Sunday, May 17, 2009

Tauhid Al-Asma’ Wa Sifat : Misunderstood aspects of “Lordship” in Islam





Say: ‘He is Allah, Absolute Oneness,

Allah, the Everlasting Sustainer of all.

He has not given birth and was not born.

And no one is comparable to Him.’

(112: 1-4)

Tauhid Al-Asma’ Wa Sifat one of the most important branches of tauhid yet most misunderstood aspects of “Lordship” in Islam. It is an area where many go astray in their thinking and belief. The knowledge of understanding and knowing God’s attributes (Ma’rifatullah) is obligatory upon every Muslim.

Islam in fact describes ninety-nine names of God, in each ninety-nine names reflecting the attributes of God. It is termed as Asma’ Al-Husna or The Beautiful Names, a subject of much adoration and celebration among Muslims. The most common name for the one true God in Islam is Allah.

Therefore, some confusion regarding understanding the attributes of Allah are answered in several verses in the Holy Quran.

That is the Knower of the Unseen and the Visible,

the Almighty, the Most Merciful.

(32:6)

He is Allah–there is no god but Him.

He is the Knower of the Unseen and the Visible.

He is the All-Merciful, the Most Merciful.

(59:22)

He is Allah–there is no god but Him.

He is the King, the Most Pure, the Perfect Peace,

the Trustworthy, the Safeguarder, the Almighty,

the Compeller, the Supremely Great.

Glory be to Allah above all they associate with Him.

(59:23)

He is Allah–the Creator, the Maker, the Giver of Form.

To Him belong the Most Beautiful Names.

Everything in the heavens and earth glorifies Him.

He is the Almighty, the All-Wise.

(59:24)

Therefore, the correct way of understanding the Allah’s attributes is what practiced by the companions which described by the Prophet (peace be upon him) himself as the best generation. Allah must not be named or qualified by anything other than what Allah Himself and His Mesengger, peace be upon him, have name or qualified Him. No attribute or quality should be offered in explaining or describing the Lord of Universe unless He or His Prophet (peace be upon him) has already offered this description.

Allah will only leave the believers in the position you now are in so that He can sift out the rotten from the good. Allah has not given you access to the Unseen. But Allah chooses those of His Messengers whom He wills. So believe in Allah and His Messengers. If you believe and guard against evil you will have an immense reward. (3:179)

As to the brain-twister such as the paradoxical question: “Where is Allah before He build ‘Arasy?” raised by some quarters. The key lies in the proper understanding of the branch of Tauhid (field of “Unique Oneness of God”).- Tauhid Al-Asma’ Wa Sifat as what being mentioned earlier. The answer of the unseen (al-gayb) no one knows them but Him since it is not mentioned in the Holy Quran neither by the Prophet (peace be upon him). We only required to steadfast in what have been revealed to us.

That is some of the news of the Unseen which We reveal to you. Neither you nor your people knew it before this time. So be steadfast. The best end result is for those who guard against evil. (11:49)

In conclusion, total submission towards the Quran and Sunnah is needed when we Muslim interact with the Unseen matters. There is no need to include logic, philosophy, debate and so forth in understanding the God’s names, attributes and actions as it is clearly and obviously stated as no one knows Himself better than He does.

The keys of the Unseen are in His possession. No one knows them but Him. He knows everything in the land and sea. No leaf falls without His knowing it. There is no seed in the darkness of the earth, and nothing moist or dry which is not in a Clear Book. (6:59).



Ibn Yusof
17 May 2009 / 21 Jumad Al-Awal 1430

3.30 p.m

www.ibnyusof.blogspot.com


Tuesday, May 5, 2009

Adakah Anda Mempunyai Perisai Aqidah Islamiyyah Yang Utuh?


Pernah suatu ketika dahulu datang seorang sahabat ke bilik saya. Beliau kemudian duduk di katil saya sambil matanya memerhatikan ‘perpustakaan mini’ saya. Tatkala dia memerhatikan bahagian rak buku yang tersusun itu dia bersuara, “Apa sebenarnya Aqidah Islam?”. Saya yang ketika itu khuyu’ menelaah, al-maklum ketika itu adalah waktu peperiksaan akhir semester, segera menoleh melihatnya. Pelik bagi saya untuk seseorang yang bekas sekolah agama menyoal sedemikian. Barangkali dia hanya ingin bersembang. Maka saya kembali menyoal, “Ya.Kenapa dengan Aqidah Islam?” kata saya dengan sangkaan sudah pasti beliau lebih arif daripada saya dalam hal ini.

“Tidak, aku lupa tentang pengertian tauhid.” Kata beliau sambil mengeluh. Saya mendongak ke rak buku saya. Setiap perbualan di ruangan bilik saya akan saya cari kata kuncinya dan saat itu melalu mata saya mencari buku yang boleh dijadikan rujukan perbualan. “Di rumah pula saat ia diperlukan.” Bisik hati saya ketika membelek-belek rak buku ruangan aqidah, saya mencari buku Aqidah Imam Empat Mazhab karya Dr. Muhammad Bin Abdurrahman Al-Khumais yang saya kira penting untuk pengetahuan orang awam. Buku itu antara rujukan yang saya gunakan ketika menulis artikel “Aqidah Imam Empat Mazhab Tentang Nama dan Sifat Allah”.

Ya, saya selalu dipandang pelik, apa tidaknya jika seorang pelajar jurusan ekonomi islam berbicara perihal aqidah. Ada kalanya terbeliak mata sesetengah pihak jika saya menyebut hal Tahrif,Takyif, Tamsthil, Ta’thil, dan Tafwidh. Seolah-olah aqidah ini hanya layak difahami oleh golongan agamawan sehinggakan orang awam tidak perlu ambil tahu dan mempelajarinya sehingga sebegitu rupa. Pada hemat saya dalam zaman sekarang ini hanya aqidah yang sahih sahaja yang mampu menjadi benteng kehidupan dalam menghadapi peperangan budaya dan bermacam rencah ideologi. Dan peperangan antara konsep Islami dan konsep pemikiran sekuler pada zaman ini dinyatakan terang-terangan sehingga menjerumuskan orang awam yang jahil tanpa perisai yang kukuh. Oleh karena itu kaum muslimin harus menyatukan barisan mereka dan memadukan visi dan misi mereka. Dan mereka wajib mempelajari manhaj Islami yang benar., dengan adanya pemahaman konsep Aqidah Islam yang utuh, maka tidak perlulah kita risau dengan serangan ideologi dari golongan manapun.

Sebagai contoh, usaha sesetengah pihak dengan perjuangan mereka pergi ke hulu hilir menyesatkan mereka yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah,Rububiyyah,dan Asma‘ Wa Sifat Allah Azza Wa Jalla mampu melahirkan masyarakat yang keliru. Apa tidaknya jika pengenalan Tauhid ini yang diajarkan di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi pengajian tinggi. Kemunculan golongan ini ternyata bukan suatu kebimbangan jika umat Islam kini mempunyai perisai aqidah yang utuh sehingga mampu menganalisa konsep baru yang cuba diperkenalkan oleh golongan ajaran-ajaran sesat sebegini. Tetapi malangnya umat Islam kini kebanyakannya lebih mahir membezakan telefon bimbit sebenar dan tiruan berbanding pemikiran dan ideologi yang sahih dengan yang terseleweng. Atas dasar itu pemahaman terhadap konsep Aqidah Tauhid Uluhiyyah,Rububiyyah,dan Asma‘ Wa Sifat Allah Azza Wa Jalla bukan sahaja perlu dihafal untuk tujuan pemeriksaan PAFA atau KAFA, tetapi ianya perlu dihayati dalam kehidupan seharian dalam segala amalan seorang muslim yang mengaku dirinya Islam.

Secara analoginya, jika kita faham bagaimana konsep dan fungsi satu tambah satu akan menghasilkan dua. Jika kita tersesat masuk ke dalam kelas matematik lain yang mengajar satu tambah satu akan menghasilkan kosong. Pengetahuan kita terhadap konsep pengiraan tersebut akan mampu membuat analisa dengan sendirinya dalam menilai fakta baru tersebut apakah ianya bertepatan dengan apa yang difahami sebelum ini. Tetapi jika kita tidak pernah tahu akannya, masakan kita boleh membuat analisa ringkas? Barangkali kita akan duduk dan terus mengangguk serta mengiakannya.

Saya suka mulakan perbicaraan aqidah dengan menyatakan bahawa aqidah merupakan subjek yang paling mudah untuk dipelajari hatta oleh sesiapapun. Ya, lebih mudah daripada subjek matematik, sains, geografi dan sebagainya. Hal ini adalah kerana ianya diajarkan oleh baginda Nabi sallahu’alaihi Wa Sallam kepada kaum Jahiliyyah yang tatkala itu hidup dalam kegelapan ketamadunan. Setelah ianya dipelajari, difahami dan dihayati oleh mereka, subjek ini menjadi penyuluh mereka dalam kehidupan sekaligus menjadikan mereka sebuah tamadun yang sukses dengan melakar sejarah yang terbilang.Cuma sahaja setelah beberapa ketika wujud kepincangan yang dilakukan oleh sesetangah pihak sehingga menyebabkan subjek ini perlu diberi penekanan dalam mengetahui apa yang betul, dan apa yang tidak betul. Hal ini berlaku apabila pemikiran atau ideologi seperti Khawarij, Muktazilah, Jahmiyyah, Syiah dan sebagainya mula tersebar di kalangan umat Islam.



Antara banyak-banyak pernyataan para Imam Muktabar perihal Aqidah Islam. Saya suka pernyataan Imam Tirmidzi rahimahullah (279H). Imam Tirmizi merupakan salah seorang periwayat dan ahli Hadis yang utama, selain Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, dan sederet nama lainnya. Pernyataan beliau saya rasakan agak komprehensif dalam menjawab beberapa persoalan aqidah yang sering dipersoalkan. Imam Tirmidzi berkata:


"Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada Ahli Ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciriciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Manakala golongan al-Jahmiyyah mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran Ahl Ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciriciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an):
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]. "[1]

Rasanya apa yang Imam Tirmidzi katakan di atas sangat jelas untuk difahami. Ianya sekaligus dapat membantah mana-mana golongan yang menuduh Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai golongan yang yang menyamakan Allah dengan makhluk (al-Musyabbihah) atau menganggap Allah mempunyai jisim (al-Mujassimah). Atau masih ada yang keliru atau cuba menyalah ertikannya?

Maka pelik kerana saat ini, masih wujud mereka yang bangga mempromosi kepercayaan (i’tikad) Allah itu wujud di mana-mana, Allah itu wujud tidak bertempat, dan sebagainya walaupun jelas bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadis. Dan ada pula yang menjustifikasi aqidah sedemikian dengan nama-nama para Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sudah tiba masanya kita mempelajari bab aqidah ini dengan serius, dengan pola fikir yang jelas, supaya kita tidak tertipu membeli aqidah yang kita sangkakan benar, walhal ianya produk imitasi aqidah Al-Muktazilah dan Al-Jahmiyyah. Semoga perkongsian ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Walahu’allam.
Ibn Yusof
6 Mei 2009/ 9 Jamadil Awwal 1430
8.48 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com

Rujukan:
[1] Sunan al-Tirmizi (tahqiq:Mahmud Mohammad Mahmud Hasan Nasar), jld. 1, m.s 477, Cetakan: Darul Kutub Al-Ilmiah (2000)

Thursday, April 30, 2009

Cabaran Perdagangan Sesama Negara anggota OIC



Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan dengan tujuan yang murni sepertimana yang terkandung dalam piagamnya yakni untuk meningkatkan perpaduan di kalangan negara-negara anggota.; bekerjasama di bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sains; dan mempertahankan maruah, kemerdekaan dan hak umat Islam. Dalam merealisasikan usaha sama di antara negara anggota, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dari pelbagai sudut. Dunia Islam ketika ini menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang perlu ditangani. Antaranya termasuklah isu Palestin, Iraq, ekonomi, isu sosial, kemiskinan di sesetengah negara anggota, pendidikan, perubahan iklim, alam sekitar dan sebagainya.


Walaubagaimana pun, program dua hari bertajuk “The International Conference on Islamic Economics and Economies of the OIC Countries 2009” yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 hingga 29 April 2009 lepas menfokuskan perbincangan masalah ekonomi negara-negara anggota. Hampir 77 kertas kertas yang dibincangkan dari pelbagai sudut baik dari kerjasama di kalangan negara anggota dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sendiri sehinggalah kepada impian memartabatkan ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Antara yang turut hadir dalam persidangan ini adalah Setiausaha Umum Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Professor Ekmeleddin Ihsanoglu, bekas Executive Director kepada IMF, Dr. Abbas Mirakhor dan beberapa ketua direktor kepada organisasi penting seperti ketua director Islamic Research and Training Institute for the Islamic Development Bank Group (IRTI), Dr. Bambang dan juga ketua director Statistical Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC), Dr. Savas Alpay. Secara dasarnya antara permasalahan yang diutarakan sendiri oleh Professor Ekmeleddin Ihsanoglu sendiri dalam ucapannya ialah kepentingan meningkatkan kerjasama dalam perdagangan di antara negara anggota.

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh negara anggota yang secara lansung atau tidak langsung membantutkan usaha sama perdagangan di antara negara anggota. Antara cabaran yang dihadapi oleh negara anggota jika dapat kita simpulkan dalam tulisan ini adalah seperti berikut:-

1) Perbezaan kadar pendapatan yang ketara di antara negara anggota

Majoriti negara anggota menghadapi masalah resource balance yang negatif. Dalam erti kata lain. Simpanan domestik ternyata berada di peringkat yang lebih kurang untuk menampung kehendak pelaburan semasa. Ini berlaku akibat beban hutang yang dialami oleh kebanyakan negara anggota, maka sekaligus membantut usaha sama dalam menjalani perdagangan sesama negara anggota. Akhirnya hal ini menyebabkan ketidak kesatuan kehendak dan keperluan di antara negara membangun dan negara yang kurang membangun di kalangan negara anggota. Apa tidaknya jika kerjasama yang terjalin dilihat dari sudut perspektif yang berbeza daripada kedua-dua belah pihak antara Negara yang kaya dan Negara yang miskin. Negara miskin mengharapkan bantuan dan sokongan manakala Negara yang kaya pula berusaha untuk menjaga dan mencari peluang pelaburan yang mampu memberikan keuntungan dengan kerjasama yang terjalin. Justeru wujud kekhuatiran Negara miskin terhadap jalinan yang terbentuk daripada melakuakn diskriminasi dengan meliberalisasikan perdagangan sehingga menyebabkan hanya Negara kaya yang mendapat keuntungan daripada kerjasama yang terjalin.

Hal ini dapat dibuktikan daripada apa yang telah berlaku ke atas gabungan South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) tetapi perjanjian antara negara ahli yang termeterai lebih banyak berpihak kepada negara besar India dan Pakistan dan merugikan Bangladesh dan Sri Lanka. Oleh itu perspektif yang berbeza dalam melihat kerjasama yang terjalin di antara negara anggota ini jika tidak dinilai secara adil dan saksama, ianya boleh mewujudkan syak wasangka negatif daripada Negara miskin terhadap negara yang kaya akibat kekhuatiran dan sifat berhati-hati mereka supaya tidak didominasi oleh negara kaya.

2) Pengeluaran yang lebih bersifat kompetitif berbanding komplemen

Masalah kesatuan dan kerjasama dalam sudut perdagangan di antara Negara anggota pernah disebutkan dahulu oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya apabila mendesak Negara anggota mengurangkan sifat kebergantungan terhadap negara-negara barat. Negara-negara muslim yang dahulunya pernah dijajah oleh barat merupakan antara faktor utama kenapa wujud sifat kebergantungan negara anggota terhadap negara barat dalam hal ehwal perdagangan. Malah pengeluaran di antara negara anggota dilihat lebih bersifat kompetitif berbanding mengeluarkan produk yang bersifat komplemen sehingga menyukarkan usaha sama perdagangan jangka masa panjang.

3) Taraf kemiskinan yang sungguh membimbangkan.

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh SESRIC berkaitan dengan taraf kemiskinan (2005) di kalangan negara anggota, Index kemiskinan (HPI) di Negara anggota secara kasarnya menjangkau kepada 29.2% (dengan kadar populasi seramai 1275.1 million di 47 buah Negara anggota) yang membawa maksud 372.9 million populasi atau 29.2 % daripada keseluruhan populasi di 41 Negara aggota menderita akibat kemiskinan. Pengalaman dan permasalahan kemiskinan ini juga berbeza dari satu Negara kepada satu Negara yang lain menyebabkan sukar untuk membentuk suatu polisi yang sama di antara Negara anggota.

4) Cabaran dan halangan lain

Selain yang telah disebutkan di atas, wujud beberapa faktor lain yang tidak dapat kita nafikan sebagai contoh faktor geografi yang terdiri daripada pelbagai wilayah negara-negara anggota. Cabaran geografi yang terbahagi ini boleh menjadikan kos kerjasama perdagangan di antara negara anggota sangat tinggi terutamanya dari sudut pengangkutan dan pertukaran maklumat di antara kedua-dua belah pihak. .Selain itu, kesukaran mendapatkan maklumat yang lengkap di antara Negara angota juga menyebabkan usaha sama sukar dijalankan bagi melicinkan proses perbincangan perdagangan bagi jangka masa panjang.


Justeru, halangan dan cabaran yang dihadapi oleh Negara anggota ini mesti dihadapi oleh kesemua 57 negara anggota dengan kesedaran yang serius. Masih tidak banyak yang boleh kita banggakan sempena sambutan ulangtahun ke 40 bagi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tahun ini. Tanpa menafikan kerja kuat pihak Islamic Centre for Development of Trade dalam meningkatkan perdagangan sesama Negara anggota, itu tidak bermaksud kita boleh terus selesa dengan keadaan sedia ada. Kesemua pakar ekonomi pasti setuju bahawa masih wujud peluang yang boleh dicari, dan masih banyak kelompongan yang boleh diperbaiki.


Wallahu’allam.


Ibn Yusof

4:42 a.m

1 Mei 2009 / 5 Jumadil Awal 1430

http://www.ibnyusof.blogspot.com/



Rujukan:-


Mohamed Ariff. (1998). "Proliferation of Regional Groupings: Policy Options of the OIC", Journal of Economics Cooperation Among Muslim Countries 19,1-2.


The Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC), "Practical Steps and Possible Consequences of Establishing An Islamic Comoon Market", Report from 17th Session of COMCEC, 18-21 October 2001


The Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC), (2003) Anual Economics Report of OIC Countries, Presented at OIC Foreign Minister's Meeting , Tehran, 2004.


The Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC). OIC Member Countries : Economics Performance and Human Developement 2000-2007 p. 42. Retrieved at 1 Mei 2009 from http://www.sesric.org/imgs/news/Image/Econ-HumDevelop2000-07.pdf


Tuesday, April 21, 2009

Islamics Economics & Economies of the OIC




Ketika ini saya sedang sibuk menguruskan “The International Conference on Islamic Economics and Economies of the OIC Countries 2009” anjuran Department of Economics International Islamic University Malaysia dan Islamic Research and Training Institute The Islamic Development Bank Group (IRTI) yang akan berlansung pada 28 dan 29 April 2009 ini. Perhimpunan yang melibatkan tokoh-tokoh tersohor dari serata Negara OIC akan bersua dan membentangkan sehingga 77 kertas kerja dalam masa dua hari.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Ruzita dan Dr. Rokiah, kedua pensyarah saya yang memberi peluang kepada saya untuk turut serta bersama-sama dalam membantu sekadar yang mampu dalam program antarabangsa yang berprestij sebegini. Siapa tidak excited untuk berjumpa dengan tokoh-tokoh ekonomi yang akan berhimpun dan berkongsi idea-idea mereka? (Pernyataan khusus buat para pelajar ekonomi islam)


Kedatangan Professor Ekmeleddin Ihsanoglu selaku OIC Secretary-General menjadikan conference ini lebih bermakna. Malah Dr. Abbas Mirakhor yakni bekas Executive Director kepada IMF juga akan turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Setelah meneliti beberapa tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan, mustahil untuk mendengar semua pembentangan kerana kesemua empat sesi diadakan secara selari (parallel session). Tetapi beberapa tokoh luar negara seperti Mehmet Asutay dan Zulkifli Hasan dari Durham University , Salah El-Sheikh dari St. Francis Xavier University antara tokoh yang mengujakan saya. Saya sangat kagum dengan Dr. Mehmet Asutay setelah membaca kertas kerja beliau bertajuk “Conceptualisation of the Second Best Solution in Overcoming the Social Failure of Islamic Finance: Examining the Overpowering of Homoislamicus by Homoeconomicus.”


Antara bekas-bekas penysarah saya yang akan membentangkan kertas kerja mereka ialah Mustafa Omar Mohammed, Nurdianawati Irwani Abdullah, Ruzita Mohd. Amin, Mohamed Aslam Haneef, Selamah Abdullah Yusof, Turkhan Ali dan lain-lain. Mereka semua adalah antara murabbi saya dalam hal ehwal ekonomi dan perbankan islam sepanjang di UIA.


Antara tajuk-tajuk pembentangan yang menarik minat saya pula dalam conferance kali yang saya rasa sangat releven dengan keaadaan ekonomi OIC masa kini ialah


  • Methodology: A Fundamental Missing Dimension in 30 Years of Research in Islamic Economics
  • Infaq Model based on Al-Shaybani’s Levels of al-Kasb
  • The Adoption of Corporate Governance Principles by Islamic Banks in OIC Countries: A Comparative Analysis of the AAOIFI, BCBS, OECD & IFSB Guiding Principles
  • Brand Personality of Islamic Banks in Malaysia: Lessons that Can be Learned by Other OIC Countries
  • Towards an Islamic Common Market: Are OIC Countries Heading the Right Direction?
  • Islamic Economics & Finance, Then and Now: FiqhiConomic Doctrines & Controversies
  • An Analysis of Poverty Incidences in OIC African Member Countries
  • Trends in Employment and Productivity of OIC member Countries: An AnalysisThe Relationship between Economic Growth and Government Spending: A Case Study of OIC Countries

Tanpa menafikan kehebatan tokoh-tokoh lain dan kertas kerja serta pembentangan yang akan mereka akan lakukan, list di atas adalah antara yang menarik perhatian saya buat masa ini. Cuma sahaja model Infaq berkenaan Al-Kasb hasil penelitian idea-idea Imam As-Syaibani telahpun saya khatam terlebih dahulu sebelum melihat kertas kerjanya. Apa tidaknya jika Bro. Mustafa Omar Mohammed atau lebih dikenali sebagai MOM yakni pensyarah saya dalam subjek Economics in Quran and Sunnah menjadikan ianya sebagai soalan peperiksaan akhir saya pada 1 April lepas. Sehingga kini penjelasan beliau di dalam kelas tentang kehebatan Imam As-Syaibani dalam bab Al-Kasb membuatkan soalan cepu mas ketika peperiksaan akhir berkenaan perbandingan model Infaq Al-Syaibani dengan model Keynasian masih segar dalam ingatan saya.


Tajuk yang akan dibentangkan Younes Soualhi bertajuk Surplus Sharing in Takaful Models: A Juristic Appraisal of Current Practices juga sungguh mengiurkan. Apa tidaknya setelah seminggu mengkhatamkan buku Ma’sum Billah bertajuk Principle and Practices of Takaful and Re-Takaful yang sedikit bertentang dengan mazhab Mdm. Irwani ketika mengajar di dalam bilik kuliah. Saya juga teruja untuk mendengar pandangan yang akan dilontarkan oleh Younes Soualhi dalam bab ini yang sememangnya agak kontroversi dari sudut syariah.


Apa-apapun, saya harap selepas menghadiri conference ini, lebih banyak yang dapat saya kongsikan dengan para pembaca kelak.Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh ke laman ini, dan mengenai 77 tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan para pembaca boleh rujuk di sini.


Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat buat semua. Maaf kerana hanya dapat menceritakan semuanya hanya secara dasar. InsyaAllah kelak saya akan perbahaskan isu-isu di atas dengan lebih mendalam.


Wallahu’allam.


Ibn Yusof

21 April 2009 / 25 Rabiul-Thani 1430

9 : 27 p.m

www.ibnyusof.blogspot.com



Friday, April 10, 2009

Konspirasi Zionis: Kepalsuan Yang Mencengkam





Kisah asalnya bermula apabila Polis Kerajaan Bavaria (1784) telah menemui dokumen-dokumen yang mengandungi rancangan induk pada seorang pengunggang kuda yang mati dipanah petir. Kandungannya ialah satu pakatan sulit kaum Mulhid daripada pertubuhan Illuminati yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776. Ia berkaitan perancangan mereka untuk menguasai dunia melalui revolusi dan huru-hara.

Memang terdapat pihak-pihak yang menafikan dengan menyatakan "This protocol has been proven false in a court of law”. Secara ringkas apa yang saya boleh katakan selepas melihat pernyataan tersebut ialah dengan menukilkan kenyataan Henry Ford, dalam bukunya International Jews pada tahun 1902 (terjemahan):-

“Tidak kira siapa yang menulisnya (protokol Zionis-pen); 95% apa yang dikatakan telah dan sedang berlaku."

Des Griffin juga berkata dalam "Fourth Reich of the Rich"(terjemahan):-

"Untuk menyatakan pakatan sulit tersebut adalah satu pakatan Yahudi adalah satu kenyataan membuat sesuatu perkara yang kompleks terlampau mudah (oversimplified).Tetapi untuk menafikan bahawa ramai orang Yahudi telah terlibat di dalamnya adalah satu perkara yang mustahil kerana Weishaupt,Marx, keluarga Warburgs,Rothschilds,Jacob Schiff dan lain-lain adalah semuanya orang Yahudi."[hlm. 208]


Bagi para pengkaji saya rasa nama-nama seperti Iluminati, Freemason, 33rd Degree Mason dan sebagainya bukanlah satu perkara yang asing.Perkara ini lebih jelas dari sudut ekonomi dunia jika kita berbicara berkenaan emas. Yang mana IMF sebenarnya telah membeli seberapa banyak emas yang boleh sebagai langkah berjaga-jaga kerana mereka mengetahui hanya emas sahaja yang mampu melumpuhkan ideologi ekonomi kapitalis mereka.

John Robison A.M yang bertanggungjawab mendedahkan gerakan Illuminati (Illuminati ialah nama bagi satu mazhab Yahudi) ini. Suatu dokumen yang didedahkan oleh professor Nylos di Rusia pada tahun 1905M merupakan rancangan jangka panjang Illuminati sebagaimana yang dijelaskan oleh Mayer Rothschild kepada rakan-rakannya di Frankfurt pada tahun 1773. [Rujuk Kitab Halak Wa Dinar Amerika Muntazar, hlm. 3-38]


Rancangan yang telah diprogramkan ialah membiayai dan menguasai Gerakan Revolusi sedunia oleh pemodal elit antarabangsa yang berpengaruh yang tidak pernah taat kepada sebarang negara, sebaliknya menggugat semua negara. Satu carta “World Supra Government atau Kerajaan Tertinggi Sedunia” menunjukkan organisasi-organisasi lain yang dikuasai oleh kapitalis antarabangsa bekerjasama dengan CFR (Council Foreign Relations) yang terdiri dari kumpulan organisasi Anglo-Amerika yang merancang untuk mendirikan satu Kerajaan sedunia. [Rujuk buku None Dare Call It Conspiracy. Hlm. 88. Gary Allen]

Mereka menguasai politik Britian, US dan negara-negara lain.Banyak perkara yang perlu dibongkar, tetapi kajian dari sudut ekonomi sahaja sudah tidak menang tangan jika dilakukan seorang. Malah penemuan yang lebih menarik yang terbaru adalah berkenaan minda separa sedar yang diguna sebagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Ini secara tidak langsung merupakan peperangan pemikiran (Ghzwul Fikr). Sebab itu pendedahan awal yang saya lakukan hanyalah melalui artikel “Kronologi Pendustaan dan Penjajahan Global”.


Untuk kajian lanjut para pembaca yang berminat digalakkan membaca:-

- International Jews by Henry Ford
- None Dare Call It Conspiracy by Allen, Gary.
- Censored History by Eric D.Butler
- Protocols of the meeting of the elders of zions by Victor E. Marsden
- Proofs of Conspiracy by John Robinson
- The Ultimate World Order: As picture in"The Jewish Utopia" by Robert H Williams

Bagi yang berminat dari sudut ekonomi saya sarankan membaca buku (yang lebih ringan) yakni tulisan Prof. Kameel Mydin Meera keluaran Pelanduk Publication bertajuk:-


- The Theft of Nation
- The Islamic Gold Dinar


Ini hanyalah antara berpuluh-puluh buku yang disarankan untuk kajian lanjut. Saya masih lagi mencari buku-buku tersebut untuk diperhalusi. Dan saya difahamkan buku-buku ini kebanyakannya terdapat di 'Red Sport' Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Kesemua ini bukan bermakna saya ingin memaksa mana-mana pihak mempercayainya, kerana dari mempersoal kita mengkaji dan membaca.


Perbincangan konspirasi zionis ini lebih bersifat global dari sekadar kekhuatiran sesetengah pihak bahawa facebook ataupun friendster mereka mampu ditelusuri pihak CIA. Kita bicara soal 'New World Order' impian Zionis, daripada sudut politik, ekonomi, sehinggalah perkara-perkara kecil yang tidak kita sangka-sangka. Selain bertumpu pada topik ini, kita perlu juga terus maju dengan berstrategi kerana kita ummat Islam juga punya 'New World Order' tersendiri yang mereka takuti, jika pembaca masih termanggu-manggu tentang apakah 'New World Order' Islam? Sudah tiba masanya anda menelusuri sirah Nabawiyyah bagi memperkasakan semangat perjuangan dalam menegakkan risalah Islam ke serata dunia.


Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat.


Wallahu’allam.
Ibn Yusof
10 March 2009
3.49 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com

Sunday, March 22, 2009

Kronologi U.S Menjadi Tunggangan FED


The Federal Reserve


‘Krisis ekonomi’,satu pernyataan yang rancak diperbualkan, baik oleh orang awam apatah lagi pakar-pakar ekonomi. Ada yang arif dalam selok belok punca krisis ekonomi ini melanda, ada pula yang hanya merasai kesannya. Hal ini banyak dijelaskan di dalam akhbar-akhbar tabloid, laman-laman web dan blog. Maka penulis merasakan tidak releven untuk membincangkan apa itu krisis ekonomi. Cuma apa yang ingin penulis kongsikan dalam artikel kali ini ialah berkenaan konspirasi Zionis yang berada di sebalik tabir pengurusan negara Amerika. Strategi mencengkam dari sisi ekonomi memang merupakan salah satu agenda mereka (Zionis) seperti apa yang dibongkarkan dalam kertas kerja Prof. Richard Claproth berjudul “U.S Government Bankruptcy Proceedings”. Merasakan ianya menarik untuk dikongsikan bersama, penulis simpulkan antara maklumat yang dikeutarakan adalah berdasarkan kronologi di bawah:-
1913
Mata wang Amerika diperbuat daripada logam asli yang digelar sebagai ‘wang asli’. Walaubagaimanapun apabila bank-bank di Amerika tidak dapat menghasilkan mata wang akibat kekurangan emas (Hal ini adalah kerana setiap wang yang dicipta ketika itu mesti bersandarkan kepada emas) dan hasilnya adalah terjadi kekurangan mata wang di pasaran. Bertitik tolak daripada perstiwa ini The Federal Reserve Bank of New York atau kini lebih dikenali sebagai The Federal Reserve (FED) ditubuhkan.

FED kemudiannya menjual stok yang mereka miliki bernilai US$ 450 juta melalui beberapa bank ternama dunia seperti Rothschild Bank of London, Rothschild Bank of Berlin, Warburg Bank of Hamrburg, Warburg Bank of Amsterdam, Lehman & Brother of New York, Israel Moses Seif Bank of Italy dan sebagainya.

Bank-bank yang ternama ini mempunyai simpanan emas yang besar maka mereka mampu mengeluarkan mata wang yang dikenali sebagai ‘Federal Reserve Notes’. Kekuasaan FED selaku Bank Negara semakin berleluasa apabila pemerintahan ketika itu mencipta cukai pendapatan (income-tax) untuk dikumpulkan oleh FED hasil daripada rakyat Amerika .

1929
FED menukarkan wang kertas yang bersandar kepada nilai emas dengan wang rasmi (fiat money) apabila wang kertas yang bersandar kepada nilai emas itu dilupuskan daripada edaran di pasaran. Sebelum berakhirnya tahun 1929, ekonomi Amerika menghadapi malapetaka yang dikenali sebagai ‘The Great Depression’.

1932
Presiden Franklin D. Roosevelt yang Berjaya mengalahkan Presiden Hoover pada tahun ini melakukan rombakan dalam sistem pemerintahannya yang mana beliau menganggap Amerika seolah-olah sebagai satu perusahaan. Walaubagaimanapun, perusahaan ini mengalami muflis teruk dalam erti kata lain menyebabkan Amerika berhutang kepada FED, hal ini adalah kerana bunga yang terpaksa dibayar oleh Amerika adalah terlalu tinggi. Akibatnya FED menguasai keseluruhan Amerika termasuk warganegara dan assetnya oleh bank-bank yang merupakan pemilik FED.

Penyalah gunaan kuasa kelihatan semakin berleluasa apabila tuntutan terhadap Dewan Federal Reserve dilakukan di dalam Parlimen, antara yang tertuduh adalah agen-agen dari FED dan beberapa orang pengurus dari Jabatan Kewangan Amerika. Tuduhan yang dahsyat ini melibatkan penyelewengan sebanyak lebih US$80 Billion selama lima tahun yang membawa kepada jumlah sehingga US$400 Billion.

1934
Presiden Franklin D. Roosevelt membuat keputusan dengan mengarahkan kesemua bank di Amerika ditutup selama seminggu dan menarik emas dan wang kertas yang disandarkan kepada emas di dalam pasaran. Beliau kemudiannya menggantikan mata wang yang bersandarkan kepada emas itu kepada wang yang dicetak oleh FED.

Masih wujud masyarakat yang menyimpan emas kerana berkepercayaan bahawa emas mempunyai nilai yang tersendiri, akan tetapi Roosevelt pula mengeluarkan arahan bahawa setiap warga negar dilarang memliki emas. Ketakutan yang ditanam dalam minda warganegara Amerika bahawa menyimpan emas adalah menjadi kesalahan menyebabkan mereka berbondong-bondong menukar emas mereka kepada bon-bon yang kerajaan tawarkan. Inilah sejarah perompakan emas terbesar dunia yang pernah berlaku dalam sejarah umat manusia.

1963
Presiden Kennedy yang memegang tampuk pimpinan Amerika memerintahkan Jabatan Kewangan Amerika agar mencetak wang logam. Hal ini secara lansung menyebabkan kekuasaan FED berkurangan. Ironinya selepas lima bulan perintah tersebut dikeluarkan, Presiden Kennedy mati dibunuh.

Presiden Johnson yang menggantikan Presiden Kennedy menarik semula perintah yang dikeluarkan Presiden Kennedy dan Jabatan Kewangan Amerika diarahkan supaya menghentikan pencetakan wang logam serta pengedarannya di dalam pasaran.

1971
Perang Vietnam menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Richrad Nixon hampir muflis. Hal ini berlaku kerana masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Sikap licik Amerika Syarikat dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas bagi mengelakkan keruntuhan nilai Dolar Amerika yang berterusan.

Selepas 15 Ogos 1971, Dolar Amerika tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa pemintaan dan penawaran pasaran tukaran asing. Kesannya,semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat yang bernilai sifar. Maka wujud kebebasan mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Tindakan Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas (Gold Standard).

1987
Presiden Ronald Reagan merancang untuk memperbaiki pemerintahan Amerika berdasarkan aturan konstitusi akan tetapi beliau gagal melaksanakannya kerana tidak mendapat sokongan daripada pejabat-pejabat pemerintahan Amerika yang lain.

1993
James Traficant dalam pidatonya yang terkenal di dalam Parlimen mengutuk sistem yang diguna pakai oleh FED dengan lantang. Beliau malah menyatakan FED sebagai penipuan besar-besaran. Dan beliau tidak lama selepas itu dengan tiba-tibanya dituduh atas tuduhan rasuah yang akhirnya menyebabkan beliau dihukum bersalah sembilan tahun kemudian walaupun beliau menganggap kesemua saksi yang tampil member keterangan dipaksa untuk berbohong.

Kesimpulannya, siapa sangka konspirasi yang bermula dari Pulau Dajjal (Pulau Jekkly) yang menghimpunkan tujuh orang ternama ini akhirnya berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai kuda tunggangan kepentingan Zionis Antarabangsa dari sisi yang paling penting yakni ekonomi. Atas dasar itu, penulis berpandangan krisis ekonomi dunia yang berlaku pada saat ini tidak lain tidak bermulanya daripada konspirasi yang berencana.


Bak kata Henry Ford dalam karya beliau yang terkenal, The International Jews :

“Barangkali ada baiknya untuk rakyat Amerika pada umumnya tidak mengetahui asal usul mata wang, hal ini adalah kerana jika mereka mengetahuinya, saya yakin pagi esok akan timbulnya Revolusi!”



Wallahu’allam.
Artikel lain yang berkaitan:-

Ibn Yusof
22 March 2009 / 25 Rabiul Awwal 1430
5.38 p.m
www.ibnyusof.blogspot.com

Saturday, March 7, 2009

Jangan Jadi Penipu Besar Sambut Mawlid/Maulid Nabi

Keratan daripada akhbar Harakah

Dalam pada kita mengelak daripada terjerumus dalam perbincangan perlunya atau tidak mengadakan sambutan Mawlid Nabi yang bertujuan menyemai kecintaan kita pada Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam. Beberapa persoalan perlu dijawab bagi mengambarkan kecerahan amalan supaya kita tidak dituduh meniru golongan Kristian yang juga menyambut Hari Lahir Tuhan mereka menjelang 25 Disember. Seperti mana tarikh 25 Disember itu dipersolkan ketulenannya, hal yang sama juga timbul dalam konteks perbincangan kita dalam perkara mawlid Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini.

Walau ada suara-suara bangkit menegakkan hujah dengan menyatakan ianya hal furu'. Antara perkara yang tidak molek ialah apabila kita berbicara tentang benda yang kita tahu ianya furu' tetapi kita hanya berbicara berdasarkan apa yang kita pegang atau percaya. Sedangkan apabila kita tahu ia perkara furu', seharusnya kita mengambil hujah dari dua-dua pihak (pro dan kontra) lalu menimbangnya melalui neraca Al-Quran dan As-Sunnah.Disebabkan kurang mengaji, kurang mengkaji, kita lebih suka ikut kata hati, kata orang itu dan ini.

Ingin saya bertanya para pembaca sekalian apakah anda PASTI bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wa Sallam lahir pada hari di mana kita menyambut mawlid? Cuma sahaja masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Mawlidur Rasul ).

Apa kata kita semua "check" apa kata pendapat pendapat para ulama lain tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wa Sallam. ,yakni pendapat ulama-ulama seperti Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah,Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini? Hal ini adalah kerana mereka ini menyatakan sebaliknya.

Oleh itu jika hanya sekadar mengambil pendapat sesetengah ulama' dan mengetepikan pendapat-pendapat ulama' muktabar yang lain tanpa penilaian yang adil. Apakah itu dikatakan jujur dalam beramal? Hal ini adalah kerana ulama-ulama' di atas ini juga cendekiawan Islam dari kalangan ulama'-ulama' hadis,fiqh dan tafsir.

Sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), bukankah ianya akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula ada yang berpandangan pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Mawlidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya?

Dalam erti kata lain untuk kita bergembira (sebab hari lahir) pada hari kewafatan Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam adalah aneh bagi yang mengatakan menyambut mawlid kerana cintakan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam kerana fitrah kita tidak berseronok apabila kehilangan orang yang sangat disayangi?

Barangkali ada pula yang sanggup membalas. Ah! Persetan saja sama tarikhnya, siapa yang peduli? Kadang kala kita menganggap bahawa apa yang tidak penting pada kita maka tidak penting juga pada orang lain. Tetapi sepatutnya kita harus lebih peka dan sensitif jika ia terutamanya berkaitan dengan orang yang kita patut sayang dan cintai yakni tidak lain tidak bukan baginda Rasulullah Sallahu'alaihi Wa Sallam. Disebabkan kurang mengaji, kurang mengkaji, kita lebih suka ikut kata hati, kata orang itu dan ini.

Teringat saya antara soalan balas seorang sahabat yang bertanya kepada mereka yang tidak mahu menganggap hal tarikh ini satu isu penitng. Beliau bertanya "Birthday awek atau pakwe kau, kau ambil tahu? Kenapa kau amibil tahu ? Penting? Kalau tidak ambil tahu tidak boleh?" Apakah agaknya perasaan kita apabila kita mengucapkan "Happy Birthday" pada seseorang sedangkan hari itu bukan hari lahir beliau?

Ya, memang betul seronok jika 12hb. Rabiul Awwal disambut dengan ceramah-ceramah yang memperingatkan kita pada sirah baginda Sallahu'alaihi Wa Sallam. Bab perjuangan,kepimpinan,akhlaq,dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan baginda Sallahu'alaihi Wa Sallam dibincangkkan. Tetapi alangkah baiknya jika ada kesedaran dalam masyarakat bahawa ceramah-ceramah yang khusus dalam sirah dan keperibadian baginda nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini mampu dikerapakn. Hal ini adalah kerana sesetengah surau dan masjid lebih suka menyimpan tajuk-tajuk 'best' sebegini pada hari-hari tertentu, seolah-olah cerita -cerita perihal Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam ini ada musim-musimnya. Jika beginilah tindakannya ,bagaimana masyarakat hendak bermotivasi dalam memperingati ketokohan Nabi Sallahu'alaihi Wa Sallam dan mengikuti keseluruhan sunnahnya?

Akhir kata, sekadar peringatan ringkas buat diri saya dan para pembaca sekalian, yang ingin raikan Mawlid Nabi wajar tahu batasnya, yang tidak mahu meraikan Mawlid Nabi wajar tahu akhlaknya.

Wallahu'allam.

Ibn Yusof
08 March 2009 / 11 Rabiulawwal 1430
2.50 a.m