiq oleh ulamak lain seperti Shaikh Muhammad Fuad Abdul Baqi.

ü Metodologi penyusunan kitab

- Sunanan kitab; 37 kitab besar dan 1515 bab (berkaitan fekah dan bukan fekah), kitab pertama ialah al-Muqaddimah; menyebut semua hadis-hadis tentang kepentingan sunah (e.g Ittiba’ li rasul) tidak ada dalam sunan-sunan lain, hakikatnya inilah cara yang terbaik, (kata Prof Hatim).

- Pembahagian bab ; apabila hadis yang terakhir disebut dan diakhiri dengan bab sifatul jannah. “Setiap daripada kebaikan ada dua tempat, satu tempat di syurga dan satu tempat di neraka, sekiranya mati seseorang itu dan masuk dalam neraka akan diwarisi tempatnya oleh ahli syurga”, rujuk al-Mukminum ayat 13.

- Antara sebab sifautl jannah diletak sebab sebagai hadis terakhir ialah selepas mengikut sunnah akan diberikan ganjaran syurga pada akhirnya.

- Bilangan hadis dalam kitab as-sunannya, 4341 hadis, daripadanya 3002 hadis sudah ada dalam kitab-kitab lain, ada yang disebut daripada turuq yang lain. 1339 adalah hadis yang telah ditambah, tambahan daripada kitab-kitab yang 5. 1339 hadis ini setelah ditahqiq, 428 adalah hadis sahih dan 119 hadis adalah hasan, 613 hadis dhoif dan yang lain 97 hadis adalah dhoif jiddan,syaz dan mungkar (penilaian oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi).

ü Mengapa Sunan Ibn Majah dikategori dalam Sunan Sittah manakala yang lain seperti Muwatta’ Imam Malik atau Sunan Darimi dan Sunan lain tidak?

- Muwatta’; tiada hadis yang lain atau berbeza kerana hadis-hadis di dalamnya telah termuat dalam 5 kitab yang lain, tiada sesuatu yang baru. Begitu juga dengan yang lain.

- Tetapi Muwatta’, Sunan Darimi dan yang lain diiktiraf apabila disebut Kutubus Tis’ah yakni; Sunan yang 6, Musnad Ahmad, Muwatta’ dan Sunan Ad-Darimi.

ü Shaikh Mustafa al-‘Azomi; dalam ‘Methodology of Hadith’menyatakan bahawa adalah tidak penting sama ada mahu dikategorikan ke dalam salah satu daripada sunan sittah atau tidak, tetapi yang penting cara hadis-hadis di dalamnya direkodkan, kerana ada hadis-hadis di dalam Sunan Ibn Majah yang direkod menggunakan metod Bukhari dan Muslim (ketat dalam penilaian perawi).

ü Sifat Sunan Ibn Majah:

- Ibn Majah menakalkan hadis-hadis melibatkan perkara furu’ tentang fekah, situasi ulamak fekah yang memerlukan dalil terhadap apa yang dibincangkan, hadis-hadis yang mahsyur pada masa itu, masa’il furu’. Berbeza dengan Imam Abu Daud yang hanya mengambil hadis-hadis yang usul. Justeru Imam Ibn Katsir memujinya kerana memasukkan hadis-hadis yang furu’, hatta dimasukkan hadis-hadis dhoif adalah kerana beliau mengguna semua kaedah kategori hadis hatta kategori perawi yang di peringkat ke-5 yang mana periwayat dikenali sebagai lemah ingatan, akhlak yang boleh dipertikaikan dan tidak selalu bersama Shaikh dalam mendulang hadis-hadis (semestinya berbeza dengan metodologi penerimaan Imam Bukhari yang hanya mengambil perawi yang di peringkat pertama sahaja).

- Niat beliau hanyalah untuk mengumpul hadis dan para ulamak bersangka baik bahawa beliau sengaja memasukkan semua supaya generasi seterusnya yang memberikan komen tentang status hadis yang dimasukkan ke dalam sunannya.

- Imam Az-Zahabi merekod pujian Imam Abu Zur’ah yang juga memuji Sunan Ibn Majah dengan menyatakan bahawa cukup sunan ini dan akan ditolak kitab-kitab hadis sebelumnya (kerana kehebatan Sunan tersebut). Kata beliau selanjutnya: "(Ibnu Majah) adalah seorang hafizh yang agung, hujjah dan ahli tafsir."

- Rujukan bagi bacaan lanjut; Manhaj Sunan Ibn Majah oleh Prof Hatim As-Sharif



Bersambung....(Siri Seterusnya Sunan Tirmidzi)


Pengenalan kepada 4 Kitab Sunan (Siri Sunan Abu Daud)


Mengenal para Imam Ahlussunnah, atau dengan lebih dekat mereka yang digelar Ahli Hadis merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim, hal ini adalah kerana kita digesa oleh agama untuk berhati-hati dengan siapa kita mengambil deen ini. Dan deen ini dijaga rapi dengan usaha yang tidak berbelah bahagi oleh para imam hadis, mereka berkorban apa sahaja demi menjaga sanad (rantaian perawi), dan sesungguhnya sanad itu termasuk dalam deen. Sungguh tinggi kedudukan para imam ahli hadis ini melalui usaha dan pengorbanan yang tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita pada zaman ini. Para imam hadis mengumpul dengan niat untuk menyampaikan sunnah melalui catatan dan hafalan mereka.Semoga Allah meletakkan mereka dikedudukan yang tinggi.


Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda :

“Allah membuat cerah (muka) seorang yang mendengarkan (hadis) dari kami, kemudian menyampaikannya.” [H.R. Ahmad, Abu Daud]


Penulis mengirakan perlunya untuk dinukilkan kata-kata Syaikh Rabi’ dalam kitab kecil yang berjudul Makanatu Ahlil Hadits (Kedudukan Ahli Hadits), beliau berkata: “Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan golongannya (Ahlul Hadis) sebagai tonggak syariat. Melalui usaha mereka, Dia (Allah) menghancurkan setiap keburukan bid’ah. Merekalah kepercayaan Allah Subhanahu wa Ta'ala diantara makhluk-makhluk-Nya, sebagai perantara antara Nabi Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan umatnya. Dan merekalah yang bersungguh-sungguh dalam menjaga millah (Dien)-Nya. Cahaya mereka terang, keutamaan mereka merata, tanda-tanda mereka jelas, madzhab mereka unggul, hujjah mereka tegas… .”


Berikut merupakan sedikit catatan ringkas berkenaan empat kitab hadis yang muktabar selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.Semoga catatan ini bermanfaat buat para pembaca.


ü Nama:

- Sulaiman bin al Asy'ats bin Syadad bin 'Amru bin 'Amir (Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim)

- Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad.(Menurut Muhammad bin Abdul 'Aziz Al Hasyimi)

ü Umur:

- 202 H sehingga hari Jumaat tanggal 16 bulan Syawal tahun 275 H (73 tahun)

ü Imam Abu Daud belajar bertalaqqi, dan merantau mencari hadis.

ü Beliau antara imam yang paling banyak merantau bagi mencari sepotong hadis.

ü Kronologi rihlah (perantauan) Imam Abu Daud:

1. Iraq; Baghdad merupakan daerah islam yang pertama beliau kunjungii, iaitu pada tahun 220 H

2. Kufah; beliau kunjungi pada tahun 221 H.

3. Bashrah; beliau tinggal disana dan banyak mendengar hadis di sana, kemudian keluar dari sana dan kembali lagi setelah itu.

4. Syam; Damsyiq, Himsh dan Halb.

5. AL Jazirah; masuk ke daerah Haran, dan mendengar hadis dari penduduknya.

6. Hijaz; mendengar hadits dari penduduk Makkah, kemungkinan besar saat itu perjalanan beliau ketika hendak menunaikan ibadah haji.

7. Mesir

8. Khurasan; Naisabur dan Harrah, dan mendengar hadis dari penduduk Baghlan.

9. Ar Ray

10. Sijistan; tempat tinggal asal beliau, keluar dari Sijistan dan kemudian kembali semula, kemudian keluar lagi menuju ke Bashrah.

ü Antara gurunya yang terkenal (ada buku soalannya kepada imam Ahmad – soalan tentang hadis atau masail/ masalah-masalah hukum):

1. Ahmad bin Muhammmad bin Hanbal as Syaibani al Bagdadi

2.Yahya bin Ma'in Abu Zakariya

3. Ishaq bin Ibrahin bin Rahuyah Abu Ya'qub al-Hanzhali

4. Ramai lagi.

ü Antara muridnya yang terkenal:

1. Imam Abu 'Isa at Tirmidzi

2. Imam Nasa'i

3. Ali bin Hasan bin Al 'Abd Al Anshari (perawi sunsn dari beliau).

4. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).

5. Abu 'Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu'lu'i (perawi sunan dari beliau).

6. Ramai lagi.

ü Kepentingan mengetahui rantaian periwayat; atau sanad buku

– sebelum dicetak dan diterjemah ke banyak bahasa adalah penting bagi memastikan kesahihan manuskrip. Sanad buku yang membuktikan kesahihan jalur sanad. Kebanyakannya yang diguna pakai kini (bagi Sunan Abu Daud) adalah sanad Abu 'Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu'lu'i, salah seorang murid Imam Abu Daud, wujud juga sanad dari murid-murid yang lain.

ü Naskah Abu Daud yang berbeza mengikut anak murid (melalui proses imla’ yang mana guru baca dan anak murid mencatat jika ada kesalahan pada catatan dan hafalan, ada yang berkesempatan hadir semua proses ada pula yang ketinggalan) – menyebabkan makhtutot (manuskrip) sedikit perbezaan seperti nombor hadis, terjemahan dan lain-lain.

ü Justeru tips dalam membeli kitab hadis;

- perlu kenali cetakan buku dan siapa yang menguruskan soal percetakan manuskrip.

ü Ulasan Imam Abu Daud selepas membaca hadis,

- maka tidak semua hadis diulasan.

ü Mengapa mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan buku sunan?

- Semua para imam mengambil masa yang lama untuk mengumpul, merekod, menghafal dan menyebarkannya, Imam Bukhari juga mengambil masa 16 tahun dan begitu juga Imam Muslim mengambil masa 15 tahun bagi menyiapkan sahihnya.

ü Imam Ahmad pernah dan sempat memberi komentar terhadap sunan Abu Daud

- Beliau memuji bahawa ia satu kitab yang sangat baik

ü Lebih kurang 500 ribu hadis berserta sanad, yang ditulis dengan tangan beliau sendiri

-Pengulangan hadis tetap berlaku, contoh lain yang berlaku dalam Musnad Ahmad, 300 ribu sahaja hadis daripada 1.5 juta hadis (ada yang Imam Ahmad sendiri tidak masukkan dengan alasan beliau sendiri)

- bermaksud ada maklumat yang tidak dimasukkan, dalam kitab lain atau dalam erti kata lain cara, metodologi, atau sistem yang digunakan oleh penulis

ü Sifat Sunan Abu Daud:

- Imam Abu Daud mengfokuskan kepada hadis-hadis hukum dan hadis yang marfu (datang terus daripada Nabi)

ü Proses atau kaedah penulisan Imam Abu Daud dalam menyiapkan Sunan ini

- Termuat dalam surat Imam Abu Daud kepada Ahli Makkah, diceritakan oleh beliau sendiri bagaimana proses beliau mengumpul dan membuat Sunannya (Risalah Abi Daud Li ahli Makkah) atas menjawab pertanyaan ahli makkah tersebut.

- Ringkasan Risalah Abi Daud Li ahli Makkah ;

Rumusan penting daripada surat itu; “Buku sunan adalah amat penting selepas al-Quran, bersama dengan sunan ini elok dilengkapkan dengan pemahaman sahabah, sunan ini mengumulkan ‘semua’ ( hadis hokum, ada pula yang dimasukkan dan sengaja tidak dimasukkan, sebenarnya merujuk kepada hadis sahih yang usul-dari naskah utama,cukup dengan hadis usul yang ada dan tidak perlu hadis furu’). Buku ini ringkas dan tidak diulang hadis yang sama berulang kali melainkan perlu (metod yang sama diguna para imam lain), beliau juga meringkaskan hadis yang panjang. Sunan dinamakan al-kutub;ada 36 kitab dan 1899 bab, 4800 hadis.”

ü Metod menukilkan hadis:

- Sama dengan Bukhari dalam memberikan maksud perkataan-perkataan yang tidak digunakan, dan sama dengan ketelitian Muslim dalam membezakan percakapan guru-guru (e.g akhbarona atau ahdasana) bagi membezakan sanad dan periwayat (dengan membezakan bukan sekerat-sekerat). Wujud juga hadis yang disalin hanya apa yang pasti dan diakhiri dengan “kemudian tidak aku dengar”, “diambil daripada..” menunjukkan betapa jujurnya beliau dalam nukilan-nukilan hadis. Wujud perawi yang terlalu ketat dan beliau tidak berjaya masuk dan mendengar, beliau mencatat “dibaca hadis itu di hadapan dan aku menjadi saksi” kerana beliau hanya dengar di sebalik dinding.”

ü Kedudukan hadis dalam kitabSunan Abu Daud

- Imam Abu Daud hanya memberitahu bahawa beliau hanya ingin mengumpul hadis yang mahsyur, bukan hadis yang gharib, dan yang digunakan oleh ahli fiqh kerana rujukan untuk mereka (bagi tujuan mendapatkan hukum). Ada gambaran diberikan bahawa ada yang tidak sahih, jika ada yang sangat lemah (dhoif jiddan) akan diberitahu, dan ada pula yang didiamkan (as-suqut), ada pula yang hanya guna terminologi seperti tidak dikomen hadis itu tetapi dikomen ia “soleh” (pandangan terhadap terminology itu oleh ulamak, Pandangan 1- ia bermaksud sahih, Pandangan 2-ia bermaksud menguatkan dan mungkin sahih). Ada juga hadis yang didiam dan tidak diulas.

- Separuhnya daripada semua hadis di dalam Sunan Abu Daud ada di dalam kitab hadis lain (Bukhari Muslim), yang tidak diulas. Ibn Hajar pernah menyatakan ada sebab mengapa tidak diulas hadis-hadis itu walaupun ianya hadis dhoif; “Antara sebabnya ialah hadis tersebut tidak terlalu dhoif, ditemui juga dalam riwayat murid yang diulas dan riwayat murid lain yang tidak diulas (dalam cetakan daripada manuskrip murid al-Lu’lu’I tiada ulasan, dalam dalam riwayat Ibn ‘Ab diulas bahawa ianya lemah), antara sebab lainnya yang dinyatakan ialah sebab beliau terlupa atau hadis itu jelas sangat kedhoifannya (telah dimaklumi bahawa ia hadis lemah sehingga tidak perlu diberitakan)”.


Bersambung....(Siri seterusnya berkenaan Sunan Ibn Majah)